Harian Metro: Rap |
Posted: 19 Aug 2011 07:32 AM PDT BIARPUN pernah menafikan hubungan mereka tidak membabitkan soal hati mahupun perasaan dan hanya sekadar teman rapat, perkara itu masih sukar untuk dipercayai wartawan serta peminat. Masalahnya, apa juga yang berlaku ke atas Rozita Abu Bakar atau Rozita Che Wan, 39, pasti juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Shahir akan tahu dan begitulah sebaliknya. Lumrahnya, hanya mereka yang ada hubungan istimewa saja akan tahu apa saja perkara yang berlaku kepada pasangannya kecuali kalau antara mereka cuba merahsiakan sesuatu dek takut ada yang cemburu atau sudah curang. Jika benar Shahir dan Rozita tiada perasaan cinta, masakan pelakon utama filem 4 Madu itu tahu apa yang berlaku kepada sahabatnya itu yang mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia seni buat sementara.
"Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini, keputusan bersara itu tidak benar. Perkara itu timbul akibat salah faham. Shahir hanya berehat dan perlukan masa untuk menenangkan diri. Masa yang diambil juga tidak panjang kira-kira dua bulan hingga enam bulan. "Pada saya sendiri secara peribadi artis berehat panjang bukan masalah besar. Perkara itu biasa dilakukan orang lain sebelum ini termasuk saya dan tidak sepatutnya ia dijadikan isu panas," katanya. Tambah Rozita, sebagai manusia kita hanya mampu merancang tetapi segala ditentukan Allah s.w.t. Mengambil contoh dirinya sendiri yang sebelum ini pernah mengambil keputusan sama, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sebaik dia mengumumkan mahu bersara, tawaran berlakon datang mencurah-curah sehingga tidak dapat menolaknya. Apatah lagi sebagai pelakon dia berpeluang melakonkan watak penuh mencabar. Rozita turut menafikan apa yang dilakukan Shahir itu adalah atas nasihat dan tunjuk ajarnya, sebaliknya ia datang daripada diri penyanyi lagu Luar Biasa itu sendiri. Malah, pelakon berasal dari Alor Setar, Kedah itu sudah pun dimaklumkan Shahir sendiri sebab mengapa dia berbuat demikian. Didesak apakah punca yang menyebabkan jejaka berasal dari Ipoh, Perak itu membuat keputusan itu seperti apa yang diberitahu kepadanya, kata Rozita biarlah ia menjadi rahsia antara mereka berdua. "Saya tak boleh beritahu kepada media kerana ini amanah. Bagaimanapun, apa yang boleh saya katakan, berilah dia (Shahir) masa. Apa juga keputusan yang diambil adalah haknya. Sebagai teman rapat, saya akan memberikan sokongan. "Bukan itu saja, kita juga perlu menghormati keputusan dibuat. Kalau benar pun ia berkaitan dengan masalah dihadapi, kita tidak boleh mendesak. Cerita sebelum ini yang digembar-gemburkan membabitkan keputusan dibuat Shahir dilihat memang sangat menekan, jadi atas alasan itu saya nasihatkan agar semua pihak memberikan ruang kepada Shahir," katanya. Sewaktu menghadiri majlis diadakan Rozita seperti biasa kelihatan begitu cantik dengan penampilan serba hitam. Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian hadirin apabila dia tampil menutup rambut. Adakah ia menjadi petanda bahawa pelakon Kiah Beraya dan akan disiarkan di Astro Warna Aidilfitri nanti akan berhijrah dan sekali gus bertudung? "Owh... saya bertudung ini disebabkan mahu menghormati keadaan memandangkan semalam (14 Ogos) saya barunya pulang dari menunaikan umrah. Bagaimanapun, sebenarnya susah untuk saya terus kekal bertudung kerana tuntutan kerja. Seperti minggu hadapan saya akan kembali ke lokasi dan watak dipegang tidak begitu mengizinkan. "Bagaimanapun, insya-Allah kalau tiba masa dan izin-Nya pasti saya akan bertudung juga nanti. Waktu sama saya mengharapkan peminat mendoakan yang terbaik untuk saya," katanya. Bercerita mengenai ibadat umrah yang dilakukan kali kelima tahun ini jelas Rozita dia bersyukur kerana segala urusannya berjalan lancar walaupun terdapat beberapa dugaan termasuk jumlah jemaah yang terlalu ramai sehingga pihak berkuasa di Tanah Suci terpaksa bertindak tegas bagi memastikan segala urusan berjalan lancar. "Memanglah saya dengar juga cerita di sana ada jemaah yang dihalau pulang agar bersembahyang di bilik saja. Saya bagaimanapun bersyukur kerana apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna. Selain itu saya pastikan sejam sebelum masuk waktu saya sudah berada di dalam masjid," katanya. Lebih menarik pemergiannya kali ini turut ditemani bonda tersayang. Sementara anak-anak ditinggalkan buat sementara bersama bekas suami. "Sepanjang menunaikan ibadat itu sudah tentu saya mengambil kesempatan itu untuk berdoa. Kata orang doa kita di hadapan Kaabah sangat dekat dengan doa kita kepada Tuhan. "Macam-macam yang saya doakan termasuklah diberikan kekuatan, kesihatan berpanjangan, rezeki dan termasuklah soal jodoh. Maklumlah saya sendiri tidak sanggup untuk terus beraya seorang diri. Harap-harap biarlah Aidilfitri tahun ini menjadi hari raya terakhir saya sambut berseorangan. Mudah-mudahan apa yang saya doakan itu akan dimakbulkan Allah," katanya seraya mengakhiri perbualan. PROFIL Nama Penuh: Rozita Abu Bakar @ Che Wan |
Posted: 19 Aug 2011 05:36 AM PDT SEKALIPUN pernah wujud spekulasi ketelusan Performers And Artistes Rights (M) Sdn Bhd (Prism) diragui penggiat seni berkaitan isu pengagihan royalti, namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat organisasi ini untuk meneruskan perjuangan dipikul. Sehubungan itu, menyedari perkembangan hak artis dan pemuzik rakaman yang kini semakin mendapat perhatian negara-negara Asia, Prism mengambil inisiatif perkukuh kerjasama serantau dengan badan bertanggungjawab di beberapa negara asing.
Antaranya, Prisim menjalin kerjasama dengan pihak Copyrigh Association of Chinese Entertainers (CACE) dari negara Taiwan pada 23 Jun lalu. Kemudian, diikuti pula perjanjian kerjasama dengan Performers Rights Society Of Indonesia (Prisindo) pada 30 Julai lalu. Ditubuhkan pada Mac tahun lalu, Prisindo adalah badan yang bertanggungjawab menjaga hak artis dan pemuzik Indonesia dengan bantuan badan antarabangsa seperti The Societies' Council for the Collective Management of Performers' Rights (SCAPR) dan International Federation Of Musicans (FIM).
Tidak ketinggalan kerjasama itu turut dijalin dengan pihak EEL dari Estonia, SWISSPERFORM (Switzerland), CREDIDAM (Romania), LSG (Austria), INTERGRAM (Czech Republic), SLOVGRAM (Slovakia), LAIPA (Latvia), CMA (China) dan HKPAG (Hong Kong). Langkah selanjutnya Prism akan terus berusaha untuk membuat perjanjian dengan pihak PPL dari United Kingdom, SOUNDEXCHANGE (Amerika Syarikat), CPRA (Jepun), FKMP (Korea Selatan), SPEDIDAM (Perancis), AIE (Sepanyol) dan ZAVOD (Slovenija). Oleh itu, pada awal Jun lalu, Prism mula menggunakan sistem 'vericast' di mana kaedah ini boleh mengenal pasti dengan tepat penggunaan lagu-lagu yang di siarkan di stesen radio tempatan. Justeru, ia membolehkan pengagihan royalti dilakukan secara telus dan berkesan mengikut kadar penyiaran lagu. Berdasarkan kaedah diperkenalkan Prism ini, Malaysia adalah negara pertama di Asia yang menggunakan sistem 'vericast' yang telus dan tepat. Ia nyata kejayaan besar dalam usaha untuk memantapkan lagi pengurusan pengagihan royalti pada penggiat seni. Pengurus Besar Prism, Ong Peng Chu berkata kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana berusaha untuk meminda akta hak cipta terutama hak artis dan pemuzik untuk perlindungan yang lebih luas kepada mereka. "Sejak 2004 lagi, Prism sudah mula mengemukakan cadangan bagi pindaan Akta Hak cipta 1987 untuk menuruti piawaian antarabangsa seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 15(1) dan Artikel 15(2) WIPO Performers And Phonograms Treaty (WPPT). "Artikel itu membenarkan pelaku dan penerbit fonogram menerima royalti yang sama rata apabila persembahan dan fonogram yang sudah direkodkan disiarkan di radio atau dipersembahkan di tempat awam. Malah, undang-undang sedia ada kini tidak adil. "Terutamanya, dalam Artikel 16A(2) yang menyatakan artis dan pemuzik akan hilang segala hak ekslusif apabila mereka memberikan persetujuan bagi penetapan atau rakaman. Justeru, dengan sistem baru ini harapan kami nyata cukup besar," katanya. Peng Chu berkata Prisim sebagai badan bertanggungjawab mengagihkan royalti berharap kali ini kerajaan akan menuruti piawaian antarabangsa yang dicadangkan demi kepentingan dan perlindungan hak artis dan pemuzik rakaman tanah air. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |