Utusan Online - Hiburan |
Posted: Norish, sampai bila nak lari?SELASA lalu, kecoh Kuala Lumpur dilanda banjir teruk. Jalan Tun Razak yang sentiasa sibuk tenggelam dek hujan yang turun mencurah-curah. Seorang teman baru Joyah ini mengharungi jalan yang penuh sesak itu ke Istana Budaya (IB) untuk buat liputan sidang media Festival Monodrama dan menemuramah pelakon-pelakonnya iaitu Misha Omar, Norish Karman dan Jasmin Hamid. "Seronok Joyah. Teruja nak tengok persembahan mereka terutama Misha dan Jasmin sebab monodrama ni beza dari pementasan biasa. "Tapi saya hampa dengan Norish. Sudahlah berlakon pegang skrip dari awal sampai akhir, suara pun tak jelas macam tak berlatih saja, kemudian dia boleh lesap macam itu saja lepas habis persembahan "Saya dan wartawan lain terkesima bila tahu dia hilang. Alasan dia beri kepada kru, dia tidak sihat," kata teman Joyah yang hampa. Tak cukup dengan itu, keesokannya teman Joyah yang lurus bendul ni cuba menghubungi Norish untuk memberi dia peluang menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku. Ditanya dengan sopan kepada Norish sama ada dia sudi meluangkan sedikit masa untuk ditemuramah berkenaan pementasan itu, kenapa dia menghilangkan diri, kerjaya dan sedikit perihal peribadi. "Dia cakap dekat saya, "saya dah agak dah, I don't want to talk about that. I'm busy right now, saya ada shooting. Bye"," ajuk teman Joyah siap tiru dengan nada suaranya yang tidak mahu melayan. Aduhai Norish, orang dah bagi peluang untuk menjelaskan perkara sebenar tetapi mengelak pula. Banyak cerita buruk yang dikaitkan dengan Norish, Tak mahu bersihkan nama ke? |
Buatlah teater Ombak Rindu pula Posted: Buatlah teater Ombak Rindu pulaSekarang ini filem Ombak Rindu meletup sakan di pawagam. Kutipan mencurah-curah ke poket penerbit dan mencurah-curah keluar dari poket penonton. Tahniah kepada penonton kerana pemurah menghulurkan sumbangan kepada penerbit filem ini. Joyah cadangkan kepada penerbit teater buatlah pula teater Ombak Rindu. Mesti boleh jadi kaya macam penerbit filem juga. Ala bukan tak tahu, di negara kita pantang ada benda popular, semuanya hendak diteaterkan. Penerbit teater materialistik, apa tunggu lagi. Jangan biarkan kehangatan filem Ombak Rindu hilang, cepatlah buat teater. Bukannya susah sangat kerana yang penting letakkan pelakon macam Maya Karin, Aaron Aziz dan banyak lagilah. Memang filem ini ada gelombang tersendiri. Kalau nak tahu Ombak Rindu dah mencecah hampir RM9 juta mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Finas sehingga 15 Disember lalu. Lantas menyebabkan Ombak Rindu bakal dijadikan drama di Astro selepas ini. Biasalah bila meletup di panggung esok lusa juga akan didramakan di tv. Apa nak hairan dah memang sikap penerbit yang nak kaut untung dengan harapan karya ini akan diterima sama rata oleh penonton. Joyah tertanya-tanya juga ada tak orang teater nak pentaskan Ombak Rindu lepas ni? Joyah tahu sudah ada beberapa orang yang berkira-kira nak pentaskan Ombak Rindu. Kepada penerbit teater, selamat membuat teater Ombak Rindu. Selamat mengaut untung, mana tahu teater Ombak Rindu pula catat box office. Kalau tak menangguk di air keruh di mana lagi? |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |