Adsense

Rabu, 14 Disember 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Diam ada isi

Posted:

Diam ada isi

Diam ada isi

DIAM-DIAM ubi berisi. Mungkin itu peribahasa yang sesuai digunakan oleh kumpulan punk rock Malaysia, Bunkface yang terdiri daripada tiga orang pemuda, Shamsul Anuar (Sam), vokalis utama dan irama gitar, Sam (Shamsul Anuar), Youk (Farouk Jaafar) dan Paan (Ahmad Farhan) ternyata punyai daya tarikan mereka sendiri bagi peminat tempatan mahupun di luar.

Selepas menggegar peminat dengan lagu yang menjadi kegemaran ramai, dengan lagu Situasi dan Revolusi, populariti Bunkface dilihat menurun saban tahun.

Apatah lagi selepas itu, Bunkface dilanda khabar angin yang membabitkan vokalis utama kumpulan itu, Sam ingin meninggalkan Bunkface dengan penubuhan kumpulan baharu iaitu, The Azenders.

Namun, ia ternyata hanya sebuah khabar angin. Ketika rancak masyarakat membuat spekulasi, Sam sendiri tampil memberi pengesahan bahawa dia masih setia bersama Bunkface.

Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat ketiga-tiga jejaka ini untuk terus berkarya dan buktinya, kumpulan ini berjaya mengangkat nama kumpulan mereka sekali gus mengharumkan nama negara apabila berjaya mendapat tempat ketiga secara keseluruhan dari segi persembahan pentas dan vokal di Hong Kong Asia Music Festival pada Mac lalu.


SAM meraih Anugerah Komposer Muda Berpotensi 2011 dari Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP).


Bukan itu sahaja, pada November lepas, Bunkface telah dijemput bagi mengadakan persembahan di Jakarta, Indonesia menerusi tiga acara yang berlainan. Apa yang menariknya, mereka berpeluang muncul dalam program bual bicara popular di TV Indonesia, Bukan Empat Mata yang disiarkan di saluran Bintang.

Sebelum itu, Bunkface mengadakan persembahan di Urbanfest 2011 dan juga membuat showcase istimewa Bunkface di Hard Rock Café yang juga diadakan di Jakarta.

"Alhamdulillah, sambutan di Indonesia terhadap Bunkface amat baik. Walaupun mungkin kami sebagai pendatang baharu kepada peminat di sana, namun ada juga yang mengenali kami sehingga semasa mengadakan persembahan, sesetengah dari mereka hafal lirik lagu dan menyanyi bersama," cerita Sam semasa ditemui di majlis Malam Mesra Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia 2011 (MACP).

Bukan reformasi tapi celaka

Di samping kejayaan yang dikecapi, ada juga terselit kisah pelik yang berlaku terhadap kumpulan ini. Ia mungkin merupakan perkara yang agak remeh dan ringan.

Semasa ingin mempromosi single paling terkini mereka yang berjudul Panik, kumpulan ini telah mendapat tahu bahawa single tersebut diharamkan dari diputar di semua saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana perkataan 'reformasi'.

Bagaimanapun menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak RTM menerusi Unit Panel Penilai Lagu Tempatan (PPLT), stesen penyiaran kerajaan tersebut menafikan pernah mengharamkan lagu tersebut.

Menurut PPLT, isu timbul bukan disebabkan penggunaan perkataan ' reformasi' dalam lirik Panik tetapi sebaliknya perkataan 'celaka' yang dianggap sebagai suatu perkataan yang kasar dan tidak sopan diperdengarkan umum.


MEMBUKTIKAN bukan sekadar jaguh kampung, Bunkface meraih pengiktirafan pada Hong Kong Asia Music Festival 2011.


Bertanya respons kepada Bunkface, Paan menyatakan kekesalannya kerana beranggapan ia tidak patut menjadi satu isu sehingga diharamkan. Dia juga memberitahu penggunaan perkataan tersebut bukan bertujuan untuk memaki seseorang ataupun sesuatu situasi.

"Kami gunakan perkataan celaka sebagai satu lirik tanpa ada apa-apa agenda. Jika perkataan tersebut memang tidak boleh digunakan, apa kata kita buang terus perkataan itu daripada mana-mana penggunaannya.

