Adsense

Ahad, 25 Mac 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Lirik Lagu Liyana Jasmay Cinta Bersatu

Posted: 25 Mar 2012 10:30 PM PDT

Muzik video lagu terbaru dari pelakon Liyana Jasmay telah pun siap. Yeay, dan sempena dengan itu, satu pelancaran dalam talian akan dibuat secara besar-besaran. Budiey juga akan turut menyiarkan video klip terbaru ini pada 30 Mac ini ya.

Video Muzik Cinta Bersatu adalah arahan Ghaz Abu Bakar yang merupakan kerjasama yang ke3 antara Liyana Jasmay dan Ghaz Abu Bakar selepas Aku Tak Percaya Cinta dan Aku Jatuh Cinta.

Di kesempatan ini, Budiey ingin mengucapkan Selamat Bertunang kepada pelakon dan penyanyi diminati ramai, Liyana Jasmay yang akan melangsungkan majlis pertunangan pada 28 Mac ini di kediamannya.

Semoga Liyana Jasmay terus bahagia bersama kekasih dan bakal tunang tersayang hingga ke akhir nanti.

Lagu Cinta Bersatu ini seolah-olah dikhusus dibuat untuk majlis pertunangan beliau.

Lirik Lagu Cinta Bersatu

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu
Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu
Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku
Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku
Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu
Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Lagu & Lirik : Tilu

Liyana Jasmay

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Apa Lagi Bakat Liyana Jasmay Ada?
  • Gambar Liyana Jasmay di Anugerah Juara Lagu 26
  • Profile & Biodata Liyana Jasmay Pelakon Malaikat Maut
  • Gambar Liyana Jasmay di Red Carpet FFM24
  • Liyana Jasmay di Giant Tambun, Perak
  • Sharifah Amani & Liyana Jasmay di Festival Filem Malaysia 23
  • Gambar Liyana Jasmay di Anugerah Bintang Popular 2010
  • Liyana Jasmay di Konsert Jelajah 11 Era
  • Liyana Jasmay Aku Tak Percaya Cinta di Hits 1
  • Gambar Sekitar Pembikinan Video Klip Liyana Jasmay Ku Tak Percaya Cinta
  • Liyana Fizi & Couple di My Acoustic Affair

    Posted: 25 Mar 2012 09:49 PM PDT

    Managemix mempersembahkan My Acoustic Affair

    Peminat kumpulan-kumpulan indie rock tempatan akan mendapat peluang untuk melihat band kegemaran mereka membuat persembahan yang istimewa dalam set akustik!

    Bersiap sedia untuk persembahan konsert akustik 'My Acoustic Affair', 7 April 2012 di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara dari jam 6 petang. 'My Acoustic Affair' adalah satu platform untuk pemuzik tempatan terkenal mahupun pemuzik generasi baru yang ingin mencuba bakat muzik mereka ke tahap yang seterusnya. Konsert ini akan menjanjikan persembahan akustik yang akan pasti membuat anda tidak senang duduk!

    Persembahan untuk siri pertama akan mempersembahkan kumpulan melodi metalcore Massacre Conspiracy, penyanyi dan pencipta yang tidak asing lagi Liyana Fizi, kumpulan pop indie, Couple dan memperkenalkan sensasi You Tube tempatan terbaru, Iamneeta dan 'kumpulan 'soul funk' terbaru, Friday King Road.

    Oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kumpulan They Will Kill Us All tidak dapat meneruskan persembahan mereka pada kali ini. Sebaliknya, kumpulan rock indie OJ Law, yang terkenal juga namanya kepada peminat-peminat muzik indie tanahair, telah pun melengkapkan barisan persembahan "My Acoustic Affair".
    Tiket konsert boleh didapati sekarang di mana-mana cawangan Rock Corner dan juga di Auditorium Muzik Bentley pada hari acara, dan berharga RM40 untuk tiket "early bird" (dilanjutkan sehingga 31 Mac) dan RM55 bagi harga tiket biasa.

    Acara akan berlangsung pada 6:30 petang. Pastikan anda bertemakan pakaian 'casually smart'. Instagrammers juga boleh hash tag #myacousticaffair pada hari konsert! Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.myacousticaffair.weebly.com

    konsert akustik 'My Acoustic Affair', 7 April 2012 di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Projek Pop Theme Song
  • Profile Liyana Fizi
  • Apa Lagi Bakat Liyana Jasmay Ada?
  • Gambar Xpresi Kembara Pulau Perhentian Day 2
  • Gambar Liyana Jasmay di Red Carpet FFM24
  • Profile & Biodata Liyana Jasmay Pelakon Malaikat Maut
  • Gambar Liyana Jasmay di Anugerah Juara Lagu 26
  • Sharifah Amani & Liyana Jasmay di Festival Filem Malaysia 23
  • Gambar Liyana Jasmay di Anugerah Bintang Popular 2010
  • Dashboard Confessional Solo Acoustic Show