Adsense

Ahad, 14 Ogos 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Cinta kilat Faezah Elai

Posted:

Cinta kilat Faezah Elai

Cinta kilat Faezah Elai

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF


HANYA tinggal beberapa minggu sahaja lagi, Faezah Elai akan bergelar isteri.


BARANGKALI pelakon cantik ini boleh menarik nafas lega apabila kisah cintanya dengan pengarah drama, Heykal Hanafiah sudah diketahui umum.

Mungkin hubungan antara Faezah Elai dan Heykal bukanlah satu cerita baru kerana memandangkan sebelum ini, industri hiburan sudah pun digegarkan dengan kisah cinta mereka.

Lebih-lebih lagi apabila Faezah dipersalahkan kerana dikatakan menjadi orang ketiga runtuhnya istana cinta Heykal dengan isterinya.

Biarpun sebelum ini puas menafikan cerita tersebut sehingga mengheretnya ke kancah kontroversi, namun bagi Faezah, dia mempunyai justifikasi sendiri.

Selepas lama mengunci mulut dalam memberikan pengesahan berhubung kisah tersebut, akhirnya dengan penuh terbuka Faezah mengumumkan dia akan menamatkan zaman bujangnya dengan Heykal.

Mungkin akan ada tanggapan serong dan memandang Faezah dengan penuh sinis gara-gara menjalinkan hubungan dengan seorang duda.

Namun, dia lebih selesa untuk berfikiran positif dan tidak akan melayan sebarang cerita remeh yang cuba hendak memperlekehkan dirinya.

"Kalau ada orang yang masih mahu melabelkan saya dengan pelbagai panggilan negatif hanya kerana saya akan berkahwin dengan duda, saya tidak boleh kata apa.

"Masing-masing ada hak untuk berkata apa sahaja. Tetapi hakikatnya, semua yang telah berlaku, hanya saya dan Allah sahaja yang tahu. Saya tidak boleh menutup mulut semua orang.

"Apa yang pasti, saya bukan perampas suami orang," kata Faezah dalam nada sedikit tegas namun penuh diplomasi sewaktu ditemui usai majlis pelancaran filem Tanda Putera di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini.

Jika tiada aral melintang, majlis pernikahan mereka akan berlangsung pada 9 September ini di Pulau Pinang manakala resepsi pula pada 3 Disember.

Mengulas lanjut tentang kisah cintanya dengan Heykal, Faezah atau nama sebenarnya Noorfaezah Md. Elai memberitahu, bukan dia tidak mahu berkongsi cerita dengan pihak media sebelum ini.

Tetapi, katanya, dia perlu menjaga hati banyak pihak dan menghormati permintaan bakal ibu mertuanya sebelum benar-benar bersedia untuk mengumumkan perkahwinannya.

"Apabila semua perancangan sudah berjalan lancar dan kad perkahwinan kami sudah siap dicetak, barulah ibu Heykal memberi lampu hijau untuk menghebahkan kepada umum.

"Lagipun, selepas apa yang berlaku, adalah lebih baik untuk kami mendiamkan diri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengumuman.

"Ibunya juga ada berkata biarlah saya seorang sahaja yang mengecapi dunia glamor dan biarkan selebihnya berada di kedudukan yang sepatutnya," ujarnya panjang lebar.

Dalam bicaranya pada rembang senja yang cukup dingin itu, dia membuka segala yang terbuku di relung hatinya apabila memperkatakan tentang hubungannya dengan Heykal yang berusia 38 tahun itu.

Dia cukup sedar akan pandangan masyarakat terhadap dirinya yang dikatakan tergamak melukai perasaan kaum sejenisnya sehingga meruntuhkan mahligai cinta demi mengejar cinta seorang lelaki bergelar suami.

Namun bagi aktres yang mula dikenali menerusi filem Otai ini lagi, dia langsung tidak gentar dengan kata-kata nista masyarakat yang dilemparkan kepadanya.

Malah, dengan penuh tegas Faezah menjelaskan, dia hanya mula rapat dengan Heykal selepas lelaki itu bercerai dan bukannya sewaktu dia masih lagi suami orang ketika penggambaran drama bersiri Asmara seperti mana yang heboh diperkatakan.

"Sekali lagi saya ingin katakan, masalah rumah tangga Heykal bukanlah berpunca daripada saya dan perkara yang banyak diperkatakan tentang saya itu juga sebenarnya tidak pernah berlaku.

"Saya sendiri tidak faham mengapa saya yang dijadikan sasaran oleh pihak tertentu sehingga saya dikatakan sebagai perampas walhal ia tidak benar sama sekali.

"Selepas kontroversi itu timbul, saya sendiri mengajak Heykal untuk berjumpa dengan ditemani ibu bapa saya bagi menyelesaikan segala kemelut yang berlaku.

"Mungkin juga ada hikmah di sebalik apa yang berlaku sehingga menyebabkan kami menjadi semakin rapat. Kami berbicara tentang banyak perkara dan daripada situ, saya mula mengenali hati budinya. Malah, bibit cinta antara kami juga mula terbit ketika itu," jelas wanita berusia 29 tahun ini yang memberitahu dia tidak mahu lagi menoleh ke belakang dan mengenang segala kisah pahit yang berlaku.

Tambah Faezah yang juga pernah membintangi filem Cun! dan Senjakala ini lagi, hubungannya dengan Heykal sememangnya terjalin dalam masa yang cukup singkat apabila mula rapat sejak bulan Mac lalu.

Barangkali juga dengan pengumuman yang dilakukan oleh Faezah itu membuatkan ramai jejaka bujang di luar sana terpaksa putih mata untuk mendapatkan cinta sejati daripada wanita yang cukup ramah ini.

Faezah turut ditanya tentang keistimewaan Heykal sehingga berjaya membuka hatinya untuk menerima lamaran lelaki yang turut berasal dari Pulau Pinang itu.

"He's more than a man (Dia lebih daripada seorang lelaki). Itu sahaja yang mampu saya katakan tentang Heykal," katanya sambil mengukir senyum yang menyerlahkan lagi kejelitaannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Album Siapa Peduli? untuk Palestin

Posted:

Album Siapa Peduli? untuk Palestin

Album Siapa Peduli? untuk Palestin

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar FAUZI BAHARUDIN


Mohd. Azmi Abdul Hamid (lima dari kanan) bersama barisan artis yang menjayakan album Siapa Peduli? pada majlis pelancaran album itu di Ampang, baru-baru ini.


SEMUA hasil jualan album Siapa Peduli? akan disalurkan kepada tabung Gaza - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Dana album nyanyian Jay Jay,Mawi, Hafiz, Alyah, Mila, Liza Hanim, Syafinaz, Azhan dan kumpulan Putera itu akan digunakan untuk pembinaan Hospital Kanak-Kanak di Gaza kerana separuh daripada populasi Gaza adalah kanak-kanak.

Album terbitan MAPIM yang memuatkan 10 buah lagu termasuk sebuah puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said mengandungi lagu-lagu khusus mengenai Palestin dalam pelbagai sejarah penting perjuangan Palestin.

Setiausaha Agung MAPIM, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, penerbitan album itu sebagai satu usaha untuk mendidik dan mengembangkan kesedaran secara meluas kepada masyarakat tempatan dan dunia mengenai perjuangan membebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

"Lagu-lagu dan lirik digubah khas berkaitan peristiwa penting Palestin yang berlaku seperti Nakbah, Deir Yasin, Sabra Satila, Al-Aqsa dan serangan ke atas Gaza.

"MAPIM harap segala usaha yang dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam album ini mendapat sokongan masyrakat dengan membeli album ini sambil menderma," katanya pada majlis pelancaran album Siapa Peduli yang diadakan di Hotel De Palma, Ampang baru-baru ini.

Album yang diterbitkan oleh Zaira Aziz telah berada di pasaran sejak awal bulan ini.

Antara lagu yang dimuat dalam album adalah Siapa Peduli? (ramai), Mimpi Gaza (Mawi), Deir Yassin Bercerita Pedih (Alya), Illusi dan Fantasi (Hafiz), Di Malam Itu...Sabra Shatila (Jay Jay), Apa Lagi Yang Tinggal (Mila & Putera), Masjid Al Aqsa (Liza Hanim) dan Nakbah Tidak Akan Berulang Lagi (Azhan).

Sementara itu, Syafinaz Selamat berkata, dia bersetuju untuk menyumbangkan suaranya dalam album ini apabila dipelawa oleh Zaira.

"Saya memang kenal Zaira sebab itu apabila dia undang saya merakamkan lagu untuk album ini saya terima.

" Sepatutnya saya merakamkan sebuah lagu solo tetapi disebabkan jadual kerja yang ketat, saya cuma merakamkan lagu Siapa Peduli? beramai-ramai sahaja," katanya.

Bagi Mila, biarpun pertama kali terlibat dalam album kebajikan namun dia cukup berbangga.

Katanya, inilah ruang untuknya menghulurkan bantuan dengan cara yang tersendiri dan merasai penderitaan penduduk Palestin.

"Masa rakaman Mila tidak sedih sangat tapi apabila menonton tayangan video tentang penderitaan orang Palestin, hati jadi sebak.

"Kita patut bersyukur kerana negara kita aman, berbanding mereka yang sejak kecil sudah terdedah dengan peperangan," katanya.

Dalam pada itu, Liza Hanim yang sudah lama tidak menghasilkan album tampil menerima pelawaan untuk rakaman album ini.

Katanya, apa yang dilakukan oleh MAPIM patut dicontohi oleh pihak lain dan sebagai insan yang prihatin, dia juga mahu membantu.

"Jika sumbangan kecil saya dapat membantu insan lain, kenapa perlu saya menolak. Kalau ada projek kebajikan begini, saya sedia membantu kerana ini salah satu cara untuk golongan artis melaksanakan tanggungjawab sosial.

"Saya harap orang ramai turut memberi sokongan pada projek ini kerana apa yang dihulur akan digunakan untuk pembinaan hospital di sana.

Sama-samalah kita membantu mereka yang selama ini hidup menderita. Sebagai rakyat Malaysia kita patut bersyukur kerana negara kita bebas daripada suasana begitu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.