OHBULAN! |
“Kalau Nak Glamour, Jadi Artis Je Senang!” – Izreen Azminda Respon Kontroversi Tunang. Posted: 06 Jan 2012 07:27 AM PST Pasti ramai yang sudah tahu mengenai gosip dan kontroversi yang melanda Muhamad Riza, tunang Izreen Azminda. Tidak tahu dari mana datangnya angin yang bertiup, Muhamad Riza yang hanyalah seorang krew produksi tiba-tiba dituduh dengan pelbagai isu seperti kes menggugurkan anak ketika bersama Rafeda dan juga pernah berkahwin dengan Julia Daud, janda Badrul Muhayat. Nak kata ada orang dengki, Izreen Azminda hanyalah seorang pelakon yang sedang meningkat naik juga. Tidaklah keterlaluan kalau OHBULAN! kata yang ini kontroversi murahan saja. Ingin mendapatkan kepastian, wartawan OHBULAN! telah menghubungi Izreen Azminda untuk mendapatkan penjelasan terbaru dari mulut sendiri. Untuk pengetahuan, Izreen dan Riza sudah bertunang pada 1 Januari 2012 yang lepas. "Saya sudah mengenali Riza dari tahun 2010 lagi, tapi pada awak itu kami hanya berkawan biasa," ujar Izreen memulakan perbualan. Izreen turut menjelaskan bagaimana mereka secara tiba-tiba jatuh cinta selepas kontroversi diantara Izreen dan Johan Asari. "Cinta ni datang dengan spontan, kami tak rancang langsung. Kalau orang kata saya bertunang sebab nak lupakan Johan, itu salah sebab buat apa nak suka dekat orang yang tak suka kita? Saya tak gila lagi dan itu syok sendiri namanya." Ditanya mengenai e-mail yang telah tersebar dikalangan wartawan, Izreen memberitahu dia juga sudah membaca e-mail tersebut yang telah menjadi punca masalah dan kontroversi yang menimpa dirinya. Izreen menjelaskan bahawa e-mail tersebut sebenarnya telah disalah tafsir, perkataan "berkahwin" dengan Julia sebenarnya ialah "berkawan" dengan Julia. Berkawan jenis apa, kami sendiri tidak tahu. "Sebenarnya orang yang mendapat e-mail itu telah tersalah tafsir perkataan tersebut dan menyebabkan semua orang salah faham. Sebenarnya, saya pun sudah tengok gambar Riza yang dikatakan kontroversi itu sebelum saya rapat dengan dia lagi. Sebab ianya sudah tersebar di kalangan krew produksi. Tapi sekarang saya sendiri tak sangka Riza akan jadi bakal suami," jelas Izreen. Ditanya mengapa kontroversi ini tersebar sedangkan Riza hanyalah seorang krew produksi, Izreen menjelaskan, "Saya sendiri tidak tahu kenapa ada orang yang hendak buat begini, tapi kalau nak glamour, jadi artis je senang!" Izreen yang merancang untuk mengadakan majlis pernikahan bersama Riza pada 31 Ogos ini memberitahu bahawa kini dia sudah tidak kisah lagi dengan kata-kata orang. "Saya dah tak kisah langsung dengan apa orang nak kata, semua orang ada sejarah sendiri. Benda dah lepas tak elok jika diceritakan balik." Izreen turut meminta agar peminat dan semua orang mendoakan kebahagiaan mereka berdua. "Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik untuk saya dan Riza. Biarlah saya mulakan hidup baru saya bersama dia," kata Izreen mengakhiri perbualan bersama OHBULAN! Namun begitu, kebanyakan jawapan Izreen yang telah mendapat penjelasan dari Riza sebenarnya banyak bercanggah dengan cerita yang OHBULAN! dapat dari e-mail terbaru. Namun siapa tahu kan, dalam dunia ini ada ramai pendengki, ada juga ramai penipu, cuma siapa mereka, kita tidak tahu. Full content generated by Get Full RSS. |
Selebriti Popular Bela ‘Anak Ikan’? Posted: 06 Jan 2012 01:33 AM PST Kalau diikutkan daripada sifat lantang selebriti bertaraf dunia ini, memang sukar untuk percaya dakwaan sumber ini. Apatah lagi, selebriti ini sering menjadi role model, terutamanya dari segi sikap kool'nya bersama orang ramai. Kata sumber, pada mulanya dia hanya mendengar cerita mengenai selebriti ini yang dalam diam-diam membela seorang 'anak ikan' sebagai penghibur dikala kesunyian. Sebagai balasan, selebriti ini menghadiahkan sebuah Penthouse kawasan elit di tengah ibu kota buat 'anak ikan' kesayangannya. Bukan itu sahaja, selebriti ini sanggup membuka sebuah salun rambut khas untuk peneman hatinya. Sumber pada mulanya enggan mempercayai cerita tersebut, sehinggalah, dia sendiri terserempak dengan selebriti itu ber'shopping sakan dengan 'anak ikan' tersebut. "Memang mesra gila tengok dia kehulu-hilir dengan 'anak ikan' dia KLCC tempoh hari. Dalam senyap, ramai yang ambil gambar. Tetapi, apabila dia perasan yang ramai orang mula mengambil gambar, dia suruh 'anak ikan' tu tunggu kat tempat lain. Nak coverline lah tu!" bisik sumber yang identitinya dirahsiakan. Ish ish, memang sukar nak percaya. Selebriti ini memang dikenali ramai dengan sikap mudah mesra dan tidak kekwat. Apakan daya, kehidupan selebriti ini sering menjadi perhatian orang. Mungkin, kemesraan dia telah disalahertikan oleh segelintir orang. Mungkin juga, kelantangan suara selebriti itu dalam sebuah rancangan realiti membuatkan sesetengah orang tidak senang duduk. Nak buat macam mana, hati orang busuk kan? Harap, selebriti itu tidak melatah dengan cerita-cerita kurang enak ni. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |