Berita Harian: Hip |
Posted: 01 Feb 2012 03:21 PM PST Hip Nurul Ekasari PELAKON dan pengarah muda, Pierre Andre agak bengang dengan sikap segelintir pelakon kerana kurang bersedia dan bersikap ambil lewa ketika menghadiri sesi pemilihan pelakon untuk penyesuaian watak (casting) atau uji bakat lakonan. Lebih mengecewakan sikap negatif ini turut membabitkan pelakon berpengalaman dan terkenal. "Ada yang hadir ke sesi uji bakat atau pemilihan pelakon ini tanpa membuat persediaan dan tidak tahu tujuan sebenar mereka datang ke situ. Malah ada juga pelakon yang enggan menghadiri sesi ini kerana menganggap mereka sudah profesional serta tidak perlu melalui sesi itu. Mereka sebenarnya silap faham. "Tujuan casting atau uji bakat bukanlah mahu menguji bakat lakonan, tetapi untuk melihat kesesuaian karakter dengan mereka.Mungkin betul mereka berbakat, tapi adakah watak yang hendak ditawarkan itu sesuai? Itulah tujuan sesi casting diadakan," katanya sewaktu sesi sidang media majlis pratonton filem terbaru arahan dan lakonannya, Chantek dan diterbitkan oleh Empat Semudera di Cathay e@Curve, Damansara, kelmarin. Selain Pierre, hadir sama adalah barisan pelakon filem Chantek iaitu Nurul Ekasari dan Kin Wah. Kata Pierre, apabila mendedahkan perkara itu, bukan bermakna hendak memalukan manamana pihak kerana dirinya juga seorang pelakon. Pierre berkata demikian selepas melihat kesungguhan dan persediaan oleh pelakon dari Indonesia termasuk yang sudah profesional sewaktu menghadiri sesi uji bakat untuk membintangi filem ini. Terang Pierre, dia lebih selesa memilih pelakon Indonesia kerana watak Chantek itu sendiri adalah wanita dari negara seberang. "Saya suka membuat penonton percaya dengan apa yang dilihatnya. Disebabkan watak Chantek adalah pembantu rumah dari Indonesia, jadi lebih baik saya gunakan pelakon dari sana. "Bukan tidak mahu menggunakan pelakon tempatan, tapi adalah lebih realistik jika pelakon dari sana membawakan watak itu kerana dari segi penggunaan bahasa dan kesesuaian karakter," katanya sambil memberitahu watak Chantek ini pada asalnya mahu ditawarkan kepada Acha Septriasa. Sementara itu, Nurul yang baru dua tahun aktif dalam bidang seni menyifatkan peluang berlakon dalam filem Chantek memberinya peluang melebarkan sayapnya sebagai pelakon di Malaysia. Nurul Ekasari memulakan kerjayanya dengan menjadi pelakon iklan menolak tanggapan bahawa watak Chantek sebagai mudah. "Meskipun wataknya sebagai pembantu rumah, tapi apabila terpaksa menukar intonasi suara menjadi suara lelaki, bagi saya itucukup mencabar," katanya. Ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 16 Februari depan, Chantek mengisahkan Ad, seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria menjadi buta selepas dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, Ad memencilkan dirinya di rumah penginapan. Pengurus Ad iaitu Sam mengupah Chantek, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk mententeramkan Ad yang masih fobia dengan perempuan. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |