Harian Metro: Rap |
Posted: 14 Oct 2011 06:27 AM PDT SEDEKAD lamanya membina nama, Jung Ji-hoon atau lebih dikenali sebagai Rain, akhirnya dikenali berjaya sebagai bintang pop terkenal Korea Selatan. Bukan saja di tanah air tercinta, fenomena dicetuskan Rain turut tersebar di seluruh dunia termasuk menjadi perhatian peminat di Malaysia. Bersandarkan wajah kacak dan bakat dimiliki, Rain digilai ramai. Namun, tuntutan negara tetap disanjung tinggi hingga akhirnya pada usia 29 tahun, pemuda kelahiran Seoul, Korea pada 25 Jun 1982 ini membuat keputusan meninggalkan seketika karier seni untuk menyertai latihan ketenteraan. Di Korea, golongan lelaki yang sihat tubuh badan berusia 20 hingga 35 tahun wajib untuk mengikuti latihan ketenteraan selama dua hingga tiga tahun. Ia perjuangan untuk negara demi memperingati peperangan Korea yang tercetus pada era 50-an lalu. Apapun, bagi menjalani latihannya Rain mendaftarkan diri di kem latihan di Uijeongbu 306 Reserve Troop Station di Wilayah Gyeongido di Selatan Korea.
Rain yang bermula dalam karier nyanyian, akhirnya mengorak langkah sebagai pelakon. Justeru, pada ucapan ringkasnya dia cukup terharu dengan perhatian peminat yang tak jemu memberi sokongan sepanjang perjalanan karier seninya. "Terima kasih diucapkan kepada anda semua di atas sokongan diberikan sepanjang tempoh 10 tahun saya terbabit dalam karier seni. Saya turut meminta maaf kepada anda di atas keputusan ini. Namun, apa yang saya lakukan ini adalah satu kewajipan. "Sebenarnya, saya menyangkakan berlaku kekecohan pada pendaftaran ini gara-gara tindakan membuat keputusan untuk menyertai latihan ketenteraan. Sebagai tanda penghargaan di hadapan kira-kira 1,200 peminat bukan saja dari sekitar Korea yang datang ke kem latihan itu malah dari Jepun, Hong Kong Taiwan dan China. Sebagai tanda hormat, Rain menanggalkan topinya dan mendedahkan rambut yang sudah dipotong pendek bersesuaian dengan imej seorang tentera dan sedia untuk berjuang. Bukan saja peminat, sesi pendaftaran Rain turut mendapat liputan langsung dari lokasi yang dibuat stesen televisyen seperti TVN dan Mnet. Populariti dirinya yang hebat menjadikan Rain, selebriti tunggal Korea yang mendapat siaran langsung pada hari pendaftaran. Sebelum mendaftar ke kem itu, Rain sempat meninggalkan hadiah istimewa buat peminat apabila mengadakan konsert Last For The Best di Gymnastics Stadium di Olympic Park, Seoul pada Ahad. Ia dihadiri kira-kira 20,000 peminatnya untuk menyaksikan aksi terakhirnya. Dalam laman Twitternya, Rain mengumumkan konsert itu akan disiarkan menerusi stesen TV Mnet ketika dia menjalani latihan ketenteraan. Rain juga mengambil peluang untuk menziarah pusara ibunya. Cukup popular dan dikenali ramai, Rain semakin menjadi perhatian peminat sejurus muncul dalam drama Sang Doo! Let's Go To School pada 2003, diikuti Full House (2004). Malah, menerusi drama pertama saja dia menang anugerah Pelakon Baru Terbaik. Turut berjaya mencipta nama di Hollywood menerusi filem Speed Racer pada Sama ada nyanyian dan lakonan, Rain kini di prestij yang tersendiri. Oleh itu, sudah pasti keputusannya untuk berehat seketika dalam karier seni sukar diterima peminat. Malah, ada yang meramalkan keputusan Rain itu akan menggugat populariti dirinya. Sehingga kini, Rain sudah muncul dengan tujuh album dengan perjalanan karier nyanyian cemerlang. Malah, nama Rain juga pernah tersenarai dalam kelompok 100 individu 'Paling Berpengaruh Di Dunia' oleh majalah Time di Amerika Syarikat Seorang peminat Rain dari Sogang University, Kim Hee-ra, 21, berkata, dia sangat sedih dengan keputusan yang dibuat oleh bintang pujaannya itu. "Tak dinafikan keputusan Rain menyertai latihan ketenteraan ini akan membawa risiko pada populariti dan karier seninya yang kini di puncak kegemilangan. Bagi Lee Jin-young, 22, pula, dia menyifatkan Rain mungkin tidak lagi popular seperti dulu kerana tidak mendapat publisiti dan laporan media selama dua tahun. Katanya, sepatutnya Rain menyudahkan latihan ketenteraan itu ketika usianya Sementara itu, aktor popular Korea, Song Seung-heon yang pernah mengikuti latihan ketenteraan terbabit pada 2004 memaklumkan dia juga pernah menyangka bakal mengalami kejatuhan popularitinya. Namun, ujarnya sangkaan itu meleset kerana dia lebih berjaya sekarang. PROFIL: NAMA PENUH: Jung Ji-Hoon ALBUM: Bad Guy, How to Avoid The Sun, It's Raining, Rain's World, Rainism, Back to Basic LAGU POPULAR: Bad Guy, Handshake, Ways to Avoid the Sun, Love Story, Hip Song |
Posted: 14 Oct 2011 06:15 AM PDT RADIO Televisyen Malaysia (RTM) yang sinonim dengan pelbagai pertandingan nyanyian dan bakat baru dalam dunia seni menganjurkan Pertandingan Cipta Lagu Malaysia Ambank. Pertandingan yang mendapat kerjasama institusi kewangan, Ambank selaku penaja utama selain pembabitan Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (Kopstar) dan Erama TV bermatlamat memberi galakan kepada penghasilan lagu berkualiti.
Pengarah Program TV, Suhaimi Jamalim berkata, pertandingan itu bagi mencungkil bakat baru selain menghasilkan bahan kreatif yang berkualiti dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. "Tidak mustahil jika karyawan seni tempatan mampu menghasilkan lagu yang boleh mencetus fenomena di kalangan masyarakat dunia.
"Lihat saja lagu daripada benua Amerika atau Afrika yang menjadi ikutan kepada semua masyarakat dunia. "Lagu berentak sedemikian dimanfaatkan segelintir pihak dengan mengubah lirik lagunya dan dikomersialkan," katanya ketika ditemui di majlis sidang media Pertandingan Cipta Lagu Malaysia Ambank, baru-baru ini. Tambahnya, pertandingan bertema Muzik Bahasa Dunia itu bermula sejak Jun lalu dan berjaya menarik penyertaan lebih 3,000 peserta yang menyertai beberapa sesi uji bakat yang dijalankan di seluruh negeri. Selepas proses saringan, hanya 20 peserta dikenal pasti bakal bersaing di peringkat separuh akhir yang akan dijalankan secara langsung pada November ini untuk memilih lapan finalis yang bakal bersaing pada Disember nanti. Juara bakal membawa pulang RM40,000 serta trofi dan sijil; naib juara (RM25,000, trofi dan sijil), ketiga (RM15,000, trofi dan sijil) serta lima peserta yang layak ke final menerima saguhati RM4,000 setiap seorang. Sementara itu, wakil juri merangkap Pemimpin Orkestra RTM, Mohd Asnawi Mutaal memaklumkan setiap peserta akan dinilai oleh mereka yang layak dan mahir dalam bidang pencipta lagu berdasarkan melodi, susunan lagu dan lirik. "Sejak peringkat awal lagi, kami sentiasa memastikan penjurian dilakukan oleh mereka yang benar-benar layak. Malah, kami juga berbincang bersama Kopstar selaku rakan penjurian untuk proses pemilihan peserta. "Soal pemilihan rentak lagu pula setiap peserta diberi kebebasan. Malah, penilaian dari awal juga bersandar kepada tiga perkara utama iaitu melodi, susunan lagu dan lirik," katanya. Hadir sama pada majlis itu, Ketua Hal Ehwal Awam Kumpulan Ambank, Syed Anuar Syed Ali; Pengerusi MACP & Kopstar, Habsah Hassan dan Ketua Pegawai Operasi Erama TV, Shukor Ahmad. Mereka yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan lagu yang bertanding daripada Lufya yang menyampaikan lagu ciptaannya, Kawan Ku, Nabil Zamanhuri (Satu Malaysia Satu Jiwa), Boboi (Segala Hanya), Toi (Lali Lala) dan lagu Tamil, Lets Our Hands Merged ciptaan D Vijayanathan. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |