|  Celebrity News  | 
- Perkahwinan Ana Dahlia Dan Chef Rez Pada 11 Disember
- News: Saksikan Siaran Langsung Belanjawan 2012 di Hypp.TV
- Sinopsis Dan Trailer Man Sewel Datang KL
- News : Steve Jobs Passed Away | Steve Jobs Meninggal
| Perkahwinan Ana Dahlia Dan Chef Rez Pada 11 Disember Posted: 06 Oct 2011 06:42 AM PDT  Inilah wajah Ana Dahlia dan tunang beliau Mohd Nadzri Redzuawan atau Chef Rez, pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada 11 Disember 2011. Bercerita mengenai majlis pertunangan Ana Dahlia dan Chef Rez semalam (5/10/2011), Chef terkenal, Chef Wan yang juga merupakan ayah kepada Chef Rez bersama Serina turut hadir. Seramai 15 orang dipihak lelaki disambut lebih 100 orang oleh pihak perempuan. Apa-apa pun ZoOM doakan semoga hari yang bahagia itu akan tiba. Lagi gambar Pasangan ini dibawah : Apa kata anda di ZoOMartis ? Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis | 
| News: Saksikan Siaran Langsung Belanjawan 2012 di Hypp.TV Posted: 06 Oct 2011 12:49 AM PDT Setiap kali belanjawan asyik orang-orang Gomen je yang gelak dan tersenyum, bila lagi golongan SWASTA ni merasai kelebihan yang mereka dan mereka terima. Apa-apa pun sama-sama kita saksikan di kaca TV dan Hypp.Tv esok. Apa kata anda mengenai belanjawan 2012 ? Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis | 
| Sinopsis Dan Trailer Man Sewel Datang KL Posted: 05 Oct 2011 10:32 PM PDT SINOPSIS Filem  ini mengisahkan Osman/Man (Shuib) pemuda yang berperwatakan gila-gila  datang ke Kuala Lumpur berbekalkan wang yang diberikan ibunya Maimon  (Rosnah Mat Aris) hasil peninggalan harta arwah bapanya. Di  Kuala Lumpur, Man tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim (Razali  Hussain). Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota.  Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia (Julia Ziegler),  seorang bekas model. Sekian  lama berkenalan, Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan  Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi  kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya  menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak  RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan. Dalam  masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di  kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan  kehidupan di Kuala Lumpur. Man  yang sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kerja terpaksa  memikirkan cara untuk menampung perbelanjaan kehidupannya di ibu kota.  Bermacam-macam pekerjaan dilakukan Man, sehinggakan Man sanggup  mengeluarkan modal berniaga ayam namun malangnya dia ditipu. Man  kemudian pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya  Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah  (Fida Ibrahim) telah menjadi milik oleh kerana Man memungkiri janji  cinta mereka dahulu. Sekembalinya  Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali seorang gadis, Salbiah (Siti Sarah  Raisudin) yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang  saling membantu. Suatu  hari Man terserempak dengan Leman (Rosli Rahman), orang kampungnya yang  mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar  berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan  jenayah. Man  kemudiannya menyedari Salim dan Nadia sememangnya terbabit dalam  kegiatan jenayah. Man juga sedar dia sebenarnya terjerat dalam perangkap  cinta Nadia angkara Salim. Hasil bantuan Leman dan Pak Din (Zaibo),  seorang tukang urut tradisional yang pernah menjadi mangsa Salim,  kegiatan jenayah Salim dam Nadia akhirnya berjaya ditumpaskan pihak  polis Hubungan  Man dan Salbiah pula makin erat dan mesra sehingga membuahkan  bibit-bibit cinta.Man semakin matang dan tidak lagi bersikap gila-gila.  Cintanya kini hanya pada Salbiah. Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis | 
| News : Steve Jobs Passed Away | Steve Jobs Meninggal Posted: 05 Oct 2011 10:12 PM PDT Seorang lagi lagenda dan pencetus idea yang sudah pasti dikenang walaupun sudah tidak lagi berada di alam ini. Mendiang yang mungkin sudah mengetahui apa akan berlaku telah meletak jawatan pada usia 56 tahun pada ogos lalu sebagai ketua eksekutif Apple. Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis | 
| You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







