Adsense

Ahad, 21 Ogos 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Pelakon Wanita Mungkir Janji Tempahan Kuih Raya

Posted: 21 Aug 2011 11:25 PM PDT

Perkenalan rapat pelakon wanita berwajah Pan-Asia ini bersama seorang wartawan senior belum tentu menjaminkan semangat setiakawan. Apakan daya, jasa wartawan senior yang selama ini membantu meningkatkan kareernya tidak dihargai, malah diperkotak-katikkan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Al-kisahnya, setiap tahun wartawan senior ini menjalankan bisnes kuih raya yang dibuat hasil usaha orang tuanya. Keenakan kuih rayanya memang dikenali ramai selebriti sehinggakan ada yang menempah 42 botol. Pendek kata, memang laku sangat!

Kerana tidak mahu menghampakan tempahan para selebriti, wartawan senior ini sanggup berulang alik daripada Kuala Lumpur ke sebuah negeri di utara Malaysia untuk mengambil stok baru. Walaupun tugas kerja padat, kerana janji tempahan, dia turutkan juga.

Sekembalinya wartawan senior ini daripada kampung halaman, dia dengan segera menghubungi kesemua pelanggan untuk mengambil stok tempahan. Kesemua selebriti mengambil tempahan mereka, kecuali seorang pelakon wanita yang feeling penyanyi ni (sendu suaranya). 14 botol kuih raya ditempah, namun setiap panggilan + SMS+ BBM daripada wartawan senior ini tidak dijawab. Sudah berhari-hari dihubungi, namun tiada sebarang balasan.

Terkini, pelakon wanita yang telah menjanda 2 kali ini telah membuang wartawan senior ini daripada senarai rakan BBM. Apabila ditanya, pelakon wanita ini memberi alasan handphonenya rosak. Namun, apabila diperiksa twitternya, updated setiap 5 minit pula. Kantoi tiada alibi, kan?

Andai kata pelakon wanita itu tidak mempunyai duit, wartawan senior ini bukan'lah jenis orang yang berkira. Alahai, setakat kawan-kawan boleh kasi hutang dulu. Lain benar perangai pelakon wanita ini, menghilangkan diri macam tiada apa-apa yang berlaku seperti kes ciplak lagu dulu.

Bukanlah soal rugi atau duit menjadi keutamaan wartawan senior ini. Sebaliknya, wartawan ini terkilan hati kerana janji pelakon wanita itu, memang tak boleh pakai!

Di kala orang bermaaf-maafan sempena Aidilfitri, pelakon wanita berwajah Pan-Asia ini seperti tidak menghargai makna kemaafan pula. Choy sangat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

“Kenapa Lofa Nak Jatuhkan Maruah Sendiri?” – Neelofa

Posted: 21 Aug 2011 10:01 PM PDT

Baru-baru ini, Neelofa, 22 telah ditaburkan lagi dengan gosip konon dia menyebarkan cerita kepada orang produksi bahawa keretanya telah ditaja oleh VVIP. Gosip tersebut turut menyebut Neelofa sengaja menyebarkan cerita berkenaan untuk membuktikan dirinya mempunyai hubungan yang rapat dengan VVIP berkenaan.

Walau bagaimanapun, Neelofa atau lebih mesra dengan panggilan Lofa menafikan gosip tersebut ketika ditemui di One Utama, sempena program raya TV3 & TV9, Khamis lepas.

"Cerita tu tak betul, kenapa Lofa nak jatuhkan maruah sendiri? Lagi pun, keluarga Lofa tidak pernah mengajar untuk berbangga dengan barangan mewah. Kalau diikutkan, dari zaman Dewi Remaja lagi ramai orang sudah memperkatakan aset-aset seperti baju & handbag yang dimiliki oleh Lofa sendiri, " jelas Lofa mengenai gosip berkenaan.

"Pada Lofa, buat apa nak minta barang-barang daripada lelaki, lebih baik Lofa cari sendiri, lagi puas hati. Melainkan kalau Lofa sudah berkahwin, suami sendiri yang berikan hadiah kepada Lofa, sudah tentu Lofa terima sebagai tanda penghargaan. Selagi lelaki itu bukan suami, memang Lofa tolak serta-merta," kata Lofa menjelaskan pendiriannya.

"Kontroversi baik atau buruk, masih publisiti. Adakalanya ia membantu perjalanan kareer Lofa. Cuma, kalau gosip itu berpanjangan, tidak elok juga. Apa yang Lofa akan buat, insyallah apabila keluarnya produk-produk lakonan, ia boleh membantu mengubah persepsi orang terhadap Lofa.

"Walaupun kerap dilemparkan dengan gosip, itu adalah asam garam dunia hiburan. Yang penting, Lofa fokus pada kerjaya lakonan serta perniagaan kasut wanita yang diceburi. Insyallah, Lofa akan memperbesarkan bisnes kasut akhir tahun ini," kata Lofa yang kini sudah pun membintangi 4 buah filem iaitu, Azura, King Kapcai, SAM & Lemak Ku Santan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...