Berita Harian: Hip |
Posted: 09 Jun 2011 06:06 PM PDT Hip Penghijrahan membuatkan kehidupan Irma Hasmie kini berasa semakin tenangPENAMPILAN Irma Hasmie yang kini bertudung bukanlah menjadi cerita baru lagi. Dia tidak pula mencanang diri dengan perubahan yang dilakukan itu kerana setiap dilakukan adalah atas kerelaan dan keikhlasannya. Malahan dengan melihat perubahan pada penampilannya, sudah cukup untuk menceritakan mengenai sendirinya. Bagaimanapun, kemunculan dengan imej terbaru itu masih tidak dapat mengelakkan diri Irma daripada gosip apabila baru-baru ini dia pernah dikaitkan dengan Sharnaaz Ahmad. Pengalaman dalam dunia seni menjadikan Irma tidak cepat melatah apabila menghadapi desas-desus seperti itu. Baginya, itulah lumrah dalam dunia hiburan. "Jika betul ada, saya akan bagi tahu. Kalau kita layan khabar angin yang kita sendiri tidak tahu betul atau salah tapi kalau dilayan ia akan jadi fitnah pula," jelas Irma Hasmie, yang masih mengelak untuk menjawab apabila ditanya ura-ura mengenai dirinya yang dilihat bersama, Sharnaaz Ahmad, ketika keluar bersama-sama di sebuah pusat beli-belah di pinggir ibu kota.Irma yang ayu bertudung dilihat lebih berhati-hati mengalun bicara dan setiap percakapannya kini dilihat lebih menjurus kepada dakwah dan bicara kerohanian. "Saya perempuan, takkanlah saya pula yang kena keluar mencari lelaki. Tidak manislah begitu. Kalaupun mahu mencari pasangan lebih baik menggunakan orang tengah supaya ia lebih sopan," katanya yang turut membintangi drama Alauddin dengan memegang peranan sebagai isteri kedua kepada Alauddin yang bukan berdarah raja. "Saya mahu mencari akhirat pula. Kadangkala saya terfikir kenapa tidak sedar dari awal lagi? Kenapa ketika usia saya 29 tahun, baru saya berubah? Tapi saya tetap bersyukur kerana Tuhan buka hati saya," kata Irma yang mahu menjadikan bidang lakonan sebagai medium untuk berdakwah ke jalan yang Esa. Tidak putus-putus mendapat sokongan daripada peminat sehingga dia dibekalkan pelbagai doa keberkatan daripada peminat yang tidak pernah jemu menyokongnya. "Saya senang bekerja di bawah TV Al Hijrah dan setakat ini tidak ada masalah bagi saya yang bertudung untuk berada di dalam bidang seni kerana apabila saya ditawarkan watak, semuanya bersesuaian dan mungkin mereka sudah tahu identiti saya kini "Garis panduan TV Al Hijrah sendiri menetapkan pemakaian tudung dan mereka yang bukan muhrim tidak boleh bersentuhan," katanya ketika ditanya perubahan dirinya itu tidakkah mengganggu perjalanannya sebagai anak seni atau menyekat rezekinya sebagai artis. Irma yang sentiasa memohon kepada Illahi supaya perubahan yang berlaku ke atas dirinya itu tidak hanya separuh jalan, turut melihat perubahan yang dilakukan itu lebih merapatkan dirinya dengan peminat. "Ada juga peminat yang beri saya doa-doa yang boleh saya hafal untuk kesejahteraan hidup," katanya yang melihat perubahan diri sebagai sesuatu yang cukup positif untuk dilakukan. Kerjaya seni tetap diteruskan MENDAMBAKAN lelaki yang beriman, bertanggungjawab dan paling utama mampu membimbingnya ke arah jalan yang benar, Irma membawa watak Tun Senaja yang cemburu kepada isteri pertama Alauddin dan sentiasa menggunakan waris lelaki yang dilahirkan olehnya sebagai cara untuk mengikat Alauddin supaya memberi perhatian kepadanya. "Watak saya dalam Alauddin tidak besar dan saya sendiri tidak rasa puas membawakan watak ini yang cukup istimewa. "Tun Senaja ini bersifat cemburu sehingga melarang Raja Fatimah memegang anaknya dan dia sentiasa mempunyai niat tidak baik kepada Raja Fatimah," terang Irma ketika mengulas serba sedikit plot penceritaan drama bersiri ini. Berbicara berkenaan perjalanan kariernya, Irma masih mendapat undangan pengacaraan dan kini menjalani penggambaran drama Kasih Aliya yang akan bertemu penonton pada Ramadan nanti. Sempat berpesan, Irma mahu media mewar-warkan rancangan terbaru TV Al Hijrah yang akan menjalankan sesi uji bakat dalam masa terdekat iaitu program realiti bertajuk Solehah. "Program ini adalah pencarian wanita idola muslimah yang cukup didikan agamanya dan boleh membimbing ke arah agama dan wanita di luar sana yang berminat menyertai program itu perlulah sentiasa menjadi teman setia untuk mendapat maklumat terkini berkenaan program.," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komensitibelot kalu pakai TUDUNG LABUH lagi cara...tahniah. as irma sangat cantik bila bertudung...alhamdulillah.... AAINI AAISHAH BT ZULKIFLI bagus la tu..... ariana puteri semoga penampilan erma terus kekal dan dijadikan medium dakwah kepada artis lain.. siti hawa inilah yg sebenarnya patut dilakukan oleh pelakon wanita zaman sekarang, perlu ada perubahan yg positif bukannya buka sana sini wanjeff Alhamdulillah..dgn penampilan baru Irma, nampak lebih ayu dan manis sekali.. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 09 Jun 2011 05:58 PM PDT Hip Penganjur nafi proses pemilihan dibuat atas dasar pilih kasihSEDEKAD menjadi platform untuk negara serantau Singapura, Malaysia dan Indonesia memartabatkan artis masing-masing serta memperkembangkan populariti mereka ke negara terbabit, supaya tidak digelar jaguh kampung, nampaknya belum cukup kebal untuk menghalang Anugerah Planet Muzik (APM) daripada terus dilemparkan dengan pelbagai kritikan. Sepatutnya dalam usia sebegitu, acara anugerah anjuran Mediacorp ini sudah tidak perlu dipertikaikan kredibilitinya kerana sejak sembilan tahun penganjurannya ada juga impak positif yang berjaya diketengahkan pihak penganjur. Paling ketara, acara itu berjaya menghimpun pemuzik, karyawan, artis dan peminat muzik serantau serta menyatukan mereka. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sebaik saja wakil penganjur, Amin Hussein, Pengarah Urusan Beyond Events Sdn Bhd mengumumkan senarai Top 5 APM 2011, ramai yang berkerut dahi sebagai tanda tidak berpuas hati dengan senarai finalis yang didedahkan. Bukan saja dilihat sebagai anugerah kronisme kerana kebanyakan calon ada kaitan dengan pihak penganjur, tetapi ramai juga yang tertanya-tanya mengapa kebanyakan artis yang benar-benar popular seperti Yuna dan Mizz Nina tidak termasuk dalam senarai peringkat akhir, walhal penyanyi generasi baru itu sudah mencipta nama sehingga ke Amerika Syarikat.Itu belum lagi persoalan mengenai senarai lagu popular Malaysia yang disenaraikan ke peringkat akhir. Walaupun menggunakan istilah popular, namun itu mungkin sekitar dua tahun dulu dan bukannya sekarang. Pada sidang media selepas senarai Top 5 diumumkan, penganjur diminta menjelaskan persoalan yang ditimbulkan supaya APM yang ke-10 tahun ini tidak dicemari dengan budaya kronisme dan pilih kasih. Menjawab isu panas yang dikemukakan itu, Amin berkata, tidak wujud soal pilih kasih seperti yang dibangkitkan media. Katanya, semua senarai pencalonan akhir melalui satu proses penjurian yang sangat telus.
