Adsense

Isnin, 20 Februari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gossip Zizan Bercinta dengan Kaka

Posted: 20 Feb 2012 11:02 PM PST

Setelah berjauhan dengan kekasihnya yang kini jauh di perantauan, Zizan Razak dengar-dengarnya sudah ada cinta baru yang berbunga dalam hatinya? Mungkin dia dah tak tahan merindu kekasihnya yang jauh. Atau mungkinkah Zizan dah jemu dan bosan dengan cinta jarak jauh? Lalu kini, Zizan bercinta dengan seorang penyanyi baru yang bernama Kaka.

Siapakah gerangan Kaka ni? Budiey pun google la sebab nak tahu siapakah Kaka ni. Unik betul nama Kaka ni, macam nama pemain bola sepak kan? Google punya google, Budiey terjumpa dengan akaun twitter beliau @kakaazraff. Pergh! Terbaek! Budiey terjumpa dengan sebuah lagu yang mana Zizan berkolaborasi dengan Kaka.

Oh, rupanya apa yang Budiey dengar Zizan bercinta dengan Kaka hanyalah sekadar cerita-cerita gimik untuk memperkenalkan single pertama hasil duet Zizan Razak bersama dengan Kaka.

Kiranya, Zizan Razak ni bercinta dalam lagu terbaru mereka Bawaku Pergi la ya. Terbukti hubungan mesra mereka terpancar jelas dari poster promo single terbaru ini. Jyea!

Zizan Kaka

Rasanya ni kali kedua Zizan buat rapping dalam lagu. Sebelum ni pernah Zizan nyanyi rap dalam lagu bersama Dina.

Boleh layan gak la lagu ni, korang rasa?

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Video Kaka Slank Buka Seluar di APM2009
  • Dafi AF5 Cinta Sama Gita Gutawa Anak Erwin Gutawa?
  • Gossip Aida Aris Cinta Zul Handy Black
  • Siti Saleha Pelakon Drama 5 Jingga Kekasih Baru Jehan Miskin?
  • Gambar Zizan Raja Lawak Dalam Bolos
  • Gossip Zizan Raja Lawak Enggan Hadir di Sesi Fotografi
  • Zizan Nin Akan Kahwin Sebelum Mei 2010
  • CINTA RIMA MELATI, FAHRIN AHMAD, MARCELL, LINDA ONN
  • Gossip Penyanyi Bercinta Dan Akan Kahwin Dengan Kerabat?
  • Nasha Aziz Bercerai Lalu Bercinta Dengan Ahli Perniagaan?
  • Songlap Bakal Ditayangkan Di Dua Festival Filem Antarabangsa

    Posted: 20 Feb 2012 10:29 PM PST

    Songlap Bakal Ditayangkan Di Dua Festival Filem Antarabangsa

    SONGLAP, filem penutup 2011 yang mendapat banyak komen positif dari para pengkritik filem tanahair, telah dipilih untuk menyertai dua festival filem antarabangsa yang berprestij iaitu Udine Far East Film Festival ("Udine FEFF"), Itali dan Los Angeles Asian Pacific Film Festival ("LA APFF"), Amerika Syarikat.

    SONGLAP akan ditayangkan di Udine FEFF ke-14 yang akan berlangsung dari 20 hingga 28 April 2012. Udine FEFF dilancarkan pada tahun 1999 dan merupakan filem festival yang dibiayai bersama oleh Centro Espressioni Cinematografiche ("C.E.C."), sebuah organisasi kebudayaan di bawah naungan kerajaan Itali, daerah Friuli Venezia dan Majlis Perbandaran dan Wilayah Udine.

    Movie Still Songlap

    Setiap tahun, matlamat C.E.C adalah untuk menayangkan filem-filem yang berkualiti kepada umum menerusi lima pawagam di serata Udine.

    Filem-filem Malaysia yang sebelum ini mendapat perhatian Udine FEFF termasuklah Pontianak Harum Sundal Malam, Kala Malam Bulan Mengambang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

    Pada bulan berikutnya, SONGLAP akan mengambil bahagian dalam LA APFF ke-28 yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 20 Mei. LA APFF yang bermula pada tahun 1983 diasaskan oleh Visual Communications, sebuah pusat kesenian media, yang bertanggungjawab untuk mempromosikan filem-filem dari Asia dan Asia Pasifik. Lebih daripada 3,000 buah filem serta video telah disajikan kepada para pengunjung sejak penubuhannya. Flower in the Pocket, arahan Liew Seng Tat, merupakan filem Malaysia terakhir yang ditayangkan di LA APFF pada tahun 2008.

    Filem SONGLAP diterbitkan bersama oleh Grand Brilliance dan Red Films, dan diarahkan oleh gandingan suami-isteri, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak. SONGLAP mendalami kisah kehidupan dua beradik, lakonan Shaheizy Sam dan Shafie Naswip, yang terjerat di dalam kancah sindiket pemerdagangan manusia. Filem ini telah ditayangkan pada 15 Disember 2011 di 77 buah pawagam dan mendapat sambutan yang amat baik dari peminat filem serta pihak media, dan diiktiraf sebagai filem terbaik Malaysia 2011.

    Movie Still Songlap

    Movie Still Songlap

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Filem KARAOKE Menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary
  • Sepet, Cinta antara 3 filem Malaysia ditayang di Chennai
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Songlap
  • SONGLAP Kutip RM1.5 Juta Untuk 4 Hari Tayangan
  • Tayangan BUNOHAN di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam
  • Filem Songlap Lakonan Shaheizy Sam Tamat Pengambaran
  • Filem Bunohan Dilancarkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto
  • Shaheizy Sam Abang Yang Tak Bertanggungjawab?
  • Chermin Catit Sejarah Filem Malaysia Pertama Ditayangkan di Puchon International Fantastic Film Festival
  • Future Music Festival Asia