Zon Artis |
Abby Abadi Dan Zul Putus Cinta Posted: 26 Oct 2011 07:10 AM PDT Setelah menyepikan diri akibat dilanda tekanan sejak akhir-akhir ini, Abby Abadi tiba-tiba menulis satu post di blognya dengan mengaku yang dia dan Zul Ariffin sudah tiada apa-apa hubungan istimewa atau dalam bahasa mudahnya sudah putus cinta. Menurut Abby, meskipun dia sangat menyayangi Zul, hubungan antara mereka terpaksa berakhir dengan perpisahan atas beberapa sebab yang enggan dijelaskan. Seperti yang ditulis oleh Abby di blognya:-
Menceritakan mengenai hubungannya dengan pelakon lelaki kacak itu, Abby memberitahu bahawa dia mula rapat dengan Zul sejak tiga tahun lepas selepas berpisah dengan bekas suaminya, Norman Hakim yang ditangkap basah dengan pelakon baru, Memey, ketika itu. Menulis mengenai kenangan awal perkenalan mereka itu, Abby tidak dapat menafikan bahawa Zul mendapat banyak sokongan darinya sehingga pada satu ketika bekas teman lelakinya itu pernah dikenali sebagai "Zul Abby", gabungan nama Zul dan Abby.
Pada Abby, Zul memang punya potensi besar di dalam bidang lakonan dan mengaku bahawa dia merupakan peminat setia pelakon kacak tersebut.
Bagaimanapun, disebalik kesedihan atas 'kehilangan' itu Abby masih mendoakan agar Zul bahagia dengan hidupnya dan berharap dia tidak segan silu untuk mencari bekas penyanyi kumpulan Elite itu sekiranya punya sebarang masalah pada masa akan datang. Psstt: Anda boleh baca post penuh Abby tu kat blog'nya DI SINI. Kat post tu, anda boleh melihat banyak gambar yang dikongsikan oleh Abby terutamanya gambar-gambar semasa dia bersama Zul. Full content generated by Get Full RSS. |
Filem Nasi Lemak 2.0 Raih Kutipan RM7 Juta Posted: 26 Oct 2011 06:08 AM PDT Siapa sangka, filem yang menerima pelbagai kritikan dan pandangan negatif daripada pelbagai pihak sebelum ianya ditayangkan lagi iaitu Nasi Lemak 2.0 berjaya meraih kutipan RM7 juta hanya melalui tayangan di pawagam. Nyata, sambutan filem hasil buah tangan pertama Namewee ini begitu mengalakkan. Menurut Namewee, selama ini dia memang menaruh harapan yang tinggi pada filem pertamanya itu, namun dia tidak menyangka sambutannya akan menjadi begitu baik. Namewee juga melahirkan rasa gembira kerana filem Nasi Lemak 2.0 bukan sahaja ditonton oleh kaum Cina, bahkan semua kaum di Malaysia. Jangan tidak tahu bahawa baru-baru ini, filem Nasi Lemak 2.0 arahan Namewee itu juga telah dipilih sebagai Tayangan Rasmi untuk festival filem termashyur di dunia iaitu Taipei Golden Horse Film Festival 2011 dan ini merupakan sesuatu yang jarang (malah tak pernah kot) berlaku bagi sebuah filem Malaysia. Dengan ini, kami di Zon Artis ingin ucapkan tahinah kepada Namewee dan juga pihak produksi diatas pencapaian yang boleh dikatakan sangat membanggakan ini. Tahniah juga kepada para pelakon yang terlibat. Semoga terus menghasilkan filem yang bermutu dan mampu memartabatkan industri perfileman Malaysia. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |