Adsense

Ahad, 23 Oktober 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Hubungan Izreen & Johan As’ari Tegang

Posted: 22 Oct 2011 10:57 PM PDT

PETALING JAYA: Sesi ramah mesra antara artis dan peminat sempena Anugerah Skrin (ASK) 2011 yang bakal menjelma pada 4 November depan menjadi gamat apabila pasangan pelakon drama Juvana, Izreen Azminda, 26, dan Johan As'ari, 25, hadir ke One Utama, di sini, Sabtu.

Kedua-dua pelakon itu mencuri tumpuan ramai memandangkan kedua-duanya diasak dengan persoalan cinta.

Mereka dilihat tegang dan Izreen langsung tidak memandang wajah Johan sewaktu ditemubual oleh wartawan media elektronik.

Ketika mendapatkan Izreen, dia akui sudah memutuskan hubungan cinta dengan Johan akibat terkilan dengan sikap lelaki itu yang enggan mengaku tentang status hubungan cinta mereka yang bermula pada Mei lalu.
Suasana tegang berlaku di antara Izreen dan Johan sewaktu ditemubual.

"Saya dan Johan sudah tiada apa-apa hubungan lagi apabila dia tidak mengaku kami bercinta.

"Saya berasa tidak senang dengan kenyataannya seolah-olah kami tidak mempunyai apa-apa sedangkan sebelum ini dia pernah mengaku mencintai dan menyayangi saya melalui rakaman video, gambar dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Saya rasa sudah cukuplah apa yang dilalui sebelum ini dan tidak mungkin akan kembali bercinta dengannya selepas ini," kata Izreen dalam satu sidang media di One Utama.

Selain itu, punca lain yang lebih menyakitkan hati Izreen apabila melihat gambar-gambar berdua-duaan melibatkan pelakon Fasha Sandha dengan bekas kekasihnya itu.

Izreen difahamkan gambar tersebut diambil untuk tujuan promosi drama Cinta Elysa yang dilakonksn oleh Fasha dan Johan.

"Saya tidak dapat menerima alasan gambar tersebut diambil bagi tujuan promosi kerana mengapa perlu mengambil banyak gambar setiap hari dan kemudian menyebarnya di Twitter," ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Izreen akui bersalah kerana terlalu mengikut perasaan sehingga membuat pelbagai kenyataan negatif tentang Johan ketika ditemubual oleh media sebelum ini.

"Saya mahu memohon maaf kerana saya agak emosional waktu itu. Biarpun sudah putus cinta, kami masih berkawan dan berharap semua orang faham tentang apa yang berlaku," akuinya yang tidak mempunyai masalah untuk membuat sesi fotografi dan berlakon bersama-sama Johan jika ada permintaan.

Majlis Persandingan Yasmin Hani, Sha'arin Meriah

Posted: 22 Oct 2011 10:52 PM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis persandingan pelakon Yasmin Hani Richardson,32, dan bekas gitaris kumpulan Black Rose, Sha'arin Mohammed Razali,40-an, berlangsung dengan meriah di Dutchess Duchess Place Jalan Ampang, di sini, malam Jumaat.

Pasangan mempelai yang tiba pada pukul 9 malam itu tampak berseri dan anggun dengan pakaian bewarna putih rekaan pereka popular, Hatta Dolmat.

Majlis yang berkonsepkan Taman Inggeris Kontemporari dengan menggunakan gabungan warna putih, merah jambu dan ungu dihiasi pula dengan lampu 'chandelier' dan bunga-bungaan tampak sederhana dan klasik.

Kata Yasmin, walaupun jodohnya sedikit lewat, dia bersyukur kerana diberi seorang suami yang sangat memahami dirinya.

"Dia seorang yang sangat positifdan pandai memujuk. Lebih penting sekali dia seorang yang sangat mementingkan keluarga dan ciri-ciri itu yang saya inginkan untuk seorang suami.

"Alhamdulillah, kami juga bersyukur kerana segala perancangan (perkahwinan) dijalankan dengan lancar," katanya.

Sha'arin pula mengharapkan agar segala rintangan dan dugaan rumahtangga yang dibina dengan Yasmin dapat diharungi bersama.

"Kami mengharapkan yang terbaik dalam perkahwinan ini,moga ia berkekalan," ujarnya ringkas.

Sha'arin sudah pun memiliki dua orang anak iaitu Siti Narissa Edora, 25, dan Armand, 23, hasil perkahwinan pertamanya.

Dengan kehadiran seramai 350 orang tetamu yang terdiri daripada saudara mara dan rakan taulan kedua-dua belah pihak pengantin, acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum upacara merenjis dan menepung tawar mempelai menyusul.

Sepanjang majlis berlangsung, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan rakan karib mempelai, Atilia, Salamiah Hassan, Amir Jahari dan Lokman.
Farid Kamil dan Diana Danielle antara artis yang hadir.

Selain itu, antara teman selebriti yang hadir ialah Dynas, Aishah Sinclair, Sazzy Falak, Ezlynn, Farid Kamil, Jojo Struys, Diana Danielle dan Diana Rafar.

Pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan pada Jumaat (petang) di tempat yang sama dengan hanya sekali lafaz.

Nazril Idrus Selalu Pulang Awal Kerana Si Kembar

Posted: 22 Oct 2011 10:51 PM PDT

PETALING JAYA: Pengacara Nazril Idrus atau Nash berkata sejak menjadi bapa hampir enam bulan lalu, dia akan pulang ke rumah sebelum pukul lapan malam untuk menghabiskan masa bersama dua puteri kembarnya Iman Lilly dan Tiara Rose dan isterinya, aktres Sazzy Falak.

Nash berkata, pengalaman menjadi bapa telah mengubah kehidupannya secara menyeluruh. Ia secara tidak langsung menjadikan dirinya sangat komited dan mengutamakan keluarga tercinta dalam apa juga perkara yang dilakukan.

"Sejak menjadi bapa, tanggungjawab dan komitmen menjadi semakin besar. Saya akan pastikan pulang ke rumah pada pukul 8 malam setiap hari untuk meluangkan masa bersama anak kembar saya, Iman Lilly dan Tiara Rose.

"Saya perlu mencipta suasana kasih sayang dalam keluarga. Mujurlah saya mempunyai isteri yang hebat yang sentiasa menyokong di sisi," katanya.Nash menambah, dia bersyukur dan berasa sangat dirahmati dengan kehidupan yang dilaluinya kini.

"Kehidupan saya sangat dirahmati. Walaupun saya dan isteri terpaksa menunggu sehingga empat tahun setengah untuk mendapat anak sebelum ini tetapi kini segala-galanya bagai sudah lengkap.
Nazril Idrus akui kehidupannya banyak berubah sejak bergelar bapa. - Foto oleh FAIHAN GHANI

"Saya mempunyai keluarga yang bahagia, kerjaya yang baik dan kewangan yang stabil. Tiada apa lagi yang saya mahu melainkan agar semua rahmat yang diberikan ini kekal berterusan," katanya.

Menyentuh soal kerjaya, Nash yang kini bergelar perunding kewangan profesional, berkata dia sedang terikat dengan komitmen sebagai pengacara sebuah program keusahawanan iaitu Make The Pitch untuk saluran ntv7.

Nash berkata, walaupun dirinya sibuk dengan pelbagai siri ceramah dan bengkel kewangan di serata dunia, tema dan konsep program tersebut menarik perhatiannya untuk turut serta.

"Saya sentiasa teruja apabila bercakap tentang bidang kewangan dan perniagaan. Kebetulan pula, program terbaru di ntv7 ini bertepatan dengan pengetahuan dan kemahiran yang saya miliki, jadi mengapa tidak saya melibatkan diri.

"Walaupun saya hanya memainkan peranan yang kecil sebagai pengacara, tetapi saya terbabit secara langsung untuk aspek belakang tabir program ini termasuk idea, konsep dan skripnya," katanya.

Program mingguan yang bermula sejak 12 Oktober lalu itu bersiaran pada setiap Rabu pukul 8.30 malam di ntv7 selama 12 minggu.