Celebrity News |
- Suzy Nak Kahwin
- Kisah Dia Tidak Berkerja
- Kambing HItam Dan Kambing Putih
- Kisah Benar - KENAPA DICIPTAKAN NERAKA?
- Merokok Dari Pandangan Islam
Posted: 06 Mar 2012 04:51 AM PST Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi. Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin. Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert. Suzy: Tapi mengapa? Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya. Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert. Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert. Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin. Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya. Suzy: Ha!!??!! Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Posted: 06 Mar 2012 04:39 AM PST Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah: Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal? Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank. Kaunselor : Halimah pula? Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja. Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi? Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja. Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan?? Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi. Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana?? Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja. Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa? Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja. Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan? Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja. Kaunselor : Apa Halimah buat? Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja. Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja????? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA????? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!! Fikir2kan dan renung2kanlah....... Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Kambing HItam Dan Kambing Putih Posted: 06 Mar 2012 04:33 AM PST Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?" Gembala : "Oh, boleh saja" Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?" Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?" Pemuda : "Yang putih" Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari" Pemuda : "Dan yang hitam?" Gembala : "Yang hitam pun sama." Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?" Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?" Pemuda : "Yang putih." Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari." Pemuda : "Dan yang hitam?" Gembala : "Yang hitam pun sama." Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?" Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?" Pemuda : "Yang putih." Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur." Pemuda : "Dan yang hitam?" Gembala : "Yang hitam pun sama." Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja" Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya." Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?" Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga" Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu) Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Kisah Benar - KENAPA DICIPTAKAN NERAKA? Posted: 06 Mar 2012 04:07 AM PST Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..." Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.. Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. ....hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik???" Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.. maka apa guna jadi orang baik??? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.. perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga.. lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz. "Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis. Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?" Gadis tu terdiam. Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.. semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Posted: 06 Mar 2012 04:05 AM PST Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan. Keputusan (English): Smoking From The Perspective Of Islam Decision: The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is PROHIBITED in Islam because it is harmful. Keterangan/Hujah: 1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut: i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotin dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan. ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi. iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti. iv. Imam al-Syafi'e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu: " Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas HARAM (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah HARAM Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri". v. Para ulama' sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya HARAM kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut: a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan". b. Firman Allah swt dalam Surah al-A'raf ayat 157 yang bermaksud; " Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk". c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan". (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni) d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud " menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan" e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : "Pemborosan adalah haram". Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah: i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun. ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya. iii. Membuang wang, betapa kecil pun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia. vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama' muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok. Antaranya seperti berikut: a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya HARAM kerana daripadanya terdapat kemudharatan. b. Ulama'-ulama' semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah HARAM kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat. c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya "Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud" telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah HARAM jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. 2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat'ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama' terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma' Ulama', Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini. 3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyahmenyatakan: " Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama'-ulama' fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan." "Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya." Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya HARAM ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |