Adsense

Jumaat, 6 Januari 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Lee Minho saing Andy Lau

Posted:

Lee Minho saing Andy Lau

Lee Minho saing Andy Lau

POPULARITI Lee Minho menerusi drama bersiri Boys Over Flowers membuatkan namanya melonjak bukan sahaja di Korea malah di seluruh dunia.

Selepas itu sekali lagi namanya menjadi bualan ramai gara-gara watak Lee Yoon-seong, pakar teknologi maklumat menerusi drama City Hunter.

Popularitinya yang tidak putus itu mendorong produser filem kelahiran Hong Kong, Terrance Chang yang berjaya di Hollywood itu untuk bekerjasama dengannya.

Chang yang menerbit filem Mission Imposible 2 dan Face Off pernah berkunjung ke lokasi sewaktu Minho berlakon pada Julai tahun lepas.

Mungkin tanpa Minho sedari, dia sebenarnya mempunyai peminat yang ramai di tanah besar itu.

Khabarnya, dia bersetuju menerima tawaran tersebut dan bakal bergandingan dengan aktor terkenal, Andy Lau.

Junsu bina sekolah

BAIK sungguh hati Junsu dari kumpulan JYJ (Jaejoong/Yuchun/Junsu) kerana sanggup berkongsi kemewahannya dengan anak-anak miskin di Pursat, Kemboja.

Dalam diam rupa-rupanya Junsu menyalurkan wang pendapatannya kepada sebuah agensi bantuan dan pembangunan di sana sejak 2008.

Sekolah yang diberi nama sempena namanya itu baru sahaja dirasmikan dan kira-kira 500 orang termasuk, murid-murid, ibu bapa dan penduduk kampung hadir. Bagaimanapun pada hari penuh bermakna itu, Junsu tidak dapat hadir untuk berkongsi kegembiraan kerana sibuk menjalani latihan untuk sebuah muzikal berjudul Elizabeth.

Ibunya mewakili Junsu pada majlis tersebut. Namun penyanyi itu sempat mengirim nota yang berbunyi, 'saya akan melawat sekolah tersebut di masa akan datang dan tidak sabar untuk bermain bola dengan para pelajar'.

Kim Kyu Jong kaku

depan wanita

KELU dan tidak dapat berkata-kata. Itulah yang berlaku kepada Kim Kyu Jong, anggota SS501 apabila berhadapan dengan wanita idaman.

Ketika program Strong Heart ke udara baru-baru ini di saluran SBS, selain Kyu Jong, aktres jelita Sae Jong turut diundang sebagai tetamu.

Dua tahun lalu, ketika ditanya, siapa wanita idamannya, Kyu Jong menjawab Sae Jong dan tidak berapa lama selepas itu dia benar-benar bertemu dengan aktres tersebut secara tidak sengaja di jalan.

"Ketika itu saya jadi kaku dan tidak dapat berkata-kata bila berhadapan dengan dia. Sekarang baru saya tahu kenapa peminat-peminat jadi 'bisu' bila berhadapan dengan saya untuk pertama kalinya.

"Sekarang ini saya kembali kepada keadaan itu bila bertemu Sae Jong, tidak mampu berkata-kata kerana terpegun," akuinya.

Kim Jaejong terbaik

SELAIN menyanyi dan menari, Kim Jaejoong juga dikagumi kerana bakat lakonannya. Dia baru sahaja dipilih sebagai pemenang untuk kategori Lakonan Terbaik yang dibuat oleh SBS NeTV.

Jaejoong menjadi pilihan ramai kerana lakonan hebatnya dalam drama bersiri Protect The Boss.

Ternyata, Jaejoong bukan menggunakan wajah tampannya untuk meraih sokongan penonton tapi menunjukkan skil lakonan yang mantap.

Sebelum ini dia juga mendapat pujian kerana lakonan hebatnya dalam drama Jepun, Sunao ni Narenakute.

Full content generated by Get Full RSS.

Rahsia Imuda kekal populariti

Posted:

Rahsia Imuda kekal populariti

Rahsia Imuda kekal populariti


SITKOM 2 + 1 salah satu sitkom lakonan Imuda (berdiri) di mana dia melakonkan watak lelaki lembut bernama Sam.


TAHUN ini genap 30 tahun Imuda bergelar pelakon dengan cabang lakonan membabitkan bidang teater, drama dan filem.

Imuda atau nama sebenarnya Abdul Rahim Muda mula berlakon pada 1982 melalui filem pertamanya berjudul Mekanik, arahan Othman Hafsham.

Biarpun tiga dekad telah berlalu tetapi Imuda masih aktif berlakon. Terkini, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem komedi berjudul Aji Noh Motor terbitan Metrowealth Pictures selama 10 hari di sekitar Lembah Klang.

Banyak rahsia yang menyebabkan anak kelahiran Butterworth, Pulau Pinang ini mampu bertahan lama dalam bidang lakonan sehingga kini.

Menurut bekas pelakon sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu antaranya adalah sentiasa bergaul dengan kalangan penggiat seni tanah air pada sepanjang masa.

Daripada situlah kata Imuda, dia menjalin hubungan yang rapat dengan kalangan penerbit, pengarah dan pelakon di negara ini. Secara tidak langsung katanya, sifatnya yang suka bergaul itu telah membuka peluang berlakon yang banyak kepadanya sehingga kini.

"Prinsip hidup saya ialah kita hidup di dunia ini jangan sombong. Kalau kita sentiasa bercampur gaul dengan masyarakat, rezeki akan mudah datang kepada kita. Saya contohnya, akan sentiasa memenuhi jemputan ke majlis yang dianjurkan oleh rakan-rakan artis.

"Malah, kalau ada persatuan seperti Karyawan (Persatuan Karyawan Malaysia) jemput dalam majlis-majlis mereka, insya-Allah saya akan datang. Daripada situlah kita dapat ambil tahu perkembangan dalam bidang lakonan secara lebih dekat daripada golongan terbabit.

"Secara tidak langsung, kalau ada peluang berlakon maka daripada situlah penerbit atau pengarah yang ditemui menawarkan peluang berlakon kepada saya. Kehadiran artis pada majlis seperti itu juga merupakan suatu publisiti percuma untuk mereka," katanya kepada S3.

Bapa kepada tiga anak ini juga berkata, sikap tidak memilih watak dalam teater, drama mahupun filem yang dilakonkannya juga menyebabkan dia mendapat banyak tawaran berlakon daripada pelbagai syarikat produksi akhir-akhir ini.

Malah, meskipun pernah mengecapi zaman kegemilangannya sebagai pelakon pada tahun 1980-an, tetapi pelakon yang juga merupakan pelukis potret dan kartunis ini turut tidak kisah apabila dia kini hanya ditawarkan melakonkan watak-watak sampingan sahaja.

"Saya tetap bersyukur walaupun hanya ditawarkan watak-watak pembantu sahaja. Ia secara tidak langsung membuktikan bakat saya masih diperlukan dalam bidang lakonan. Saya juga tidak terasa disisihkan kerana saya pernah melalui zaman kegemilangan saya sebagai pelakon pada tahun 1980-an.

"Sepanjang bergelar pelakon saya sempat diberi kepercayaan melakonkan lapan watak utama dalam filem seperti Mat Som dan Mat Gelap arahan Prof. Hatta Azad Khan pada penghujung tahun 1980-an," ujarnya.

Selain berlakon filem dan drama, Imuda juga turut mengimbau nostalgia para peminatnya apabila menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega terbitan Astro Warna baru-baru ini. Menerusi pertandingan itu, Imuda bergabung dalam kumpulan Pi Mai bergandingan dengan Sathiya dan Mat Over.

Secara tidak langsung juga kata pelakon, pelawak dan kartunis berusia 52 tahun ini, penampilannya itu dapat mengimbas nostalgia dan pada masa sama mampu mengangkat semula popularitinya dalam dunia hiburan di negara ini.

"Pada masa sama, saya juga masih meneruskan kerjaya saya sebagai pelukis dan kartunis di mana ia juga antara cabang dalam bidang seni.

"Semua itu telah mengangkat saya sehingga mampu bertahan dalam bidang ini selama 30 tahun. Kalau bergantung kepada satu-satu cabang seni sahaja saya rasa tidak mungkin akan bertahan selama itu," jelasnya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.