Adsense

Ahad, 3 Julai 2011

Celebrity News

Celebrity News


Upadate : Keputusan Kelayakan Piala Dunia : Malaysia 2 Taiwan 3 - Masa Pertama

Posted: 03 Jul 2011 07:33 AM PDT


Keputusan penuh : Malaysia 4 - Taiwan 4

ZoOM tak senang duduk menyaksikan perlawanan diantara Malaysia dan Taiwan ni, kenapalah saat-saat akhir berakhir dengan PENALTY !!!!...Kesilapan pertahanan Malaysia cukup mengecewakan....adakah kita mampu membawa kemenangan kembali ke MALAYSIA !!!!

Sama-sama kita doakan !!! TAPI BETUL KE KITA LAYAK !!!!! Adoiiiii AWAY oohhh AWAYYY !! esok nak tahu...Sebab pengulas pun macam ragu2 nak umum....!!

Apa komen anda???


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Tiara Ros dan Imaan Lilly anak kembar Sazzy Falak

Posted: 03 Jul 2011 02:38 AM PDT

Imaan Lilly & Tiara Ros Bersama Ibu Tersayang

Memang cute & comel habis anak kembar empunya Sazzy Falak & Nazril Idrus, iaitu Iman 
Lily & Tiara Rose. Sazzy Falak yang bersalin pada 28 April lalu.

Anugerah indah daripadanya sudah pasti akan menjadi kenangan kepada pasangan ini dalam menempuh kehidupan seharian. 

Dan berikut luahan seorang ibu mengenai anak kembarnya : 
"Biasalah, perubahan ketara dalam hidup saya dan suami ialah menjadi ibu dan bapa. Kami perlu komited terhadap kedua-dua anak kembar kesayangan kami selain sibuk menguruskan kerjaya.
"Saya pun tak sangka, jika dulu, kalau anak orang yang saya dukung itu nangis, saya akan kembalikan anak tersebut kepada ibunya atau orang lain. Tapi kini saya mampu menjaga mereka dengan bantuan suami. Saya suka perubahan ini," katanya.

 Bersama Atok tersayang
 Disaat Seorang ayah menyambut kelahiran anak tersayang

 Comelnya Anak Sazzy ( Imaan & Tiara )

Wajah Anak-anak Sazzy + Suami tersayang..

Dan apabila ditanya mengenai perbezaan kehidupan mereka sebelum ini dan sekarang berikut jawapan beliau :
"Ini kerana saya dapat melalui dan mengukuhkan kerjaya saya dan kemudian mengharungi keseronokan berdua dengan suami sepanjang tiga tahun perkahwinan dan selepas itu, muncul pula Iman dan Tiara. Saya rasa perjalanan hidup saya begitu sempurna," ujarnya.

ZoOM : Mendoakan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

Credit : Facebook Sazzy Falak
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Kisah Lawak Pengantin Baru Akad Nikah

Posted: 03 Jul 2011 01:50 AM PDT

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia.Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali.. Aku  pun ikut sama.
Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarangtengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya.

Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar.....Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab " lima ". Tok kadi tanya lagi, bagi  contoh2 najis kecil,
dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mama pengantin tu...bukannye susah, jawapannya anjing ngan K***zir je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi....tok kadi mula senyum...

Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan K***zir la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin
tu keadaan senyap sunyi....tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah"
suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ...taik gajah... betul betul..nak2 bila gajah makan durian...(^_*)


ZoOM : Lawak-lawak, kesian ZOoM dekat pengantin lelaki, tetapi moralnya bersiap sedialah jika ingin berkahwin. Apa Komen anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Mat Rempit Kemalangan Dirawat di Hospital

Posted: 03 Jul 2011 12:30 AM PDT

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah
mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi
telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak
mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.

Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata:
"Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."

Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak
cik boleh begitu yakin, hingga perkataan isya'Allah pun pak cik tak
sebut?".

Sampuk si bapa:
"Masakan besi itu boleh mengenai
otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia
tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer antar
belajar!".

MORAL : JADILAH MAT REMPIT
BEROTAK


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Khasiat Telur Separuh Masak

Posted: 03 Jul 2011 12:16 AM PDT


Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,
"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."
Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.
"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye", kata emaknya.

ZoOM : Iskk Iskk Mak Nyerrr...Ops...!!!

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!