macam macam hiburan terkini |
- Gambar terbaru 2011 izara aishah yang menggoda
- Edry Hormati Keputusan Anuar Zain
- Anzalna Akui Sudah Ada Kekasih
- Nadia Nissa Tidak Tahu Arah Tuju Selepas Terima Anugerah
- Fauzi Nawawi Lepas Rindu Berlakon Drama Purba
- Rozita Che Wan Buka Butik Tudung
- HIBURAN Isnin November 7, 2011 Najwa Latif Tidak Guna Pencuci Muka
- Izara Aishah Mahu Disanjungi Kerana Bakat
- Sabri Yunos Terkejut 'Sanggul Beracun' Menang Empat Anugerah
Gambar terbaru 2011 izara aishah yang menggoda Posted: 07 Nov 2011 08:01 PM PST |
Edry Hormati Keputusan Anuar Zain Posted: 07 Nov 2011 07:53 PM PST PUTRAJAYA: Komposer lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim menghormati keputusan penyanyi lagu tersebut, Anuar Zain untuk tidak menyertai mana-mana pertandingan nyanyian biarpun lagu itu berjaya ke separuh akhir Anugerah Juara Lagu 26. Kata Edry, dia faham situasi Anuar Zain dan akan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada artis lain untuk membawakan lagu tersebut. "KRU pernah melalui saat-saat seperti itu bila kami tidak mahu menyertai lagi mana-mana pertandingan nyanyian dan saya sangat faham situasi Anuar Zain dan menghormati keputusannya. "Saya faham bukan kerana dia takut kalah tetapi itu adalah prinsipnya, lagi pula pertandingan itu adalah untuk lagu bukan penyanyinya," ujarnya yang ditemui baru-baru ini. Bagaimanapun, kata Edry, Anuar telah meletakan lagu Sedetik Lebih itu ke satu tahap yang tinggi sehingga menyukarnya untuk mencari pengganti yang dapat menyanyikan lagu tersebut dengan baik. "Oleh itu saya sedang mencari pengganti yang boleh menyanyikan lagu tersebut setanding atau lebih baik dari Anuar Zain. "Buat masa ada beberapa nama penyanyi lelaki dan perempuan masih dalam pemerhatian saya," katanya yang tidak menolak nama penyanyi wanita popular Jaclyn Victor sebagai salah seorang yang bakal membawa lagu tersebut. Ketika ditanya tentang harapnya terhadap beberapa lagu yang layak ke pertandingan separuh akhir Anugerah Juara Lagu 26, Edry berkata, dia tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang. "Tahun lepas memang saya aktif membuat lagu untuk artis disebabkan itu juga ada beberapa lagu yang tercalon. "Namun saya tidak meletakkan harapan yang tinggi, jika menang ia adalah satu bonus," katanya. |
Anzalna Akui Sudah Ada Kekasih Posted: 07 Nov 2011 07:52 PM PST PETALING JAYA: Tidak seperti kebanyakan selebriti lain yang sering berdolak-dalik mengenai hubungan cinta mereka, pelakon baru Nur Anzalna Nasir, 23, (Anzalna) sebaliknya tidak keberatan untuk mengakui dirinya sudah mempunyai kekasih. Anzalna berkata dia tidak kisah untuk berterus-terang tentang cerita peribadinya termasuk soal cinta kepada khalayak kerana tidak mahu dianggap memperdayakan peminat. "Saya tidak kisah jika orang tahu saya sudah berpunya atau sedang menjalin hubungan cinta. Lebih baik berterus-terang daripada berdolak-dalik kerana lambat-laun orang akan tahu juga cerita yang sebenar. "Tiada apa yang rugi pun jika saya bercakap benar selagi ia tidak menjejaskan kerjaya seni saya," katanya. Anzalna berkata, lelaki bernama Hanif Zaki, 23, itu sudah dikenalinya sejak mereka berusia 17 tahun. Bagaimanapun, hubungan yang bermula sebagai sahabat itu hanya menjadi semakin serius, kira-kira empat bulan yang lalu. "Kalau diikutkan sudah lama saya kenal dengan dia (kekasih). Sejak kami berusia 17 tahun lagi kami sudah mengenali antara satu sama lain tetapi hanya kebelakangan ini saja kami bersedia untuk menjalin hubungan yang lebih serius," katanya. Sementara itu, Anzalna berkata dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran filem sulungnya, Sepah The Movie di Johor Bahru, Johor sejak pertengahan bulan lalu. Berkongsi pengalamannya membintangi filem komedi aksi itu, Anzalna mengakui sangat teruja kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan kumpulan Sepah yang sangat diminatinya. "Saya terima tawaran berlakon dalam filem ini sebab saya sangat minat pada Sepah. Mereka (Sepah), pelakon lain seperti Jehan Miskin dan pengarahnya, MP Roslin banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar. "Bukan saja saya tidak tertekan malah dalam kebanyakan babak yang melibatkan saya dan Sepah, pasti ia perlu dirakam dua atau tiga kali kerana saya tergelak besar dengan aksi dan mimik muka mereka," katanya yang memegang watak Ayu Sofia. Selain filem terbitan PTV Films Production itu, Tasha juga bakal memasuki set penggambaran drama Gemersik Kalbu untuk slot Akasia (TV3) di samping Aqasha dan Ayu Raudhah, bermula minggu ini. |
Nadia Nissa Tidak Tahu Arah Tuju Selepas Terima Anugerah Posted: 07 Nov 2011 07:51 PM PST KUALA LUMPUR: Pelakon Nadia Nissa memberitahu tidak tahu mengenai arah tujuannya dalam dunia lakonan selepas diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) pada Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) pada Jumaat. Nadia yang baru sahaja selesai menjalani tempoh berpantang selepas bersalin berkata, dia berasa begitu kerana sebelum memenangi anugerah tersebut dia kurang menonjol sebagai pelakon selain jarang muncul dalam media massa. "Saya selalu merasakan ramai orang belum mengenali siapa saya dan kemenangan ini belum menentukan masa depan saya dalam dunia lakonan. "Sebab itu saya tidak begitu pasti apakah arah tujuan saya dalam dunia lakonan selepas ini," ujarnya yang ditemui pada sidang media pada Anugerah Skrin 2011 di sini. Dalam pada itu, ibu muda kepada Omar Saiful Razman ini berkata, cintanya terhadap lakonan tidak pernah lekang walaupun tidak mendapat banyak tawaran. Katanya, sebagai orang yang masih baru dalam industri perfileman, masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan berharap dapat diberi peluang untuk membuktikan bakatnya sebagai pelakon. "Saya berharap selepas memenangi anugerah orang akan lebih mengenali saya dan mendapat tawaran berlakon dengan watak-watak lebih mencabar," ujarnya. Pernah membintangi filem Dukun, Karaoke dan Cun, Nadia memberitahu dia sedang menunggu filem terbarunya berjudul Bara Jiwa arahan Osman Ali yang dijangka ditayangkan pada tahun hadapan. Sementara itu, bercakap mengenai kemenangannya pada malam itu, Nadia berkata, dia terkejut saat diumumkan sebagai pemenang dan menganggap kemenangan itu adalah hasil usaha gigih untuk menjadi seorang pelakon berkebolehan. "Saya bersyukur dengan kemenangan itu kerana ia adalah filem pertama saya yang membawa watak mencabar sebagai seorang gadis terencat akal. "Semasa melakukan penggambaran, pengarah filem, Abang Osman berpuas hati dengan lakonan saya dan kemenangan ini adalah rezeki anak," katanya. Masih berehat daripada dunia lakonan kerana ingin memberikan tumpuan kepada bayi yang baru lahir, Nadia bagaimanapun optimis untuk terus aktif sebagai pelakon kerana cintanya terhadap bidang itu. |
Fauzi Nawawi Lepas Rindu Berlakon Drama Purba Posted: 07 Nov 2011 07:49 PM PST KUALA LUMPUR: Pelakon Fauzi Nawawi menganggap tawaran berlakon watak Teruna dalam teater Se-Merah Padi sebagai pengubat kerinduannya untuk berlakon drama purba seperti di awal kemunculannya. Kata Fauzi, dia akan menggunakan kelebihannya bersilat dan melakonkan babak aksi di atas pentas teater tersebut. "Saya terima tawaran ini bukan kerana bayaran tetapi kerinduan saya terhadap drama-drama purba. "Awal 90-an dahulu saya muncul dengan beberapa drama purba tentang kepahlawanan, namun sekarang sudah tiada lagi drama-drama seperti itu," katanya kepada mStar Online baru-baru ini. Bagaimanapun, kata Fauzi, dia berbesar hati dipilih melakonkan watak yang pernah dibawa oleh seniman Nordin Ahmad yang juga merupakan idolanya. "Saya akan memberi yang terbaik untuk melakonkan watak Teruna walaupun saya tahu saya tidak sehebat Nordin Ahmad. "Nordin Ahmad merupakan salah seorang idola saya dan sentiasa menjadikannya contoh bagi sesuatu karakter," tuturnya yang pakar dalam seni silat gayong. Dalam pada itu, Fauzi turut teruja untuk bergandingan dengan pelakon hebat Zul Huzaimy dan Jue Aziz. "Saya belum pernah bergandingan dengan Zul Huzaimy biarpun kami pernah tinggal serumah satu ketika dahulu. "Tapi saya tahu dia seorang pelakon yang hebat begitu juga Jue Aziz, Insya-Allah kami dapat membina keserasian bersama," tambahnya. Teater adaptasi dari filem arahan Seniman Agong Tan Sri P.Ramlee, Se-Merah Padi akan dipentaskan pada 22 hingga 31 Disember depan. Antara artis lain yang turut menjayakan teater ini adalah Datuk Baharuddin Omar, Azizah Mahzan, Fazlina Datuk Ahmad Daud dan Baby Erin. |
Rozita Che Wan Buka Butik Tudung Posted: 07 Nov 2011 07:48 PM PST KUALA LUMPUR: Aktres jelita Rozita Che Wan bakal membuka butik tudung bersama dua adiknya, pelakon Ayu Raudhah dan Rubytah iaitu isteri kepada pelawak Lan Pet Pet. Kata Rozita, idea tersebut datang daripada adiknya, Ruby yang merupakan bekas pelajar fesyen di sebuah koleh swasta. "Saya kini dalam proses untuk membuka sebuah butik menjual tudung yang dikongsi bersama dua orang adik saya Ayu dan Ruby. "Idea untuk membuka perniagaan ini sebenarnya sudah lama tetapi kami mencari produk yang paling sesuai," katanya ketika ditemui selepas majlis Anugerah Skrin 2011, di sini, Jumaat lalu. Kata Rozita, biarpun belum memulakan perniagaan tersebut secara rasmi, dia kini sudah mendapat banyak tempahan. Lebih istimewa, kata Rozita kesemua rekaan tudung tersebut dibuat sendiri olehnya. "Saya suka mereka tudung dengan fesyen terbaru, namun dari segi jahitan kami ada tukang jahit sendiri. "Setakat ini dah ramai yang tempah secara dalam talian," katanya yang masih mencari tapak lokasi butik tersebut. Dalam pada itu harga yang ditawarkan sekitar RM79 ke atas untuk setiap helai tudung. Sementara itu, bercerita mengenai pengalamannya mengacarakan Anugerah Skrin 2011, Rozita berkata, dia puas hati selepas mendapat pujian dari pihak produksi program tersebut. "Ini pengalaman saya jadi pengacara, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan ramai yang puji. "Kalau diberi peluang lagi, Insya-Allah saya akan mencubanya," ujarnya. |
HIBURAN Isnin November 7, 2011 Najwa Latif Tidak Guna Pencuci Muka Posted: 07 Nov 2011 07:46 PM PST BILA sudah popular, pelbagai cerita sama ada baik atau buruk seseorang selebriti itu akan diselidik dan dihebahkan kepada umum. Bagaikan sudah menjadi asam garam dalam kehidupan selebriti lebih-lebih lagi bergelar anak seni yang menceburi dunia lakonan atau nyanyian. Begitu juga dengan penyanyi muda, Najwa Latif, 16, yang sudah dilanda sensasi walaupun masih setahun jagung. Dia dikatakan mempunyai krisis keluarga dan Najwa tidak dapat menerima apa yang berlaku ketika itu. Ibarat angin lalu, penyanyi lagu Cinta Muka Buku ini tidak gentar dengan setiap kritikan yang diberikan oleh peminat berikutan masalah tersebut. Dia menerimanya dengan positif lebih-lebih lagi apabila ramai peminat yang masih memberikan sokongan kepadanya untuk meneruskan karier seni. "Saya sangat bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat. "Apabila mempunyai keluarga, mereka akan mengingatkan saya untuk belajar menjadi diri sendiri dan mengajar untuk lebih kuat. "Saya juga menguruskan setiap masalah yang berlaku dengan berfikir secara positif. "Tetapi jika terlalu stres, saya akan makan kot!," katanya sambil tertawa. Dari segi pengurusan diri dan kecantikan, tidak banyak perkara yang dapat dikongsikan kerana Najwa seorang remaja yang lebih suka bersederhana sesuai dengan usianya. "Saya bukanlah seorang yang obses dengan kecantikan. Untuk penjagaan kulit wajah, sebenarnya saya tidak mengamalkan apa-apa produk sebaliknya hanya membasuh muka dengan air biasa kerana mak tidak menggalakkan saya menggunakan sebarang produk. "Selain itu, saya juga jarang bersolek dan hanya mengenakan solekan nipis dengan bantuan kakak saya, Syafiqa. Namun, selepas menggunakan alat mekap, saya akan pastikan kulit muka saya bersih dari solekan dengan menggunakan produk penanggal mekap. "Fesyen pula, saya gemar pakaian yang sopan dan selesa dipakai. Selain suka mengubah-ubah cara pemakaian tudung di YouTube. "Selain itu, saya banyak mengamalkan minum air masak dan makan semua jenis makanan," ceritanya. |
Izara Aishah Mahu Disanjungi Kerana Bakat Posted: 07 Nov 2011 07:45 PM PST Tuah badan memiliki pakej yang cukup sempurna, permulaan karier gadis berusia 18 tahun ini sedikit mudah apabila dia menerima banyak tawaran berlakon. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak. Apalagi menjadi orang baru dalam bidang lakonan, Izara menerima tawaran satu demi satu sebagai langkah pertama mencari pengalaman. Bagaimanapun, dia menolak tanggapan sesetengah orang yang merasakan pelakon baru yang mempunyai wajah cantik lebih senang menjadi popular kerana tawaran-tawraan berlakon yang diberikan. "Pada pendapat saya, tidak elok jika kita hanya melihat pada luaran seseorang itu tanpa mengambil peduli 'isinya', sama ada orang itu berbakat atau tidak. "Andai kata benarlah tanggapan itu, rasanya ada ramai lagi gadis yang lebih cantik di luar sana. "Saya mahu orang melihat bakat yang ada dalam diri ini menerusi setiap lakonan yang dibawakan. Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun sibuk saya mengisi jadual dengan kerja-kerja lakonan," katanya yang memiliki raut wajah persis pelakon Sharifah Amani. Agak senang berbual dengan pelakon ini. Izara seorang yang tegas dan jujur dalam setiap bicaranya. Mungkin bagi pelakon baru yang ingin mengukir nama dalam industri seni tempatan, seboleh-bolehnya status diri sama ada sudah berteman, berkahwin atau bercerai akan dirahsiakan sebaik mungkin. Malah, umur juga dirahsiakan. Izara pula, dengan selambanya dia mengakui hatinya sudahpun dimiliki oleh seorang lelaki yang bukan dari kalangan orang seni. Malah dia agak senang mempunyai kekasih yang sentiasa menyokong setiap perkara yang dilakukannya lebih-lebih lagi dalam mengejar cita-cita sebagai seorang pelakon yang berjaya. "Syukur, teman lelaki saya itu seorang yang memahami, Sebenarnya kami berkawan sejak kecil, cuma baru sekarang hubungan cinta terjalin," ujarnya tersenyum. Tidak mahu dibenci Satu persatu gadis jelita ini muncul di televisyen dengan pelbagai drama dan telefilem, namun, impak lakonannya lebih terasa dalam drama bersiri Soffiya yang masih lagi hangat ditayangkan di TV3. Sehinggakan, wataknya sebagai Fiona dalam drama itu berjaya membuatkan penonton benci dengan karakter antagonis tersebut. Hal itu dikira sebagai satu pencapaian pertama buat pelakon ini dimana watak yang dibawakan itu adalah yang paling mencabar buatnya. "Sepanjang penggambaran Soffiya dijalankan, ia dianggap sebagai 'kelas lakonan' saya kerana diajar macam-macam oleh pengarah, Joeza Rasidi dan pelakon-pelakon senior seperti Fizo dan Tiz Zaqyah. Rasa seronok sangat. "Cuma, inilah karakter yang paling sukar untuk dihayati. Lebih-lebih lagi watak Fiona yang sentiasa bermain emosi dan menangis kerana dijadikan hamba seks oleh bapa kandung sendiri," katanya. Bagaimanapun, Izara berharap agar penonton tidak samakan karakter sebenarnya dengan watak Fiona pada drama tersebut. "Berdasarkan apa yang dibaca dalam laman forum di internet, ramai yang benci dengan watak Fiona. Mereka juga menganggap sebagai pelakon baru, saya perlu membawakan watak baik dahulu. "Tapi itu semua tanggapan sahaja. Jika benar mereka bencikan Fiona, ertinya lakonan saya berjaya. Tapi janganlah sampai saya benar-benar dibenci," selorohnya. Hebat menari tarian gelek Cita dan cintanya begitu mendalam terhadap bidang lakonan. Cuma dia berharap agar dirinya tidak terlibat dengan kontroversi-kontroversi panas yang boleh menjejaskan karier. "Berlakon adalah keinginan saya dari dulu lagi. Cuma masa sekolah, ibu tidak membenarkan saya berlakon kerana mahu saya memberi sepenuh perhatian pada pelajaran. "Bila peluang sudah di depan mata, tak mungkin saya akan sia-siakan. "Walaupun saya tahu perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku dalam kerjaya ini, saya cuma berharap agar tiada isu fitnah yang boleh menjatuhkan maruah saya, keluarga dan karier," katanya. Sementara itu, Izara bukan sahaja berbakat dalam lakonan tetapi juga hebat menari tarian tradisional, hip hop dan tarian gelek. Ujarnya, dia seorang yang aktif dalam menyertai pelbagai seni persembahan tarian di sekolah. "Saya mula belajar menari sejak berusia lima tahun bermula dengan tarian Bollywood yang diajar oleh ibu saudara saya sendiri. "Bagaimanapun, saya tidak jadikan ia sebagai satu karier melainkan ada tawaran lakonan yang memerlukan saya menari," akhirinya. |
Sabri Yunos Terkejut 'Sanggul Beracun' Menang Empat Anugerah Posted: 07 Nov 2011 07:43 PM PST KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Sabri Yunos terkejut apabila drama arahannya Sanggul Beracun menerima empat anugerah termasuk kategori Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik. Sabri berkata, dia tidak menyangka percubaan pertama mengarah dan menulis sendiri skrip drama tersebut telah membawa tuah kepadanya. "Saya sebenarnya terkejut dengan penghargaan ini kerana tidak pernah menyangka ia akan menerima penghargaan sebesar ini. "Nyata percubaan pertama telah membuahkan hasil dan sepatutnya telah mengarahkan drama sejak dahulu lagi," ujarnya yang ditemui semasa sidang media di Anugerah Skrin 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat. Pelakon yang terkenal dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu berkata, selepas selesai menulis skrip drama tersebut, dia tidak berhasrat untuk mengarah drama itu kerana tidak merasakan mampu melakukannya. Bagaimanapun katanya, setelah diyakinkan oleh salah seorang krew dalam drama tersebut, Sabri berkata dia memberanikan diri. "Semasa menulis skrip drama tersebut saya tidak pernah terfikir untuk mengarah sendiri drama itu tetapi berkat keyakinan orang sekeliling saya terhadap bakat dimiliki, saya bersetuju," katanya. Selain anugerah Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik, Sanggul Beracun turut membawa pulang anugerah Lakon TV Terbaik dan Videografi Terbaik. Dalam pada itu, ditanya mengapa tidak pernah mengarah sebelum ini, Sabri berkata, dia tidak pernah mendapat atau mencari peluang untuk mengarah. Ujarnya, kesibukan berlakon dan menulis skrip telah menyebabkannya mematikan hasrat untuk mengarah drama. Sementara itu, bercakap mengenai perancangan mengarah lebih banyak drama selepas memenangi anugerah Pengarah Drama Terbaik ASK 2011, Sabri berkata, dia akan terus mengarah jika ada tawaran datang kepadanya. "Dengan pengiktirafan malam ini, saya mula yakin dengan kebolehan mengarah dan berharap drama Sanggul Beracun tidak akan menjadi drama pertama dan terakhir arahan saya," ujarnya. Sabri bagaimanapun sedikit kecewa apabila pelakon utama drama itu, Erra Fazira gagal memenangi anugerah Pelakon Drama Wanita Terbaik pada anugerah itu. Katanya, bukan tidak bersetuju dengan keputusan juri memilih Datin Paduka Umie Aida sebagai pemenang cuma merasakan Erra telah memberikan persembahan terbaik dalam drama Sanggul Beracun. |
You are subscribed to email updates from Lebih 1 juta pageviews dari pembaca blog | tq To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |