Adsense

Khamis, 2 Februari 2012

borak kosong

borak kosong


Korban sebenar video lucah!

Posted: 02 Feb 2012 09:00 PM PST
















Sebenarnya kanak-kanak inilah yang menjadi korban
video-video lucah.Mereka meniru apa sahaja aksi yang di lakonkan
tanpa tahu risikonya....
Bayangkan umur macam mereka sudah pandai melakukan aksi
sebegini...DARI MANA MEREKA BELAJAR? 
BAGAIMANA MASA DEPAN MEREKA?
Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh kita sebagai orang tua,pemimpin,
orang awam...GENERASI YANG BAGAIMANAKAH
YANG KITA BINA UNTUK NEGARA KITA?



Nak keluarkan duit disuruh jawab soalan matematik dulu

Posted: 02 Feb 2012 08:45 PM PST

Bagaimana kalau mesin ATM tempat ramai orang nak keluarkan
duit ,tiba-tiba menyuruh anda menjawab soalan matematik
sebelum di benarkan mengeluarkan duit...
Agak berapa panjang barisan..dan banyak mesin yang rosak kena hentak...

amacam kalau ada syarat begini...


Gagal meragut wanita (full pic)

Posted: 02 Feb 2012 08:30 PM PST

Dua orang peragut ini cuba meragut seorang wanita yang 
menaiki basikal.Tetapi gagal kerana wanita itu menjerit serta tali
beg itu tersangkut di 'handle' basikal itu...


















Kes saman yang tak masuk akal

Posted: 02 Feb 2012 08:15 PM PST

Berikut ini hal saman tidak lazim dilakukan tetapi masih  ada segelintir manusia yang melakukanya :


 Seseorang menyaman Michael Jordan kerana merasa wajahnya serupa



Semua orang ingin menjadi seperti Michael Jordan, kecuali Allen Heckard of Portland.
Pada tahun 2006 dia menyaman Michael Jordan dan perusahaan kasut Nike lebih dari U$ 800 juta setelah ia menyatakan bahaa mukanya yang mirip dengan Michael Jordan menyebabkan ia menderita secara emosional. " Aku terus dituduh seperti Michael," kata Heckard pada waktu itu, "dan itu membuatnya sangat tidak selesa"




 Seseorang menyaman Budweiser kerana promosi yang salah.



Seoran pemuda menyaman Anheiser-Busch kerana iklan yang di siarkan di televisyen dianggap berbohong dan hal itu menyebabkan tekanan emosi, dan menyebabkan kerugian kewanagan. Harris mengatakan bahawa ketika ia minum beer yang di iklankan di televisyen kaum wanita tidak tertarik pada dirinya seperti iklan tersebut.Pihak Budweiser disaman sebanyak US$ 10.000.


Seorang Surfer menyaman seseorang yang dianggap mencuri ombak.



Melakukan tuntutan ke pengadilan kerana salah seorang peluncur dituduh telah mencuri ombak/gelombang yang sepatutnya dia yang melakukan luncuran kerana dia berada diposisi yang lebih baik dari pada peluncur lain.Pemuda itu mengatakan akibat peristiwa tersebut dia merasa sakit hati dan menderita, kerana gagal menaklukan ombak yang besar untuk meluncur.


 Mahasiswa menyaman kampusnya kerana bau kaki.



Di Belanda seorang mahasiswa menyaman kampus tempat kuliah setelah diusir dari kelas. Hal ini terjadi kerana bau kakinya sangat menyengat. Pensyarah dan pelajar yang lain terganggu kerana bau yang sangat yang sangat menyengat tersebut.Setelah lapan tahun bersidang, pada tahun 2009 hakim mengatakan tidak ada alasan untuk mengusir mahasiswa yang mempunyai kaki yang berbau.Setelah memberikan keputusan hakim mengatakan "Kami berpendapat bahAwa profesor dan mahasiswa lainya seharusnya menahan bau dan harus siap menanggungnya".


 Manusia menyamanTuhan

Pada tahun 2005, seorang tahanan di Romania bernama Pavel Mircea berusaha untuk menyaman Tuhan kerana dianggap telah lalai dan menipunya. Mircea, yang telah menghabiskan dua puluh tahun di penjara kerana kes pembunuhan.
Tuhan telah gagal mengingatkan dia agar tidak berbuat jahat seperti yang telah dijanjikan , " Ini sama saja dengan pelanggaran kontrak "katanya

Cara-cara paling gila balas dendam kepada bekas pasangan

Posted: 02 Feb 2012 08:00 PM PST

Berbagai cara yang dilakukan oleh bekas suami isteri atau 
kekasih untuk membalas dendam atas kecurangan pasangan mereka.
Ini diantara tindakan berani mereka....


Menampal poster di seluruh penjuru Itali



Seorang perempuan bernama Valeria A memutuskan untuk meninggalkan tunangannya  sehari sebelum hari perkahwinannya ikerana dia melihat sebuah foto yang memperlihatkan tunangannya itu sedang memegang buah dada seorang wanita di Facebook. Valeria ini menurut media Italia mulai menampal poster di seluruh penjuru Itali , sebagai tindakan balas dendam kepada bekas tunangnya itu. Poster tersebut menampilkan foto diri sang mantan dan bertuliskan "Untung ada Facebook! Setidaknya saya boleh mengetahui bahawa kamu adalah pengkhianat, tepat sebelum menikah! Tertanda, bekas tunannganmu dan 548 tamu pernikahan," tulis Valeria, 28 tahun.


Melelong seluar dalam selingkuhan



Seorang perempuan Australia melakukan balas dendam kepada suaminya yang selingkuh. Cara yang dia melakukan adalah dengan meletakkan foto seluar dalam selingkuhan suaminya untuk dilelong di eBay. Dalam eBay, dia menjelaskan bahawa ia menjual gambarseluar dalam dan kondom habis pakai "ukuran kecil" yang ditemukannya di tempat tidur setelah  suaminya berselingkuh dengan wanita lain.


Jual 200 foto seksi bekas isteri



Setelah merasa dikhianati oleh  isterinya, seorang pemuda akhirnya melakukan balas dendam dengan menjual 200 foto seksi wanita yang kini menjadi bekas istrinya itu. Pemuda ini menawarkannya dalam paket CD dengan harga £4.99  sekeping, sebagaimana yang diberitakan Mirror. Selama 24 jam, semua gambar tersebut sudah habis terjual. Pemuda yang berasal daripada Wales ini juga menuliskan dalam halaman site-nya dengan "Ia telah bermain api dengan sahabat api, sekarang saatnya balas dendam".


Jual bekas isteri di eBay


Isteri di jualbeli di eBay. eBay menjadi tempat popular para pasangan untuk melepaskan balas dendamnya. Di England, seorang pemuda bernama Paul  menjual isterinya sendiri di eBay. Dengan memberikan label sebagai "tukang selingkuh, tukang bohong, serta isteri yang berzina" dalam laman online shopping tersebut. Pihak perempuan pun langsung melakukan pembelaan dan menolak dituduh selingkuh. Perkara ini sempat naik ke mahkamah yang  membuat Paul dikenakan denda sebanyak £500,100.


Divorce Sale!



Seorang perempuan yang sedang dipenuhi amarah akibat perceraiannya memutuskan untuk menjual semua barang-barang kenangannya dengan bekas suami. Ia membuka diskaun besar-besaran yang dia sebut dengan "Independence Day" dengan slogan "Everything must go".


Membuat art work di kereta 



Inilah cara yang cukup ekstrem dalam melakukan balas dendam kepada bekas kekasihnya. Seorang perempuan membuat art work dari cat di kereta  Art work tersebut sangat kotor kerana menjadikan kereta tersebut seperti terkena kotoran dimana-mana. Cat ini begitu sukar untuk dihilangkan. Tindakan balas dendam ini dilakukan  perempuan itu untuk membalas perlakukan kekasihnya yang curang dengan perempuan lain.

Wajah anjing setelah berkelahi dengan landak

Posted: 02 Feb 2012 07:45 PM PST

Wajah anjing setelah berkelahi dengan landak.
Kesian anjing habis muka,badan tertusuk duri landak...














Tukar warna kereta tanpa mengecat

Posted: 02 Feb 2012 07:30 PM PST

Dengan menggunakan foil kereta yang bernama German foil (bukan aluminium foil), maka pemilikkereta tidak perlu lagi ke bengkel menunggu berhari-hari untuk menukar warna kereta.
Cuma gunakan German foil ini untuk menukar warna kereta. Hanya beberapa orang diperlukan untuk membantu memegangi foil ini dan kemudian menggunting dan menampalnya dengan kemas.


Begitu mudah untuk menukar waran kereta.Kalu harga berpatutan agaknya sebulan sekali tukar warna kereta.Tapi tak tahu pula teknologi ini sudah sampai ke negara kita.Tak payah tunggu sampai cat kering.Siap boleh pandu... Teknologi terbaru ini dibangunkan oleh Foilacar, dan inilah hasilnya:




























memerlukan pekerja yang tinggi kesabaran 
dan teliti...kalau tak towkey rugi ooo....


Masjid Paling Aneh di Dunia

Posted: 02 Feb 2012 07:15 PM PST








Bentuknya sederhana benar, namun ramai jemaah yang datang dari setiap penjuru desa sebelum waktu solat masuk .Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya.kerana masjid ini di bina oleh seorang yang tidak kaya,  tergolong miskin, namun mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, iaitu "Shanke Yadem" (Anggap Saja Sudah Makan). 


Proses Pemakaman Bangsa Tibet, Paling Ngeri dan Seram di Dunia

Posted: 02 Feb 2012 07:00 PM PST

Beginilah proses pemakaman langit bangsa Tibet yang biasa disebut dengan istilah Sky Burial. Dimana jenazah dibawa kepuncak pegunungan yang tinggi dan dikelar agar menarik untuk dimakan oleh burung bangkai.Setelah daging mayat tersebut benar-benar tidak ada daging sehingga tinggal tulang dan tengkorak kepala, kemudian dihancurkan .


Kepercayaan mereka ini katanya Buddha percaya dengan roh dan roh tidak memerlukan tubuh, sehingga bila tubuhnya dipersembahkan kepada alam atau burung dan lain-lain, maka hal tersebut akan baik……
































Tepung dilempar ke arah calon Presiden Perancis

Posted: 02 Feb 2012 06:45 PM PST


PARIS - Seorang wanita yang mendakwa dia diawasi polis dan nyawanya juga terancam bertindak mencurahkan tepung gandum ke atas calon utama pilihan raya Presiden Perancis kempen beliau di sini kelmarin.
Wanita berkenaan yang memperkenalkan diri di hadapan kamera televisyen sebagai Claire Seguin, 45, berlari ke atas podium tempat calon Presiden daripada Parti Sosialis, Francois Hollande yang berdiri untuk menandatangani 'kontrak sosial' sebagai simbolik sokongan beliau terhadap dasar perumahan untuk semua rakyat.
Hollande yang kini mendahului populariti Presiden Nicolas Sarkozy kekal tenang sepanjang insiden tersebut walaupun kaca mata, rambut dan pakaiannya dilitupi tepung gandum.
Beliau tetap meneruskan agendanya untuk bercakap mengenai pembaharuan dalam dasar perumahan negara selepas peristiwa memalukan itu berlaku.
Beberapa pegawai peribadinya kemudian menangkap Seguin dan menyerahkan wanita itu kepada polis.
Seorang anggota polis mengesahkan bahawa Sequin yang kini ditahan polis, membawa empat kilogram tepung gandum ketika kejadian.
Dia dipercayai bertindak demikian selepas menuduh ada pihak dalam Parti Sosialis cuba membunuhnya.- Agensi
sumber : kosmo online

Maut ditikam lelaki gila

Posted: 02 Feb 2012 06:30 PM PST


KUALA TERENGGANU – Polis yakin dapat menyelesaikan satu kes pembunuhan melibatkan seorang pembantu kedai kain yang mati ditikam sebanyak enam kali di bangunan Paya Keladi, Jalan Kampung Daik di sini kelmarin ekoran penahanan seorang lelaki semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan memberitahu, suspek berusia 28 tahun itu ditahan pukul 4.30 petang di Pasar Besar Kedai Payang di sini kira-kira 250 meter dari tempat kejadian.
"Kita masih mencari senjata yang digunakan untuk menikam mangsa. Kes itu dianggap selesai dengan penahanan suspek," katanya.
Manoharan berkata demikian ketika mengulas mengenai Wan Manisah Wan Mansur (gambar kecil), 27, yang disahkan meninggal dunia pada pukul 2.05 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) iaitu kira-kira enam jam selepas kejadian dia diserang dan ditikam seorang lelaki kurang siuman.
Kejadian berlaku apabila suspek yang meluru masuk ke dalam premis itu terus memeluk Wan Manisah dari belakang selepas mangsa cuba menghalangnya.
Suspek kemudian mengheret mangsa hingga ke depan kedai sebelum menghentak kepala wanita itu ke lantai dan menikam belakang badan mangsa hingga mengenai paru-paru.
Bedah siasat mendapati terdapat enam tikaman pada bahagian kiri badan mangsa iaitu tiga di lengan dan tiga di belakang.
sumber : kosmo online

Sanggup diikat tangan dan kaki untuk berenang

Posted: 02 Feb 2012 06:30 PM PST



Sun Yongding ingin mencipta namanya dalam Guinness World Record untuk kategori yang belum pernah ada iaitu berenang sejauh mungkin dengan semua tangan dan kaki terikat.


Sun pun melaksanakan niatnya itu di sungai Qinghuai, Nanjing, daerah Jiangsu, China bahagian timur dengan dibantu oleh seorang teman untuk mengikatkan semua lengan dan kakinya.


Dalam aksinya pemuda yang berusia 47 tahun itu mampu menempuh jarak sekitar 500 meter dalam waktu 10 minit dan dapat berenang sejauh 1,8 km.


Dan pada tahun 2001 Sun mulai melaksanakan ideanya itu dengan serius, dimana awalnya dirinya berlatih renang menggunakan hanya tangannya di ikat.Sun akhirnya boleh berenang dengan kedua tangannya.

Janda patahkan 4 kaki bayi dipenjara

Posted: 02 Feb 2012 06:15 PM PST


TOKYO: Seorang wanita yang mematahkan kaki empat bayi kerana cemburu terhadap kegembiraan ibu mangsa, dipenjara empat setengah tahun, lapor media semalam.
Menurut laporan disiarkan Jiji Press, Yuko Soutome mencari mangsa terdiri daripada wanita yang membawa anak mereka di pasar raya atau kedai menjual barangan bayi.

Agensi berita itu menyatakan, mahkamah di Utsunomia di utara Tokyo diberitahu, dalam empat kejadian berasingan, Yuko, 30, berpura-pura meminta kebenaran kepada wanita terbabit untuk mendukung anak mereka.


Ketika mendukung itulah Yuko mematahkan kayi bayi terbabit.

Laporan Jiji Press menyatakan, janda itu terdorong melakukan kezaliman berkenaan selepas berasa sakit hati apabila melihat wanita lain yang hidup lebih gembira berbanding dirinya. - AFP



sumber : myMetro

1,000 pekerja Facebook jadi jutawan

Posted: 02 Feb 2012 06:00 PM PST


LOS ANGELES: Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun untuk merancang pengembaraan serba mewah, mengimpikan memandu kereta sport paling mahal dan menetap di apartmen serba lengkap di California.
Kini, ketika proses pengapungan bernilai RM15 bilion Facebook di pasaran saham semakin hampir, sekurang-kurangnya 1,000 pekerja rangkaian sosial berpangkalan di Menlo Park itu akan bakal menjadi jutawan.

Semalam, Facebook mengemukakan kertas kerja kepada pihak berkenaan untuk penawaran penyenaraian awam (IPO) paling ditunggu-tunggu sejak langkah sama dilakukan Google pada 2004.


Tindakan itu dijangka menjadikan syarikat sangat berjaya itu bernilai sehingga RM300 bilion.

Syarikat yang mempunyai 3,000 pekerja itu berharap dapat menyenaraikan Facebook di bawah simbol FB di Pasaran Saham New York atau Pasaran Saham Nasdaq.


Dalam peraturan difailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham, Facebook Inc membayangkan harapannya untuk mengumpul sehingga AS$5 bilion (RM15 bilion) melalui IPO berkenaan dan ia adalah rekod baru untuk syarikat teknologi di pasaran saham selepas Google mencatatkan nilai RM5.73 bilion pada 2004.




Ia menjadi perubahan besar terhadap syarikat yang dijelaskan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, dalam dokumen berkenaan sebagai "pada peringkat awal tidak dicipta untuk menjadi syarikat." "Ia dibangunkan untuk menyempurnakan misi sosial - bagi menjadikan dunia lebih terbuka dan saling berhubung," katanya.

Zuckerberg juga menyatakan, mereka menanam budaya unik dan pendekatan pengurusan dikenali sebagai "Kaedah Penggodam." "Ungkapan 'penggodam' diberi gambaran negatif secara berlebihan dalam media sebagai seseorang yang menceroboh komputer.


"Hakikatnya, penggodaman bermaksud membina sesuatu dengan pantas atau mencuba batasan kemampuan diri," katanya.

Dokumen dikemukakan Facebook Inc juga mendedahkan beberapa fakta penting firma banyak berahsia itu, selain kawalan ketat Zuckerberg ke atas pelbagai aspek pengurusan syarikatnya.


Ketika semua pihak menyangka setiap penutur berbahasa Inggeris memiliki akaun Facebook, sebenarnya rangkaian itu baru meneroka 60 peratus pasaran di Amerika Syarikat, Britain dan paling popular di Chile, Turki dan Venezuela.


Dokumen itu menyatakan, mereka menyasarkan China kini mengharamkan Facebook sebagai pasaran besar selanjutnya, tetapi ragu mampu menyediakan dasar tapisan diterima kerajaan negara berkenaan. - DM



sumber : myMetro

Ibu hamil mati tercampak

Posted: 02 Feb 2012 05:45 PM PST



SEGAMAT: Seorang wanita yang hamil lima bulan terbunuh selepas bas ekspres dinaiki terbabas ke dalam gaung di Kilometer 15, Jalan Gemas-Rompin, Negeri Sembilan, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, wanita warga China, Zheng Me Hua, 22, mati akibat kecederaan parah selepas tercampak keluar daripada bas ekspres berkenaan.


Bagaimanapun, suami mangsa, Kok Weng Heng, 20, serta empat penumpang serta dua pemandu bas terbabit terselamat.
Kok yang bekerja di sebuah pasar raya di Singapura berkata, mereka dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Triang, Pahang.


"Ketika kejadian, kami sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman dan mendapati bas ekspres terbabas ke dalam gaung.


"Isteri tercampak keluar melalui tingkap bas dan kehilangan banyak darah akibat kecederaan di paha kiri serta luka di kepala," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Segamat, semalam.

Kok yang luka di tangan kiri berkata, mereka teruja kerana bakal menimang anak dan sudah mendaftarkan pernikahan di Singapura pada tahun lalu manakala majlis perkahwinan dijangka dilangsungkan pada 11 Mac ini di Triang.


Menurut Kok, dia sudah memaklumkan kejadian kepada keluarga isterinya di Fuzhou dan mereka akan tiba tidak lama lagi untuk istiadat pengebumian Tey.
Sementara itu, Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, Inspektor Redzuan Ghazali berkata, mangsa mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Segamat.


"Ketika kejadian, bas ekspres terbabit membawa bersama seorang pemandu gantian. Ia bertolak dari Singapura pada jam 9 malam menuju Triang.


"Bas ekspres itu membawa lima penumpang, namun seorang daripadanya turun di Labis, pemandunya dipercayai hilang kawalan sebelum bas terbabas ke sebelah kiri jalan dan terjunam ke dalam gaung berkenaan," katanya.


Pemandu juga pemandu gantian serta empat penumpang yang lain hanya mengalami kecederaan ringan dan luka kecil.

Dua bayi mati ‘misteri’

Posted: 02 Feb 2012 05:30 PM PST


HUTAN MELINTANG: Dua bayi lelaki meninggal dunia secara mengejut di daerah ini, Isnin lalu akibat diserang demam misteri yang turut menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami cirit-birit dan mata bengkak.
Dua bayi berkenaan dikenali sebagai sebagai Tamil Selvan berusia sembilan bulan dan M Varagaran yang baru berusia dua bulan. Mereka disahkan meninggal dunia selepas diserang demam dan cirit-birit berulang.

Ibu Tamil Selvan, M Puspanany, 31, berkata, anaknya mula diserang penyakit misteri itu Ahad lalu selepas mengalami cirit-birit dan muntah teruk sehingga menyebabkan badannya menjadi kaku.


"Berikutan itu, saya membawanya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Teluk Intan, Isnin lalu sebelum diberikan ubat oleh doktor. "Ketika itu, doktor memberitahu anak saya kekurangan air dalam badan sebelum memberikan surat rujukan supaya anak saya segera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di rumah, anak saya langsung tidak bergerak dan matanya bengkak. Lebih menghairankan apabila badannya tiba-tiba bertukar menjadi kehijauan.


"Panik dengan kejadian itu, saya membawanya ke Klinik Kesihatan Hutan Melintang sebelum doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia.



"Saya amat terkejut dengan kejadian yang berlaku," " katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Julaiha, di sini, semalam.

Sementara itu, bagi kes kedua, Varagaran dari Kampung Teluk Buluh, Hutan Melintang di sini, turut meninggal dunia dipercayai selepas diserang simptom penyakit sama.


Ibu bayi itu, Variamen, 36, berkata, anaknya mula mengalami demam dan cirit-birit sejak 23 Januari lalu selain tanda-tanda bengkak di mata.

Menurutnya, berikutan itu, dia membawa bayinya itu mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Hutan Melintang, Isnin lalu sebelum doktor mengesahkan anaknya meninggal dunia.


"Saya tidak pasti penyakit yang menyerang bayi saya dan masih menunggu jawapan daripada Kementerian Kesihatan," katanya.


Dalam pada itu, beberapa bayi lain turut dilaporkan mengalami simptom penyakit sama dan sedang menerima rawatan di Wad Kanak-Kanak, Hospital Teluk Intan.


Seorang nenek, M Sariniya, 53, berkata, cucunya berusia dua tahun mula mengalami demam dan muntah sejak dua hari lalu dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Teluk Intan.


''Saya susah hati dengan keadaan cucu, apatah lagi selepas mengetahui dua bayi mati mengejut akibat penyakit misteri itu.


"Saya berharap Jabatan Kesihatan Perak dan Kementerian Kesihatan dapat menyiasat segera punca sebenar menyebabkan penyakit demam dan cirit-birit misteri yang berlaku di daerah ini," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Gok Kok Liang berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kematian mengejut dua bayi berkenaan dan akan meminta pihak berkuasa berkaitan menyiasat dakwaan dan punca sebenar yang berlaku.



sumber : myMetro

RM6,500 hanya dapat plat kereta

Posted: 02 Feb 2012 05:15 PM PST



SHAH ALAM: Hasrat seorang pekerja kilang membeli kereta baru bagi memudahkan urusan sehariannya berakhir kekecewaan apabila dia diperdaya seorang jurujual kereta dalam kejadian di Seksyen 23, di sini, baru-baru ini.
Mangsa, Mohd Fazli Ambric, 27, berkata, dia berhasrat membeli Proton Saga berharga RM46,000 dan mengunjungi bilik pameran di Seksyen 23 bagi membuat urusan jual beli.


"Ketika di bilik pameran itu, saya dilayan jurujual dikenali sebagai Badrul Hisham untuk membuat tempahan yang memerlukan saya membayar RM500 secara tunai.


"Beberapa hari kemudian saya dimaklumkan bank sudah meluluskan pinjaman kereta itu dan saya diminta membayar pendahuluan RM6,000 bagi urusan dokumentasi. Wang itu diserahkan kepada jurujual terbabit dan diberi resit rasmi," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Mohd Fazli berkata, jurujual itu menjanjikan keretanya diperoleh selepas Tahun Baru Cina, namun perkara itu tidak ditunaikan, malah jurujual terbabit menghilangkan diri.


"Saya pergi ke premis itu untuk menuntut kereta yang dijanjikan, namun dimaklumkan jurujual terbabit sudah berhenti kerja sebelum Tahun Baru Cina. "Saya curiga dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, namun sekali lagi pergi ke premis berkenaan dan lebih mengejutkan saya apabila dimaklumkan jurujual itu mempunyai empat kes penipuan membabitkan penjualan kereta sebelum ini," katanya.
Selain itu, majikan jurujual terbabit mendakwa mereka tidak pernah mengetahui urusan jual beli keretanya dan enggan memberikan pampasan.


"Saya tak menyangka hanya mendapat nombor plat kereta. "Lebih menyedihkan resit yang diberikan kepada saya adalah palsu walaupun tercetak nama syarikat pengedar itu. Sungguh mengecewakan kerana saya bukan membuat urus niaga di kedai kopi, tetapi di bilik pameran," katanya.


Mohd Fazli yang kesal dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15 Ahad lalu.


sumber : myMetro

Ani Mahyuni dibelasah

Posted: 02 Feb 2012 05:00 PM PST


KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam.
Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.
Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.

Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.



Bagaimanapun, artis yang popular dengan lagu Sedap itu bernasib baik apabila abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumah menyelamatkan dia daripada terus dipukul.


sumber : myMetro

4 hari nikah sudah lari

Posted: 02 Feb 2012 04:45 PM PST


KUCHING: Hasrat seorang lelaki menikmati mahligai bahagia dibina dengan isteri berusia 15 tahun pada Sabtu lalu, tidak kesampaian apabila insan tersayang itu menghilangkan diri hanya selepas empat hari mereka mendirikan rumah tangga.
Paling memedihkan, isteri lelaki terbabit yang tidak bekerja itu menghilangkan diri ketika suami berusia 21 tahun dari Kampung Gita, di sini, keluar mencari rezeki.

Sehingga semalam, usaha menjejak wanita berkenaan menemui jalan buntu menyebabkan laporan polis terpaksa dibuat.


Sumber berkata, wanita berkenaan dipercayai bertindak demikian kerana mempersoalkan kemampuan syahwat suaminya yang dikatakan gagal memuaskannya.

"Kali terakhir lelaki berkenaan bertemu isterinya ialah jam 11 pagi Selasa lalu, ketika menghantar isteri ke rumah saudaranya kerana mahu ke laut untuk menangkap ikan," katanya.


Bapa lelaki terbabit yang enggan dikenali berkata, anaknya terkejut apabila mendapati isterinya tiada di rumah saudara ketika mahu menjemputnya pulang ke rumah pada hari kejadian.




"Sebaik menyedari menantu tiada di rumah saudara, anak saya cuba menghubungi telefon bimbit isterinya, tetapi telefon bimbit itu tidak berfungsi.

"Anak saya tidak putus asa sebaliknya menunggu keesokan hari, namun isteri anak saya masih gagal dihubungi sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis.


"Kami tidak tahu punca menantu melarikan diri selepas mereka berkahwin, Sabtu lalu dan cukup bimbang apabila memikirkan keselamatannya," katanya.

Justeru, laporan dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengesan wanita berkenaan.


Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat bapa mangsa sehari selepas kehilangan wanita terbabit dilaporkan.



sumber : myMetro

Remaja tertelan berus gigi ketika berlatih seks oral

Posted: 02 Feb 2012 04:30 PM PST


Seorang remaja Romania terpaksa menjalani pembedahan kecemasan setelah tertelan berus gigi semasa dia berlatih melakukan seks oral. Andreea Vlad, 16, dari Falticeni di Romania timur, pada awalnya mengatakan dia tertelan berus gigi kerana terjatuh.


Tapi ketika para petugas perubatan melakukan pemeriksaan mereka mendapati bahawa ia tidak memiliki kecederaan yang membuktikan dia telah jatuh. Tetapi setelah ditanya dengan lebih lanjut dia mengakui dia dan beberapa teman telah menonton film porno dan  telah tertelan berus gigi untuk latihan teknik seks oral dan meniru gaya perempuan dalaam filem itu. Seorang jurucakap hospital di Suceava dimana dia dirawat berkata: "Gadis ini sangat bernasib baik. Dia tidak menderita kerosakan dalaman yang teruk kerana tertelan berus gigi.

Gadis lahir tanpa tulang wajah

Posted: 02 Feb 2012 04:15 PM PST

Yuliana Wetmore, gadis yang lahir tanpa tulang wajah sehingga wajahnya tidak berbentuk Juliana lahir pada tahun 2003 dengan kelainan genetik yang jarang ditemui (Kraniofasial) lebih dikenal dengan sebutan (Sindrom Treacher Collin).


Gadis yang tidak memiliki wajah secara normal kerana dia kehilangan 30-40 peratus  tulang rahang dan tulang wajahnya. Menurut doktor yang menanganinya kes Yuliana merupakan salah satu kes yang jarang di dunia, Sehingga kini Yuliana sudah menjalani pembedahan  plastik wajah sebanyak 20 kali untuk lebih membantu menyempurnakan wajahnya.


Doktor mengatakan mustahil untuk memberikan  wajah baru bagi Yuliana, namun setidaknya mereka cuba membantu  keadaannya  lebih baik dari yang sekarang. untuk dia mempunyai keyakinan diri. Yuliana merupakan gadis cilik yang memiliki kecerdasan  kata orang tuanya. Gadis ini memiliki potensi yang cukup menggembirakan dari segi intelektualnya.


Dengan keadaannya yang demikian gadis ini masih  optimis dan ceria, tetapi kenapa kita yang diberikan Tuhan kelengkapan badan dan wajah sempurna masih kurang bersyukur. Bukankan Tuhan sudah menciptakan kita  ke dunia ini dengan wujud wajah yang sempurna.


Maha Suci Allah, sungguh kita seringkali tidak menyadari dan melupakan kesempurnaan yang Tuhan berikan pada kita. Banyak diantara kita sampai rela untuk mengeluarkan biaya sangat mahal untuk operasi plastik karena kita tidak puas dengan kondisi wajah yang sebenarnya sudah diciptakan Tuhan dengan bagus dan sempurna. Apakah hal itu belum cukup untuk membuat kita mengucap syukur pada-Nya.










Tangan membengkak terpaksa dipotong

Posted: 02 Feb 2012 04:00 PM PST

Inilah keadaan tangan seorang pemuda yang
membengkak yang terpaksa 
dipotong...
Lihatlah keadaan tangannya....









terpaksa merelakan..


Kucing yang suka membaca

Posted: 02 Feb 2012 03:30 PM PST

Pasti ada sebuah buku yang sangat menarik, perhatian kucing ini.








Sampai tertidur kerana keletihan membaca...

Tali leher unik yang hanya ada di Negeri China

Posted: 02 Feb 2012 03:15 PM PST

Inilah di tali leher yang unik yang hanya ada di negeri China.......







Pakaian unik

Posted: 02 Feb 2012 03:00 PM PST

Begitu unik pakaian ini...






kreatif dan boleh di pelbagaikan...