macam macam hiburan terkini |
- Sah!!! Fazura dan Tengku Mahkota Johor Bercinta!!!
- Gambar fazura yang cun dan hot. Jadi cover girl majalah Lisa
- Gambar kahwin terbaru Dira abu zahar dan helmi
- (Gambar) Elyana bertambah cantik, baby dia pun comel
- (Gambar) Neelofa yg cantik, manis dan senyuman menawan !!! Awesommmm!!!
- Dira-Helmi Rai Cinta Di Bali & Eropah
- Ayu Raudhah Kembali Berlakon Selepas Keguguran
- Menjelang Perkahwinan, Zahiril Takut Terguris Hati Ibu
- Amy Search Amal Minyak Zaitun Untuk Jantung Sihat
- Pengorbanan Najwa Mahiaddin
- Faralyna Idris Temui Cinta Dalam 'Sutera Cinta'
- Dira Abu Zahar Sah Bergelar Isteri Helmi
- Nadia Nissa Ingin Lebih Serius Sebagai Pelakon
Sah!!! Fazura dan Tengku Mahkota Johor Bercinta!!! Posted: 14 Nov 2011 01:09 AM PST |
Gambar fazura yang cun dan hot. Jadi cover girl majalah Lisa Posted: 14 Nov 2011 01:07 AM PST |
Gambar kahwin terbaru Dira abu zahar dan helmi Posted: 14 Nov 2011 01:03 AM PST |
(Gambar) Elyana bertambah cantik, baby dia pun comel Posted: 14 Nov 2011 12:59 AM PST |
(Gambar) Neelofa yg cantik, manis dan senyuman menawan !!! Awesommmm!!! Posted: 14 Nov 2011 12:56 AM PST |
Dira-Helmi Rai Cinta Di Bali & Eropah Posted: 14 Nov 2011 12:49 AM PST Pasangan ini bernikah pada Jumaat lalu di Merlimau, Melaka. Menurut Dira dan Helmi, mereka merancang untuk bercuti di Bali dalam masa terdekat ini manakala ke Eropah pada hujung Disember ini. "Setakat ini, dua destinasi itu yang berada dalam fikiran kami. Itupun kami terpaksa menyiapkan kerja secepat mungkin dan berunding dengan bos masing-masing agar dapat meluluskan cuti kami," kata Dira penuh bahagia di samping Helmi dalam majlis resepsi perkahwinan mereka di Lanai@Matic, di sini, Ahad malam. Anak Dira, Anggun turut bersanding dengan Dira dan Helmi. Walaupun hujan turun sekejap pada awal majlis berlangsung, Dira tetap bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. "Saya bersyukur, gembira dan berpuas hati kerana dapat melaksanakan majlis ini dengan baik walaupun kami hanya mengambil masa enam bulan untuk berbincang tentang tempat dan tarikh untuk majlis resepsi ini," ujarnya lagi. Dengan bertemakan 'rock chick' dan kombinasi warna hitam dan putih, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kembara tujuh buah motorsikal berkuasa besar termasuk yang ditunggang oleh Dira dan suaminya secara berasingan. Kemeriahan lebih bertambah apabila percikan bunga api turut menyerikan majlis itu setelah pasangan pengantin tiba. "Idea untuk menunggang motosikal merupakan idea saya dan suami kerana kami mempunyai minat yang sama. Percikan bunga api memeriahkan suasana majlis perkahwinan itu. "Sebelum ini, saya pernah menunggang motosikal dengan memakai skirt tetapi apabila memakai gaun labuh pada malam ini agak gementar juga. "Sebab itu, saya meminta pereka fesyen gaun ini iaitu Anizam Yussof untuk membuat gaun yang sederhana untuk memudahkan saya untuk menunggang motosikal," katanya lagi. Jika ada yang tidak tahu, pasangan ini mula rapat pada tahun lalu ketika sama-sama terlibat dalam penggambaran filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki dan seterusnya Helmi melamar Dira selepas tiga bulan mengenali hati masing-masing. Menyentuh tentang kriteria yang ada pada Helmi, Dira akui tertarik dengan karakter suaminya itu yang banyak mengambil berat tentang anaknya, Tengku Anggun Deandra, 4. "Apabila kami bersama-sama, Abang Helmi akan bertanyakan tentang Anggun dan menerima anak saya seadanya. Saya juga rasa bertuah apabila dia mengatakan sangat menyayangi saya dan Anggun. Dira dan Helmi selamat diijabkabul pada 11 November lalu di Merlimau, Melaka. - Foto A MALEX YAHYA "Bukan saya yang minta dia buat semua itu, tetapi dia sendiri yang ingin bina keserasian dan momentum untuk mengambil hati anak saya," katanya yang turut mendapat kebenaran daripada suami untuk aktif dalam industri seni seperti biasa. Bagaimanapun, Dira akan cuba menjaga hubungan suami isteri itu dengan baik agar berkekalan sehingga ke akhir hayat mereka. Sementara Helmi menganggap karakternya dan Dira mudah serasi memandangkan dirinya ibarat air manakala Dira ibarat api. "Saya memang menyukai kanak-kanak dan sebab itu tidak kekok untuk mengambil hati Anggun kerana saya sudah biasa memanjakan anak saudara sebelum ini. "Saya juga menyenangi sikap Dira yang walaupun dia ibarat api, tetapi kami masih boleh bertolak ansur dan mudah untuk menyelesaikan setiap masalah yang berlaku. "Secara luaran, memang Dira nampak kasar tetapi dia sebenarnya mempunyai hati yang lembut ibarat dalam hati ada taman," ujar Helmi yang bersedia untuk mempunyai anak pada bila-bila masa. Majlis yang dikendalikan oleh wartawan Melodi, Azwan dan Nik itu dihadiri oleh 1,000 tetamu termasuk rakan artis. Mereka adalah Sharifah Shahira, Ijoy, Nabil (Raja Lawak), Bront Palarae, Sharifah Amani, Fatimah Abu Bakar, Shera Aiyob, Zahiril Adzim dan Riz Ainuddin. |
Ayu Raudhah Kembali Berlakon Selepas Keguguran Posted: 14 Nov 2011 12:48 AM PST Ayu yakin setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Biarpun baru menerima berita buruk itu, Ayu tetap menguatkan semangatnya untuk kembali bekerja. "Selepas dua hari pulih dari keguguran, saya terus memasuki penggambaran drama Gemersik Kalbu yang diterbitkan untuk slot Akasia di TV3. "Saya terpaksa meneruskan penggambaran drama tersebut sehingga pertengahan Disember depan kerana perlu mengikut jadual yang ditetapkan. "Selepas itu, baru saya akan berehat," katanya yang memegang watak Raihana di samping pelakon Aqasha dalam Gemersik Kalbu. Malah, Ayu berkata suaminya, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, mengikut keputusan Ayu dan memahami kerjaya isterinya itu. "Saya nak buat bagaimana…walaupun baru sembuh, saya terpaksa bertanggungjawab untuk menyelesaikan penggambaran ini. "Alhamdulillah kerana saya mendapat suami yang memahami dan rumah tangga kami sangat-sangat bahagia," kata Ayu lagi. Pasangan ini dinikahkan pada 21 Januari tahun ini. |
Menjelang Perkahwinan, Zahiril Takut Terguris Hati Ibu Posted: 14 Nov 2011 12:47 AM PST Oleh sebab itu, dia akan cepat-cepat memenuhi setiap permintaan ibunya lebih-lebih lagi banyak perkara yang perlu difikirkan menjelang majlis perkahwinannya dengan Shera. "Boleh dikatakan persiapan perkahwinan hampir siap sepenuhnya. Kebanyakannnya diuruskan oleh Shera dan ibu saya. "Tetapi apabila ibu menghubungi dan meminta pertolongan, saya akan segera laksanakan kerana tidak mahu mengecilkan hati ibu. Walaupun sudah berkahwin nanti, saya akan tetap mengutamakan ibu berbanding isteri," katanya lagi. Tambahnya: "Bagaimanapun, saya akan adil dan menjalankan tanggungjawab saya kepada isteri dengan sebaiknya. "Saya sudah bersedia untuk berhadapan apa sahaja yang akan berlaku dalam rumah tangga kami selepas ini. Dalam masa sama, saya sangat teruja dan sedikit gementar sebelum tiba hari pernikahan kami." Selain itu, pelakon filem Bunohan ini turut mempersiapkan dirinya dengan membaca buku berkenaan petua untuk menjadi pasangan bahagia seperti buku 'Anai-anai Dalam Perkahwinan' yang ditulis oleh ibunya sendiri. Majlis pernikahan Zahiril dan Shera bakal berlangsung di rumah pengantin perempuan di Ipoh, Perak pada waktu pagi dengan tema perkahwinan dalam taman. Pada hari yang sama, pasangan ini akan disandingkan di sebuah dewan berhampiran rumah Shera di Ipoh selepas selesai majlis pernikahan. Zahiril akan menghadiahkan 11 dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM18,000 dan mas kahwin RM1, 001 manakala Shera akan membalas dengan 13 dulang hantaran. Sebuah lagi resepsi iaitu majlis sambut menantu sebelah pihak lelaki akan diadakan di Shah Alam yang hanya dihadiri oleh keluarga dan saudara-mara terdekat. Pasangan ini bertunang pada 1 Mei lalu. |
Amy Search Amal Minyak Zaitun Untuk Jantung Sihat Posted: 14 Nov 2011 12:47 AM PST 'TIDAK dimamah usia', itu ungkapan yang biasa didengar apabila bertanya pendapat orang tentang penyanyi popular Suhaimi Abdul Rahman atau dikenali dengan nama Amy Search (gambar). Biarpun usianya sudah mencecah 53 tahun, penyanyi yang popular menerusi lagu Isabella, Kejora, Rozana, Fantasia Bulan Madu, Nur Nilam Sari, Kejoraku Bersatu dan Seroja ini tetap tampak muda dan segak seperti dulu. "Saya hanya mengamalkan gaya pemakanan sihat dan seimbang seperti makan nasi sekali sehari, lebih banyak minum air putih dan kurang makan manisan. "Selain itu, saya selalu minum madu, minyak zaitun dan makan vitamin untuk menjaga kesihatan jantung dan badan. "Selebihnya, saya hanya melakukan rutin biasa yang diamalkan oleh orang lain seperti mencuci muka dengan produk pencuci muka serta membuat senaman ringan. "Kadangkala dengan mendukung dan bermain-main dengan anak sudah di kira menjadi salah satu aktiviti senaman saya," ceritanya panjang lebar kepada OopStarz! Begitu juga dengan zaman kegemilangan Amy seiring dengan perjalanan kumpulan Search yang tidak pudar kemilaunya. Namanya dalam persada seni tempatan makin kukuh genap 30 tahun pada tahun ini dan sentiasa digilai peminat tanpa mengira batas usia. Amy bukan sahaja menjadi bualan ramai dengan legasi muziknya yang sentiasa mendapat perhatian ramai, malah penyanyi ini juga diangkat sebagai pelopor fesyen rock sejak kemunculan Search pada tahun 1981. Jika dahulu Amy lebih dikenali dengan imej rambut panjang mengerbang tetapi kini rambutnya sudah dipotong pendek dan kemas. Masih mengekalkan imej rock, Amy selesa dengan gaya rambut pendek lebih-lebih lagi jiwanya semakin menjurus ke arah Islam. "Untuk pakaian, saya selesa mengenakan baju-t dan seluar jeans bersesuaian dengan gaya hidup saya sebagai seorang artis. "Jika tidak terlibat dengan kerja, saya juga gemar memakai pakaian yang sederhana dan ringkas," ujarnya dalam nada keletihan kerana sibuk dengan aktiviti seninya. Amy sedang menjalani latihan untuk membuat 'Konsert Fenomena 30 Tahun Search' di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 19 November ini, Stadium Hassan Yunos, Larkin, Johor Baru (3 Disember) dan Padang Astaka, Kuala Lumpur (17 Disember). Selain Amy sebagai vokalis, Search turut dianggotai oleh Kid (gitar utama), Nasir (gitar bass), Nordin (gitar utama) dan Yazit (dram). |
Posted: 14 Nov 2011 12:46 AM PST BERBEKALKAN bakat yang cukup besar dan istimewa, penyanyi yang memperjuangkan pengaruh muzik Neo-Soul dan Jazz, Najwa Mahiaddin (gambar) dilihat mampu pergi jauh dalam industri muzik tempatan. Malah dengan memiliki vokal yang cukup mantap, Najwa layak diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa. Dan harus diakui, nama dan bakat Najwa menjadi tumpuan pada tahun ini lebih-lebih lagi selepas pelancaran album sulungnya, Innocent Soul, Mac lalu. Namun, gadis berusia 25 tahun ini sudah menyusun perjalanan seninya dimana dia tidak mengambil peluang populariti itu. Dia mahu mengumpulkan ilmu muzik dahulu di Berklee College of Music Boston, Amerika Syarikat (AS) sebelum tampil sepenuh masa dalam industri. "Saya rasa jika berbakat tetapi tiada ilmu, hasil kerja yang dilakukan tidak sempurna. Biarlah kita rasa susah dahulu sebelum memperoleh hasil yang diinginkan. "Ya, harus diakui, sejak mula belajar, banyak tawaran persembahan terpaksa saya lupakan walaupun hati berasa kurang senang. "Saya anggap, ia sebuah pengorbanan agar landasan kerjaya yang saya pilih itu kukuh. Lagipun, kalau nak berulang-alik AS dan Malaysia selalu pun susah juga kerana saya ada komitmen belajar di sana," katanya. Harus diakui, tinggal bersendirian di negara Uncle Sam itu tanpa keluarga adakalanya membuatkan jiwa penyanyi ini sesekali rasa sunyi dan bosan. Namun, ia sikit pun tidak pernah mematahkan semangat Najwa dan masa lapangnya digunakan sebaik mungkin dengan mencipta lagu-lagu baru. "Selamatlah masa saya banyak dihabiskan di kolej dan untuk melepaskan kerinduan, saya dan pelajar-pelajar Malaysia akan berkumpul bersama. "Dan bak kata orang, sambil menyelam minum air. Jadi saya mengambil kesempatan cuti hujung minggu dengan berjalan-jalan mengenali tempat-tempat menarik yang ada di situ. "Syukur juga, kolej itu selalu membuat aktiviti dengan memanggil beberapa penyanyi ternama seperti India Arie dan Bilal Sayeed Oliver serta beberapa lagi penyanyi lain untuk berkongsi pengalaman mereka," ujarnya. Menyifatkan pengajian muzik di Berklee sebagai sesuatu yang sudah lama diimpikan terdapat juga sedikit cabaran yang harus dilalui di negara orang. Tidak gemar memandu kereta di sana, Najwa lebih senang menggunakan pengangkutan awam atau berjalan kaki. Namun keadaan cuaca yang tidak menentu menyukarkan pergerakannya. "Bila cakap tentang hal cuaca, ia dilihat bukan satu isu yang besar. Bagi orang Asia macam kita, keadaaan itu sungguh tidak menyelesakan. "Bayangkan, dalam masa satu hari, keadaan cuaca menjadi sekejap panas, kemudiannya sejuk dan tiba-tiba salji pula di waktu malam. Bila keadaan menjadi begitu, ia membuatkan saya malas nak keluar," selorohnya. 10 soalan menarik 1. Lagu kegemaran Najwa yang selaludidengar? Twice, nyanyian Little Dragon. 2. Bila sedih, Najwa akan..? Saya akan dengar lagu-lagu sedih sampainangis dan lepas itu baru lega. Biar rasa sedihitu pergi. 3. Perkara yang paling tidak disukai apabilaseorang lelaki cuba mengurat Najwa? Tak suka bila cara mereka yang berlagak bagus. 4. Berapa kali Najwa melalui fasa 'CintaMonyet'? Tak tahulah. Tapi masa berumur 12 tahunadalah juga cinta-cinta monyet..hahahaha. 5. Dalam setahun berapa kali tukar telefonbimbit? Sekali. 6. Idea mencipta lagu muncul pada..? Biasanya idea datang apabila melihatpersekitaran saya dengan apa yang telahberlaku.Ia akan muncul bila-bila masa. Tetapi,apabila berada di depan piano, lagi cepat ideaitu datang. 7. Kali terakhir jatuh? Oktober tahun lepas. Waktu itu saya jatuhtangga ketika menjalani sebuah rakamanprogram. Terseliuh teruk dibuatnya. 8. Aktiviti sukan yang dibenci? Rasanya, bukan benci cuma saya tak pandaidalam sukan. Lebih-lebih lagi bungee jumping. Saya tak akan melibatkan diri benda-bendayang boleh membuatkan saya rasa gayat. 9. Pernah dibuli? Atau membuli? Tak pernahlah. Hahaha.. 10. Mata pelajaran yang tidak disukai ketikazaman sekolah? Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni danMatematik. |
Faralyna Idris Temui Cinta Dalam 'Sutera Cinta' Posted: 14 Nov 2011 12:44 AM PST KUALA LUMPUR: Pelakon Faralyna Idris bakal muncul dengan drama bersiri terbarunya berjudul Sutera Cinta bermula 17 November ini di TV1. Faralyna yang membawakan watak sebagai Qistina, seorang anak ahli perniagaan terkenal, jatuh cinta dengan seorang pemuda berbangsa India yang akhirnya menimbulkan pelbagai konflik dalam percintaan mereka. Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Bahagian Perhubungan Awam Radio Televisyen Malaysia (RTM), drama itu adalah sebuah telefilem yang mempaparkan percintaan antara dua pasangan berlainan bangsa dan agama penuh dengan mesej berguna untuk penonton. Turut dilakonkan oleh Wan Nor Azlin dan Norman Hakim, drama itu dijangka dapat menarik perhatian penonton terutamanya suri rumah kerana kisahnya yang menarik. Pelbagai konflik menarik dapat disaksikan penonton menerusi drama 13 episod ini yang akan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 11 pagi. |
Dira Abu Zahar Sah Bergelar Isteri Helmi Posted: 14 Nov 2011 12:44 AM PST MELAKA: Dengan tiga kali lafaz, pelakon Khaidhirah Abu Zahar atau Dira, 27, sah bergelar isteri kepada pengarah fotografi Mohd. Helmi Mohd. Yusof atau Helmi di kampung halaman pengantin perempuan di Merlimau, Melaka, Jumaat. Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Masjid Merlimau Pasir, Melaka, Mat Yamin Long kira-kira pukul 4.16 petang dengan mas kahwin sebanyak RM 7777.77. Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin. Pada majlis tersebut, Dira menerima wang hantaran sebanyak RM 17,171.71 dengan sembilan dulang hantaran iaitu iPad, beg tangan, kek, helmet, telekong, sejadah, sirih junjung, mas kahwin, cincin dan wang hantaran. Manakala, pihak Helmi menerima 11 dulang antaranya coklat, jam tangan, kek, helmet, AlQuran, sejadah, Mac Book, kurma, buah-buahan, kasut, baju, sirih junjung dan set kelengkapan diri. Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Anizam Yussof manakala wajah Dira disolekkan oleh Zamri Zainol. Sementara itu, majlis resepsi selebriti popular ini bakal berlangsung pada 13 November 2011 bertempat di Lanai@Matic, Jalan Ampang, KL. |
Nadia Nissa Ingin Lebih Serius Sebagai Pelakon Posted: 14 Nov 2011 12:42 AM PST KUALA LUMPUR: Pelakon berbakat besar, Nadia Nissa memberitahu ingin serius dalam mengembangkan kerjaya lakonannya selepas selepas dicalonkan kali kedua dalam Festival Filem Malaysia (FFM24) dalam kategori Pelakon Wanita Harapan Terbaik. Nadia yang baru sahaja memenangi anugerah Pelakon Pembantu Filem Terbaik di Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) menerusi lakonan mantapnya dalam filem Cun berkata, dia lebih yakin untuk terus berlakon dengan mencuba pelbagai watak baru yang sebelum ini dilakukan sekadar mengisi masa lapang. "Saya langsung tidak menyangka akan menerima penghargaan sebegini kerana mempunyai kerjaya tetap dan hanya melakukan aktiviti berlakon sebagai suka-suka. "Tetapi penghargaan ini telah membuka mata saya untuk lebih serius dalam mengembangkan bakat lakonan ke tahap yang lebih baik," ujarnya yang ditemui pada majlis sidang media FFM24 di sini, Isnin. Dalam pada itu, Nisa memberitahu, dia tidak kecewa apabila tidak dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM24 dan menganggap pelakon, Faezah Elai layak menerima pencalonan itu berbanding dirinya. Nadia ingin kembangkan bakat lakonannya. "ASK dan FFM adalah dua anugerah berbeza dan saya berpuas hati dengan pencalonan yang diterima malah terkejut dengan berita tersebut. "Faezah Elai pula mempunyai kelebihan tersendiri yang melayakkan dia dicalonkan dalam kategori itu dan saya gembira untuknya," ujarnya. Selain Faezah dan Nadia, filem arahan Osman Ali itu menerima enam lagi pencalonan di FFM24 termasuk Pengarah Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik. Malam kemuncak FFM24 akan berlangsung pada 20 November ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bakal menampilkan persembahan lagu-lagu tema daripada filem dipertandingkan. FFM24 dan akan disiarkan secara langsung di Astro Prima (saluran 105). |
You are subscribed to email updates from Lebih 1 juta pageviews dari pembaca blog | tq To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |