Adsense

Ahad, 3 Julai 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Rindukan Imran Ajmain? Tonton Persembahan Akustik Secara Percuma.

Posted: 03 Jul 2011 10:56 PM PDT

Sempena sambutan 100 hari bebas dari merokok, penyanyi/pencipta lagu Imran Ajmain bakal mengadakan sebuah siri persembahan akustik di merata Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan juga di Singapura pada bulan Julai ini.

  • 6hb Julai – Kunang-Kunang (Gombak)
  • 14hb Julai – Ayers Rock Butcher & Grill (WangsaMaju)
  • 19hb Julai – Badoque Cafe (Singapore)
  • 20hb Julai – Senyap The Hub, Shah Alam Extreme Park (Shah Alam)
  • 24hb Julai – Station 1 Cafe (Sunway)
  • 28hb Julai – Bora Ombak (Ampang)

Semuanya bermula pada jam 8 malam.

Setelah genap seratus hari Imran menghitung secara rahsia di akaun Twitter-nya, dia mendedahkan bahawa beliau telah pun berhenti merokok dalam sebuah video: http://goo.gl/WAJWy dan ia membawa respons yang sangat positif pada hari itu di Twitter sehingga tercetus perbincangan bersama 'followers' tentang perjumpaan bersama penggemar muziknya. Terjadilah 'acoustic tour' ini.

Imran bakal menyanyi lagu-lagu dari album pertamanya, 'Dengan Secara Kebetulan' seperti 'Seribu Tahun', 'Sudah tu Sudah', album keduanya 'Punca dan Tindakan' seperti 'Selamat Ulang Tahun Sayang', 'Radio', 'Jika Engkau Pergi' dan akan memperkenalkan lagu-lagu barunya yang dijangka ada di pasaran tidak lama lagi.

Tetamu undangan termasuk Fazley Yaakob yang juga akan menerbitkan album baru tahun ini, dan pembuka tirai untuk tiap lokasi, pendatang baru, Tengku Adil dari Singapura. Penyanyi muda, Najwa Latif, akan turut membuat persembahan untuk tarikh 24hb Julai di Sunway.

Persembahan ini semua akan bertempat di kafe atau restoran, dan tiada dikenakan bayaran tiket. Orang ramai dialu-alukan untuk membuat tempahan meja supaya tidak kecewa.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh rujuk ke twitter @imranajmainHM atau @PutraFaiz 0176814143

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Siti Nurhaliza & Anak Hari Pertama Training Askar Wataniah

Posted: 03 Jul 2011 10:45 PM PDT

Kami yakin Siti Nurhaliza mempunyai semangat yang membara untuk menjalani program latihan sebagai askar wataniah. Lihat sahaja gambar yang baru Tok Ti tweet sebentar tadi, bukan main segak bergaya sebagai wirawati.

Siti Nurhaliza turut ditemani oleh anak tirinya bersama Datuk Khalid ke pusat latihan ini. Sebagai seorang ikon negara, penglibatan Siti Nurhaliza dalam program sebegini rupa secara tidak langsung akan mempromosikan sifat patriotime di kalangan peminatnya.

Kami baca akhbar hari ini banyak memaparkan laporan mengenai perhimpunan Bersih. Pada kami, banyak lagi cara untuk memperjuangkan sesuatu ideologi, atau pun mempertahankan negara. Askar wataniah mungkin satu pilihan yang tepat. Pernah kau terfikir?

Kredit gambar: Twitter Siti Nurhaliza & Adib Khalid.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.