Adsense

Khamis, 22 Disember 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Ramlah Ram bercinta lagi?

Posted:

Ramlah Ram bercinta lagi?

Ramlah Ram bercinta lagi?

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULAH


Gandingan dengan dua anak muda kelahiran singapura, sleeq, ramlah mengharap terus diterima peminat.


WAJAHNYA kelihatan ceria mungkin kerana hati sedang dilambung cinta. Benarlah, cinta yang sedang bertakhta kadangkala mampu membuat seseorang manusia kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

Itulah yang kelihatan pada raut wajah artis popular ini. Setelah lebih kurang dua tahun hidup bersendirian sementelah bercerai dengan bekas suami, Kamal Roslim, Ramlah ketika ini dikatakan sedang hangat bercinta.

Siapa orangnya? Banyak ahli media yang tahu siapa gerangan lelaki yang dimaksudkan. bagaimanapun bila persoalan itu diaju pada Ramlah, penyanyi kecil molek itu tidak menjawab secara langsung. Ramlah sebaliknya lebih senang memberi jawapan selamat dengan mengunci kemas mulutnya daripada berbicara.

Katanya, jodoh serta ajal maut adalah ketentuan Allah dan dia tidak menolak jika ditakdirkan bertemu pengganti pada masa terdekat.

Menurut Ramlah,46, sepanjang hidup bersendirian, dia tidak merasa sunyi kerana kehidupannya sering dikelilingi dengan anak saudara dan kaum keluarga.

"Nak kata serik berkahwin, tidaklah. Namun setakat ini, saya lebih senang memikirkan soal kerjaya. Tapi kalau sudah ditakdirkan saya bertemu jodoh dalam waktu terdekat ini, saya terima sahaja.

"Apa-apa pun sekarang ini nak tumpu pada kerjaya sebab single ketiga, Sesaat Kau Datang, kolaborasi dengan duo Sleeq sedang hangat sekarang ini," katanya yang cuba mengelak daripada ditanya lanjut soal peribadi.

Bagaimanapun Ramlah tidak menafi bahawa ada lelaki yang cuba menghampiri dirinya, namun semua itu ditolak secara baik memandangkan sikap berhati-hati untuk mencari pasangan baru.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu itu berkata, dia tidak kisah jika bakal suaminya itu muda atau lebih berusia daripadanya.

Bagi Ramlah, apa yang penting lelaki itu boleh menjaga, menyayangi dan memahami kerjayanya.

"Usia bukan penghalang, apa yang penting dia memahami diri saya," katanya, sedikit tegas.

Biarpun penyanyi kelahiran Johor itu enggan berterus terang, namun Hits difahamkan yang juara Bintang RTM 1985 itu sudah ada kekasih hati yang mesra disapa sebagai Hafiz.

Lelaki itu juga merangkap pembantu peribadinya yang menguruskan hal ehwal kerjaya penyanyi bersuara lantang ini.

Dimaklumkan bahawa mereka sudah berkenalan sejak dua tahun lalu, namun Ramlah dan Hafiz amat profesional bila soal kerja.

Pilih orang muda

Rata-rata corong radio tempatan sering memutarkan lagu Sesaat Kau Datang, kolarborasi Ramlah dengan duo Sleeq yang dianggotai oleh Alif Abdullah, (Aleph) 22, dan Ahmad Syarifullah Ahmad, (Syarif) 22, dari Singapura.

Lagu ciptaan Suzaimi Soaib (ID Mifzal) dan lirik oleh Zie Shariffud itu menggabungkan muzik pop, R & B dan rap yang mempunyai elemen retro.

Menurut Ramlah, Sesaat Kau Datang, merupakan single ketiganya selepas Cinta Gila dan Benar Mencintai bersama Faris Awan Band.

Pada sesi temu bual dan makan tengah hari yang diadakan di Hotel Quality, Kuala Lumpur, Rabu lalu, merupakan kali pertama Ramlah bertentang mata dengan anggota Sleeq.

"Ini merupakan kali pertama berjumpa dengan Syarif dan Aleph sebab kami rakam lagu asing. Selepas rakam, barulah mereka rakam.

"Memang tidak kenal mereka, semua itu diuruskan oleh Suzaimi selaku Presiden Ramlah Ram Grup. Dia yang mencari pasangan duet untuk dan bila nama Sleeq disebut, saya setuju sahaja," katanya.

Kata Ramlah, dia perlu mencari pasangan duet muda untuk mendapat kelainan dan sekali gus mengikut trend muzik masa kini.

Pada masa yang sama, Ramlah tidak sangka yang kolarborasinya dengan Sleeq mendapat reaksi positif daripada para peminatnya, mahupun peminat Sleeq.

"Sebenarnya ada kelebihan bergabung dengan orang muda. Peminat-peminat Sleeq yang sudah mendengar lagu ini secara tidak langsung akan mula mencari lagu-lagu lama Ramlah. Begitu juga dengan peminat saya, pasti mencari lagu-lagu Sleeq," ceritanya.

Menurut Ramlah, semua single yang dirakam akan dimuatkan dalam album penuhnya yang bakal dikeluarkan pada Februari depan.

Katanya, untuk ketika ini dia perlu merakam beberapa buah lagu lagi termasuklah lagu Sejadah Cinta dan Seandainya.

"Kebanyakan lagu yang akan ditampilkan dalam album ini dicipta oleh para peminat. Saya tidak pilih komposer, asalkan lagu yang dicipta sedap pada pendengaran," akuinya.

Ramlah yang sentiasa mendapat undangan mengadakan persembahan pentas itu berkata, apabila projek album terbarunya selesai, kemungkinan besar dia akan memikirkan soal konsert pula.

Full content generated by Get Full RSS.

MLM ke penghujung

Posted:

MLM ke penghujung

MLM ke penghujung

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


Adlin Aman Ramlie dan Bawal Power (BP) gagal meneruskan perjalanan mereka setelah disingkirkan pada minggu kelapan.


Pertandingan realiti lawak yang sedang hangat ketika ini Maharaja Lawak Mega (MLM) semakin menghampiri penamatnya. Kini hanya tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum kita mengetahui siapakah yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM350,000 selaku juara.

Setelah lapan minggu bersiaran yang pada permulaan 17 peserta terlibat, kini hanya tinggal lima sahaja yang masih bersaing dalam peringkat separuh akhir iaitu Syok, Saehu, Boboi, Osbon dan juga Pimai.

Pada MLM yang lalu, dua peserta yang dilihat kukuh kedudukan mereka pada awal pertandingan tersingkir selepas mendapat undian terendah oleh para juri dan juga penonton.

Kedua-duanya ialah peserta solo terakhir, Adlin Aman Ramlie dan kumpulan Bawal Power (BP) yang dianggotai oleh Bob Kuman dan Sobri Anuar.

Mereka yang mengikuti pertandingan itu pasti menyedari isu yang timbul berkaitan Sobri apabila dikatakan 'mempermain-mainkan' seorang penyanyi yang popular sekitar tahun 1980-an, Zaiton Sameon.

Menariknya, pada MLM lalu yang bersiaran secara langsung di Astro Warna, Sobri berkesempatan memberikan sejambak bunga sebagai tanda meminta maaf kepada penyanyi tersebut yang hadir menonton rancangan itu.

Sobri yang ditemui pada sidang akhbar sejurus pertandingan itu tamat berkata, dia tidak pernah berniat untuk mempermain-mainkan penyanyi tersebut.

"Saya telah menemui Zaiton untuk meminta maaf secara peribadi kepadanya sekiranya perbuatan saya itu mengguris perasaannya dan juga ahli keluarganya.

"Sebagai orang lama dalam industri ini, dia terima permohonan maaf daripada saya secara baik dan sejujurnya, antara kami memang tiada masalah," katanya yang lega setelah tersingkir daripada MLM akibat daripada segala isu yang timbul.

Walaupun menyatakan perasaan lega, tetapi dia juga sedikit kecewa kerana tidak dapat menjadi seorang pelawak yang lebih kelakar kerana niat utamanya menyertai pertandingan itu adalah bagi membantu kawannya, Bob Kuman.

"Bagi pihak saya, saya merasa lega tetapi saya kecewa kerana tidak dapat membantu Bob untuk pergi lebih jauh dalam pertandingan ini.

"Walaupun begitu, saya tetap berasa bangga dan bersyukur kerana berjaya sampai hingga ke peringkat ini. Apatah lagi berpeluang berkongsi pentas bersama dengan ramai orang-orang lama dalam bidang ini," katanya.

Apabila ditanya apakah yang bermain di fikirannya semasa mula timbul idea untuk membawakan watak Eton Malaun itu, Sobri berkata, mungkin dia terpengaruh dengan komedi-komedi yang kebanyakannya berasal dari barat.

"Saya membesar dengan melihat komedi-komedi dari barat, sedikit sebanyak ia mempengaruhi tindakan saya dalam isu ini.

"Watak Eton Malaun sebenarnya adalah peminat setia kepada penyanyi itu dan bukannya menjurus kepada penyanyi tersebut secara langsung.

"Saya ingin cuba memberi kelainan dalam bidang komedi tempatan. Tetapi kini saya tahu, apa yang saya lakukan itu tidak sepatutnya kerana walaupun dalam bidang jenaka, kita tidak sepatutnya mempermain-mainkan perkara yang boleh mengguris perasaan pihak lain.

"Saya telah banyak belajar melalui pengalaman menyertai pertandingan ini dan saya yakin ia akan membantu saya untuk menjadi seorang seniman yang lebih baik di masa akan datang," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.