"Dari segi penjurian, kami memilih juri profesional daripada tiga negara itu. Bagaimanapun, kami tidak dapat mendedahkan siapa mereka kerana itu adalah urusan pihak Mediacorp. Mengenai nama Yuna dan Mizz Nina yang tiada dalam senarai, ia disebabkan mereka tidak menghantar album masing-masing untuk dinilai. "Mengenai isu lagu popular yang dikatakan sudah tidak relevan dengan situasi masa kini pula, ingin saya jelaskan bahawa untuk kategori itu sebenarnya, kami melihat dari segi lagu yang paling banyak dimuat turun peminat. Kami mendapatkan senarai itu daripada tiga syarikat telekomunikasi," terang Amin panjang lebar. Batal kerana kesuntukan waktu TAHUN lalu, sepatutnya acara ini diadakan di Malaysia selepas Indonesia pada tahun sebelumnya. Namun entah di mana silapnya, APM tidak diadakan pada tahun itu. Tindakan penganjur membatalkan acara berprestij itu dilihat seperti mereka tidak serius dalam menganjurkan APM yang dianggap penting untuk memartabatkan industri muzik negara serantau. "Kami memang serius menganjurkan acara itu, namun apa yang berlaku tahun lalu adalah disebabkan masalah teknikal dan juga ketiadaan bajet. Disebabkan kesuntukan masa, jadi kami terpaksa membatalkan acara itu walaupun pada awalnya kami merancang mengadakan sambutan besar-besaran menjelang sambutan ulang tahunnya yang ke-10. "Bajet untuk menganjurkan acara itu bukannya calang-calang. Di Singapura saja, jumlah yang diperlukan adalah lebih kurang RM1 juta. Bagaimanapun, kami akan sedaya upaya untuk menganjurkan acara ini setiap tahun walaupun ada kekangan dari segi kos penganjuran," kata Amin sambil menjelaskan senarai pencalonan tahun ini meningkat sebanyak 33 peratus. Sebanyak 15 kategori dipertandingkan pada tahun ini dan maklumat mengenai senarai penuh pencalonan akhir boleh dilihat menerusi laman sosial https://www.facebook.com/Anguerah.Planet Didie pengacara baru APM BUKAN lagi Aznil Nawawi tetapi tanggungjawab sebagai pengacara majlis anugerah itu bakal terletak di bahu pelakon yang sering membawakan watak komedi, Didie Alias. Jika ramai yang terkejut dengan pengumuman itu, apatah lagi dengan si empunya diri. Sebaik saja diberitahu penganjur berminat untuk melamarnya menjadi pengacara APM dan digandingkan dengan pengacara popular dari Singapura dan Indonesia, Didie mengakui khabar itu cukup mengejutkannya. "Apabila mereka kata mahu melamar saya menjadi pengacara APM, saya terus terbayang wajah Aznil di depan mata. Memang terkejut kerana tidak sangka ditawarkan dengan tugasan yang saya anggap mencabar itu. Saya ada juga menonton APM dan saya tak nafikan, tanggungjawab saya cukup besar. Saya harap semuanya akan berjalan lancar," katanya. Sambung Didie yang sejak kebelakangan ini begitu terkenal dengan imej pelik ala penyanyi sensasi Lady Gaga, dia menerima jawapan melucukan daripada penganjur sebaik saja ditanya mengapa dirinya menjadi pilihan. "Bila saya tanya Amin mengapa mereka memilih saya, jawapan yang diterima adalah, sewaktu dia sedang memikirkan siapakah pengacara yang sesuai, tiba-tiba wajah Didie hadir dalam mimpinya. Jawapan spontan itulah yang membuatkan saya ketawa. "Memandangkan acara ini akan berlangsung tidak lama lagi, saya akan gunakan waktu yang ada untuk mengkaji gaya pengacaraan hos sebelum ini. Pesan penganjur, mereka tidak mahu terlalu formal dan mahu saya mengendalikan acara itu dengan penuh santai, dengan cara saya tersendiri," kata Didie yang muncul dengan gaya rambut ala Marilyn Monroe pada majlis yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Rabu lalu. APM bakal berlangsung pada 15 Julai ini bertempat di Max Pavilion, Singapore Expo, jam 8.30 malam. Antara artis yang mengadakan persembahan termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah, Faizal Tahir, Hady Mirza, Melly Goeslow, Rossa dan Afgan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |