Adsense

Khamis, 19 Januari 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Filem Bujang Terlajak

Posted: 16 Jan 2012 09:17 AM PST

gambar lawak cerita lawak

Posted My Gosip: 17 January 2012 at 1:17 am under filem  

Filem Bujang TerlajakSinopsis Bujang Terlajak:- Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura). Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan.

Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal). Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain.

Tajuk Filem:
Bujang Terlajak

Pengarah: Prof Madya A. Razak Mohaideen

Penerbit: Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd.

Dipawagam: 19 Januari 2012

Pelakon Bujang Terlajak:
Saiful Apek
Johan Raja Lawak
Nabil
Fazura
Mustapha Kamal
Ebby Yus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full content generated by Get Full RSS.