Himpunan Kisah Sensasi |
Ezlynn nikahi pengurus sendiri Posted: 28 Nov 2011 09:47 AM PST EZLYNN dan Adam tidak sedar bila cinta berputik antara mereka yang sebelum ini hanya berurusan sebagai pengurus dan artis. PERKENALAN selama enam tahun dan percintaan selama tiga tahun, diakhiri dengan noktah cinta secara rasmi sebagai suami isteri buat penyanyi Ezlynn atau nama sebenar Azline Ariffin, 30, dan pasangannya yang merupakan pengurus peribadinya sendiri iaitu Adam Fahmy Shamsudin, 35, pada petang tanggal 20 November lalu di Roof Garden, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. PASANGAN bahagia Ezlynn dan Adam akan mengadakan resepsi perkahwinan pada bulan Januari 2012. Tarikh 20 Januari tahun lalu menjadi tarikh keramat apabila Adam melamar Ezlynn ketika mereka berada di Pulau Phi Phi, Thailand. Tarikh itu juga sangat istimewa kerana ia merupakan hari lahir Adam dan pada 20 Januari 2011, mereka mendapat tarikh untuk melangsungkan pertunangan dan pernikahan mereka serentak. ADAM dinikahkan oleh bapa Ezlynn iaitu Ariffin Alang Ahmad. "Berbulan madu di Eropah pula adalah idea Ezlynn sebab dia memang suka sangat untuk melancong ke sana. Selepas kami langsaikan kerja yang ada dan majlis resepsi, kami akan pergi berbulan madu," balas Adam yang memberi lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak Ezlynn. Berbicara soal cahaya mata pula, baik Ezlynn dan Adam menyerahkannya pada takdir, bagaimanapun jika boleh mereka mahukan cahaya mata segera. ///petikan kosmo /// |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |