Adsense

Khamis, 6 Oktober 2011

Zon Artis

Zon Artis


Sepah Masih Wujud – Mamat

Posted: 06 Oct 2011 06:51 PM PDT

MAMAT DAKWA SEPAH MASIH WUJUD

Pening sudah kami dibuatnya bila Mamat tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang kumpulan Sepah masih lagi wujud sedangkan Jep dan Shuib yang baru sahaja mengumumkan kewujudan Sepahtu secara terang-terangan mengatakan bahawa kumpulan Sepah telah dibubarkan.

Menurut Mamat, Sepah masih lagi wujud dan masih lagi terlibat meneruskan perjuangan termasuklah menerima tawaran berlakon untuk projek-projek terbitan Astro. Sekarang, mana satu yang betul pun tak tahulah.

Dalam kenyataan tu juga, Mamat turut memberitahu yang hubungan'nya dengan Jep dan Shuib tidak mempunyai masalah dan boleh bekerjasama tetapi Mamat mengaku yang dia agak terkilan dengan beberapa kenyataan kurang enak yang dilemparkan kepadanya.

Sekarang, kita rileks-rileks tunggu kenyataan dari Jep dan Shuib pula berhubung dakwaan Mamat yang mengatakan Sepah masih lagi wujud.

Related Posts with Thumbnails