Adsense

Khamis, 7 April 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Minyak F1 Petronas Terbaru Lebih Kuasa Pecutan, Lebih Menjimatkan.

Posted: 07 Apr 2011 09:34 PM PDT

Musim F1 di Malaysia yang akan bermula pada 8-10 April ini membuatkan kami teruja untuk melihat sendiri Michael Schumacher & Nico beraksi memandu kereta Mercedes GP Petronas di litar Sepang. Hari Rabu lepas, kami berkesempatan berjumpa dengan Michael Schumacher & Nico dalam sesi meet & greet, sekitar pukul 4.30 pm.

Kami salam Schumacher kuat-kuat & berkata , "Schumacher, maybe kalau kita berlawan di atas litar, aku akan kalah. Tetapi kalau kita lawan di PS3, belum tentu tau siapa yang menang, okay! Kalau berani, jom sepam!" Ah, angan-angan sahaja.

Terkini, kami nak sampaikan berita gembira kepada peminat racing tanah air. PETRONAS Dagangan Berhad akan melancarkan minyak terbaru mereka yang diinspirasikan daripada teknologi F1 pada 10 April 2011(Ahad) ini.

Menurut Pengurus Besar Petronas Dagangan, Izuddin Husaini Mohd Yusof berkata, "Daripada ujikaji yang kami jalankan setakat ini, keputusan menunjukkan formula minyak kami dapat meningkatkan kuasa pecutan dan penjimatan dari segi jarak kilometer."

Pihak R&D PETRONAS sudah melakukan ujikaji rawak terhadap 50 kenderaan melibatkan perjalanan melebihi 25 000km sejak 6 bulan yang lepas. Keputusan ujikaji jelas menunjukkan bahawa 90% daripada pengguna rawak memilih minyak terbaru yang memberikan lebih kilometer & lebih kuasa pecutan.

Berita gembira daripada PETRONAS ini bisa membuatkan para pengguna seperti anda berasa lega ekoran krisis minyak yang melanda seluruh dunia baru-baru ini. Kini, anda boleh memilih minyak baru PETRONAS bagi menikmati kuasa pecutan, serta penjimatan kilometer bagi setiap sen yang dikeluarkan.

Apa pun, kita nantikan sahaja debaran minyak baru PETRONAS pada 10 April 2011 ini. Sebentar tadi, kami terjumpa cabaran "Fuel Up Promo" yang dianjurkan oleh PETRONAS pada hari pelancaran bermula 5.30 petang sehingga 8.30 malam. Rasa macam misteri je sebab waktu pertandingan amat singkat.

Hadiah-hadiah misteri ditawarkan untuk peserta yang datang menyahut cabaran di stesen Petronas. Apa bentuk cabarannya, kita nantikan sahaja pada 10 April ini. Untuk keterangan lanjut, anda boleh ke www.facebook.com/petronasbrands

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sharifah Amani & Azma Aizal Yusoof Bercinta?

Posted: 07 Apr 2011 09:15 PM PDT

Azma Aizal Yusoof merupakan nama baru buat pelakon drama Sindarela, Isma Yusoof dikatakan sedang dalam percintaan bersama Sharifah Amani. Rakan media, Beautifulnara berjaya mengorek rahsia kasih cinta mereka berdasarkan bukti-bukti yang terdapat di laman Facebook.

Azma Aizal Yusoof dikatakan pernah meng'update status facebook selepas upload gambar di atas dengan ayat, "Ya Allah kekalkan lah hubungan kami. Thanks sayang sebab selalu sejukkan aku di saat aku kepanasan. I LOVE U!" Kami tak tahu macam mana Sharifah Amani sejukkan Azma Aizal… eh susah lah. Guna Isma Yusoof kan senang sikit kami nak taip!

Bukan itu sahaja, terdapat bukti status "in a relationship" antara Azma Aizal Yusoof & Sharifah Amani di Facebook. Andai kata betul mereka berdua bercinta, harap anda di luar sana yang memasang harapan untuk menekel Sharifah Amani tidak kecewa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.