Adsense

Isnin, 11 April 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Temubual Eksklusif Bersama Wings di Latihan Konsert Opera Hidup

Posted: 11 Apr 2011 11:04 PM PDT

Pada 7 April (Khamis) lalu, Budiey berkesempatan untuk melihat sesi latihan & rehersal band tersohor Wings yang akan tampil dengan Konsert Opera Hidup.

Perjumpaan dibuat di Studio Anggerik di mana menjadi tempat latihan mereka. Terima kasih kepada Kak Aida sebab sudi menjemput Budiey bertemu secara ekslusif dengan anggota kumpulan Wings. Sayangnya, pada hari tu, Budiey tak dapat jumpa Awie sebab pada hari tu, Awie bercuti untuk berehat selepas berpenat lelah melakonkan watak Lat dalam Teater Muzikal Lat Kampung Boy di Istana Budaya.

Temubual Budiey Bersama Joe Wings Konsert Wings Opera Hidup

Temubual Budiey Bersama Bombay – Penganjur Konsert Wings Opera Hidup Wings

Temubual Bersama Wakil Penaja Harley Davidson Konsert Wings Opera Hidup

Cakap pasal Awie, memang jadual vokalis Wings ni sangat padatlah nampaknya. Selepas Lat Kampung Boy, Awie akan menerajui Konsert Opera Hidup pula.

Untuk info pembaca, Konsert Opera HIdup Wings akan berlangsung pada 30 April hingga 1 Mei 2011 ini di Istana Budaya. Dianjurkan oleh Bombay Worldwide, Anggerik Event dan Red On Black, konsert ini akan memperkenalkan beberapa ikon rock lagenda yang popular yang digelar Superfriends & juga penampilan khas dari Orkestra Simfoni Kebangsaaan.

Wings

Ikon-ikon rock yang terlibat adalah seperti Ramli Sarip, M.Nasir, Nash, Yantzen, Mus (May), Hattan, Lan Typewriter, Rosli Mohalim, Man Kidal, Kid Search, Hillary Ang, Yan, Edrie Hashim, Ujang Yukimon, Yazit Search, Rozario Rasul, W Izad GMG dan Lola. Selain itu, ada juga penampilan dari penyanyi baru seperti Black dan Jaclyn Victor.

Tinggal lagi 2 minggu, Wings kini sedang bekerja keras berlatih bagi memastikan persembahan mereka dingati sampai bila-bila. Boleh dikatakan persediaan dah ditahap 70%. Dari segi susunan muzik akustik dan orkestra, Wings terpaksa membuat sedikit kelainan. Nak tahu, apa yang lainnya, kenalah beli tiket dan tonton sendiri konsert ini. Budiey diberitahu, latihan telah bermula seawal 2 bulan yang lalu di mana latihan untuk orkestra dibuat berasingan dan mereka akan bertemu di Istana Budaya untuk menyatukan muzik rock dan orkestra 2 minggu sebelum tarikh persembahan bermula.

Budiey sempat menemubual Joe Wings, Bombay dan juga wakil dari penaja iaitu Harley Davidson yang turut hadir semasa sesi latihan. Mereka semua bersetuju dan mengatakan konsert ini adalah satu rock gathering yang mengumpulkan semua kawan-kawan yang pernah berjuang mengangkat muzik rock satu ketika dulu. Bak kata Joe Wings, ini satu tribute kepada ikon-ikon rock yang pernah mencipta satu fenomena dari tahun 80an dulu hingga kini. Kalau dilihat dari segi idea pun, konsert ini sebenarnya diusul oleh Istana Budaya sendiri yang ingin meremajakan pentas terulung negara itu. Tengoklah kesannya kini di mana ramai remaja dan anak muda belia sudah tak ralat untuk berlabuh di kerusi Istana Budaya. Bukan setakat ada teater dan bangsawan serta seni kebudayaan, ruang pentas Istana Budaya sekarang sudah untuk rockers-rockers juga.

Cuma sudah tentu, ada syarat-syarat yang diberikan kepada penganjur konsert rock kerana Istana Budaya masih lagi terikat dengan beberapa etika yang perlu dipatuhi terutama dari sudut persembahan mestilah ada keunikan dan kelainan yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Walaupun sebelum ini Wings pernah tampil dengan konsep rock-estra, namun kalau nak dikira di Istana Budaya, masih belum lagi persembahan seperti ini dibuat. Di mana, jam 3 petangnya, Wings akan bersama Superfriends bergema dengan lagu-lagu semi-akustika dan sebelah malamnya pula Wings bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan. Dek kerana kelainan ini, dikatakan tiket untuk sebelah malam laris dijual.

Maka, tercatit dalam sejarah, Wings merupakan band rock Malaysia yang pertama mempersembahkan konsep seperti ini di Istana Budaya. Tahniah Wings! Korang semua otai-otai rockers sejati, okay!

Budiey tak sabar nak dengar dan menikmati konsert Opera HIdups ini sebab Wings dah janji nak kasi yang terbaik di mana sebanyak 18 buah lagu akan berkumandang di sebelah petang dan lebih 20 buah lagu akan bergema di sebelah malam bersama orkestra. Tiada lagu medley kerana semua lagu-lagu penuh dimainkan. Semua ini untuk kepuasan peminat. Joe Wings berjanji, peminat yang datang akan mengenang konsert ini sampai bila-bila sebagai satu kenangan terindah dalam hidup mereka.

Nak tahu lagu apa? Mmm, Budiey boleh kasi lagu-lagu yang menurut Joe Wings, lagu-lagu ini jarang dimainkan sebelum ini secara live seperti Di Ambang Wati, Dalam Kehadiran Sofiah dan Bujang Senang. Sebelah petang pula, ada lagu-lagu yang dinyantikan oleh Superfriends seperti lagu M.Nasir akan dinyanyikan oleh penyanyi lain. M. Nasir pula takkan nyanyi lagunya sendiri… sebab untuk lebih gempak lagi, baik M.Nasir diberikan lagu-lagu yang belum pernah dia nyanyikan secara live.

Pihak Harley Davidson, yang merupakan penaja utama untuk konsert ini begitu teruja dan excited giler apabila dapat bekerjasama menjayakan konsert. Untuk memeriahkan lagi, satu pameran dari Harley Davidson akan diadakan di luar Istana Budaya untuk pengunjung dan peminat motor Harley Davidson & kereta Ferrari. Pameran bermula jam 10.30 pagi sehinggalah malam.

Pendek kata, motor-motor besar Harley Davidson boleh dilihat di mana-mana sekitar Istana Budaya itu. Bahkan, semasa persembahan juga ada kejutan untuk peminat. Jadi jangan pula terkejut kalau motosikal berkuasa tinggi ini berderum kuat di pentas IB sepanjang Konsert Opera Hidup ini.

Menurut Joe Wings, motosikal Harley Davidson dan muzik rock adalah satu sinonim dan ianya tak boleh dipisahkan. Ternyata ramai sekali rockers yang suka bawa Harley Davidson. Awie sendiri adalah ahli HD yang memiliki motor berkuasa tinggi. Jadi Wings dan penganjur rasa sangat bertuah kerana syarikat besar bertaraf antarabangsa tampil menjadi penaja konsert. Sebelum ini juga, Harley Davidson pernah menaja Wings semasa menjelajah satu Malaysia selama 4 hari.

Jadi, dengan penajaan ini, nama Wings berada di tahapnya yang tersendiri.

Budiey difahamkan Wings akan mengadakan satu lagu sidang media pada 21 April ini di mana sidang media ini adalah yang terakhir sebelum konsert ini berlangsung.

Budiey dengar tiket berharga antara RM65 hingga RM125 telah habis dijual. Terutama tiket sebelah malam, memang cepat dan laris macam goreng pisang panas.

Oleh itu, tiket-tiket lain yang berharga RM165, RM205, RM245, RM305, RM450 boleh lagi didapati melalui www.ticket2u.biz dan www.sayap2wings.com

konsert wings opera hidup

Wings

Wings

IMG_7582

Wings

Wings

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Wings Mahu Cipta Sejarah di Konsert Opera Hidup
  • Konsert Double Trouble Wings & Search
  • Konsert Double Trouble Search & Wings Stadium Larkin, Johor Bahru
  • Gambar Awie Wings di Sidang Media Cuci The Musical 2
  • Behind The Scenes Temubual Eksklusif Bersama 3 Macan
  • Foto Sekitar Konsert Boyz II Men di Arena of Stars, Genting Highland
  • Konsert Roket! Destinasi: Bintang Hafiz, Aril dan Akim
  • Sunday Nite Live Ulangtahun ke 21 Wings @ Planet Hollywood
  • Senarai Semua Lagu Konsert Akhir AF5
  • Afgan, Jamal Abdillah, M.Nasir di Mini Karnival dan Konsert Inspirasi TV3
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Astro Prima Anjur Pertandingan Nyanyian Kilauan Emas

    Posted: 11 Apr 2011 03:25 PM PDT

    Astro dah lahirkan bakat-bakat baru menerusi Akademi Fantasia dan kini Astro juga bakal melahirkan bintang di kalangan mereka yang berumur 45 tahun ke atas pula. Pada hari ini, Astro Prima telah memperkenalkan sebuah lagi program berbentuk pertandingan nyanyian yang diberi nama Kilauan Emas.

    Sekitar Sidang Media Kilauan Emas Astro Prima

    Dengan adanya, Kilauan Emas nanti, pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang ada bakat menyanyi akan jadi bintang. Mana tahu kan? Sudah tentu, ramai kat luar sana yang ada bakat tapi tiada platform nak tunjuk bakat. Lagi pun, pertandingan ini terbuka kepada semua orang, tak kira bangsa, tak kira agama, tak kiralah, kalau anda artis pun boleh masuk. Syaratnya, kenalah berumur dari 45 tahun ke atas.

    PC Kilauan Emas

    Yang penting, pertandingan ini dilihat sebagai medan untuk makcik dan pakcik kita meningkat daya keyakinan diri, kesungguhan dan keazaman di samping dapat berhibur. Teringat Budiey dengan program-program Astro sebelum ini yang melibatkan makcik dan pakcik ni. Dulu pernah, masa program Glamor Raya bersama Aznil dulu, ramai makcik melaram bukan main nak nyanyi lagu raya. Glamor boleh masuk TV.

    Tapi mungkin juga ada tanggapan negatif masyarakat di luar sana, bila tengok orang tua menyanyi di kaca TV, ada pula yang kata, orang tua tak sedar diri, rumah kata pergi, kubur kata mari. Apa-apa pun, ada dari kita yang merasakan platform ini memberi peluang untuk mereka menikmati dan mendengar semula lagu-lagu yang mungkin sudah lama tak didengar yang pernah popular suatu ketika dulu.

    Pencarian peserta Kilauan Emas akan dimulakan tak lama lagi menerusi sesi uji bakat di empat buah negeri iaitu Johor, Kuantan, Pulau Pinang dan Selangor.

    Untuk info, Kilauan Emas yang turut mendapat kerjasama dari pihak penaja Polident ini juga akan dibahagikan kepada empat zon iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah dan Zon Timur. Semua peserta akan berentap bagi merebut gelaran juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20ribu.

    Raja Azura

    Kilauan Emas akan dihoskan oleh Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau lebih dikenali sebagai Kak Engku. Akan mula disiarkan bermula 24 Jun 2011.

    Hadiah utama untuk Kilauan Emas ini ialah wang tunai sebanyak RM20,000, tempat kedua RM15,000 dan tempat ketiga sebanyak RM10,000.

    PC Kilauan Emas

    Pengurus Saluran Astro Prima, Encik NIzam Sani

    Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Encik NIzam Sani berkata, "Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan Astro Prima sebagai sebuah saluran keluarga yang menghiburkan, kami bawakan pula sebuah program Kilauan Emas yang merupakan sebuah lagi testimoni saluran ini dalam menawarkan program-program hiburan beraneka genre dan format khusus untuk tontonan ramai.

    "Setiap generasi penonton sasaran berhak untuk menikmati hiburan yang sesuai dengan usia dan kecenderungan mereka. Oleh yang demikian, kami berasakan sudah tiba masanya bagi pihak Astro untuk menyediakan platform kepada generasi ini pula untuk menonjolkan bakat yang ada tetapi mungkin tidak berpeluang untuk berbuat sedemikian sebelum ini."

    Untuk musim pertama ini, Astro begitu yakin program ini dapat menarik perhatian ramai penonton..

    Sohaimi Meor Hassan

    Sohaimi Meor Hassan

    Penaja utama Kilauan Emas ini ialah Polident, sebuah produk khas penjagaan untuk pemakai gigi palsu dan Radio Sinar FM sebagai radio rasmi. Maka, selaras dengan penglibatan Polident, yang mana dapat membantu meningkatkan daya keyakinan diri dan kualiti hidup pemakai gigi palsu. Ini ditekankan sendiri oleh Phoon Shi Fun, Pengurus Kategori GlaxoSmithKline Consumer Healthcare yang turut hadir di majlis sidang media petang tadi. Produk ini dikilangkan di Ireland dan diperakui oleh Australian Dentist Prosthetists Association (ADPA).

    Pihak produksi akan mengunjungi empat buah negeri untuk mencari peserta yang layak. Antara lokasi ujibakat Kilauan Emas ialah:

    1. Skudai Parade, Johor Bahru – Zon Selatan pada 7 & 8 Mei 2011

    2. Berjaya Megamall, Kuantan – Zon Timur pada 14 & 15 Mei 2011

    3. Plaza Alam Sentral, Shah Alam – Zon Tengah pada 21 & 22 Mei 2011

    4. Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang – Zon Utara pada 28 & 29 Mei 2011

    Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan.

    Syarat-syaratnya, dah tentu kena menjadi warganegara Malaysia yang berumur 45 tahun ke atas dan perlu membawa salinan kad pengenalan serta sekeping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang). Para peserta juga kena pilih satu lagu untuk dipersembahkan berdasarkan senarai lagu wajib yang telah disediakan.

    Sepuluh lagu wajib yang ditentukan ialah:

    1. Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu – Ramlah Ram
    2. Di Persimpangan Dilemma – Nora
    3. Seri Dewi Malam – Sharifah Aini
    4. Gerhana – Kembara
    5. Ku Pendam Sebuah Duka – Khatijah Ibrahim
    6. Sampaikan Salam Cintaku – Alleycats
    7. Epilog Cinta – Sohaimi Meor Hassan
    8. Akhirnya Kini Pasti – Anita Sarawak
    9. Sejati – Wings
    10. Widuri – Broery Marantika

    Nasib para peserta akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri yang mana dua orang peserta terbaik akan dipilih untuk mewakili setiap zon seelum mara ke peringkat seterusnya. Ini bermakna tiada undian SMS diperlukan untuk menang dalam pertandingan ini.

    Peserta akan diadili oleh juri yang dilantik iaitu penyanyi Sohaimi Meor Hassan dan Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Binti Ariffin. Mereka akan menilai bakat peserta dari segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, tempo serta kreativiti dan penghayatan persembahan.

    Kilauan Emas akan disiarkan bermula 24 Jun 2011 dengan 4 buah episod pengenalan Zon Kilauan Emas setiap Jumaat jam 7.30 malam di Astro Prima.

    Pentas Kilauan Emas pula akan disiarkan setiap Jumaat jam 9 malam dengan 5 buah episod selama 90 minit.

    Profil Kilauan Emas akan menyusul setiap Jumaat jam 7.30 malam sebanyak 2 episod selama 30 minit.

    Manakala, malam Kemuncak Kilauan Emas akan disiarkan pada hari Jumaat, 28 Julai 2011 jam 9 malam.

    Budiey: Selamat Hari Jadi buat pelakon Remy Ishak. Usia dah lanjut, bila nak kawin bro?

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Kak Engku di Sidang Media Kilauan Emas
  • Astro Anjur Karnival Pembelajaran Untuk Kanak-Kanak
  • Suatu Ketika Papar Kisah Sejarah
  • Drama Selembut Sutera Kilauan Mutiara Lakonan Emelda Rosmila
  • Perlawanan Bowling Piala Apa-Apa Aje & Remaja
  • Gambar Siti Nurhaliza di Rumah Terbuka Media Prima 2010
  • Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010
  • Karnival Pembelajaran Untuk Kanak-Kanak Astro
  • Ujibakat Raja Lawak Musim 5
  • Fouziah Gous Bergaun Emas di Red Carpet FFM23
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.