Berita Harian: Hip |
Posted: 23 Dec 2011 06:52 PM PST Hip Pendapatan Park Yoochun RM31 jutaUSIANYA baru menjangkau 25 tahun, namun pencapaian yang dicipta Park Yoochun barangkali mengundang cemburu mereka yang turut memburu cita-cita sebagai anak seni. Park Yoochun berada dalam senarai lima selebriti muda yang meraih pendapatan lumayan mencecah RM31 juta (AS$10 juta) setahun, sekali gus menjadi inspirasi kepada ramai anak muda lain untuk mencipta kegemilangan sepertinya. Tidak hanya meraih populariti di negara sendiri, Yoochun menjadi kegilaan peminat di Jepun. Ledakan populariti yang diraihnya membolehkan Yoochun menerima antara RM90,000 hingga RM100,000 untuk setiap kemunculan.Keselesaan itu tidak diperoleh Yoochun sekelip mata. Permulaan hidupnya juga berdepan kesukaran, namun dia tidak mengalah serta berserah nasib kepada takdir. Dilahirkan dan dibesarkan di Seoul, Korea pada 4 Jun 1985, keluarganya berhijrah ke Virginia, Amerika Syarikat (AS) pada usianya 13 tahun. "Mereka yang berada di keliling mengandaikan penghijrahan ke AS itu akan merubah hidup saya. Mereka menyifatkan saya sebagai seorang yang bertuah.
Permulaan hidup mereka yang merentasi pelbagai kesulitan memberi impak yang besar kepada jejaka yang akrab disapa Micky dan Yuchun oleh peminatnya. Bagaimanapun, segala-galanya berubah pada 2003 apabila SM Entertainment menganjurkan satu uji bakat di AS dan Yoochun terpilih dalam sesi itu. Bersama empat ahli lain, dia menyertai TVXQ dan meraih populariti pantas hingga dilabel sebagai bintang Asia, selain raja kepada gelombang Korea. TVXQ meraih pelbagai pengiktirafan di negara sendiri, malah Yoochun menjadi antara tulang belakang yang mengukuhkan perjalanan kumpulan itu. Pencapaian mereka tidak hanya di Korea. Populariti pantas TVXQ menjalar di Jepun dan seminggu selepas kemunculan pertama, mereka mula menyusun pelbagai aktiviti di Negara Matahari Terbit itu. Bakat penulisan yang dianugerahkan Tuhan mendorong Park Yoochun untuk menulis lagu, Kiss The Baby Sky yang menjadi lagu tema sebuah program berita pagi di Jepun membolehkannya menerima pendapatan lumayan. Bagaimanapun, langit tidak selalu cerah. Pada 2009, Yoochun berdepan krisis terbesar yang mengundang pelbagai kemungkinan ketika karier seninya sedang memuncak. Namun, kebimbangan itu beransur pergi apabila dia diberi peluang untuk memulakan sesuatu yang baru dalam karier seninya.
Peminatnya di Jepun memberikan respons positif terhadap drama itu, sekali gus membolehkan Yoochun menerima sejumlah bayaran menerusi penjualan DVD. Dia menerima RM951,000 untuk setiap episod drama, manakala RM380,000 lagi diterima daripada penjualan di negara luar sekali gus meletakkan Yoochun sebagai selebriti dengan pendapatan mencecah RM63 juta. Tidak sekadar berlakon, Yoochun yang dinobat sebagai Artis Paling Popular Asia itu juga menyanyikan lagu tema untuk drama itu yang meraih pelbagai pengiktirafan dalam carta online. Mereka juga menerbitkan album yang dijual melebihi 410,000 salinan, selain mengumpul jumlah jualan keseluruhan 780,000 salinan untuk beberapa single popular di Jepun. Pada 2010, lebih 1.2 juta salinan album dijual yang secara tidak langsung menyumbang pendapatan lumayan kepada jejaka itu. Pada pertengahan 2009, Yoochun bersama dua lagi anggota TVXQ, Kim Jaejoong dan Kim Junsu memfailkan saman terhadap SM Entertainment disebabkan kontrak berat sebelah. Perbicaraan kes itu masih berjalan tetapi mahkamah membenarkan mereka untuk bergerak aktif dalam industri hiburan. Pada Oktober 2010, mereka bergabung membentuk JYJ. Populariti yang sedia mekar itu menjadikan trio itu, terutama Yoochun sebagai rebutan pengiklan di Korea Selatan. Sepanjang 2011, Yoochun secara individu memperoleh kontrak lumayan sebagai duta produk minuman teh jenama Tio, Nintendo Wii sempena pelancaran permainan video edisi terbaru Zelda, rangkaian pizza Black Smith dan terbaru ramen jenama Ottogi. Bersama JYJ, Yoochun muncul dalam iklan LG Optimus Q2 dan menjadi jurucakap jenama pakaian NII, Penzal Q, rangkaian membeli belah, Lotte Duty Free dan syarikat kosmetik, Nature Republic. PROFIL: Nama penuh : Park Yoochun
|
Posted: 23 Dec 2011 06:46 PM PST Hip Tilla Melvin (kiri) dan Aisha. TUAH menyertai pertandingan Dewi Remaja seakan menjadi satu trend untuk menempa nama dalam dunia glamour, ditambah lagi dengan pakej yang sempurna dengan rupa yang cantik dan bakat untuk digilap sebagai pelakon. Kemunculan Scha AlYahya, Neelofa, Rita Rudaini, Rozita Che Wan dan ramai lagi yang mewarnai dunia lakonan atas tiket Dewi Remaja menyebabkan ramai anak gadis yang mencuba nasib menjadikan pertandingan itu sebagai jambatan untuk bergelar artis. Tempias sama turut terkena kepada dua pelakon baru, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin (Tilla) dan Siti Aishah Illias (Aisha).Walaupun hanya bergelar finalis pertandingan terbabit tetapi bertuah kerana ditawarkan watak utama dalam projek filem Scandal arahan Dain CJ terbitan Manja Citra. Pemilihan mereka berdua untuk membawa watak utama dalam filem yang diadaptasi dari novel tulisan Ritchie Rachman itu bagaikan sebuah mimpi apatah lagi terpaksa bersaing sembilan gadis lain untuk peranan itu. Finalis Dewi Remaja 2010, Tilla yang diberi peranan watak sebagai Diana dalam filem Scandal mengakui terkejut dengan pemilihannya untuk membawa salah satu watak utama kerana persaingan sengit yang diterimanya.
"Saya hantar penyertaan untuk uji bakat filem Scandal ini sekadar mencuba dan tidak sangka pula layak hingga pemilihan terakhir dan diberi tanggungjawab sebagai pelakon utama. Tambahan pula semasa uji bakat, turut disertai pelakon yang sudah ada pengalaman berlakon. "Filem Scandal adalah langkah pertama dalam lakonan dan untuk memperkenalkan diri kepada khalayak. Sebenarnya saya agak gusar sekiranya dilabelkan dengan banyak kontroversi menerusi watak dalam filem ini, tapi saya cuba ambil positif supaya lakonan sebagai Diana menjadi," katanya. Kata Tilla, dia menganggap dirinya bertuah dapat bernaung di bawah produksi Manja Citra kerana menerima pendedahan dalam asas lakonan daripada pakar sebelum beraksi di depan kamera. "Sebelum penggambaran dimulakan, semua pelakon akan memasuki kelas lakonan di bawah kendalian Fauziah Nawi yang dijalankan di Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP). Saya rasa bertuah kerana dibimbing oleh pelakon hebat sepertinya kerana peluang ini sukar diperoleh sedangkan pelakon lain sukar untuk mendapatkan tunjuk ajar darinya. "Selain itu, kami juga disediakan kelas tarian dan kelas aksi lasak sebagai salah pendedahan dalam asas lakonan," katanya lagi. Bagi Aisha pula, walaupun agak lewat untuk terjun dalam bidang lakonan berbanding peserta seangkatannya dalam Dewi Remaja 2005, gadis kelahiran ibu kota ini tidak mahu jadikan itu sebagai alasan tapi menganggap rezekinya dalam lakonan belum tiba. "Sebagai bakat baru dalam bidang lakonan, saya berharap lakonan saya dapat diterima dan ingin melihat sejauh mana rezeki dalam bidang ini. Sekiranya rezeki terus berpihak kepada saya, mungkin saya akan terus berlakon," katanya. Menceritakan wataknya sebagai Kamelia, Aisha dapat merasakan cabaran besar yang harus dibawanya tambahan dengan ilmu lakonannya yang masih baru. "Saya membawa watak sebagai Kamelia dan mempunyai teman lelaki yang kaya, namun hubungan mereka mendapat tentangan keluarga. Akibatnya saya dirogol diatas komplot yang dilakukan oleh keluarga teman lelaki. Katanya lagi, walaupun terdapat babak lakonannya yang sedikit panas, namun dia tahu akan batas lakonan dan menganggap filem di Malaysia mempunyai batasan dalam melakonkan aksi yang dianggap keterlaluan. Selain Tilla dan Aisha sebagai teraju utama, pelakon Bkay Nair turut dipilih untuk membawa watak utama sebagai Cindy. Penggambaran dijangka bermula Disember 2011 hingga Januari 2012 yang mana tempat menarik yang bakal menjadi pilihan ialah Dubai, Paris, Korea dan Kuala Lumpur. PROFIL Nama: Siti Nursyatilla Amirol Melvin
Nama: Siti Aishah Ilias
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |