Adsense

Ahad, 16 Oktober 2011

Sensasi

Sensasi


Gambar terbaru Bayi Kris Dayanti dan Raul

Posted: 16 Oct 2011 11:06 PM PDT

Inilah gambar terbaru bayi Kris Dayanti dan suaminya Raul Lemos ,Ariannha Amora Lemos yang berumur sebulan lebih.

Kris Dayanti melahirkan bayinya dengan cara pembedahan pada 5 September 2011




Perkahwinan goyah,Kris Humphries Hanya Inginkan Wang Kim Kardashian

Posted: 16 Oct 2011 10:58 PM PDT

Siapa yang selalu 'layan' Channel E,The Kardashian mesti tahu yang Kim Kardashian kini dah bergelar isteri kepada Kris Humphries seorang pemain bola keranjang NBA.

Sensasi selalu jugak layan siri nie sebab kelakar.Dan semasa episode percutian Kris Humpries dengan keluarga Kardashian ,sensasi perasan yang Kris adalah seoang yang sangat tak matang,suka main-main tanpa menghiraukan perasaan orang lain,terlalu playful sampai nakpak very annoying.

Kim kadang-kadnag merajuk jugak dgn Kris dan Kris kdg-kdg bersikap sinistapi dipujuuk jugaklah Kim tue..haha..

Dah kahwin nie baru je lagi dah kedengaran Kim mengatakan yang perkahwinannya bermasalah..

Kim Kardashian khabarnya sedang kecewa dengan sang suami, Kris Humphries.

Pernikahan keduanya bersama Kris baru saja berlangsung pada bulan lalu. Namun, khabarnya bahtera rumah tangga tersebut sedang mengalami masalah. Menurut teman dekat Kim dan Kris, akhir-akhir ini pasangan tersebut sering bertengkar.

"Mereka selalu bertengkar, Kim pernah berkata pada dirinya sendiri bahwa ia tak tahu bahawa pernikahannya akan begitu sulit seperti saat ini," ungkap sumber seperti dilaporkan majalah America's Life & Style.

Kim yang selalu mempunyai anggapan jika dirinya memang belum bersedia untuk menikah pada waktu itu. Yang lebih mengejutkan adalah, Kris juga dikhabarkan hanya menginginkan wang dari Kim sahaja.

"Kim sangat khuatir tentang Kris yang tak cukup matang dan hanya menginginkan wang saja, terutama kerana sekarang ini Kris memang tak mempunyai pekerjaan apabila ia dihentikan oleh NBA kerana tak ada kesepakatan soal gaji," tuturnya.

Bekas Isteri Radhi OAG ,Shazlin bernikah lagi

Posted: 16 Oct 2011 10:44 PM PDT

Suatu ketika dulu ,Shazlin mendakwa Radhi telah menceraikannya,namun Radhi enggan mengaku dan tidak mahu menceraikan Shazlin di Mahkamah.Sehingga havoc jugaklah drama antara mereka berdua ketika itu.

Radhi sungguh sedih dan akhirnya bersetuju melepaskan Shazlin akhirnya.Dan kemudian barulah Radhi berusaha untuk mengatasi masalah ketagihan dadahnya .

Shazlin kini ebrnikah semula dengan pilihan hatinya iaitu Azri.

Tahniah diucapkan,semoga perkahwinan kali ini kekal hingga ke akhir hayat.





















Shuib daan Jepp undur diri dari Sepah dan tubuhkan Sepahtu kerana Mamat penuh kontroversi

Posted: 16 Oct 2011 10:36 PM PDT

Menurut Shuib dengan Jepp mereka dtg dari kampung dan kontroversi Mamat menyebabkan nama Sepah buruk dan sekaligus mereka mendapat tempiasnya.

Mamat dikatakan culture shock dan nak show off kekasihnya Fida walaupun ditegah oleh shuib agar bersikap "low profile" dalam hubungan peribadinya.

Sebelum nie Mamat dikatakan meninggalkan bekas kekasihnya Adda kerana berpaling tadah ke Fida menyebabkan Adda membuka pekung Mamat di Media...Kemudian tersebarnya gambar Fida tak bertudung menyebabkan Fida pula meninggalkan Mamat.Dan akibat banyak Kontroversi mamat disisih rakan seperjuangan..hadoi..sudah jatuh ditimpa tangga sehingga Mamat sekarang Fobia membaca atau mendengar berita tentangnya..

Nampaknya terbukti sudah tiada yang kekal di dunia ini..kekasih dengan mudah meninggalkan setelah melakukan kesilapan ,rakan senang je membuang rakan yang dalam kesusahan..begitulah dunia nie..jadi kenalah beringat..Jangan terlalu ghairah mengejar dunia ya..



Saya tidak mahu nama Sepah dipalit pelbagai kontroversi. Yang membawa nama Sepah ni kami bertiga, jadi apabila ada kontroversi, saya dan Shuib yang tak ada kena mengena pun terkena tempiasnya. Saya nak buat nama Sepah tu jadi besar dan bersih daripada kontroversi kerana kami orang kampung, tak tahu apa-apa. Kontroversi dicetuskan mengaibkan kami, menenggelamkan nama Sepah. Kami tak mahu disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Saya bersama Shuib cuba mempelbagaikan bakat yang diberi, tiba-tiba apabila baca akhbar keesokan hari, kami ni yang tak tahu apa-apa, disajikan dengan cerita Mamat dengan Adda, dengan Fida. Kontroversi itu tidak membabitkan Mamat seorang diri, tapi tempias terkena kepada nama Sepah. Saya tak mahu isu peribadi merosakkan nama Sepah. Sekarang saya dan Shuib dikenali sebagai Sepahtu, jadi kalau ada apa-apa lagi kontroversi selepas ini, biar nama Sepah saja yang dikaitkan, manakala kami dah tak ada kena mengena. Jadi, itulah antara sebab utama mengapa saya dan Shuib menubuhkan kumpulan baru ini.


Lagipun saya dan Shuib tak pernah memecah atau membubarkan Sepah, kami hanya undur diri untuk menyertai Sepahtu. Sepah bukan kepunyaan saya seorang, tapi milik kami bertiga. Apabila saya undur diri, seminggu kemudian, barulah Shuib menyatakan hasratnya untuk sama-sama dalam Sepahtu, kini Sepah hanya ada seorang anggota iaitu Mamat. Apabila Sepahtu ditubuhkan, tiba-tiba ada tawaran daripada MW Entertainment dan Sheikh Qalam Records untuk kami menghasilkan album. Jadi, saya rasa percaturan kami ini seolah-olah sudah disusun perjalanannya. Namun, apabila difikirkan semula, timbul rasa kasihan pada Mamat kerana kontroversinya bertimpa-timpa, tapi kami perlu kasihan pada diri sendiri dulu. Kami nak serius dalam kerja.


Pun begitu, untuk menerima Mamat semula, rasanya tidak kerana kami tidak mahu dikaitkan dengan kontroversi dirinya. Tapi apabila membabitkan soal kerja, kami tak gaduh, masih boleh berborak, bergurau dan berlakon sama. Apabila kami menjayakan penggambaran Sepah The Movie nanti, Sepahtu akan berganding bahu dengan Mamat Sepah. Kami profesional, soal kerja kami akan bersatu.


Memang ada perkara saya nak buat dengan Jep saja, bukan Mamat. Bagi saya, setiap manusia tidak ada yang sempurna, tapi sama dengan Jep, saya juga tak tahan dengan kontroversi dicetuskan Mamat. Kami ni orang kampung dan bagi saya tak perlu ada kejutan budaya seumpama itu. Saya tak mahu nama saya dikaitkan dengan kontroversi Mamat. Saya nak serius cari makan dalam industri ini. Saya tak pernah berniat menindas Mamat kerana dia masih dikenali sebagai Mamat Sepah. Sekiranya Mamat bagus, dia pandai jaga nama, solo pun boleh cari makan. Selama ini saya jaga nama Sepah, tapi disebabkan dia, nama kami terpalit, jadi saya rasa tidak adil. Orang menulis di Facebook saya, setiap kali jumpa orang, mereka bertanya, kenapa Mamat jadi begitu, jadi saya malu.



Apa hal? Saya tak ada kena mengena, pergilah tanya Mamat sendiri. Saya pantang apabila nama Sepah dikaitkan dengan benda-benda tak elok. Ketika saya bersama isteri (Siti Sarah), saya jaga nama Sepah supaya tak keluar cerita negatif. Selagi belum jadi (tak kahwin), saya tak bercerita dengan orang. Apabila dah pasti, barulah seronok bercerita. Bagi saya, cerita peribadi, tetap peribadi, simpan untuk diri sendiri. Ini kau (Mamat), belum apa-apa beriya-iya cerita di Facebook. Saya tegur dia banyak kali sehingga kami pernah bertekak. Tapi, apa saja dinasihatkan itu, umpama mencurah air ke daun keladi, saya bengang! Sampai satu peringkat, saya malas nak tegur sebab dah ke 'laut'. Apabila sampai ke tahap kontroversi yang tidak diperlukan, saya bosan apabila orang sekeliling menyindir!