Adsense

Isnin, 9 Januari 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Isu Saman Ogy : Johan Akan Lebih Berhati-hati

Posted: 09 Jan 2012 08:47 PM PST

Festival Filem Malaysia Ke-24 dicemari dengan kontroversi apabila Ogy Ahmad Daud dikatakan tersinggung dengan lawak Johan ketika bersama-sama mengacarakan majlis berkenaan, akhir tahun lalu. Berikutan daripada itu, Ogy dengan lantangnya membidas Johan di dada akhbar dan secara peribadinya ingin menyaman pelawak ini di mahkamah. Memetik kenyataan Ogy dahulu, "Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati."

Bagaimanapun, isu saman-menyaman itu bagaikan tiada kesinambungannya. Meninggalkan tanda tanya sama ada Ogy benar-benar meneruskan niatnya, atau sekadar …?

Johan yang selama ini mendiamkan diri sejak diserang isu terbabit akhirnya membuka mulut ketika sidang media 'Lawak Ke Der?', di Istana Budaya, lewat petang semalam. Johan berkata bahawa tidak mungkin dia terlepas cakap kerana mereka sudah pun menjalani rehearsal.

"Kalau awak ada di tempat kejadian, awak akan faham. Apa yang berlaku di atas pentas memang ada rehearsal, jadi tak mungkin saya terlepas cakap. Bagaimanapun, saya enggan memperbesarkan hal ini dan belajar daripada kesilapan."

"Saya akui penghibur perlu menjaga sensitiviti apabila membuat persembahan di khayalak ramai. Insyallah, selepas ini saya akan lebih berhati-hati agar tidak menyinggung atau menyentuh perkara peribadi agar insiden seperti ini tidak berlaku lagi," jelas Johan dalam nada rendah diri.

Full content generated by Get Full RSS.

Snoop Dogg Ditahan Kerana Miliki Ganja!

Posted: 09 Jan 2012 07:13 PM PST

Mungkin ramai sudah tahu memang Snoop Dogg terkenal dengan penggunaan ganjanya yang tidak pernah disorok dari umum.

Baru-baru ini dia ditahan di Texa kerana membawa ganja bersamanya didalam sebuah bas apabila anjing pengesan polis telah menghidu bahan terlarang itu yang disimpan didalam sebuah botol preskripsi merah. Namun begitu, Snoop Dogg terus mengaku bahawa ganja itu memang miliknya.

Untuk pengetahuan, Snoop Dogg memang mempunyai kebenaran untuk menggunakan ganja tapi hanya dihadkan di California sahaja dan tidak di Texas.

Full content generated by Get Full RSS.