Adsense

Selasa, 25 Oktober 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Sensasi internet

Posted: 24 Oct 2011 04:23 PM PDT

Hip

Cinta Muka Buku Najwa catat lebih 3 juta tontonan

SUATU ketika dulu penyanyi diuji bakat untuk muncul sebagai artis rakaman, ataupun dikesan bakatnya menerusi pertandingan nyanyian. Kemudian keadaan itu sedikit berubah apabila rancangan realiti mula menjadi fenomena dalam industri hiburan. Maka lebih ramai penyanyi muncul dalam industri seni tanah air.

Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.

Sehingga kini, lebih 3 juta pelayar sudah menonton nyanyiannya. Lagu Cinta Muka buku benar-benar menjadi kegilaan ramai, terutama remaja

Nama Penuh: Imratul Najwa Abdul Latif
Tarikh Lahir: 23 Mei 1995
Umur: 16 tahun
Keluarga: Anak bongsu daripada dua beradik
Asal: atu Pahat, Johor
Kerjaya: Pelajar, Penyanyi
Single: Cinta Muka Buku Blog: www.najwalatifs.blogspot.com
Facebook Fanpages: najwalatif
Full content generated by Get Full RSS.

Kena cekap tambat hati pelabur

Posted: 24 Oct 2011 03:50 PM PDT

Hip

Industri kreatif semakin mendapat perhatian generasi muda

KECENDERUNGAN generasi muda memilih bidang industri kreatif terutama penerbitan filem dan drama boleh dikatakan semakin terbuka.

Industri kreatif bukan saja dilihat sebagai medium hiburan semata-mata, malah bidang itu kini ialah mampu menyumbang pulangan besar bagi menjana pendapatan peribadi mahupun membantu sektor ekonomi negara. Buktinya, hari ini semakin banyak Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) di negara ini sudah membuka peluang kepada generasi baru untuk mendalami bidang kreatif dengan menyediakan kursus berkaitan.

Jika kita perhatikan, penggiat industri perfileman sudah boleh tersenyum dengan tranformasi pemikiran masyarakat yang lebih positif terhadap bidang itu. Atas kepercayaan itulah, penerbit filem hari ini dengan mudah meraih keuntungan untuk sesebuah filem paling.

Jika dulu, kita tertanya-tanya mampukah kita mencapai sasaran sejuta penonton untuk sebuah tayangan filem cereka tempatan. Hari ini segala-galanya sudah dibuktikan, malah menerusi tayangan filem KL Gangster, siapa sangka ia berjaya meraih jumlah kutipan tiket terbesar di dalam sejarah industri perfileman negara, iaitu kira-kira RM12 juta.

Baru-baru ini Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia (SEMESTA) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) menganjurkan Forum Karyawan Filem Muda. Menariknya ia dihadiri lebih 1,000 peserta yang terdiri daripada pelajar jurusan filem dari 23 IPTA dan IPTS seluruh negara. Forum terbabit diadakan Kompleks Studio Merdeka FINAS.
Sambutan sebegini jarang berlaku membabitkan industri perfileman, namun atas kesedaran dan semangat untuk maju, peserta hadir dari seluruh pelusuk negara.

Forum yang dianjurkan menjadi peluang keemasan buat peserta yang juga pelapis di dalam industri sebagai langkah awal untuk bergelar produser, pengarah atau pemain industri. Biarpun peserta ialah pelajar jurusan perfileman, namun rata-ratanya pernah menghasilkan paling tidak pun filem pendek sebagai praktikal atau tugasan ketika belajar.

Justeru, barisan panel diundang lebih kepada memberikan penerangan kepada peserta, bersesuaian dengan peringkat pembelajaran sebelum bergelar pemain industri. Sebelum menerbitkan sesuatu produk, mana-mana pemain industri paling mustahak harus mempunyai kewangan yang mencukupi memandangkan kos untuk menerbitkan suatu produk filem atau drama semakin tinggi.

Di sinilah peranannya Bank Simpanan Nasional (BSN) yang turut diundang pada forum berkenaan. Wakil bank terbabit, Abdullah Azizi Buyong, memperjelaskan manfaat yang diberikan kerajaan menerusi Dana Industri Kreatif berjumlah RM200 juta yang boleh dipohon peserta.

Lebih terperinci apabila penganjur turut mengundang penerbit dan pengarah, Datuk Paduka Shuhaimi Baba yang berkongsi pengalamannya menerusi kaca mata persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM).

Menurut Shuhaimi, dengan kata kunci 'penambat', pelapis baru harus cekap menambat hati penerbit, pelabur, pelakon termasuk penonton berdasarkan produk terbitannya untuk terus kekal di dalam industri.

"Setiap apa yang kita rancang tidak semestinya sama dengan dihasilkan, ia perlu diingat oleh semua pelapis baru bahawa pelan B, C atau D harus ada. Ia bagi mengawal pengeluaran kos dan apa saja di luar jangkaan," katanya.

Selain penerbitan filem, peserta turut didedahkan dengan penerbitan televisyen yang juga menjadi produk terlaris di pasaran. Pembentangan daripada Penolong Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Saniboey Mohd Ismail, berdasarkan tuntutan pihak televisyen terhadap produk yang popular di kalangan penonton.

Katanya, kesederhanaan di dalam meyakinkan pihak televisyen produk bukanlah ukurannya, namun keunikan idea yang diterjemahkan melalui produk penerbitan perkara yang diutamakan.

Tiada topik khusus

PEMBENTANGAN sesi pertama yang menjurus kepada pengetahuan asas seseorang sebelum bergelar pemain industri turut disertai Ketua Pengarah FINAS, Mohd Naguib Razak sebagai panel. Sekadar berkongsi pengalaman, Naguib turut mengalu-alukan kehadiran pelapis baru di dalam industri.

Selain sesi forum, penganjuran juga diisi dengan sesi dialog di mana panel seperti pengarah prolifik, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Diana Danielle, wakil RTM, Suhaimi Jamalin dan pengarah fotografi Norhanisham Mohammad dapat berinteraksi lebih mesra bersama peserta.

Tiada topik khusus yang diberikan kepada panel, namun kesempatan peserta bertanyakan apa saya kemusykilan kepada panel berpengalaman ada kalanya menghangatkan suasana. Terutamanya Idham yang diajukan persoalan berkaitan filem Hantu Bonceng yang disifatkan filem bodoh.

Tanpa melatah, Idham menegaskan bukan mudah untuk menghasilkan filem mengikut tuntutan penonton, namun tanpa sokongan penonton filem itu tidak akan berjaya mencecah lebih RM8 juta.

Katanya lagi, penonton juga dianggap sebagai sebahagian daripada produksi kerana tanpa adanya penonton, penerbit tidak akan mampu lagi menghasilkan filem. Ia ibarat sebagai pusingan roda di mana duit pembelian tiket itu juga akan dipusing untuk dijadikan modal pusingan penerbitan filem lain.

Full content generated by Get Full RSS.