Adsense

Isnin, 22 Ogos 2011

Zon Artis

Zon Artis


Nabila Huda Mohon Cerai Selepas 3 Tahun Berkahwin

Posted: 22 Aug 2011 11:28 PM PDT

NABILA HUDA BERCERAI

Agak mengejutkan kami bila mendapat tahu yang anak kepada penyanyi rock, Amy Search iaitu Nabila Huda ingin bercerai dengan suaminya, Zaidy Zailani. Bukan apa, selami ni kami tengok Nabila dan suaminya begitu bahagia. Tup-tup keluar berita yang Nabila mohon cerai. Itu yang mengejutkan kami.

Ikuti apa kata Nabila ketika dia ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur semalam.

"Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini.

"Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya,"

"Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati.

Kami tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku terhadap rumah tangga mereka. Tapi menurut Nabila, dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami sudah berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi. Bapak lama tu?

Psstt: Maksud Beatles dalam bahasa Melayu ialah…

Related Posts with Thumbnails

(Gambar) Marion Caunter Mengandung Lima Bulan, Tahniah!

Posted: 22 Aug 2011 10:47 PM PDT

GAMBAR MARION CAUNTER MENGANDUNG
Pic credit to Coko

Belum terlambat rasanya untuk kami mengucapkan tahniah kepada Marion Caunter dan suaminya, SM Nasarudin kerana perkahwinan yang dibina pada tanggal 15 Oktober tahun lalu akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata pertama tidak lama lagi. Ini kerana, Marion Caunter telah disahkan mengandung lima bulan. Tengok sajalah gambar kat atas tu, memang jelas kelihatan yang Marion Caunter sedang berbadan dua.

Tahniah sekali lagi dan semoga kesihatan Marion Caunter dan bayi dalam kandungan tu baik-baik saja. Kalau boleh, jangan buat kerja-kerja berat dan banyakkan berehat.

Psstt: Sape suruh degil, kan dah hancur tangan tu. Nasiblah..

Related Posts with Thumbnails