Adsense

Ahad, 21 Ogos 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tatang karakter tanpa ego

Posted:

Tatang karakter tanpa ego

Tatang karakter tanpa ego

KECUALI Faizal Hussien, empat aktor, Shoffi, Bront, Namron serta Pekin ini merupakan regu lepak yang serasi. Tolak Pekin pula, mereka ini membawa dendam Dukun yang tidak kesampaian.


ADA yang signifikan kenapa lima muka pengisi layar seni itu disatukan dalam pertemuan bersalut suasana Lebaran kali ini. Jawapannya mudah, mereka antara pemeran besar milik Malaya dan jika dialirkan ke ruang paling tepat, barisan aktor itu punya ikatan naluri sementelah terbitnya sebuah naskhah yang ditunggu-tunggu, Bunohan dapat dipersembahkan kepada umum.

Mengheret judul karya Dain Said ke dalam penyatuan semula Faizal Hussein bersama Bront Palarae, Namron, Shoffi Jikan dan Pekin Ibrahim itu sudah menjadi motif yang jelas. Secara tersembunyi, tolak nama Pekin seorang, mereka itu jugalah antara penyandang watak penting dalam judul Dukun, filem cereka pertama Dain yang dibikin lebih empat tahun dulu. Malangnya, atas alasan sensitiviti dan kemanusiaan, filem adaptasi kisah jenayah Mona Fandey yang pernah menggegar negara lebih 15 tahun lalu, terhukum beku dalam stor simpanan, sehingga entah sampai bila.

Lantas, ibarat dendam kesenian mencari kesejagatan, Bunohan inilah yang ditunggu-tunggu.

"Memanglah. Kalau ikutkan pun, Dain sudah mula bercakap-cakap tentang Bunohan ini sejak penggambaran Dukun lagi. Watak saya sendiri memang sudah diberitahu Dain lama dahulu. Jadi bila Dukun tak keluar-keluar, masing-masing tunggu Bunohan pula, harap-harap jadi," aktor paling senior di kalangan angkatan ini, Faizal jadi pendahulu memulakan diskusi.

Dari satu sisi yang ketara, pakatan ini sendiri bukan calang-calang aktor. Biarpun masing-masing lahir dari kepompong yang berlainan acuan tetapi graf impak lakon mereka hanya jauhari yang mengenal manikam.

Kali ini, kecuali Faizal Hussein yang terlebih dahulu mengecap kegemilangan, paling diingati dan di mata pemujanya, dia masih Azroy Gila-Gila Remaja, si hero jambu yang punya senyuman paling manis. Bront pula sudah meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik, Shoffi sedang beraja dengan karakter Ajeeb yang dibinanya dalam KL Gangster, Pekin semakin mendapat tempat di mata pengarah handalan Mamat Khalid manakala Namron, penggiat teater yang sudah bergelar 'sifu' kepada pelajar-pelajar yang pernah mendapat asuhannya di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dahulu.


BERBEZA generasi serta haluan seni, angkatan aktor ini antara yang sedang dominan.


Dari situ terbit pertanyaan, tidak tercabar ego masing-masing atau bagaimana meletakkan ego dan emas di dada agar seimbang tidak terbunuh oleh setiap karakter berbeza.

"Baik dari segi intonasi atau posisi, semua sudah dibasuh semasa sesi latihan, jadi soal peletakan diri itu sudah cantik. Bila timbul rasa sayu dan sedih masa penggambaran tamat. Itu maknanya filem itu sesuatu. Antara kami semua, tak ada sesiapa yang nak tonjolkan diri, setiap watak ada karakter tersendiri dan berlakon dengan ikhlas," ujar Faizal.

Disahut oleh Pekin: "Mulanya kekok juga bila berada di kalangan aktor serba-boleh ini tapi bila hadir untuk sesi latihan, masuk dan meresap ke dalam watak, saya dapat rasa macam dah siap ada isipadu dan sukatan tertentu. Kita sudah tahu nak letak garam banyak mana semasa penggambaran dijalankan."

Menambah bab isipadu yang dijentik si Pekin, Faizal menambah: "Setiap watak akan bergerak bersama latar dan cuaca. Suhu dan warna cuaca akan ikut warna karakter. Sebab itulah penggambaran dilakukan pada musim monsun. Musim itu ada banyak warna. Boleh dikatakan, kami semua buat filem ini bukan sebab tawaran kewangan."

Bront seperti biasa. Tersenyum sambil memeluk tubuh sebelum melontarkan pandangan, dengan perlahan dia mengakui, melihatkan barisan pelakon sahaja, pelakon mana sekalipun tidak akan menolak tawaran Bunohan.

"Bila bekerja dengan pelakon yang hebat-hebat, kita cuma kena fokus dan percaya kepada regu kita, tak perlu lagi nak bereksperimen dan tak perlu nak jaga punggung sesiapa. Nak dapat tawaran filem sebegini lima tahun sekali pun susah," beritahunya yang dalam proses akhir menyudahkan filem arahannya, 3 Rasa.

Sejiwa dengan penerangan sesama ahli geng Bunohan, bagi Namron, tiada soal ego harus berbangkit sebaliknya peluang berganding dengan pelakon yang tahu apa itu lakonan dan ada keserasian, secara automatik akan mengangkat impak lakonan kepada pihak yang lain.

"Bila setiap orang boleh tatang isi karakter, masing-masing akan bertembung dan cetuskan impak lain, ia semacam magis untuk sesebuah filem.

"Sebelum penggambaran bermula, kita sudah bina momentum lakonan. Senang kerja, tapi kalau berlakon dengan pelakon yang bina tembok (ego), susahlah.


GANDINGAN antara pelakon sandaran Dain Said ini akan dapat disaksikan dalam Bunohan yang bakal ditayangkan hujung tahun ini.


"Satu hal lagi, kecuali dengan Faizal, kami yang lain-lain ini, kami macam geng walaupun di luar set penggambaran, dan walaupun setiap orang ada grup masing-masing kami selalu berjumpa, borak dan lepak pasal kerja dan projek-projek akan datang," hurai Namron yang kini sibuk di lokasi penggambaran filem Langgar arahan Sein Ruffege.

Menjadi tuan rumah semasa fotografi, Shoffi Jikan antara yang lantang bicaranya. Seperti mana bersungguh-sungguh dia walaupun hanya menjayakan sekecil-kecil watak, kata Shoffi:

"Saya gelarkan corak lakonan kami dalam Bunohan sebagai lakonan sifar. Ia seperti insignificant of significant. Ibaratnya berlakon di bawah par, watak yang diberikan itu sudah penuh, limpah dan kami cuma tatang ia sebaik-baiknya. Watak itu sendiri sangat halus," ujar Shoffi semacam berfalsafah pula.

Meriah dengan lontaran-lontaran yang jarang diperoleh dalam temu bual formal, sesi himpunan lima aktor ini berlangsung penuh santai. Mereka dalam zon selesa, tidak perlu takut, atau risau-risau ada soalan sensasi yang datang menerpa.

Perlu juga diketahui, geng aktor juga handal bergosip jika sesekali bertemu begini. Lebih parah lagi, gosip mereka lebih tajam hinggakan sekali petik, hampir luruh jantung dibuatnya.

"Kami macam begini saja, kalau bercerita pun tentang apa yang berlaku dalam industri, gosip-gosip industri sahaja. Tentang nasib orang-orang macam kami, apa yang mahu tak sama dengan apa yang pengarah atau penerbit mahu. Kadang-kadang terpaksa juga melakonkan sesuatu lakonan walaupun ia tidak logik langsung dengan latar belakang karakter dalam sinopsis. Payah, itu antara faktor yang buat saya kecewa," luah Bront.

Seiring topik yang hampir sama, Namron juga ada topik yang menarik untuk dikongsi:

"Saya selalu dapat bezakan dua jenis kerja, satu buat kerja berlakon kerana 'job' dan satu lagi berlakon kerana 'profession'. Bila pergi berlakon kerana job, saya akan berlakon untuk duit, tapi bekerja dalam situasi 'profession', jiwanya lebih besar. Itu terpulang kepada skrip dan siapa regu di lokasi."

Menadah telinga dengan kejujuran yang terpamer, terdetik juga, alangkah bagusnya kalau diskusi sedalam itu dan terbuka sebegitu juga dapat diperoleh bersama lebih ramai aktor atau aktres pujaan Malaya yang lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Iklan Nurul cetus kontroversi

Posted:

Iklan Nurul cetus kontroversi

Iklan Nurul cetus kontroversi


POSTER kempen iklan terbaharu Nurul yang mengundang kontroversi.


AWAL minggu lalu, nama Nurul Huda Wahab menjadi sasaran serangan penulis-penulis blog. Lebih kecoh lagi, ada yang menyuarakan kemarahan sambil menyelar poster iklan produk pelangsingan badan Glow & Glamour yang memaparkan Nurul Wahab dalam pakaian menjolok mata. Kemarahan mereka bertambah kerana Nurul dirakam berlatarbelakangkan imej masjid sekali gus dianggap sebagai satu tindakan biadab.

Nurul turut berdepan kata-kata cemuhan. Dia turut disindir seksi tidak bertempat dan tidak mempedulikan sensitiviti umum tambahan pula kempen berkenaan diterbitkan untuk bulan Ramadan.

Bagaimanapun, komen-komen dan teguran daripada pelbagai pihak itu sebenarnya satu tindakan yang masuk akal. Hasil komen-komen berkenaan, barulah Nurul serta pengurusnya, Badrul Hisham menyedari salah percaturan pihak yang berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan kepada pihak Glow & Glamour dan tidak sampai dua hari, iklan yang mengundang kontroversi itu ditarik balik daripada penyiaran di media cetak dan elektronik. Pihak Glow & Glamour sendiri sudah tampil dengan kenyataan maaf.

"Sebenarnya komen-komen itu bagus, kami terima setiap teguran yang baik dengan hati terbuka kerana dari situ juga kami menerima maklum balas untuk dikemukakan kepada pihak yang bertanggungjawab. Tapi jika teguran itu sekadar maki-hamun dan bersifat serangan peribadi, itu terpulang.


NURUL menerima banyak teguran gara-gara kempen terbaharu iklan Glow & Glamour yang dikatakan menjolok mata dan tidak sesuai diterbitkan pada bulan Ramadan. Iklan berkenaan ditarik penyiarannya susulan perbincangan dengan pengeluar.


"Iklan produk pelangsingan badan dan poster itu tidak salah tetapi tersalah siar pada bulan puasa dan berlatarbelakangkan imej masjid. Itu memang tidak kena. Pihak Glow & Glamour sendiri mengakui bahawa mereka terlepas pandang sensitiviti umat Islam," jelas Badrul.

Nurul ketika dihubungi, enggan mengulas panjang tetapi menjelaskan, pihak pengurusannya serta pihak Glow & Glamour akan memberikan kenyataan.

"Pihak kami sudahpun berbincang, perkara tersebut berlaku kerana kurang kefahaman terhadap sensitiviti agama Islam. Soal dihentam kerana iklan berkenaan, saya lebih senang ambil keputusan untuk berdiam sahaja," katanya yang berada di Sandakan, Sabah atas urusan perniagaan.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Glow & Glamour, Claire Ong menjelaskan pihaknya tidak mengetahui tentang etika pemakaian ketika Ramadan bahkan reka bentuk iklan itu sendiri dibuat oleh pereka bukan Muslim.

Claire berkata, semasa iklan itu diserahkan kepada pihak penyiar, mereka tidak mendapat sebarang respons negatif.

"Glow & Glamour sendiri dinaungi oleh orang bukan Islam, jadi kami akui kurang arif tentang sensitiviti pemakaian serta imej-imej yang boleh mendatangkan kemarahan.

"Selepas poster itu dimuat-naik dalam laman Facebook dan laman web rasmi kami, ia mendapat reaksi yang sangat cepat. Jadi kami memohon maaf secara terbuka terhadap pihak Nurul serta seluruh umat Islam kerana menimbulkan kontroversi dengan penyiaran iklan tersebut. Kami juga telah membuat keputusan menarik balik penyiaran iklan tersebut," katanya semasa dihubungi Sensasi Bintang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Debaran Raja Farah

Posted:

Debaran Raja Farah

Debaran Raja Farah


FARAH dan suami, Megat Bashiron berharap perkahwinan mereka diserikan dengan cahaya mata.


LIHAT sahaja gayanya, Raja Farah bukan lagi pelakon remaja seperti yang dilihat dalam siri drama Kau & Aku. Barangkali karakter Sofea lakonannya dalam filem Aku Masih Dara benar-benar sudah melekat dalam dirinya.

Status perkahwinan ditokok tergerak hati dek kematangan serta kerelaan sendiri menjadi butiran yang mengisi luahan Raja Farah Raja Aziz ketika bercakap tentang hijrah yang sedang didepaninya.

Dia yang kini bergelar isteri kepada Megat Bashiron Qhuyum itu sudah lebih dua bulan tampil bertudung. Namun, kesibukan mengisi jadual penggambaran serta gerbang hidup sebagai isteri yang digalas menyebabkan kelibat Raja Farah yang lengkap bertudung hanya dapat disaksikan media sewaktu hadir majlis berbuka puasa dan rakaman Melodi Raya 2011, di ibu kota, minggu lalu.

"Ketika mula-mula hendak memakai tudung, saya hanya berselendang, tapi secara rasminya saya bertudung secara lengkap sejak lebih sebulan lalu. Itupun selepas saya mendapatkan pandangan daripada suami dan ibu.

"Sebenarnya, sebelum bertemu jodoh lagi saya ada berniat untuk bertudung, cuma tidak tahu bila. Tapi selepas satu penggambaran drama yang kebetulannya dilakukan berhampiran sebuah butik tudung, saya terus tertarik dan beli beberapa helai tudung pelbagai warna," katanya yang menerima banyak reaksi selepas berimej muslimah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.