"Saya ambil satu contoh jika lirik kami terlalu kesat, bagaimana pula dengan dialog-dialog yang menggunakan banyak perkataan kesat dalam filem-filem Melayu lama kita yang telah ditonton umum oleh segenap lapisan masyarakat," katanya yang tetap bersyukur kerana lagu tersebut tidak digam oleh stesen radio lain.

Full content generated by Get Full RSS.

'Saya mangsa penganiayaan'

Posted:

'Saya mangsa penganiayaan'

'Saya mangsa penganiayaan'

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


FIZO OMAR ditemani peguamnya, Khairul Anuar pada sidang akhbar semalam.


PENYALAHGUNAAN identiti seseorang individu untuk tujuan-tujuan tertentu seperti permohonan membuat pinjaman kewangan bukanlah suatu perkara yang asing di negara ini.

Namun begitu, tidak ramai individu yang menjadi mangsa mahu membuat aduan menyebabkan kejadian sebegitu dilihat semakin berleluasa dan turut membabitkan kerugian sehingga jutaan ringgit.

Terbaru membabitkan pelakon popular Wan Hafizol Wan Omar, 26, atau lebih terkenal dengan nama Fizo Omar setelah namanya telah digunakan sebagai penjamin untuk membuat pinjaman sebanyak RM8 juta.

Menyedari namanya telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, Fizo lantas membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat Sukarelawan Peguam (SukaGuam) agar masalah yang dialaminya itu dapat diselesaikan segera, yang mana peguam yang mengendalikan kes Fizo ialah Datuk Datuk Khairul Anwar Rahmat. Berikut temu bual pelakon filem Kongsi itu bersama Kosmo!.

Kosmo!: Boleh ceritakan apa yang sebenarnya berlaku?

Fizo : Pada tahun 2008 yang lalu, seorang kenalan telah mengajak saya untuk menjadi rakan kongsi kepada penubuhan sebuah syarikat percetakan. Memandangkan tiada sebarang pelaburan dibuat, akhirnya saya bersetuju untuk menerima pelawaan rakan saya itu.

Selain menjadi rakan kongsi, saya turut dilantik sebagai Pengarah Urusan dan menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah. Namun, sepanjang bersama dengan syarikat tersebut saya langsung tidak pernah dibayar walau satu sen pun.

Berapa lama anda bersama syarikat berkenaan?

Saya tidak pasti tentang tempoh, tetapi apa yang saya ingat penyertaan saya bersama syarikat itu bermula pada awal tahun 2008 dan hanya beberapa bulan selepas itu saya mengambil keputusan untuk menarik diri kerana mahu memberi tumpuan kepada bidang lakonan.

Walaupun sudah tidak lagi terbabit dalam segala pengurusan syarikat, nama saya masih lagi dikekalkan sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah. Cuma saya tidak sangka nama saya telah digunakan untuk menjadi penjamin dalam pinjaman sebanyak RM8 juta tanpa pengetahuan saya.

Sejak bila anda tahu nama anda digunakan sebagai penjamin untuk permohonan pinjaman tersebut?

Pada tahun lalu saya telah dihubungi sendiri oleh pihak bank yang mengatakan saya telah menjadi penjamin kepada pinjaman yang dibuat oleh syarikat itu dan sebanyak RM2 juta telah dipindahkan ke akaun peminjam tersebut.

Ketika diberitahu tentang perkara tersebut, sudah tentu saya sangat terkejut kerana langsung tidak tahu menahu bahawa nama saya telah disalahgunakan. Apa yang boleh saya katakan adalah saya sudah menjadi mangsa penganiayaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Adakah anda mendapat surat peringatan tentang bayaran pinjaman tersebut daripada pihak bank?

Setakat ini saya hanya mendapat panggilan daripada pihak bank yang meminta saya menjelaskan bayaran pinjaman tersebut kerana saya dimaklumkan oleh pihak bank bahawa surat peringatan hanya diserahkan kepada pihak syarikat yang membuat pinjaman tersebut.

Adakah anda pernah menandatangani sebarang dokumen semasa bersama syarikat tersebut?

Saya memang tidak ingat kerana perkara itu sudah pun berlalu tiga tahun yang lalu. Cuma apa yang agak menghairankan apabila pihak bank sewenang-wenangnya boleh meluluskan pinjaman tersebut tanpa kehadiran saya sebagai penjamin.

Kenapa ambil masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan masalah yang anda alami?

Seboleh-bolehnya saya mahu menyelesaikan perkara ini dengan baik dan tidak mahu terlalu kecoh. Pada mulanya saya ada cuba berbincang dengan pihak syarikat tersebut supaya menjelaskan perkara sebenar, tetapi tidak mendapat kerjasama yang baik sehinggalah syarikat itu tidak lagi wujud.

Ada buat laporan polis?

Setakat ini tiada laporan polis dibuat dan saya hanya meminta bantuan peguam di SukaGuam untuk menyelesaikan masalah ini.

Bagaimana kelulusan pinjaman tersebut boleh diberikan sedangkan anda tidak menandatangani sebarang dokumen berkaitan?

Ketika saya menceritakan masalah ini,pihak peguam mengesyaki kes saya mungkin ada berkaitan dengan elemen penipuan, meniru tanda tangan, penyalahgunaan nama atau komplot sindiket tertentu.

Apakah langkah anda selepas ini? Tak jumpa bank minta penjelasan dan selesaikan masalah ini?

Melalui perbincangan yang dilakukan bersama peguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat, kami akan berjumpa dengan pihak bank dan cuba meminta segala dokumen berkaitan permohonan pinjaman tersebut dalam tempoh dua minggu ini.

Adakah masalah yang dialami ini telah menjejaskan kerjaya anda sebagai seorang pelakon?

Saya akui apabila diberitahu tentang perkara tersebut memang ia sangat merisaukan saya dan serba sedikit kerja-kerja saya turut terjejas.

Apa terjadi kalau anda tidak menjelaskan bayaran pinjaman seperti yang dituntut pihak bank?

Kalau saya tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera, berkemungkinan besar saya boleh diisytihar muflis.

Nasihat anda kepada rakan-rakan artis yang lain?

Apa yang berlaku ini pastinya menjadi pengajaran yang sangat berguna supaya lebih berhati-hati selepas ini. Malah, saya mahu menasihatkan kepada rakan-rakan artis yang lain supaya tidak terlalu mudah menerima sebarang tawaran jika ada mana-mana pihak yang mahu menjadikan mereka sebagai rakan kongsi dalam sesebuah syarikat.

Sekarang ini anda ada terlibat dengan mana-mana bisnes?

Selain sibuk berlakon, saya juga ada menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan menjual makanan dan ia lebih kepada perniagaan keluarga. Lagipun saya sebenarnya seorang individu yang sangat minat berniaga.

Full content generated by Get Full RSS.

Kisah lucu anjing DiCaprio

Posted:

Kisah lucu anjing DiCaprio

Kisah lucu anjing DiCaprio


LEONARDO DICAPRIO


DAPAT menaiki pesawat peribadi milik aktor terkenal seperti Leonardo DiCaprio pastinya suatu yang diimpikan ramai pihak. Namun, pengalaman yang dilalui oleh aktor berkenaan adalah sebaliknya.

Dua orang teman baik DiCaprio iaitu Armie Hammer dan Carey Mulligan yang berpeluang menaiki pesawat peribadi tersebut menyatakan mereka berasa sangat tidak selesa dengan bau busuk akibat kentut yang dilepaskan oleh anjing peliharaan aktor berkenaan.

"Saya tidak tahu makanan apa yang telah diberikan oleh DiCaprio kepada anjingnya itu. Setiap kali selepas makan, anjing yang bernama Djago itu pasti akan melepaskan angin dan ia terus berlaku sepanjang penerbangan.

"Pada mulanya ia memang sesuatu perkara yang sangat melucukan kerana masing-masing saling menuduh siapa yang kentut. Namun, lama-kelamaan kepala kami mula pening dan rasa mual," ujar Armie.

Bagaimanapun, rakan DiCaprio itu tidak menyalahkan sepenuhnya anjing tersebut dan menyatakan ia adalah berpunca daripada makanan yang diberikan oleh aktor berkenaan kepada anjing jenis bulldog itu.

"Django adalah seekor anjing yang lucu dan DiCaprio sudah membelanya hampir 10 tahun. Cuma pengalaman bersama anjing yang mempunyai hobi kentut selama tempoh lima jam penerbangan bukanlah sesuatu yang menarik," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.