Adsense

Jumaat, 7 Oktober 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Penyanyi Saida Sah Bercerai Talak Satu

Posted: 07 Oct 2011 12:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi Saida atau Siti Nursaida Tarudin,35, dan suaminya Mohd Ghazali Yahya Zikri,40, sah bercerai dengan talak satu pada Jumaat di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas 15 tahun hidup bersama.

Kakak kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza itu menebus talak dengan bayaran RM1,000 pada prosiding tersebut.





Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

Wanita kerat mayat suami tidak diberi parol

Posted: 07 Oct 2011 12:49 AM PDT

CHOWCHILLA, Amerika Syarikat (AS) - Lantaran tidak tahan didera, Omaima Nelson (gambar) nekad membunuh suami yang baru sebulan dikahwininya.

Wanita itu kemudian mengerat mayat mangsa dan memasak beberapa bahagian tubuhnya dalam pembunuhan kejam yang berlaku pada hari perayaan Thanksgiving tahun 1991.





Kelmarin, Nelson yang berasal dari Mesir gagal mendapatkan parol untuk membolehkannya kembali menjalani kehidupan bersama masyarakat selepas 20 tahun berada di penjara kerana pembunuhan tersebut.

Lembaga Parol Negeri California memutuskan untuk menolak permohonan parol Nelson selepas mereka bersidang selama lima jam dan mendengar kesnya di sebuah penjara wanita di sini.

Nelson yang berusia 23 tahun ketika dia membunuh suaminya, William Nelson, 56, menerima hukuman penjara seumur hidup kerana jenayah itu.

Pihak berkuasa menyamakan Neslon seperti karakter Hannibal Lecter yang memakan daging manusia dalam filem Silence of the Lambs.

Kelmarin, peguamnya menyatakan, Nelson yang kini berusia 43 tahun perlu diberikan parol kerana dia sudah berubah dan berhasrat untuk kembali ke pangkuan masyarakat.

"Dia kesal dan meminta maaf. Dia mengaku melakukan pembunuhan demi mempertahankan dirinya," kata peguam berkenaan.

Bagaimanapun, dua orang pesuruhjaya parol sangsi dengan hujah tersebut.

Ini kerana Nelson memiliki banyak rekod jenayah sebelum ini, selain sejarah menjalinkan hubungan seks dengan lelaki lebih tua untuk mendapatkan wang. - AP

Robot cuci rambut warga emas

Posted: 07 Oct 2011 12:48 AM PDT

TOKYO - Ia kelihatan seperti kerusi salon, tetapi robot terbaharu di Jepun itu boleh mencuci rambut yang sentuhannya seperti jari-jari manusia untuk membantu golongan tua dan kurang upaya.

Robot itu dibangunkan oleh firma elektronik terkemuka, Panasonic. Menurut Panasonic, robot itu mengetengahkan teknologi robotik terkini.





"Dengan menggunakan teknologi tangan robotik dan 24 jarinya, robot ini mampu mencuci rambut golongan kurang upaya seperti seorang manusia. Ini dapat membantu mereka menjalani kehidupan seharian dengan lebih sempurna," kata wakil Panasonic, Tohru Nakamura.

Pengguna hanya perlu berbaring di atas sebuah kerusi. Robot itu kemudian akan menyampu rambut, mengurut kulit kepala dan membilas rambut dalam tempoh tiga minit. Meletak perapi dan mengeringkan rambut pula akan mengambil masa lima minit lagi.

Pada masa ini, mesin tersebut masih belum berada di pasaran. Panasonic merancang untuk memulakan jualannya pada tahun depan. Ia menyasarkan produknya itu kepada rumah-rumah penjagaan orang tua dan hospital.

- Reuters

Diana Amir Kurang Tawaran Berlakon Selepas Tutup Aurat

Posted: 07 Oct 2011 12:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon filem "Aku Masih Dara", Diana Amir mengakui tawaran berlakon semakin berkurangan selepas dia membuat keputusan untuk "berhijrah" dengan memakai tudung. Diana berkata, dia memandang positif mengenai perkara itu dan menganggap ia sebagai satu ujian yang diterimanya daripada Allah.

Katanya lagi, walaupun tidak mempunyai tawaran berlakon dia menggunakan masa terluang yang ada dengan mendalami ilmu agama.

"Buat masa ini saya tidak mempunyai sebarang tawaran berlakon tetapi saya mengambil ia sebagai ujian selepas penghijrahan saya.

"Saya kini lebih banyak meluangkan masa untuk menghadiri kelas agama dan saya semakin berasa seronok dan tenang," ujarnya.





Diana berkata demikian ketika ditemui selepas majlis sidang media Festival Filem Malaysia (FFM24) di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Diana berkata dia masih ingin terus berlakon tetapi dengan watak sesuai dengan imejnya.

Diana sebelum ini mengejutkan semua pihak dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat.

Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.

Sementara itu, ditanya mengenai filem "Aku Masih Dara" dan "321 Cinta" yang dipertandingkan dalam FFM24 tahun ini, dia berharap filem lakonannya itu layak menerima penghargaan dalam anugerah itu.

Ujarnya, sebagai pelakon baru dia juga memasang angan-angan untuk dicalonkan dalam apa juga kategori sebagai tanda kesungguhannya berada di dalam industri filem tanah air.

"Perasaan teringin itu ada kerana FFM adalah sebuah majlis yang besar tetapi itu semua terpulang kepada pihak juri yang akan menilai sama ada bakat saya layak dicalonkan atau tidak," ujarnya.

Razak Ahmad Nafi Peluk, Cium Pemilik Butik

Posted: 07 Oct 2011 12:46 AM PDT

PETALING JAYA: Pelakon, Razak Ahmad pada Khamis, menafikan bahawa dia melakukan perbuatan yang tidak senonoh iaitu memeluk atau mencium wanita berstatus isteri orang yang ditangkap berkhalwat dengannya lima tahun lalu.

Pada keterangannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Razak, 44, juga menafikan bahawa tujuan dia membuka baju yang dipakainya adalah untuk 'bersama' dengan wanita tersebut, Selamah Sahudin.

Sebaliknya, pelakon drama bersiri Geng Surau itu memberitahu, dia hanya bersinglet semasa diserbu oleh suami Selamah kerana semasa itu dia sedang mengeringkan peluh di dalam bilik utama premis terbabit.





Menjawab soalan yang diajukan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Shafezan Rusli, pelakon itu juga memberitahu, tujuan dia ke premis berkenaan hanya untuk mengambil baju yang mahu ditaja oleh Selamah bagi digunakan dalam satu program televisyen.

Oleh itu Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad menambah, dia mengambil masa selama satu jam setengah di premis itu untuk mencuba tiga pasang baju yang mahu ditaja oleh Selamah.

Pada prosiding itu, Shafezan juga beberapa kali bertanya Razak mengenai hubungannya dengan Selamah dan pelakon tersebut pada awalnya menyifatkan ia seperti seorang penaja dengan seorang pelakon.

Bagaimanapun, dia kemudiannya menukar jawapan dan mengakui bahawa mereka telah berkenalan sejak tahun 1982 iaitu semasa berada di tingkatan tiga di sebuah sekolah.

Dia seterusnya mengakui mereka bukanlah mahram dan dia juga tidak menghalang Selamah yang merupakan seorang ahli perniagaan daripada menutup pintu utama premis terbabit.

Katanya lagi, itu merupakan kali pertama dia datang ke premis itu.

"Saya bergerak dari Pelabuhan Klang (dekat sini) pada pukul 12 malam dan saya banyak menghubungi Selamah bertanyakan arah kerana itu kali pertama saya ke sana," katanya.

Razak yang diwakili oleh peguam syarie Muhamad Azman Karim seterusnya memberitahu, mereka memilih untuk berjumpa di premis itu selepas kedua-duanya bertolak daripada rumah masing-masing.

Dalam kes ini, Razak yang sinonim dengan watak orang baik sedang membela diri atas tuduhan berkhalwat dengan Selamah, 45, pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006 di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, dekat sini.

Bagi kesalahan itu, Razak didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Selamah yang turut menghadapi tuduhan sama telah mengaku salah pada 14 September 2006 dan dihukum denda RM2,850 yang telah dijelaskan olehnya pada hari yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad bersambung pada 10 November depan.

Khadijah Ibrahim Jual Perencah Masakan

Posted: 07 Oct 2011 12:45 AM PDT

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim meluaskan cabang perniagaan apabila mengeluarkan produk perencah berasaskan makanan Melayu selepas menerima respon positif daripada pelanggan mengenai masakan yang disediakan restorannya, Khadijah's Kitchen.

Khadijah atau lebih selesa dipanggil Khaty berkata, idea membuat serbuk perencah mula timbul apabila pelanggan-pelanggannya sering bertanyakan resipi masakan yang dinikmati menjamu selera di restorannya.






"Pelanggan selalu bertanyakan resipi masakan di restoran saya. Sebab itu saya mengambil inisiatif untuk mengeluarkan produk serbuk perencah.

"Antara serbuk perencah yang dijual ialah rendang tok, sambal ikan bilis, laksa Johor dan pajeri nenas. Harganya pula tidaklah mahal, ia mampu dibeli oleh semua orang. Hanya RM6 sebungkus," katanya.

Tambah Khaty, dia juga turut membuat bungkusan khas sebagai tanda kenangan untuk disimpan selepas menggunakan serbuk tersebut.

Sementara itu, Khaty juga kini membantu golongan muda yang meminati bidang masakan untuk menyambung pengajian di kolej swasta, Kolej Olympia.

"Memandangkan saya merupakan duta kepada kolej berkenaan, saya ingin membantu anak-anak muda kita yang meminati bidang masakan. Mereka akan diberi peluang belajar dan kemudiannya akan membuat latihan industri di restoran saya.

"Sekarang ini sudah lebih daripada 300 pelajar yang mengikuti program ini. Alhamdulillah, saya sudah mempunyai beberapa pelajar yang berjaya," ujarnya.

Bercerita mengenai karier nyanyiannya pula, Khaty sedang membuat perancangan untuk mengadakan sebuah konsert berskala besar pada tahun depan.

"Saya akan selesaikan dahulu promosi pelancaran serbuk perencah saya di Malaysia dan Singapura dahulu, baru boleh fokus kepada acara konsert pula," katanya yang bakal muncul dengan "single" lagu baru yang berjudul Kurnia Baiduri.