Harian Metro: Rap |
Tidak lagi fobia bahasa Inggeris Posted: 11 Nov 2011 07:05 AM PST LENSA kamera dan pentas peragaan sudah sebati dalam kehidupan aktres jelita Korea Selatan, Mun Geun-young sejak usianya 12 tahun. Malah, pada umur semuda itu juga, dia berjaya menyerlahkan bakatnya apabila meraih Model Edubox Kone Award. Selain merangkul anugerah berprestij itu pada 1999, pada tahun sama juga membuka ruang buat Geun-young mengetengahkan bakat lakonannya untuk kali pertama di layar perak dengan membintangi filem dokumentari On The Way yang diarahkan Choi Jae Eun. Selepas percubaan sulungnya, tawaran lakonan untuk Geun-young terus berlanjutan apabila dia kemudian dilamar stesen Korean Broadcasting System (KBS) untuk berlakon dalam drama Burnt Rice Teacher and Seven Potatoes sebagai Han Mi-soo. Memberikan hasil lakonan mantap dan tidak mengecewakan pihak produksi, Geun-young yang semakin mendapat kepercayaan KBS mendapat peluang berlakon drama percintaan hebat dan meruntun jiwa, Autumn in My Heart untuk watak heroin berusia 13 tahun.
Sekalipun di puncak kejayaan, Geun-young tetap mengutamakan pendidikannya dalam bidang fesyen. Bagaimanapun, baru-baru ini Geun-young membuat keputusan terbang ke New York, Amerika Syarikat dan sekali gus meninggalkan satu semester pengajiannya untuk bercuti. Di negara 'Uncle Sam' itu, Geun-young yang dalam lawatan untuk bersua dengan kenalannya tidak membuang masa begitu saja. Aktres kecil molek berwajah keanak-anakan ini mengambil peluang mendaftar di sebuah kolej bahasa untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggerisnya. Geun-young dikatakan sudah mendaftar sebagai pelajar di akademi bahasa swasta terkenal Amerika, 'Kaplan East Village' untuk mengikuti kursus bahasa untuk jangka pendek. Selain itu, Geun-young turut mengkaji gaya hidup remaja di Barat. Bersesuaian dengan imej dirinya yang menjadi ikon popular di Korea, Geun-young berpendapat dia perlu membuat kajian terhadap gaya hidup golongan belia yang lebih menjurus pada hiburan. Bagi membolehkan kajiannya berhasil, Geun-young belajar dengan rajin. Berdasarkan satu kenyataan dikeluarkan pihak pengurusannya, lawatan Geun-young ke New York itu bukan saja untuk bertemu kenalan, tetapi ingin mengetahui dan memahami gaya hidup sebenar rakan-rakannya. Geun-young dijangka berada di New York selama dua bulan. Selepas perjalanan indah ke New York berakhir, Geun-young merancang memperkenalkan projek terbarunya dan akan meneruskan pengajian di Universiti Sungkyunkwan untuk tahun keempat dalam semester pertama. Pada 21 Oktober lalu, Geun-young menerusi laman Cyworld, berkongsi maklumat di terkini dirinya di New York. Geun-young memaklumkan kepada peminatnya, dia luangkan juga masa menulis untuk melepaskan rindu di hatinya kerana berada jauh di perantauan. "Ketika mula-mula menjejakkan kaki di sini, saya benar-benar sangat kesunyian. Ia sesuatu yang menakutkan dan sukar bagi saya menempuhinya. NaGeun-young, saya sedar perlu berusaha untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling. "Sekarang saya tidak takut atau gentar untuk berhadapan apa saja halangan yang datang. Saya yakin dapat mengisi masa yang ada ini dengan melakukan banyak perkara berfaedah. Malah, paling utama perasaan fobia terhadap bahasa Inggeris sudah tiada lagi. "Cuma, kesepian yang masih tak mampu diatasi. Saya sering teringat pada koleksi barang yang berharga dalam hidup ini. Justeru, ia juga membuatkan saya tidak pasti dengan apa yang dipelajari sepanjang berada di sini. Apakah saya akan berjaya? "Bagaimanapun, sebenarnya saya tak pernah terfikir akhirnya akan membuat keputusan untuk belajar di sini (New York). NaGeun-young, yang pasti saya suka tinggal di sini dan berharap semuanya berjalan lancar seperti apa yang saya inginkan," katanya. Menurut Geun-young, dia berdoa kesihatannya tidak terganggu kerana sudah bertekad sebaik pulang semula ke Korea, dia mahu membuktikan diri sebagai pelakon yang hebat dan dibanggakan. Ujarnya, dia juga akan pastikan dirinya bukan individu memalukan. Lakonan Geun-young dalam kisah Cinderella moden KISAH dongeng puteri jelita, Cinderella bukan saja popular di Hollywood, tetapi cukup terkenal di seluruh dunia. Justeru, tidak ketinggalan mengadaptasi kisah menarik ini, ia turut diterbitkan dalam versi Korea menerusi Cinderella's Stepsister. Drama 30 episod terbitan stesen KBS2 pada tahun lalu, disiarkan di TV2 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 5 petang bermula 17 November ini. Semestinya penggemar drama Korea di negara ini tidak melepaskan peluang menantikan siarannya. Dibintangi Geun-young sebagai watak utama, Eun-jo yang kehilangan bapa dan ibunya pula menemui cinta baru dengan lelaki yang mempunyai anak perempuan, Hyo-seon. Mereka tinggal bersama apabila ibunya berkahwin. Hyo-seon menonjolkan karakter baik di hadapan mata ibu bapanya manakala Eun-jo pula sering dilihat 'jahat' dan diabaikan. NaGeun-young, Eun-jo berkawan baik dengan Hong Ki-hoon di kolejnya dan ini tidak disenangi Hyo-seon. Memendam perasaan terhadap Ki-hoon, mendorong Hyo-seon membuat pelbagai onar untuk mendapatkan cinta lelaki itu hingga Hyo-seon menabur fitnah terhadap Eun-jo mengatakan kepada Ki-hoon cintanya hanya dipermainkan. Lapan tahun berlalu, Eun-jo yang akhirnya melarikan diri meninggalkan keluarganya bertemu Han Jeong-woo. Mereka berkawan rapat kerana Eun-jo berasakan Jeong-woo adalah adik lelakinya yang hilang. Hyo-seon pula bercinta dengan Ki- hoon. Suatu hari, Ki-hoon bertemu semula dengan Eun-jo. Saat itu, dia berasakan cintanya pada gadis itu tidak pernah pudar walaupun lapan tahun sudah berlalu. Wujudlah kisah cinta tiga segi antara Eun-jo, Ki-hoon dan Hyo-seon. Apakah yang berlaku seterusnya? Adakah akan wujud campur tangan ibu bapa? Barisan pelakon lain yang membintangi drama percintaan remaja ini ialah Seo Woo, Chun Jung Mying, Tae Cyeon, Lee Mi Sook, Kim Gab Soo dan Kang Sung Jin. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 11 Nov 2011 06:38 AM PST PELBAGAI hadiah bernilai RM25,000 ditawarkan sebagai imbuhan cabutan bertuah buat pengunjung yang datang menyaksikan Showcase OMG Gempak! sempena Pelancaran Red Box Ria Berwajah Baru yang diadakan pada 19 November ini. Bertempat di Tingkat 7, KL SOGO Multipurpose Hall, program itu bermula jam 2 petang dan turut membariskan nama yang menjadi pujaan ramai ketika ini. Mereka adalah kumpulan Forteen, popular dengan lagu Berdua Bersatu, Iqa Mentor (Di Penghujungnya), Tiga (Lelaki Tak Guna) dan Chomell Fana (BFF). Apa yang menarik showcase diadakan secara undangan ini turut menampilkan khas penyanyi tersohor Ning Baizura yang baru saja melancarkan klip video terbarunya, Bila serta pendatang baru berbakat besar yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif. Kini Najwa tampil dengan single keduanya, Carta Hati.
"Tambah membanggakan, semua cawangan kami menerima respons sangat memberangsangkan. Pelanggan sukakan konsep hiburan dan keluarga yang kami ketengahkan selain Red Box termasuk Green Box iaitu satu lagi jenama pusat karaoke di bawah pengurusan kami," katanya kepada Rap. Valerie berkata, 'showcase' itu tidak mungkin menjadi satu kenyataan tanpa jalinan usaha sama di antara Red Box dan KRU Studios yang kini dalam rangka promosi album kompilasi terbaru 'OMG Gempak!' Berkongsi misi yang sama untuk mempromosikan produk masing-masing, Red Box dan KRU Studios sepakat menamakan persembahan itu sebagai Showcase OMG Gempak! Seiring kerjasama itu, Red Box Ria bermurah hati untuk memberikan 50 pas VIP untuk dimenangi seramai 25 pemenang (seorang pemenang akan mendapat dua pas VIP) berserta 25 baucar karaoke Red Box Ria yang setiap satunya bernilai RM100 kepada pembaca bertuah Akhbar No: 1 Malaysia ini. Caranya mudah, anda hanya perlu menyertai kuiz mudah yang di bawah artikel ini dan lengkapkan slogan khas yang diberi. Ketepatan jawapan serta slogan paling kreatif akan memungkinkan anda menang. Penyertaan bermula sekarang dan tarikh tutupnya pada 16 November 2011. Borang penyertaan perlu dihantar lengkap bersama artikel asal ini. Seramai 25 pemenang bertuah akan dihubungi Harian Metro dan mereka boleh menebus pas VIP dan baucar karaoke Red Box Ria itu di kaunter Harian Metro, yang disediakan di pintu masuk KL SOGO Multipurpose Hall, pada hari 'showcase' ini mulai jam 12 tengah hari. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |