Adsense

Khamis, 9 Jun 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Turntable.FM – Bersosial Alaf Baru

Posted: 08 Jun 2011 05:07 PM PDT





Hari ini Hanz akan memperkenalkan dengan sebuah laman web 'muzik sosial' . Apa yang menarik sangat dengan website ni? Malas nak sembang panjang, korang layari saja http://turntable.fm. Segala panduan untuk pendaftaran dan penggunaan sudah Hanz serta di bawah.


Bagaimana untuk mula berdeejay?

1. Masuk turntable.fm, login menggunakan akaun Facebook atau Twitter.
Turntable.FM - Bersosial Alaf Baru
2. Create room baru atau masuk room yang sedia ada. (Contoh : hanz's room)
Turntable.FM - Bersosial Alaf Baru
3. Kemudian, korang diberi dua pilihan sama ada jadi penonton atau dj. Walau bagaimanapun, hanya 5 orang dibenarkan untuk menjadi dj bagi setiap bilik. Jika ruangan dj penuh, maka korang hanya boleh jadi pendengar dan perlu tunggu sehingga dj lain keluar.
Turntable.FM - Bersosial Alaf Baru
4. Kelebihan menjadi dj adalah korang boleh susun playlist ikut cita rasa sendiri. Kalau lagu yang korang cari tiada, korang boleh upload terus ke dalam playlist.
Turntable.FM - Bersosial Alaf Baru
5. Selesai menyusun, korang perlu menunggu lagu dj sebelumnya habis baru lagu korang dimainkan.
Turntable.FM - Bersosial Alaf Baru
6. Sebagai pendengar korang boleh undi dengan menekan butang 'lame' atau 'awesome' bagi setiap lagu yang dimainkan. Jika seseorang dj menerima undian 'lame' terlalu banyak, secara automatik lagunya akan di-skip. Yang syoknya, sambil mendengar lagu korang juga boleh berborak dengan para dj atau pendengar melalui chat box.
Turntable.FM - Bersosial Alaf Baru
7. Setiap pengguna turntable.fm akan mempunyai poinnya sendiri, yang boleh ditukar dengan avatar. How to earn point? Setiap kali pendengar klik 'awesome' ketika lagu korang mainkan, korang akan memperoleh 1 poin.
Apa tunggu lagi, ayat kira berdeejay sambil bersosial!