Gosip Artis Malaysia |
Hattan Mahu Tenangkan Diri Selepas Bercerai Posted: 17 Jan 2012 04:47 PM PST PETALING JAYA: Selepas disahkan bercerai pada 19 Januari lalu, penyanyi Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 48, ingin menenangkan fikiranri dan tidak mahu memberi sebarang komen tentang isu itu. Hattan berkata selepas melalui detik sukar tersebut, dia akan meneruskan kehidupan serta menguruskan perniagaannya seperti biasa. "Tiada lagi kenyataan akan dibuat berhubung dengan isu ini (cerai) lagi. Saya cuma nak relaks sahaja dan menjalani kehidupan seperti biasa," katanya ringkas ketika dihubungi di sini, Selasa. Hattan melafazkan cerai talak satu terhadap bekas isterinya, Farah Asyikin Othman di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli sekitar pukul 11.30 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, pada 19 Januari lalu selepas kira-kira dua bulan mendirikan rumah tangga. Selepas bercerai, persoalan punca kedua-dua mereka bercerai menemui jawapannya apabila foto Farah yang menunjukkan dia sedang berpelukan dengan seorang lelaki di atas katil tersebar. Bagaimanapun, Hattan enggan mengulas lanjut tentang isu foto berkenaan. Ditanya adakah Hattan serik untuk melalui kehidupan berumah tangga, katanya dia tidak kisah seandainya Tuhan menemukan jodoh buat dia pada masa akan datang. "Serik atau tidak, semua itu kerja Tuhan dan Dia yang tentukannya. Saya tiada hak untuk berkata demikian (serik). "Perancangan saya seterusnya, saya mahu main golf'," seloroh penyanyi yang popular dengan lagu Biso Bonar itu. Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin. |
Posted: 16 Jan 2012 08:20 PM PST Hari tu dah kecoh pasal gambar beliau dengan seseorang yang agak intim dan mengatakan itu adalah gambar kenalan beliau. GAM mendapat cerita yang baru-baru ini ada yang ternampak Ajai dan seseorang ni berjalan masuk ke restoran sambil berpegangan tangan. Memang bukan berdua, tapi ada beberapa lagi gadis turut serta. Amboi, sampai segerombolan ye Ajai... Dah tu pulak masa makan, gadis ni boelh pulak letak tangan atas peha Ajai lagi. Takkan la kenalan pun nak letak tangan kat situ? mungkin meja makan dia penuh kot. :) ps: kesian kat Liza .... |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |