Berita Harian: Hip |
Posted: 12 Jun 2011 03:12 PM PDT Hip Neelofa selesa berdiam diri ketika dilanda pelbagai kontroversiNYALAAN sumbu kerjaya seninya bernafas bersama kontroversi. Sejak menjejakkan kaki ke gelanggang seni, Noor Neelofa Mohd Noor, atau Lofa lebih banyak berkisar kepada kisah peribadi. Neelofa juga pernah dilabelkan sebagai perampas apabila didakwa menjadi punca keretakan hubungan pasangan kekasih Shahz Jaszle dan Maria Farida. Terbaru dia dikatakan mempunyai masalah dengan pelakon Nur Fazura gara-gara menjaja kisah cintanya dengan seorang kerabat, sekali gus mengheret nama Fazura dalam cerita peribadinya. Tindakan itu membuatkan Fazura bengang, sekali gus meminta supaya dia tidak lagi dikaitkan dengan urusan peribadi Neelofa memandangkan dia tidak pernah mengenali pelakon itu seperti yang tersiar dalam Hip, 10 Jun lalu. Segala cerita negatif yang tersebar membabitkan pelakon baru itu membuatkan ramai yang sangsi, apa tujuan sebenar Neelofa menceburkan diri dalam bidang seni? Apakah dia menjual bakat atau lebih bersandarkan kepada cerita sensasi, supaya dia boleh mendaki tangga populariti dalam masa yang pendek. Bagaimanapun, biar sehebat manapun virus gosip itu bertebaran, namun kata Neelofa, tiada satu pun yang menjangkiti dirinya. Malah semua cerita buruk mengenai dirinya itu tidak pernah menjadi kudis buatnya kerana dia tahu, dia berada di pihak yang benar."Lofa tidak pernah menjaja cerita yang Lofa mempunyai hubungan dengan kerabat dan membabitkan nama Fazura dalam cerita Lofa itu. Lofa juga tiada sebarang masalah dengan pelakon itu. Apa yang berlaku sebenarnya gosip semata-mata. Sejujurnya, Lofa sudah malas hendak ambil kisah mengenai perkara itu kerana Lofa memang tidak melakukannya. "Seperti juga gosip yang menuduh Lofa seorang perampas sebelum ini, Lofa lebih selesa membiarkan saja. Lama-kelamaan cerita itu senyap begitu saja dan akhirnya terbukti siapa salah dan siapa yang benar," katanya. Begitupun ramai sebenarnya yang sangsi apakah cerita negatif yang timbul ini sebenarnya strategi Neelofa untuk mengecapi populariti secara murahan. Apakah dia membiarkan diri menjadi mangsa gosip dan juga mendedahkan kisah peribadi supaya dikenali dengan lebih cepat. Bersandarkan wajah jelita dan status sebagai selebriti, pastinya ramai jejaka menaruh hati pada pelakon ini dan bercita-cita untuk memilikinya. Namun rasanya bukan calang-calang lelaki mampu mendekati gadis berusia 22 tahun ini. Kalau bukan hartawan atau golongan bangsawan, jangan bermimpi untuk menghampiri. "Lofa bukanlah mencari teman lelaki yang kaya raya ataupun berstatus tinggi. Apa yang penting, lelaki itu mestilah disukai oleh ibu saya. Bagi saya, kalau ibu merestui hubungan itu, lelaki itulah yang akan menjadi calon suami saya. Tapi jika ibu Lofa tidak berkenan dengan calon pilihan Lofa itu, Lofa rela memutuskan hubungan dengannya," tegas gadis berbintang Aquarius ini. Lebih suka bergekar pengacara WALAUPUN tawaran untuk berlakon tak henti-henti bertandang, namun kata Neelofa, dia sebenarnya lebih mencintai bidang pengacaraan. Justeru tawaran daripada pihak KRU Studios untuk dia mengendalikan program Paparazi diterima tanpa banyak soal bicara. "Hakikatnya, Lofa memang meminati bidang pengacaraan dan apabila pihak KRU Studios menawarkan Lofa sebagai pengacara Paparazi, Lofa menjadi cukup teruja. Memang dari dulu lagi Lofa mengintai peluang ini. Bagaimanapun peluang ini hanya tercapai selepas Lofa terbabit dalam bidang lakonan. Tak mengapalah, itu namanya rezeki," ceritanya. Biarpun masih baru dalam bidang itu, Neelofa berkata, semua pengalaman yang bakal dikutip ketika mengendalikan program berbentuk hiburan itu akan digunakan sebagai batu loncatan untuknya menjadi pengacara program berita hiburan terkenal di rantau Asia iaitu E! News Asia. "Memang Lofa bercita-cita untuk menjadi pengacara program itu. Manalah tahu jika rezeki berpihak kepada Lofa satu hari nanti. Jadi buat masa ini, biarlah Lofa kumpul pengalaman terlebih dulu," katanya. Bukan saja darah seni yang mengalir dalam tubuh penyanyi ini, tetapi dia juga mewarisi bakat berniaga dari kedua-dua orang tuanya. Disebabkan minatnya terhadap kasut cukup mendalam, Neelofa mengusahakan perniagaan berkenaan dan ia bermula secara kecil-kecilan, iaitu dijual secara online. "Sebelum ini Lofa hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan iaitu menerusi online saja. Tetapi selepas melihat perniagaan itu mendapat sambutan, Lofa merancang untuk memperluaskan lagi perniagaan itu dan juga membuat penjenamaan semula. Insya-Allah, jika tiada aral melintang, Lofa merancang untuk memperkenalkan kasut jenama sendiri," ceritanya, yang turut merancang membuka kedai sendiri di bawah jenama Neelofa. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Ramlah memikat, Alyah mempesona Posted: 12 Jun 2011 02:59 PM PDT Hip PADUAN dua vokal hebat, Ramlah Ram dan Alyah menyanyikan lagu Hari Raya Hari Bahagia sememangnya membangkitkan lagi mood penonton yang menyaksikan rakaman Konsert Sensasi 2, baru-baru ini. Sesuai dengan lagu yang dipilih, konsert berkenaan dirakam untuk siaran Hari Raya nanti. Kedua-duanya juga tampil anggun bergaya dengan busana menawan di atas pentas, dengan iringan pemuzik di bawah pimpinan komposer terkenal, Helen Yap, yang nyata menghangatkan lagi suasana di dalam auditorium. Selain lagu-lagu Hari Raya, kedua-duanya turut mempersembahkan lagu hit masing-masing di samping lagu nyanyian penyanyi lelaki tempatan.Lagu Apa Khabar Mu Di Sana dan Kau Kunci Cintaku nyanyian Ramlah berduet dengan peserta Tiada Lama Tiada Baharu, Awis, mengimbau kembali nostalgia kegemilangan dirinya suatu ketika dulu. Persembahan mantap dengan gemersik suaranya memang memukau hadirin yang datang menyaksikan rakaman konsert itu. Meskipun usianya sudah 46 tahun, namun bintang kelahiran program Bintang RTM 1985 ini membuktikan, usia bukanlah halangan untuknya terus beraksi di atas pentas dengan vokal yang memukau. Begitu juga dengan imej baru, bertudung, sedikit pun tidak menyukarkan Ramlah untuk meneruskan kerjaya seninya dengan alunan lagu-lagu hit yang masih mendapat tempat di hati peminat sehingga kini.
Begitu juga peminat terpaku tatkala penyanyi dari Johor ini mempersembahkan lagu popularnya, Ketentuan dan Benar Mencintai. Persembahan yang diselang-seli dengan penampilan artis yang mendapat jolokan Lady Gaga Malaysia, Alyah, dianggap cukup serasi. Gandingan mereka dikatakan memang tepat kerana kedua-duanya memiliki suara yang mantap dan bertenaga. Alyah yang tampil bergaya menyanyikan lagi hitnya, Realiti Dewi, Tak Mungkin Kerana Sayang dan Kisah Hati turut menarik perhatian penonton. Pendek kata, malam itu suasana kemeriahan Hari Raya benar-benar terasa apabila menyaksikan dua penyanyi hebat beradu suara di pentas konsert. Kemeriahan lebih terasa tatkala pemuzik serta penyanyi latar yang berbaju Melayu dan kurung tampil menyerikan persembahan. Seperti Ramlah, Alyah turut menyanyikan lagu penyanyi lelaki yang diminatinya. Dia memilih Noktah Cinta nyanyian Hafiz dan Mimpi Yang Tak Sudah nyanyian Ibnor Riza. Memiliki suara yang lunak dan bernada tinggi satu kelebihan kepada Alyah dalam menyampaikan lagu sedemikian, yang membuatkan penonton tidak pernah berasa bosan menyaksikan konsert rakaman selama dua jam itu. Begitupun, suasana pilu terasa apabila lagu Penawar Rindu daripada mereka dinyanyikan khas sebagai penghargaan buat Datin Orkid Abdullah, pejuang lagu asli yang meninggalkan kita buat selama-lama baru-baru ini. Konsert istimewa gandingan baru, lama SELAIN Ramlah dan Alyah, Konsert Sensasi 2 turut menampilkan gandingan artis lain seperti Datuk Jeffrydin dan Mas Idayu, serta Misha Omar dan Tomok. Menurut Penerbit Unit Hiburan TV RTM, Mohd Yusni Mohamed Ali, konsert terbabit diadakan bagi menampilkan kelainan di samping menyajikan persembahan artis terkenal di pagi raya. "Konsert ini akan disiarkan selama sejam setengah di TV2 pada Ogos nanti. Pemilihan Ramlah Ram dan Alyah dibuat kerana kami rasakan adanya keserasian antara dua suara hebat ini. "Bila kita tengok gimik daripada Ramlah dan gaya Alyah, harap-harap ia dapat menarik tontonan penonton nanti. Kami juga akan menyiarkan rakaman di luar studio bersama mereka berdua," katanya. Pemilihan artis dalam Konsert Sensasi 2 dibuat berdasarkan kekuatan vokal serta bagi menyuntik mood raya kepada penonton selain lagu-lagu hit yang menjadi pujaan ramai. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |