Adsense

Ahad, 24 Julai 2011

borak kosong

borak kosong


Ini katak ke tikus?

Posted: 24 Jul 2011 09:30 PM PDT

Nasikabatrachus Sahyadrensis adalah spesies katak dari keluarga Sooglossidae. Binatang ini dapat ditemukan di wilayah Ghats Barat di India. Bentuk dan gaya hidupnya unik, kerana lebih mirip tikus tanah dibandingkan dengan katak pada umumnya.


Nama-nama umum untuk spesies ini Purple Frog (katak ungu), Pignose Frog (katak moncong babi) atau Doughnut Frog (katak donat). Ditemukan pada bulan Oktober 2003 dan menjadi temuan unik dari wilayah tersebut.


Dibandingkan dengan katak lain, katak ungu ini memiliki kepala kecil dan mempunyai moncong yang tidak umum dan berkulit licin. Katak dewasa biasanya berwarna ungu tua.Setelah dewasa panjang tubuhnya dapat mencapai 7 cm dari ujung moncong hingga tonjolan ekornya. Katak ungu ini juga dapat mengeluarkan suara yang mirip seperti suara ayam.


Spesies ini mula-mula ditemukan di distrik Idukki, Kerala oleh SD Biju seorang peneliti dari Tropical Botanic Garden and Research Institute di Palode, India dan Franky Bossuyt dari Vrije Universiteit Brussel (Free University of Brussels).Namun katak ungu telah dikenal oleh masyarakat tempatan sebelumnya namun tidak dianggap sebagai spesies khas.
Para peneliti awalnya hanya menemukan spesies ini di wilayah Ghats Barat hingga wilayah sekitar Palghat, namun hasil penelitian baru telah mencatat temuan yang lebih luas di wilayah utara Ghats



Katak ungu menghabiskan sebahagian besar waktunya di bawah tanah, muncul ke permukaan hanya sekitar dua minggu, selama musim hujan, untuk tujuan kawin. Gaya hidup tertutup dari katak ungu inilah yang menyebabkan spesies tidak sempat tercatat sebelumnya oleh para ahli biologi.



Tidak seperti banyak spesies penggali lainnya, katak ungu tidak makan di atas tanah, spesies ini didapati memakan tanaman hijau dan serangga kecil di bawah tanah, makanan utama mereka adalah rayap yang mereka tangkap dengan menggunakan lidah panjang mereka.

Saat musim kahwin mereka keluar dan membiarkan diri mengapung di kolam air hujan saat melakukan perkahwinan.

Nama ilmiah katak ungu, berasal dari bahasa Sansekerta nasika (hidung) yang mengacu pada moncong mereka yang meruncing, batrachus diambil dari bahasa Yunani (katak), dan Sahyadri sebagai nama daerah pegunungan di mana ia ditemukan - Ghats Barat.

Banduan saman pihak penjara yang selamatkannya semasa degupan jantung terhenti

Posted: 24 Jul 2011 08:47 PM PDT


DENVER, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pembunuh menyaman pentadbiran penjara di negeri Colorado kerana menyelamatkan nyawanya selepas jantungnya berhenti berdegup.

Banduan berkenaan, Daniel Self (gambar) berkata, dia meminta pengawal-pengawal penjara supaya tidak memulihkannya jika pernafasannya terhenti semasa tidur.

Dia menghidap sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan ke atas pernafasannya.

Dalam samannya, banduan berusia 54 tahun itu mendakwa pihak penjara sengaja enggan menghormati haknya untuk tidak menerima rawatan perubatan apabila pernafasannya terhenti pada tahun 2009.

Menurutnya, dia lebih rela mati selepas didapati bersalah pada 2003 kerana membunuh teman wanitanya Leah Gee, 24, yang mengandung ketika itu.

Kes berkenaan kini diteliti di sebuah mahkamah persekutuan AS. - Agensi

Gila..suami tembak isteri semasa parti harijadi anak

Posted: 24 Jul 2011 07:00 PM PDT


HOUSTON: Seorang lelaki yang menghadiri pesta hari lahir ke-11 anak lelakinya di gelanggang sukan kasut roda menembak mati lima orang termasuk isteri, selepas satu pertengkaran.

Dia kemudian menembak dirinya sendiri selepas kejadian di gelanggang kasut roda antarabangsa di Grand Prairie, Texas. Mangsa yang terbunuh terdiri daripada dewasa dan remaja. Polis berkata, kejadian itu berlaku jam 7 malam kelmarin selepas berlaku pertengkaran antara lelaki itu dengan isterinya. Jurucakap polis, John Brimmer berkata: "Ia berpunca akibat pertengkaran. Kemudian, lelaki itu tiba di parti hari jadi, mengacukan pistol lalu mula menembak." - AP

sumber : myMetro

Alamak..kereta api laju di China dipanah petir

Posted: 24 Jul 2011 06:40 PM PDT


WENZHOU, China - Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh apabila dua kereta api berkelajuan tinggi berlanggar di timur China kelmarin.

Kemalangan tersebut yang turut mencederakan 210 penumpang merupakan nahas terburuk pernah melanda perkhidmatan kereta api China sejak 2008.

Insiden itu berlaku apabila sebuah kereta api berkelajuan tinggi merempuh sebuah kereta api lain yang terhenti di atas sebuah jambatan dekat sini, sekitar 1,380 kilometer ke selatan ibu kota China, Beijing.

Ketika kejadian, kereta api pertama kehilangan kuasa akibat dipanah petir sebelum ia dirempuh sebuah kereta api peluru yang bergerak di belakang kenderaan itu.

Anggota-anggota pasukan penyelamat memasuki bangkai empat gerabak yang terjatuh ke bawah jambatan dalam usaha mencari mangsa-mangsa yang masih hidup.

Menurut agensi berita Xinhua, pihak berkuasa China menghentikan 21 perjalanan kereta api selepas kemalangan tersebut berlaku yang turut mengorbankan dua warga asing. - Reuters

sumber : kosmo online

Baru 13 Tahun, Remaja Ini Memandu Dalam KeadaanMabuk

Posted: 24 Jul 2011 05:40 PM PDT


SYEDNEY - Remaja berusia 13 tahun ditangkap polis setelah didapati memandu kereta dalam keadaan mabuk. Polis mengetahui hal ini setelah menghentikan kereta yang dipandunya.

Polis New South Wales mengaku melihat kereta yang dipandu remaja itu bergerak aneh di jalan raya, Sabtu 23 Julai kelmarin. Kereta itu berjalan di sebuah taman keluarga di kota Kempsey.

"Polis menghentikan kereta itu dan melihat ternyata yang memandunya adalah remaja laki-laki," pernyataan polisi seperti dikutip AFP, Ahad (24/7/2011).

Saat dihentikan, ternyata remaja tersebut tidak sendirian di dalam mobil. Seorang lelaki dewasa dikhabarkan duduk di kerusi penumpang.

Ketika diperiksa, remaja tersebut ternyata meminum alkohol. Remaja itupun didakwa atas beberapa tuduhan pelanggaran lalu lintas. Hal ini termasuk memandu sambil mabuk dan tanpa memiliki lesen memandu.

Sementara lelaki dewasa yang duduk di kerusi penumpang, dituduh mengabaikan keselamatan dengan membiarkan remaja dibawah umur memandu kereta. Tidak hanya itu, lelaki tersebut dianggap melanggar hukum membiarkan remaja tersebut meminum minuman keras.
(faj)

Gila..anak tekak pun ditindik

Posted: 24 Jul 2011 11:01 AM PDT

Gila..pasangan ini jual ketiga orang anaknya demi bermain game online

Posted: 24 Jul 2011 10:45 AM PDT


Dongguan, China – Pasangan muda China telah menjual ketiga anak mereka dengan imbalan wang untuk bermain game online di kafe-kafe internet, laporan sebuah surat khabar China Selatan.

Menurut Sanxiang City News, pasangan ini bertemu di belakang kafe Internet di tahun 2007 dan serasi kerana keduanya menyukai video game online. Setahun kemudian, kedua orang tua muda ini (keduanya di bawah 21 tahun) melahirkan anak laki-laki pertama mereka.

Namun setelah kelahirannya, mereka meninggalkan sang bayi sendirian di rumah sementara mereka pergi untuk bermain game online di sebuah kafe internet yang jarak 30 km jauhnya.

Pada tahun 2009, Li Lin dan Li Juan menyambut anak kedua mereka, seorang bayi perempuan, dan muncul idea keduanya untuk menjual buah hati mereka tersebut demi mendapatkan wang untuk mendanai obsesi permainan online mereka.

Mereka akhirnya melakukannya dan menerima 3.000 yuan (kurang dari 500 dolar AS), yang mereka habiskan untuk bermain game.

Rupanya pasangan ini ketagihan mendapatkan wang secara instan, dan melanjutkan dengan menjual anak pertama mereka dan berhasil mendapatkan wang 10 kali lebih banyak dibanding hasil penjualan anak kedua mereka yakni 30.000 yuan atau sekitar 4600 dolar Amerika.

Perbuatan tak bermoral tersebut kembali mereka ulangi terhadap anak ketiga mereka, yang mereka jual dengan harga 30.000 yuan.

Mereka akhirnya diserahkan kepada pihak berwajib setempat ketika ibu Li Lin mengetahui perbuatan puteranya dan sang kekasih terhadap anak-anak mereka.

Ketika ditanya apakah mereka merindukan anak-anak mereka, kedua orang tua ini menjawab, "Kami tidak ingin untuk membesarkan mereka, kami hanya ingin menjual mereka untuk wang."

Sanxiang City News melaporkan bahawa pasangan tersebut sama sekali tidak mengetahui bahawa tindakan mereka tersebut melanggar hukum.

Sumber : abcnewsradioonline

Umur 25 tahun Ketagih Berpakaian Seperti Bayi [Video]

Posted: 24 Jul 2011 09:45 AM PDT


Riley, seorang warga Buffalo, New York, memiliki kebiasaan yang sangat aneh. Ia menghabiskan waktunya 12 jam sehari dengan berpakaian dan berperilaku seperti seorang bayi. Tak hanya itu, Ia juga telah mengubah cara hidupnya dari seorang lelaki menjadi wanita semenjak 5 tahun yang lalu.



Alamak..ada alat untuk berlatih bercium

Posted: 24 Jul 2011 08:38 AM PDT



Alat ini berfungsi untuk memaksimakan teknik Ciuman, alat ini dibuat oleh seorang seniman iaitu Didier Faustino.

Alat ini merupakan hasil cetak 3D dengan nama Topeng Doppelganger, jadi caranya masing masing pakai topeng ini kemudian bercium.....

Paderi yang dituduh gay mahu lubang duburnya di ukur oleh Pihak Vitican

Posted: 24 Jul 2011 07:40 AM PDT

Father Andrés García Torres meminta supaya dia dibenarkan pergi ke Vatican dan lubang duburnya diukur selepas tidak berpuas hati dirinya dituduh seorang gay. Father Torres telah digantung perkhidmatan dari gerejanya di bandar Fuenlabrada berhampiran Madrid setelah gambar beliau berpelukan tanpa baju dengan seorang pelajar semanari tersebar. Selepas gambar itu tersebar Father Tores juga diarahkan oleh Biskop Getafe supaya berjumpa seorang ahli psaikologis bagi "memulihkan" keingingan homoseksualnya dan dipaksa mengambil ujian HIV.



Walaupun digantung perkhidmatan ahli kariah beliau memberikan sokongan penuh kepada Father Torees. Menurut mereka Father Torres ialah seorang paderi yang ramah dan berjasa kepada masyarakat setempat. Mereka tidak percaya paderi yang mereka sayangi mempunyai hubungan dengan pelajar seminari yang berumur 28 tahun tersebut. Lebih dari 1000 tandatangan berjaya mereka kutip sebagai petisyen membenarkan Father Torres bertugas semula di Gereja Our Lady of Fatima. Ketika ditemuramah wartawan El Pais , Father Torres berkata;
"Saya hanya berkawan dengan pelajar tersebut dan saya mahu pergi ke Vatican supaya mereka boleh mengukur sendiri besar lubang dubur saya. Lihat sama ada ianya besar kerana pernah diliwat!"

Wang Porno Peninggalan Zaman Rome

Posted: 24 Jul 2011 06:48 AM PDT






Siapa yangg menyangka kalau wang syiling peninggalan zaman Rome yang dahulu digunakan untuk jual beli pada zaman kekaisaran itu menyimpan hal aneh dan unik yang agak berbau porno.(sumber)

Hobi aneh sepasang suami-isteri, mengumpulkan sisa makanan para selebriti

Posted: 24 Jul 2011 05:49 AM PDT


Semua yang disentuh berubah menjadi emas!. Mungkin itu adalah istilah yang tepat bagi para selebriti di dunia. Dari mulai pakaian yang dikenakan sampai ke sisa makanan pun mempunyai nilai yang fantastis!.

Michael dan Francesca Bannet. Sepasang suami isteri di Inggris ini memiliki hobi yang pelik kerana hobi mereka berdua adalah mengumpulkan sisa-sisa makanan para selebiriti dunia.

Namun, siapa sangka jika hobi yang terbilang aneh ini justeru boleh menghasilkan wang.
Baru-baru ini mereka berhasil melelong secuil puding sisa makanan Pangeran Charles dengan harga 300 poundsterling.

Sisa puding pewaris takhta Kerajaan Inggeris ini merupakan salah satu koleksi yang dimiliki Michael dan Francesca. Keduanya bahkan membuka museum untuk menyimpan berbagai makanan sisa para selebriti dunia dari berbagai kalangan. Sangat menarik bukan?

Menurut berita yang dilapor dari Dailymail, mereka mengoleksi makanan sisa selebriti dunia, ketika berniat mengumpulkan wang demi membantu biaya pengubatan anak-anak yang terserang kanser pada 2004 lalu. Dan anda pasti dapat menebak bahawa keduanya mendapatkan kejayaan besar dari hobi yang aneh ini.

35 Tahun Produk Apple Dalam 1 Gambar [Infographic]

Posted: 24 Jul 2011 04:40 AM PDT


Seorang seniman bernama Mike Vasilev membuat sebuah gambar yang memeperlihatkan seluruh produk keluaran Apple dari tahun 1976 hingga sekarang. Total terdapat 71 produk yang dipresentasikan secara menarik sesuai tahun pembuatannya.

Pelik...berkhemah di tanah perkuburan popular di Taiwan

Posted: 24 Jul 2011 03:47 AM PDT

VIVAnews - Berjalan menjelajahi keindahan alam sambil mendaki gunung dan berkemah di tengah-tengah suasana kerindangan alam, boleh menjadi hal yang menyenangkan bagi para pecinta alam.

Sensasi angin pegunungan, indahnya matahari terbenam merupakan sesuatu yang dikejar selama bercuti di perkhemahan setelah penat kota yang sibuk. Namun, bagaimana rasanya berkhemah di area perkuburan?

Kegiatan berkemah di perkuburan mungkin pelik. Terbukti, acara mengisi cuti ini tengah diminati para pecinta alam di Taiwan.

Seperti dikutip dari laman Weird Asia News, selama musim panas tahun ini, sejumlah pecinta alam luar mencari psesuatu yang tidak biasa berkhemah.

Sebuah perkuburan 'Sakura Cemetery Park' menjadi lokasi perkhemahan paling popular di Taiwan. Tempat ini menawarkan sesuatu yang tak biasa, berkhemah sambil memandangi nisan-nisan jenazah dan mampu membuat bulu roma merinding.

Perkuburan yang menghadap Timur laut Taiwan ini merupakan kuburan seluas 45 hektar yang dibuka untuk umum sejak dua tahun lalu. Tempat parkir adalah area favorite lokasi perkhemahan.

Ada lebih dari 7.000 makam disana. Namun tersedia 15 perkemahan khusus untuk 10 keluarga. Di salah satu acara berkemah 16 Julai lalu, sebuah band bahkan menghibur 100 keluarga yang sedang berkemah.

Sejak dibuka bulan lalu, tercatat ratusan orang telah menghabiskan malam di akhir minggu. Dan hampir semua malam akhir minggu di bulan Julai habis ditempah.

Pejabat Pemakaman meyakinkan calon pengunjung bahawa keamanan di lokasi tersebut terjamin 24 jam. Mereka pun meyakinkan pengunjung bahawa arwah para penghuni di perkuburan tersebut tidak akan terganggu. Yang pasti, berkhemah di tempat ini, kata mereka, akan memberikan sebuah 'istirahat dalam damai'. Tertarik mencoba?

Hotel Ini Punya Pasukan ‘Anti-Dengkur’

Posted: 24 Jul 2011 02:00 AM PDT


INILAH.COM, London – Pengunjung di hotel internasional ini bakal tidur nyenyak. Pihak hotel telah menyiapkan patroli anti-dengkur dan bilik-bilik berperedam agar tamunya boleh tidur puas.

Crowne Plaza Hotel, seperti dilansir Reuters, memperkenalkan pasukan anti-dengkur atau 'snore patrol' untuk mencegah tamu tertanggu. Mereka telah mencuba metode ini di 10 hotel yang tersebar di Eropah dan Timur Tengah. Enam

Kru yang bertugas sebagai 'snore patrol' akan berjaga di koridor, terutama di zon-zon anti-berisik. Tugas mereka, mendengarkan para tamu yang membuat keributan dan mengganggu tamu lain, termasuk yang berdengkur.

"Kami punya dua tingkat zon anti-bising. Saat Snore Monitor berkawal mereka akan memeriksa keributan dan menjaga keamanan di zon itu," ujar Laura Simspon, Snore Monitor di Crowne Plaza cabang Leeds, Inggris Utara.

Seorang tamu yang mudah terbangun, boleh memesan bilik di zon anti-berisik ini. Sebaliknya tamu yang sering membuat keributan, akan dicatat dan jika lain kali menginap akan ditempatkan di bilik yang jauh dari zon itu.

"Kami akan menyarankan tamu-tamu yang membuat keributan untuk menginap di bilik biasa kami," lanjut Simpson.

Kamar-kamar anti-ngorok ini merupakan fasiliti baru jaringan hotel yang dimiliki InterContinental Hotels Group ini. Tamu juga boleh menikmati teknologi lain seperti peredam dinding dan kepala tempat tidur, bantal anti-dengkur dan mesin white noise.

Mesin white noise merupakan perangkat yang menghasilkan suara dalam karakter, terdengar seperti air terjun deras atau angin bertiup melalui pohon. Alat ini sering digunakan untuk terapi anti-insomnia.

Breast Slap , Cara Unik Perbesar Payudara : Ditepuk-tepuk Hingga Kesakitan

Posted: 24 Jul 2011 01:00 AM PDT


Memiliki bahagian dada indah adalah keinginan setiap wanita. Namun tak semua wanita terlahir dengan bahagian dada yang sesuai keinginan, yang ukurannya canggih.

Sebagai manusia, tentu menjadi hal wajar jika dalam perjalanannya keinginan memperbesar ukuran agar membuat bahagian dadanya nampak indah tercetus, seperti menggunakan cara unik seperti 'Breast Slap'.

Berdasarkan penelitian yang dilakukan pada sekitar 20 orang wanita Thailand berusia 20-60 tahun, teknik ini mampu memperbesar bahagian dada mereka hingga 10 cm hanya dalam enam sesi terapi.

Sesuai namanya, penerapan metode,Breast Slap ini adalah dengan mengurut dan menepuk-nepuk bahagian dada pesakit hingga mereka kesakitan.


Pemerintah Thailand sejak 2003, bahkan telah mendana penelitian khusus untuk teknik ini dan mencadangkan para wanita untuk melepas implan di dadanya untuk beralih ke ?Breast Slap? yang lebih natural.

Breast Slap diperkenalkan oleh Khemmikka Na Songkhla, terapis kecantikan alternatif yang tinggal di Bangkok. Ia mendapatkan ilmu itu dari neneknya, yang rajin mengurut bagian dadanya sejak masih remaja dengan krim herbal kemudian menepuk-nepuknya dengan teknik yang dikenal saat ini.

Selama lebih dari 20 tahun terakhir, Khemmikka yang kini berusia 43 masih aktif melayani pesakit yang ingin memperbesar bahagian dada di kliniknya yang terletak di Bangkok. Ptesakinya datang dari berbagai lapisan usia, mulai dari yang masih 20-an tahun hingga nenek-nenek umur 70-an tahun.

Selain tidak menyebabkan risiko kanser bahagian dada, kelebihan lain dari tepuk bahagian dada adalah tidak memicu pembengkakan dan radang di kelenjar limpa seperti halnya yang terjadi pada implan silikon.

Radang di kelenjar limpa merupakan salah satu dampak terburuk dari kebocoran implan silikon yang menumpuk di jaringan sekitarnya dan dapat merusak sistem kekebalan tubuh.

Satu lagi keuntungannya, dan juga yang utama, adalah soal harga. Jika harga implan silikon bahagian dada boleh mencapai puluhan juta, harga terapi Breast Slap ini hanya sekitar 4.5 juta saja untuk enam sesi terapi. Aman, murah, dan efektif.

Namun jika bayangan bahagian dada Anda "dipukuli" menghantui Anda, tidak ada salahnya jika tetap bertahan dengan cara memperbesar bahagian dada yang lebih alami lagi.


Astagfirullah…Pemerintah Tajikistan Bakal Larang Pemuda Masuk Masjid

Posted: 24 Jul 2011 12:00 AM PDT


REPUBLIKA.CO.ID,DUSHANBE–Kekuatiran pemerintahan sekuler Tajikistan terhadap perkembangan syiar Islam di bekas negara pecahan Uni Soviet itu kian nyata. Khamis kelmarin, parlimen Tajikistan telah sepakat untuk mengesahkan Undang-undang Tanggung Jawab Orang Tua.

Bila undang-undang itu disahkan, secara automatik mereka yang di bawah usia 18 tahun di larang untuk mengunjungi masjid dan mewajibkan mereka untuk belajar di sekolah-sekolah pemerintah yang umumnya sekular. Pemberlakukan Undang-undang tersebut hanya perlu tandatangan Presiden Tajikistan, Emomali Rahmon.

"Undang-undang ini bertujuan untuk melindungi kepentingan generasi mendatang Tajikistan," kata ketua majlis tinggi parlimen, Makhmadsaid Ubaydullayev, seperti dikutip AFP, Jum'at (22/7).

Sebelumnya, pemerintah Tajikistan berdalih Undang-undang Tanggung Jawab Orang Tua merupakan keperluan mendesak yang perlu dipenuhi. Sebab, ada semacam kekuaatiran bahawa perkembangan aktivitis keagamaan, utamanya perkembangan syiar Islam akan berisiko menyebabkan penyebabaran ajaran fundamentalisme.

"Ini adalah hari yang kelam bagi umat Islam. Bahkan pada masa Uni Soviet, undang-undang yang mengarah pada penganiayaan agama tidak ada," papar Ulama Muslim terkemuka Tajikistan, Turadzhonzoda Akbar, yang juga merupakan bekas wakil perdana menteri.

Dikatakan Akbar, kekhawatiran pemerintah tidak beralasan. Bahkan ia menyindir pemerintah perlu mempertanyakan keimanan mereka.. "Negara seolah tidak berkenan masyarakatnya beriman," kritik dia.

Seperti diberikan sebelumnya, kebangkitan Islam di negeri yang berlokasi di Asia Tengah itu begitu pesat. Keadaan itu tidak terlepas dari bubarnya Uni Soviet. Namun, pemerintahan Tajikistan yang berhaluan sekular menganggap aktiviti keagamaan, utamanya syiar Islam, berisiko menyebabkan peningkatan aktiviti radikalisme di negara itu.

Hati-hati, jangan bawa handset ke dalam toilet. Banyak ruginya.

Posted: 23 Jul 2011 11:00 PM PDT


INILAH.COM, Jakarta – Hati-hati, jangan bawa handset ke dalam toilet. Banyak ruginya.

Infographic dari Plaxo menyarankan kita untuk tidak membawanya ke dalam bilik mandi. Menurut survey yang mereka lakukan, membawa handset saat ke toilet lebih banyak ruginya daripada untungnya. Terbukti, bencana terbesar yang paling sering terjadi di bilik mandi adalah kehilangan daftar kontak.

Survey itu menyebutkan, satu dari tiga responden kehilangan handset atau tidak sengaja merusak ponselnya sendiri saat berada di dalam toilet. Sebanyak 19% kes kerana ponselnya tercebur ke lubang toilet. Selain itu, sebanyak 55% tidak sengaja menghilangkan nombor kontak handsetnya sendiri.

Dari jumlah itu, 37% responden yang kehilangan nombor kontak, dengan mudah mendapatkan backup-nya secara online. Sedangkan sebanyak 43% merasa itu tidak masalah, kerana handset mereka tidak digunakan untuk menelefon, melainkan untuk main game dan menjalankan aplikasi.

Inilah Gamera, Kura-kura Berkaki Roda Kerusi

Posted: 23 Jul 2011 10:00 PM PDT


INILAH.COM, Washington – Setelah di potong, kaki kura-kura ini diganti dengan roda kerusi. Ia pun dapat berjalan lagi.

Gamera adalah kura-kura Afrika berusia 12 tahun yang mengalami luka bakar parah yang merosak jaringan kakinya dan berisiko kematian.

Untuk mengatasinya, seperti dikutip dariwsu.edu, Dr. Courtney Watkins dari Washington State University's College Veterinary Medicine, harus memotong kakinya.

Namun Gamera jadi tidak boleh berjalan seimbang. Untuk itu, kaki depannya diganti dengan roda kerusi. Sebuah roda dipasang di cangkang bawah Gamera, dan kini ia boleh berjalan kembali (dengan sedikit gerakan meluncur), dan bisa cari makan sendiri di rumput.