Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Shahir AF8 Mahu Berhenti Jadi Penyanyi Posted: 03 Aug 2011 08:12 PM PDT Salam Ramadan hari ke-4 untuk semua pembaca. Aduh, cepatnya masa berlalu kan. Harap semua pembaca masih okay dan steady lagi ya. Budiey setakat ni steady lagi laa. Alamak, Budiey sebenarnya hari ni terlajak tidur la pulak. Patutnya jam 11 pagi tadi, Budiey kena gi Media Prebiu Filem The Zookeeper, tapi bila terlajak tidur, sedar-sedar dah pun jam 10.30 pagi, alamak tak dapat la nak nolongnya. Tu la orang cakap, terlajak perahu boleh lagi kita undur, tapi bila dah terlajak tidur ni, nak undur masa macamana. Jadinya, pagi ni Budiey kena duk rumah je lah ya. Oh ya, petang ni ada satu event interbiu bersama dengan penyanyi Yassin Sulaiman di Viva Home. Nak pergi ke tak pasti lagi. Dan malamnya pula ada Rakaman Mentor Raya 2011 di Plaza Alam Sentral. Budiey rasa nak gi sana la. Musim lepas pun Budiey tak lepas peluang tengok rakaman Mentor Raya ni, kelakar giler. Lepas mandi, Budiey berehat depan notebook ni, belek-belek berita online. Lalu, terbaca satu berita yang agak menyedihkan juga la. Kesian pun ada. Berita pasal juara AF8, Shahir yang dikatakan mahu mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi sebab ada orang aniaya dia. Budiey terfikir juga, dari dulu lagi, lepas dia keluar dari AF8, macam-macam benda yang tak elok berlaku. Semua tu dugaan sebenarnya, tak nak lah tuduh sape-sape yang dengki dengan kejayaan Shahir yang sanggup Mak Esahkan dia. Ish ish. Ini petikan berita tentang Shahir nak berhenti jadi penyanyi. Tak lama lagi, Shahir akan umum dengan rasminya di satu sidang media. Shahir (AF8) Berhenti Menyanyi Dakwa Dianiaya PETALING JAYA: Penyanyi popular Shahir menamatkan misteri kehilangannya selama ini apabila dia membuat keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat. Menurut sumber yang juga teman rapat penyanyi lagu Luar Biasa itu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) tersebut nekad dengan keputusannya kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu. "Shahir tidak akan menyanyi lagi dan akan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya. Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini," kata sumber itu yang tidak mahu mendedahkan identitinya kepada mStar Online, Rabu. Tambahnya: "Apabila sudah berhenti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan. "Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC). Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini." Beberapa minggu lalu, industri seni kecoh dengan isu Shahir yang dikatakan 'ghaib' dan gagal dihubungi oleh pihak media sertapengurusannya. Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman mengakui Shahir berada di kampung iaitu di Kampar, Perak dan sedang berehat. Sebelum ini, Shahir pernah menghilang kerana mengalami masalah kesihatan dan pulang ke kampung beberapa ketika. Dia juga pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan. Namun pemuda tersebut menafikan perkara itu sebaliknya menganggap hubunganmereka sekadar teman biasa. Pihak mStar cuba mendapatkan Shahir dan keluarganya, namun mereka gagal dihubungi. via Mstar Online Tags: Berita, Shahir AF8Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Kasih Alia Lakonan Rafidah Ibrahim Iqram Dinzly & Sharnaaz Posted: 03 Aug 2011 03:34 PM PDT KEMELUT TRAGEDI, DENDAM & CINTA Menyusuli "Dewa Cinta", drama bersiri terbaru 'Kasih Alia' terbitan JS Pictures telah menemui para penonton menerusi slot Akasia mulai 1 Ogos 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam. Sebuah dendam yang membara telah mengakibatkan sebuah tragedi yang mengorbankan masa depan 2 orang kanak-kanak yang tidak berdosa. Hanya kerana ibu mereka dianggap sebagai perampas suami, mereka telah ditinggalkan secara sengaja dan terjerumus dalam sindiket menjual kanak-kanak. "Kasih Alia" nenampilkan sentuhan kreatif pengarah Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo dan penulis skrip Sofia J Rhyland. Drama bersiri 26 episod ini membariskan Rafidah Ibrahim (Kasih/Alia), Sheila Rusly (Yuhanis), Iqram Dinzly (Qabil), Sharnaaz Ahmad (Qausar), Irma Hasmie Ibrahim (Qistina), Haryati Hamzah (Qasrina), Erry Putra (Fendi), Adey Syafrien (Eric), Zarina Zainuddin (Zulaikha), Khairil Anwar (Shariff), Fikhree Bakar (Hadi), Catriona Ross (Maya), Razak Ahmad (Kamil), Ku Faridah Ku Shafie (Mak Timah) dan lain-lain. Kasih dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangn ibu tersayang dalam sebuah kemalangan maut. Kasih dan Qabil berpindah ke Kuala Lumpur dan terkejut apabila berjumpa dengan keluarga Shariff. Rupa-rupanya ibu mereka ialah isteri kedua dan kehadiran mereka tidak dapat diterima oleh isteri pertama Shariff, Yuhanis. Disebabkan kebencian Yuhanis terhadap Zulaikha yang dianggap sebagai penggoda dan perampas suami, Yuhanis bukan sahaja memberi layanan buruk malah tidak membenarkan anak-anaknya, Qistina, Qasrina dan Qausar untuk bergaul dengan Kasih dan Qabil. Hanya Qausar yang hampir sebaya bercakap dengan mereka. Kasih dan Qabil hanya menumpang kasih daripada pembantu rumah, Mak Timah kerana Shariff jarang berada di rumah dan Yuhanis pandai bermuka di hadapan suaminya. Yuhanis semakin benci dan meluat melihat kedua-dua anak Zulaikha telah mengambil langkah untuk meninggalkan adik beradik tersebut di bandar. Kasih dan Qabil yang bingung telah diculik oleh sindiket menjual kanak-kanak. Qabil telah dijual kepada sindiket yang membeli organ budak manakala Kasih pula dijual kepada sindiket pengemis. Sejak itu, Kasih tidak pernah mendengar khabar daripada adiknya dan menganggap Qabil telah terkorban dalam pasar gelap itu. Kasih telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu mahu melarikan diri. Maya dan Kamil yang baru kematian anak perempuan telah menyelamatkan Kasih. Setelah mendengar cerita Kasih, mereka telah mengambil Kasih sebagai anak angkat dan menggunakan identiti anak perempuan mereka iaitu Alia. Bermulalah lembaran hidup baru Alia bersama keluarga barunya dan berpindah ke Timur Tengah apabila Kamil ditawarkan sebagai jurutera carigali minyak. Sementara itu, Shariff tidak pernah berputus asa untuk menjejaki Kasih dan Qabil. Selepas 15 tahun, Alia pulang ke Malaysia dan bekerja dengan Eric sebagai pereka hiasan dalaman. Eric tertarik dengan personaliti Alia tetapi Fazril telah memulakan langkah terlebih dahulu untuk memikat Alia. Hubungan Fazril dan Alia berjalan dengan baik sehingga Alia diberitahu bahawa keluarga Fazril berjaya menyelamatkan Fazril yang menghidap sakit jantung dengan membeli organ dari pasaran gelap lebih kurang tempoh yang sama semasa Qabil hilang. Mengenangkan nasib adiknya yang menjadi korban sindiket, Alia mula berasa benci dan menjauhkan diri daripada Fazril. Pertemuan Alia dengan Qausar telah memaksa Alia berdepan semula dengan kisah silam dan kenangan pahitnya. Dapatkah Alia memaafkan Shariff dan Yuhanis? Apakah kesudahan cinta antara Alia, Eric dan Fazril nanti? Jangan lupa terus saksikan "KASIH ALIA" di slot Akasia, setiap hari Isnin – Khamis jam 7.00malam, hanya di TV3! Tags: Adey Syafrien, Catriona Ross, drama bersiri, drama slot akasia, Erry Putra, Haryati Hamzah, Iqram Dinzly, Irma Hasmie Ibrahim, Kasih Alia, Ku Faridah Ku Shafie, rafidah ibrahim, Sharnaaz, Sharnaaz Ahmad, zarina zainuddin Tags: Drama, Iqram Dinzly, Rafidah Ibrahim, Sharnaaz Ahmad, Adey Syafrien, Catriona Ross, drama bersiri, drama slot akasia, Erry Putra, Haryati Hamzah, Irma Hasmie Ibrahim, Kasih Alia, Ku Faridah Ku Shafie, Sharnaaz, Zarina ZainuddinClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |