Adsense

Rabu, 17 Ogos 2011

Sensasi

Sensasi


Jokes: Kisah Pak Pandir berjumpa Doktor

Posted: 17 Aug 2011 02:47 PM PDT


Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...

Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)

Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.

Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.

Pak Pandir : Terima kasih.

Seminggu kemudian…..

Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?

Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)

Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?

Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….

Doktor : Kenapa dengan sudu?

Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!

Doktor : ???????

Video Kisah Adik Tae Ho yang kudung kedua-dua belah tangan tetapi sangat ceria

Posted: 17 Aug 2011 02:51 PM PDT



Tae Ho sungguh positif dan ceria walaupun dirinya serba kekurangan .
Kedua kakinya berfungsi seperti tangan cuma memang lah tak sesempurna manusia yang mempunyai tangan.

Abang Tae Ho pun baik sgt sebab sgt sygkan adiknya yang kekurangan itu.Tae Ho suka melakukan sesuatu sendiri tanpa pertolongan org.Sensasi kagum betul dengan ketabahan dan sikap positif Tae Ho..

Gambar terbaru Nabil dan bakal Isteri Nazirah Ayub ,dan kisah Tema Perkahwinan Wonderland

Posted: 17 Aug 2011 02:24 PM PDT








"Saya tak sabar nak tunggu hari perkahwinan. Rasanya, sudah sampai masa untuk saya dirikan rumah tangga, lagi pun saya sudah berumur 28 tahun. Tambahan lagi, ada pihak seperti Festival Pengantin yang ingin merealisasikan impian saya. Memang bersyukur sangat," kata Nabil dalam nada gembira.
Perkenalan Nabil dengan Nazirah

"Pertama kali saya berjumpa dia sekitar 6 tahun lepas melalui kawan baik sendiri. Pendek kata, kawan baik saya tu merupakan abang ipar kepada Zira. Masa tu, dia baru habis SPM, manakala saya masih bekerja sebagai despatch. Ketika itu, dalam hati saya terdetik, "eh cantik gak budak ni". Masa tu, jumpa gitu-gitu je.

"Kemudian, kami kebetulan bertemu semula pada awal 2011 ketika menghadiri kenduri arwah. Kami bertegur sapa & borak-borak. Mungkin sudah jodoh, tau-tau nak kahwin dah," jelas Nabil ketawa menceritakan saat perkenalannya bersama gadis impian.

Kos Perkahwinan Nabil dianggarkan RM150,000. :O ok fine,dah boleh beli sebuah rumah kos sederhana atau sebijik keta import..hehe

"Saya suka dengan konsep Wonderland kerana suka tengok kartun. Pada saya, biarlah perkahwinan ini dibuat untuk orang yang datang rasa happy & ceria. Saya suka tengok suasana happy, tengok orang tersenyum & enjoy," kata Nabil mengenai perkahwinan impiannya.

"Jujur kata, saya tak ke arah perkahwinan mewah. Biarlah perkahwinan saya diadakan dalam keadaan serdahana, asalkan orang ramai dapat mendoakan keberkatan perkahwinan kami. Niat saya tak nak membazir, atau nak gah depan orang ramai dengan pakaian bernilai jutaan ringgit.

"Kalau boleh, biarlah para jemputan datang ke majlis saya kerana nak raikan perkahwinan kami. Bukannya nak tengok baju, nak tengok kasut. Perkahwinan kami dirancang mengikut kemampuan saya, andai kata ada yang terlebih, itu datangnya daripada pertolongan ramai pihak seperti Festival Pengantin. Saya percaya, perkahwinan yang berpanjangan datangnya daripada keberkatan doa orang ramai," jelas Nabil dengan nada rendah diri.

Jemput Irma Hasmie ke majlis?

"Saya memang akan menjemput dia. Lagi pun hubungannya bersama mak saya memang baik. Baru-baru ini pun, saya & dia berlakon untuk drama berjudul Kuih Goyang Syafiq. Apa yang terjadi antara saya & dia merupakan perkara lama. Kami memang sudah berbaik-baik. Jujur kata, hubungan kami dahulu banyak mengajar saya untuk lebih menghargai pasangan sendiri," kata Nabil

Gambar terbaru Norman Hakim berbuka bersama Abby dan Anak-anak di rumah Abby

Posted: 16 Aug 2011 07:51 AM PDT

Walaupun pasangan Norman dan Abby dah bercerai dan Norman bakal berkahwin tak lama lagi,namun bukanlah penghalang bagi Norman dan Abby berbuka bersama demi anak-anak mereka.

Anak-anak mereka nampak begitu happy dapat makan semeja berbuka di bulan yang mulia nie bersama ibu dan ayah mereka.Selepas berbuka,Norman solat berjemaah dengan makmum kecil iaitu anak-anaknyer,sejuk mata memandang.

Sensasi harap lepas Norman dah kahwin dan dapat anak baru janganlah diabaikan dan dilupakan anak yang lama..

Kira Abby dan Norman nie professional jugaklah,bila part anak masing-masing sanggup berbaik bersama untuk meraikan sesuatu.

Sebelum nie kalau birthday anak-anak pun mesti ada Norman dan Abby,gambar hantar anak hari pertama sekolah pun ada Norman dan Abby..Sekurang-kurangnya anak-anak taklah renggang sgt dengan ayah mereka walaupun dah tak tinggal sebumbung.




Erra bergambar dengan Motor barunya Harley Davidson

Posted: 16 Aug 2011 06:42 AM PDT

Erra sejak dulu memang meminati motor besar ,Sensasi tak tahulah kalau kot-kot nie semua pengaruh Awie yang merupakan bekas tunang Erra zaman dulu-dulu sebab Awie pun memang peminat dan pemilik motor besar.

Sebelum nie Erra memiliki motor besar Ducati.Terbaru Erra membeli sebuah lagi Harley Davidson VRSCDX Night Rod Special berkapasti 1250 cc. Lepas nie kalau nampak motor besar kat jalaj raya ushar2 la,kot-kot erra fazira tengah bersiar-siar dengan motor barunyer

Komik Kelakar: Pentingnya Bahasa Inggeris

Posted: 16 Aug 2011 06:35 AM PDT

Bahasa Inggeris / English Language nie penting,sebab ianya merupakan bahasa yang digunakan seluruh dunia.
Kalau tak kuasai bahasa Inggeris ,kita boleh jadi ketinggalan ,maklumlah byk maklumat,teknologi,komputer dan informasi yang penting wujud dlm bahasa Inggeris.

Sensasi rasa kerajaan kene buat penilaian bahasa Inggeris untuk budak sekolah rendah supaya menguasai "Grammar" dan "vocabulary'..kalau tak lepas stage 1,kene ulang sampai la dpt baru pergi ke stage seterusnya...
Darjah satu,belajar Vocabulary ,kenal perkataan-perkataan bahasa Inggeris..Sensasi dulu ada kamus bergambar yang sgt menarik masa kecik-kecik membuatkan sensasi slalu la nak belek buku tue sekaligus byk belajar perkataan baru..

lepaas dah belajar basic vocab,blajar noun, pastu countable and uncountable noun,pastu blaja verbs,adjective,pressent tense,past tense,continuos tense,gerund and etc2. sebenarnya tak susah pun grammar nie..cume kene kuasai yang asas dulu.

Kebanyakkan org Malaysia yang tak berjaya menguasai grammar mengalami kesukaran untuk "speak in english' sebab takut kedengaran broken english..Tapi tak kisahlah kalau broken pun sikit2 kita kene lah selalu practise...barulah fasih dan yakin..











Komik Sketsa Ramadhan

Posted: 15 Aug 2011 10:08 PM PDT


Hari nie dah hari ke-16 kita semua berpuasa..tak lama lagi dah nak raya.
Masa awal-awal Ramadhan memang semangat semua og nak wat terawikh setiap hari..bila dah sampai tengah2 nie dah ada yang penat.hee..

Patutnya dah nak akhir-akhir Ramadhan nie la kene rajinkan terawikh dan ibadat sebab nak dptkan pahala Lailatulqadar..InsyaAllah..

Bagi yang puasa penuh tak tinggal tanpa keuzuran memang rasa seronok sgt nak sambut raya.
Tp kalau ponteng puasa,mungkin rasa nak beraya tue dah tak umphh sgt..

Video Honeymoon Noh Hujan dan Mizz Nina

Posted: 14 Aug 2011 06:20 PM PDT






Nabil Raja Lawak bakal bernikah September ini dengan bekas Pramugari ,Nazirah Ayub

Posted: 14 Aug 2011 05:05 PM PDT

Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan.

Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi dan gosip cinta, artis komedi, Ahmad Nabil Ahmad, 28, membuat pengakuan mahu mengakhiri zaman bujang apabila memilih bekas pramugari syarikat penerbangan AirAsia Bhd, Nazirah Ayub, 23, yang dikenalinya sejak enam tahun lalu, sebagai suri hidupnya.
Pasangan yang mengaku mula bercinta sejak setahun lalu itu memilih 30 September ini sebagai hari bersejarah untuk disatukan sebagai suami isteri, diikuti majlis resepsi yang berlangsung di I-City Shah Alam pada 2 Oktober 2011.
Saya mengenai Zira sudah enam tahun, dia rapat dengan adik ipar saya. Tapi kami hanya kenal saja, tak rapat dan bercakap jauh sekali. Bagaimanapun, hubungan kami menjadi semakin akrab sejak awal tahun ini. Saya melihat kelebihan pada Zira yang tidak ditemui pada gadis lain. Saya suka sikapnya yang tidak suka menunjuk-nunjuk dan iklas. Keistimewaan Zira itulah membuatkan hati saya terbuka untuk melamarnya sebagai isteri.

Yusry dan Lisa Surihani bakal berkahwin tahun 2012

Posted: 14 Aug 2011 04:59 PM PDT

Pengarah KRU Studios, aktres popular belum pilih tarikh sesuai

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, sekali gus mengesahkan segala gosip sebelum ini dan jika tiada aral melintang akan ke jenjang pelamin tahun depan.
Yusry (kiri) dan Lisa Surihani

Memang bukan rahsia lagi hubungan cinta antara Pengarah ,Yusry Abd Halim, dan pelakon Lisa Surihani. Masng-masing mengaku bercinta.Norman pun mengakui hubungan cinta mereka. Dalam Rancangan Mari Menari ada satu episode, Yusry dtg sebagai penonton,Awal Ashaari mengusik Lisa dengan lagu-lagu KRU..hehe..Lisa tersipu-sipu jer..

Kalau tengok rupa derang dua nie memang ada iras kan..hehe..

Sensasi rasa kalau jadi lah mereka berdua kahwin tahun 2012,pasti jadi Wedding of the Year lah...dahla Lisa famous meletops,mesti banyak tajaan mencurah-curah.Yusry pula Pengarah yang jugak tak kurang meletup jugak...Dah jadi second Wedding of The Year utk Yusry , ye lah dulu dengan Erra Fazira pun cukup gah.

Apa pun semoga pasangan ini bahagia dan berjaya ke jinjang pelamin..Yusryy pernah ckp sebelum nie,kalau dia dah bercinta dia tak mahu tunggu lama-lama nak kahwin terus.

Jokes: 3 Fasa kehidupan yang tidak adil

Posted: 14 Aug 2011 05:03 PM PDT

Hidup nie susah nak dapat keadilan yang sebenarnye..
Keadilan yang hakiki cuma di "Sana" sahaja..

Dalam 3 fasa kehidupan nie ,sensasi pasti ramai yang lalui benda nie..bila kita ada masa,ada tenaga,fulus x cukup...
bila dah bekerja,masa plak jadi masalah besar...hari2 bekerja sajeee...

dah tua,tenaga takda,tulang dah reput,badan sakit dan tak kuat...aha..

Unless you're born as anak million/billionaire lah..hehe

Jadi kesimpulannyer.. work smart supaya dpt kumpul duwet, manage time supaya dapat masa berkualiti dan jaga kesehatan...

Kartun Santai:Ibu risaukan anak main dlm rumah je

Posted: 14 Aug 2011 05:03 PM PDT

Al-kisahnyer..mak dier dah cukup risau tengok anak dier asyek main video game je..nak la jugak anak dier pergi main kat luar,dengan kwn2...mcm kanak-kanak normal zaman dulu..

si anak pun xdala banyak songeh terus je ekot ckp mak dier,malas kene bebel lah kot..tp hampeh...walaupun main kat luar,tetap dgn Video game jugak..hehe..
bebudak zaman skrg..ish3

Mamat Sepah mahu Karam dilaut sekiranya Fida ada lelaki lain

Posted: 13 Aug 2011 09:32 AM PDT

Ye,skrg memang hot topic sal percintaan Mamat Sepah dan Fida...dengar pulak mamat sepah bercerita tentang hubungan mereka...serius sungguh sampai nak karam kat laut..pe kes?

Mamat:

"Ya, kami dalam tempoh mengenali satu sama lain. Bukan tidak mahu mengaku bercinta tapi lebih baik bersikap sederhana kerana risau sekiranya terjadi apa-apa memandangkan kami baru saja berkenalan. Saya percaya pada jodoh dan takdir, kalau ada jodoh, tidak akan ke mana," ujar Mamat menyentuh tentang status hubungannya bersama bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007.

Mamat tanpa berselindung turut berkongsi ciri-ciri pada Fida yang membuatkan dia terpaut sayang pada sepupu penyanyi No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

"Walaupun karekter Fida dan saya berbeza, tapi terus terang saya senang berkawan dengannya. Pada pendapat saya Fida seorang yang tenang, baik dan cantik. Saya serius berkawan dengannya malah, sejak mengenalinya saya mula berubah kepada seorang yang lebih penyabar.,"akui Mamat ketika yang ditemui di Rakaman Melodi raya 2011.

Mengimbau semula momen sebuah siri prank show, 'Bang Bang Boom" Julai lepas, di mana dalam rancangan tersebut Fida dikatakan bertunang dengan Azuan Azmi (pengacara Melodi). Mamat mengakui dia agak terkesima dan bengang sebaik mengetahui cerita tersebut pada mulanya.

"Seorang kawan menghubungi saya beritahu kisah sedih Fida yang dipaparkan dalam rancangan tersebut. Kawan saya kata, "Hati-hati dengan Fida, dia mungkin ada kekasih." Perasaan ketika itu memang tidak dapat hendak digambarkan. Bayangkan ketika itu saya tengah shooting aksi terjun laut. Terasa geram sebab tidak tahu hujung pangkal cerita kan."

"Walau hati tengah panas saya tetap terjun laut. Dalam laut itu saya fikir macam-macam siap berniat, "kalau betul Fida ada orang lain, biarlah aku karam di laut ni." Tapi syukurlah saya tidak karam sebab saya pandai berenang," kata Mamat dalam nada berseloroh.

Menyentuh tentang perancangan membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarganya di Kulai, Johor. Mamat menyatakan dia bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarganya bila tiba masanya kelak.

"Kami berdua masih belum berjumpa keluarga kedua-dua belah pihak. Tapi saya memang bercadang untuk membawa dia bertemu keluarga saya bahkan saya sendiri ingin berjumpa dengan ayah Fida, untuk berkenalan dan meminta izin berkawan dengan anak dara orang," jelas Mamat dengan girang.

Mamat sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan NurSyuhada atau Ada, vokalis kumpulan Rock Butterfly yang merupakan adik kepada Rody daripada kumpulan Kristal. Namun hubungan mereka putus di awal pembabitannya dalam program Maharaja Lawak. Manakala Fida sebelum ini turut pernah dikaitkan dengan beberapa orang artis lelaki termasuklah Zizan Raja Lawak.

Kad Jemputan Kahwin konsep Al-Quran pilihan Ashraf Muslim dan Dayana

Posted: 13 Aug 2011 08:22 AM PDT

Dah 4 bulan Ashraf Muslim bergelar tunangan kepada Dayana...
Tak lama lagi mereka bakal diijab kabul sebagai pasangan suami isteri.
memang unik dan cantik kad jemputan kahwin mereka nie,dengan tulisan jawi dan corak ala-ala Quran. Tapi ada translation (tulisan rumi0 dekat kad tersebut..

Mereka bakal berkahwin pada 24 september 2011 bersamaan 26 Syawal.
So far dah mcm2 kad unik-unik yang kita dah tengok..bolehlah bagi idea kepada mereka2 yang bujang kat luar sana untuk mereka kad kahwin yea..

yang dah berkahwin jangan nak mengada...eppp

Fida dan Mamat Sepah dah bercinta 6 bulan

Posted: 13 Aug 2011 09:33 AM PDT

Tak lama dulu,ada terdengar gossip-gossip kononnya mamat sepah nie bercinta dengan adik Rody Kristal yang seksi boleh tahan jugak orgnyer.Tak tahulah kesahihan cerita tue. Tapi kali nie sahihlah cerita Fida dan Mamat Sepah bercinta..

Fida nie comel dan sejuk mata memandang.Rupanya mereka nie dah bercinta 6 bulan...lama dah jugak...cuma baru-baru nie pasangan nie lebih terbuka berbicara soal hubungan mereka yang terjalin..


"Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia memberikan autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang Kl. Bagi saya itu sesuatu yang jarang berlaku", "ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut sayang pada jejaka bernama Mamat daripada Kumpulan Sepah.


Ketika diminta bercerita lebih lanjut perihal Mamat di matanya, Fida menjawab, "Mamat ni memang kelakar tapi dalam masa yang sama manja, sensitif dan tegas orangnya. Tapi kadang-kadang, Mamat ada mengeluarkan lawak-lawak berbaur kasar yang membuatkan saya terkejut dan susah untuk terima. Apa pun kami masing-masing cuba terima dan belajar kelemahan dan kekurangan masing-masing."

"Salah satu sebab lagi yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah sikap penyanyang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan Maharaja Lawak, Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ saya mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab." Jelas Fida sambil menguntum senyum.

Siti Sarah sudah hamil 6 bulan anak lelaki

Posted: 13 Aug 2011 06:47 AM PDT

Makin berseri seri wajah bakal ibu ,Siti Sarah Raisudin yang kelihatan bahagia disamping suami tercinta Shuib Sepah.

Semenjak sarah disahkan mengandung rezeki shuib pun makin melimpah.Sampai bergelar juara Maharajalawak.

Sarah kini dah mengandung 6 bulan dan agak2 bayi mereka bakal dilahirkan pada bulan 11 la lebih kurang..Lepas dah scan doktor mengesahkan ,bayi dalam kandungan adalah seorang anak lelaki...

Apalagi excited lah pasangan nie siap pilih nama anak siap-siap...Nama anak nie penting,maklumlah bila pilih nama anak ,mestilah nak yang mempunyai maksud yang baik dengan harapan anak tue membesar dan menjadi baik seperti nama yang telah dipilih..

Siti Sarah dan Shuib masing-masing ada pilihan nama anak lelaki mereka. Siti Sarah pilih nama Uwais Alqarni (nama seseorang lelaki di zaman rasulullah yang hebat, taat dan sangat menghormati ibunya sehinggakan segala doanya termakbul) dan Shuib pula mahukan nama Ahmad Didad (nama seorang pendebat islam yang sangat pintar dan hebat)

Gambar Kelakar: Kalau Haiwan boleh bercakap

Posted: 09 Aug 2011 11:44 PM PDT















Kisah Benar:Disebalik seorang Pengemis di Bazaar Ramadhan oleh Mazidul Akmal Sidek

Posted: 09 Aug 2011 11:09 PM PDT

Sensasi menerima email,kisah tentang seorang pengemis Kemboja dan pendapatannya selama seengah jam sahaja,kata Akmal Sidek.Jom layan...

Apapun bagi sensasi,kalau niat kita ikhlas menderma kerana nak membantu dan meringankan beban,kita tetap dapat pahala amal jariah,bekalan untuk akhirat.Kalau org yang menerima derma tue penipu,itu antara dia dan tuhan la..Apepun semua terpulang pada individu..

Bazar Ramadhan membuka peluang kepada penduduk tempatan mencari rezeki di bulan mubarak. Peniaga bertungkus-lumus menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Barangkali keuntungan harian diraih tidak mencecah ribuan ringgit tetapi mencukupi untuk menambah rezeki keluarga.
Hampir jam 6 petang, saya terlihat kelibat pengemis duduk tenang di tengah laluan bazar Ramadhan. Sewaktu saya menghampirinya dia berkata …
"Kemboja! Kemboja!"
Biarpun hanya menggunakan bahasa isyarat, dia mendakwa kakinya kudung akibat terkena jerangkap samar di negara asal.
Sewaktu saya mula merakamkan gambar, dia kelihatan kurang selesa. Apabila ditanya berhubung tempat tinggal dan usianya, dia gagal berkongsi informasi terbabit berikutan kekangan bahasa.
Beberapa minit kemudian, dia mula bergerak, rentetan gambarnya saya rekodkan berikutan desakan hati kecil.
Pasti ramai berasa simpati melihat pengemis terbabit ketika dia cuba menyeberangi longkang kecil. Papan gelungsur buatan tangan terpaksa diangkat terlebih dahulu sebelum dia mengesut perlahan.
Ketika itu saya yakin, dia tidak menyedari setiap pergerakannya saya rakamkan dari jarak jauh.
Sewaktu beredar dari bazar, dia sempat berhenti di hadapan deretan kedai untuk mengira hasil kutipannya sejak awal petang. Perlahan tetapi berhati-hati, dia kemudian bergerak ke arah belakang kedai.
Saya mengekorinya dari jauh sambil terus merakamkan gambar.
Islam pada dasarnya tidak menggalakkan penganutnya hidup secara meminta-minta. Bagaimanapun melihatkan kecacatan lelaki itu, ramai pengunjung bazar tanpa teragak-agak menghulurkan derma seikhlas hati kepadanya. Ramadhan, sesungguhnya bulan untuk kita bersedekah.
Ops! Terlebih dahulu, mari bersama kita perhatikan gambar di bawah secara teliti.
Menarik? Pelanduk dua serupa?
Tumpukan perhatian kepada lelaki berbaju belang kelihatan berjalan laju ketika gambarnya saya rakamkan.
Ya, kejadian pelik.

Perangai manusia kekadang lebih mengelirukan berbanding perlakuan entiti paranormal pernah saya rakamkan sebelum ini.

Saya difahamkan, dia datang mengemis di bazar terbabit menaiki teksi tetapi ketika gambar direkodkan, dia tidak menuju ke arah jalan utama atau perhentian kenderaan.
Sewaktu dia menghampiri van rosak diparkir, saya tercegat berdiri di hadapannya. Biarpun tersentak, dia tetap menguntumkan senyuman.
Papan gelungsur sebelum itu digunakannya dimasukkan ke dalam beg di capai dari bawah van.
Tadaaaaaaaaaa!
Dia kemudian saya 'jemput' untuk kembali semula ke bazar tetapi kali ini lengkap berkaki. Melihat senyumannya sambil berdiri seperti manusia lain, beberapa peniaga kelihatan terpaksa menahan perasaan geram mereka.
Jam 6.28 petang, tiba-tiba dia mengeluarkan telefon bimbitnya sekaligus menghubungi seseorang. Malangnya, bahasa komunikasi mereka tidak langsung saya fahami.
Saya kemudian meminta pengemis itu menunjukkan kepada orang ramai, wang hasil kutipan di antara jam 4 dan 5.30 petang. Tanpa membantah, dia mengeluarkan beg kain selempang dari dalam bajunya.
Dia memerhatikan 2 remaja terbabit mengira wang terbabit, hasil simpati pengunjung melihat kaki kudungnya.
"Enam puluh ringgit, kalau campur duit syiling lebih lagi," ujar remaja berbaju merah.

Itu jumlah 'gajinya', diraih kira-kira dalam tempoh 90 minit sahaja. Jumlah mungkin tidak mampu diraih peniaga tempatan dalam tempoh sama.

Melihat kopiah disumbatkan di poket lelaki itu, saya kemudian membacakan keretan terawal Al-Fatihah dan menyuruh dia menyambungnya. Namun dia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap bacaan Ummul Kitab itu.
Terlintas di fikiran saya, adakah dia beragama Islam?
Mendengar saya membacakan Al-Fatihah, kenalan saya berkebetulan berdiri di kawasan berhampiran tersenyum lebar sambil merakamkan gambar saya dan pengemis terbabit.
Dia kemudian dinasihatkan agar tidak lagi mengulangi perbuatannya, memperdaya orang ramai.
Pengemis itu kemudian dibenarkan beredar.
Kali ini dia berjalan pantas menuju perhentian bas di kawasan berhampiran. Saya terus mengekorinya sambil merakamkan gambar.
Sebaik teksi ditahannya berhenti, dia terus melambaikan tangan kepada saya. Barangkali dia berasa lega terlepas begitu sahaja.
Melihat senyuman bak mengejek lelaki itu, hati tiba-tiba berasa geram, kesabaran saya tercabar. Lalu tanpa henti saya merakamkan gambar warga Kemboja itu.
Saya percaya tindakan itu sekaligus membuatkan pemandu teksi dinaikinya tidak berasa selesa.

"Saya pun tahu dia nak pergi kemana. Dia kata sepuluh, sepuluh," kata pemandu.

Akhirnya, kami difahamkan, pengemis itu menetap di Damansara Damai.

"Saya tak nak bawa dialah," ujar pemandu.

Lantas lelaki itu diarahkan keluar dari teksi.

Sebaik teksi beredar, saya mendekatinya buat kali terakhir. Dia masih tersenyum. Beberapa saat kemudian warna pipi kiri kelihatan berubah merah.
Barangkali akibat dia berasa malu atau kerana terkena tiupan kencang 'bayu senja' bulan Ramadhan.

Untuk rekod, suatu ketika dahulu, warga Kemboja berhijrah ke Malaysia akibat bahana menimpa negara mereka. Sebilangan warga sama, kini kaya raya, hidup aman dan tenteram berkongsi negara ini bersama kita.

Kita akur, majoriti rakyat Malaysia pemurah tetapi usah sampai kita diperkotak-katik dan diperbodohkan di hadapan mata.

Bertindaklah apabila difikirkan wajar, bukan sepi membisu seribu bahasa.

Itu pesan saya.


Justin Bieber dan Selena Gomez kembali bersama selepas putus cinta

Posted: 09 Aug 2011 12:07 AM PDT

Beberapa hri lepas,Sensasi ada terdengar kecoh yang Justin Bieber dan Selena Gomez berpisah.

Semuanya gara-gara Selena memberitahu Bieber yang dier tidak senang Bieber berkawan dengan kawan-kawan Hip hopnya Sean Kingsto,Chris Brown , dan Lil' Wayne ,kerana mempengaruhi kehidupan JB kearah negatif yang merosakkan.

Kedua mereka bertekak dan tak mahu kalah,akhirnya Selena memutuskan hubungan mereka,dan Justin Bieber menangis teresak-esak . aww,sweet nyer Jb menangis sebab sedih ditinggalkan Selena..

Tapi perpisahan mereka tak lama,sebab lepas tue derang berdua kembali bersama setelah berbincang dan sesi pujuk memujuk berlaku.


Justin memberi kucupan tahniah untuk kekasih hatinya kerana memenangi anugerah di Teen Choice Awards 2011.

Mereka juga kelihatan mesra dan berpelukan di back stage selepas Selena membuat persembahan


Fesyen Red Carpet Hollywood: Teen Choice Awards 2011

Posted: 08 Aug 2011 11:30 PM PDT


Taylor Swift
Tampil dengan gaun pendek rona putih inspirasi daripada lagenda filem ikonik juga simbol seks, Marilyn Monroe

Selena Gomez

Demi Lovato

Justin Bieber -Tak pasti samada 'bow tie' yang dipakai JB tu senget atau sekadar 'fashion statement'

Zooey Deschanel

Black Eyes Peas
Fergie, Apl.de.ap & Taboo
Blake Lively
Girlfriend Leonardo DiCaprio (katanyeee...) tampil dengan busana ringkas rona jingga yang kurang menyerlah kejelitaannya.

Cameron Diaz
'Bad Teacher' ni membuktikan yang 'fashion sense'-nya tidaklah seteruk mana. Ada kelassss!

Avril Lavigne

Ashley Greene

AnnaSophia Robb

Chris Hemsworth
Tanpa tukul sakti, abang 'Thor' ni masih tampak kacak menawan

Elizabeth Banks

Mark Wahlberg
'Marky Mark' hadir berdua bersama anak perempuannya.

Tyra Banks

Rachel Bilson

Nina Dobrev
Aktres siri drama "The Vampire Diaries"hadir dengan gaun kotak-kotak motif klasik.

Rupert Grin

Kat Graham

Taylor Lautner
Christopher Mintz-Plasse
The Kardashian


Wanita terkaya spain 85tahun,bakal berikan semua hartanya untuk berkahwin dengan lelaki yang muda 24 tahun darinya

Posted: 08 Aug 2011 11:18 PM PDT







Maria del Rosario Cayetana Alfonsa Victoria Eugenia Francisca Fitz-James Stuart y de Silva (ya ,nama dia memang panjang giler) adalah perempuan terkaya di Spanish. Nilai kekayaan nya dianggarkan sekitar $850 million- $5 billion...Tapi sekarang tak lagi kerana Duchess of Alba yang berumur 85 tahun nie,bakal menyerahkan kesemua hartanya supaya dia boleh berkahwin dengan lelaki pilihannya yang muda 24 tahun drpdnya..

6 Org anak Duchess ini,meragui cinta Alfonso Diez dan tidak membernarkan ibu mereka mengahwini lelaki itu yang dulu bekerja sebagai penjawat awam.

Untuk membuktikan yang Alfonso benar-benar mencintainya,Duchess tersebut akan menyerahkan kesemua hartanya kepada 6 org anak. Katanya "Alfonso tak nak apa-apa pun,Dia cuma mahukan saya".







Gambar Duchess semasa muda..

Cerita Lawak :Kisah insaf seorang Rizal

Posted: 06 Aug 2011 09:07 AM PDT

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

Lawak Santai:Jangan tiru dirumah

Posted: 06 Aug 2011 08:55 AM PDT

Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku."

Hadirin terkejut dan terpaku...

Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur,

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rwatan akibat siraman air panas...

Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste.

Kisah Cinta Ali an Fatimah Az-Zahra

Posted: 06 Aug 2011 07:51 AM PDT

Ada rahsia terdalam di hati 'Ali yang tak dikisahkannya pada siapapun. Fathimah. Karib kecilnya, puteri tersayang dari Sang Nabi yang adalah sepupunya itu, sungguh memesonanya.
Kesantunannya, ibadahnya, kecekapan kerjanya, parasnya. Lihatlah gadis itu pada suatu hari ketika ayahnya pulang dengan luka memercik darah dan kepala yang dilumur isi perut unta. Ia bersihkan hati-hati, ia seka dengan penuh cinta. Ia bakar perca, ia tempelkan ke luka untuk menghentikan darah ayahnya.

Semuanya dilakukan dengan mata gerimis dan hati menangis. Muhammad ibn 'Abdullah Sang Tepercaya tak layak diperlakukan demikian oleh kaumnya! Maka gadis cilik itu bangkit. Gagah ia berjalan menuju Ka'bah.

Di sana, para pemuka Quraisy yang semula saling tertawa membanggakan tindakannya pada Sang Nabi tiba-tiba dicekam diam.Fathimah menghardik mereka dan seolah waktu berhenti, tak memberi mulut-mulut jalang itu kesempatan untuk menimpali.

'Ali tak tahu apakah rasa itu bisa disebut cinta. Tapi, ia memang tersentak ketika suatu hari mendengar khabar yang mengejutkan. Fathimah dilamar seorang lelaki yang paling akrab dan paling dekat kedudukannya dengan Sang Nabi. Lelaki yang membela Islam dengan harta dan jiwa sejak awal-awal risalah. Lelaki yang iman dan akhlaknya tak diragukan; Abu Bakar Ash Shiddiq, Radhiyallaahu 'Anhu.

"Allah mengujiku rupanya", begitu batin 'Ali.Ia merasa diuji karena merasa apalah ia dibanding Abu Bakr. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin justru karena ia bukan kerabat dekat Nabi seperti 'Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara 'Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.

Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda'wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakr; 'Utsman, 'Abdurrahman ibn 'Auf, Thalhah, Zubair, Sa'd ibn Abi Waqqash, Mush'ab.. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti 'Ali.

Lihatlah berapa banyak budak Muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakr; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, 'Abdullah ibn Mas'ud.. Dan siapa budak yang dibebaskan 'Ali? Dari sisi finansial, Abu Bakr sang saudagar, insya Allah lebih bisa membahagiakan Fathimah.
'Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin. "Inilah persaudaraan dan cinta", gumam 'Ali."Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku."Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan. Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.

Beberapa waktu berlalu, ternyata Allah menumbuhkan kembali tunas harap di hatinya yang sempat layu.Lamaran Abu Bakar ditolak. Dan 'Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri. Ah, ujian itu rupanya belum berakhir.

Setelah Abu Bakar mundur, datanglah melamar Fathimah seorang laki-laki lain yang gagah dan perkasa, seorang lelaki yang sejak masuk Islamnya membuat kaum Muslimin berani tegak mengangkat muka, seorang laki-laki yang membuat syaithan berlari takut dan musuh- musuh Allah bertekuk lutut.

'Umar ibn Al Khaththab. Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. 'Umar memang masuk Islam belakangan, sekitar 3 tahun setelah 'Ali dan Abu Bakr. Tapi siapa yang menyangsikan ketulusannya? Siapa yang menyangsikan kecerdasannya untuk mengejar pemahaman? Siapa yang menyangsikan semua pembelaan dahsyat yang hanya 'Umar dan Hamzah yang mampu memberikannya pada kaum muslimin? Dan lebih dari itu, 'Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, "Aku datang bersama Abu Bakar dan 'Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan 'Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan 'Umar.."
Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Lalu cuba bandingkan bagaimana dia berhijrah dan bagaimana 'Umar melakukannya. 'Ali menyusul sang Nabi dengan sembunyi-sembunyi, dalam kejaran musuh yang frustasi karena tak menemukan beliau Shallallaahu 'Alaihi wa Sallam.

Maka ia hanya berani berjalan di kelam malam. Selebihnya, di siang hari dia mencari bayang-bayang gundukan bukit pasir. Menanti dan bersembunyi.'Umar telah berangkat sebelumnya. Ia thawaf tujuh kali, lalu naik ke atas Ka'bah. "Wahai Quraisy", katanya. "Hari ini putera Al Khaththab akan berhijrah. Barangsiapa yang ingin isterinya menjanda, anaknya menjadi yatim, atau ibunya berkabung tanpa henti, silakan hadang 'Umar di balik bukit ini!" 'Umar adalah lelaki pemberani. 'Ali, sekali lagi sadar. Dinilai dari semua segi dalam pandangan orang banyak, dia pemuda yang belum siap menikah. Apalagi menikahi Fathimah binti Rasulillah! Tidak. 'Umar jauh lebih layak. Dan 'Ali ridha.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan. Itulah keberanian. Atau mempersilakan. Yang ini pengorbanan.Maka 'Ali bingung ketika khabar itu meruyak. Lamaran 'Umar juga ditolak.


Menantu macam apa kiranya yang dikehendaki Nabi? Yang seperti 'Utsman sang miliarderkah yang telah menikahi Ruqayyah binti Rasulillah? Yang seperti Abul 'Ash ibn Rabi'kah, saudagar Quraisy itu, suami Zainab binti Rasulillah? Ah, dua menantu Rasulullah itu sungguh membuatnya hilang kepercayaan diri.Di antara Muhajirin hanya 'Abdurrahman ibn 'Auf yang setara dengan mereka.

Atau justru Nabi ingin mengambil menantu dari Anshar untuk mengeratkan kekerabatan dengan mereka? Sa'd ibn Mu'adzkah, sang pemimpin Aus yang tampan dan elegan itu? Atau Sa'd ibn 'Ubaidah, pemimpin Khazraj yang lincah penuh semangat itu?"

Mengapa bukan engkau yang mencuba kawan?", kalimat teman-teman Ansharnya itu membangunkan lamunan. "Mengapa engkau tak mencuba melamar Fathimah? Aku punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu Baginda Nabi.. ""Aku?", tanyanya tak yakin."Ya. Engkau wahai saudaraku!""Aku hanya pemuda miskin. Apa yang bisa kuandalkan?""Kami di belakangmu, kawan! Semoga Allah menolongmu!"'Ali pun menghadap Sang Nabi.

Maka dengan memberanikan diri, disampaikannya keinginannya untuk menikahi Fathimah. Ya, menikahi. Ia tahu, secara ekonomi tak ada yang menjanjikan pada dirinya. Hanya ada satu set baju besi di sana ditambah persediaan tepung kasar untuk makannya. Tapi meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersiap-siap? Itu memalukan! Meminta Fathimah menantikannya di batas waktu hingga ia siap? Itu sangat kekanakan. Usianya telah berkepala dua sekarang."Engkau pemuda sejati wahai 'Ali!", begitu nuraninya mengingatkan. Pemuda yang siap bertanggungjawab atas cintanya. Pemuda yang siap memikul risiko atas pilihan- pilihannya. Pemuda yang yakin bahwa Allah Maha Kaya.

Lamarannya berjawab, "Ahlan wa sahlan!" Kata itu meluncur tenang bersama senyum Sang Nabi.Dan ia pun bingung. Apa maksudnya? Ucapan selamat datang itu sulit untuk bisa dikatakan sebagai isyarat penerimaan atau penolakan. Ah, mungkin Nabi pun bingung untuk menjawab. Mungkin tidak sekarang. Tapi ia siap ditolak. Itu risiko.

Dan kejelasan jauh lebih ringan daripada menanggung beban tanya yang tak kunjung berjawab. Apalagi menyimpannya dalam hati sebagai bahtera tanpa pelabuhan. Ah, itu menyakitkan."Bagaimana jawab Nabi kawan? Bagaimana lamaranmu?""Entahlah..""Apa maksudmu?""Menurut kalian apakah 'Ahlan wa Sahlan' berarti sebuah jawapan!""
Dasar tolol! Tolol!", kata mereka,"Eh, maaf kawan.. Maksud kami satu saja sudah cukup dan kau mendapatkan dua! Ahlan saja sudah berarti ya. Sahlan juga. Dan kau mendapatkan Ahlan wa Sahlan kawan! Dua-duanya berarti ya !"Dan 'Ali pun menikahi Fathimah. Dengan menggadaikan baju besinya. Dengan rumah yang semula ingin disumbangkan ke kawan-kawannya tapi Nabi berkeras agar ia membayar cicilannya. Itu hutang.Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakr, 'Umar, dan Fathimah. Dengan keberanian untuk menikah. Sekarang. Bukan janji-janji dan nanti-nanti.

'Ali adalah 'gentleman' sejati. Tidak hairan kalau pemuda Arab memiliki yel, "Laa fatan illa 'Aliyyan! Tak ada pemuda kecuali Ali!"
Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggung jawab. Dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti 'Ali. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian.
Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Putri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan bahwa suatu hari (setelah mereka menikah) Fathimah berkata kepada 'Ali, "Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali jatuh cinta pada seorang pemuda "
'Ali terkejut dan berkata, "kalau begitu mengapa engkau mahu manikah denganku? dan Siapakah pemuda itu?"Sambil tersenyum Fathimah berkata, "Ya, kerana pemuda itu adalah dirimu."

Kemudian Nabi saw bersabda: " Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla memerintahkan aku untuk menikahkan Fatimah puteri Khadijah dengan Ali bin Abi Thalib, maka saksikanlah sesungguhnya aku telah menikahkannya dengan maskawin empat ratus Fidhdhah (dalam nilai perak), dan Ali ridha (menerima) mahar tersebut."
Kemudian Rasulullah saw. mendoakan keduanya:" Semoga Allah mengumpulkan kesempurnaan kalian berdua, membahagiakan kesungguhan kalian berdua, memberkahi kalian berdua, dan mengeluarkan dari kalian berdua kebajikan yang banyak."
(Kitab Ar-Riyadh An-Nadhrah 2:183, Bab 4).

"Andainya Kau adalah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku dan hatimu. Itu janji Allah..Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu…."


Gambar Dahlia Teck berpegangan tangan dengan Goal Keeper Harimau Malaya?

Posted: 06 Aug 2011 12:09 AM PDT

Klik gambar untuk besarkan imej..

Ye gambar kat atas nie mamang lah Dahlia Teck yang pernah digossipkan sebagai penyebab putus tunang antara Khairul Fahmi Che Mat dengan tunangnya Elia yang jadi satu bahan kecoh kat Gossip Tempatan..

Gambar nie dikatakan Dahlia pergi bercuti bersama rakan-rakan dan ditemani seorang jejaka yang merupakan Hero Harimau Malaya..betul ke?

Kelihatan mereka berpegang tangan semasa berjalan-jalan kat Universal Studio Singapore..

Sebelum nie KFCM pernah mengatakan yang Dahlia nie cuma kenalan di kampung sejak kecik dimana keluarga dia juga mengenali Dahlia..dan dia anggap Dahlia mcm adik je...tapi tetiba mak KFCM ckp,dia tak kenal pun siapa Dahlia nie..