Adsense

Rabu, 13 April 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Keterujaan trio bintang West End

Posted:

Keterujaan trio bintang West End

Keterujaan trio bintang West End



SUDAH menjadi adat bagi seseorang yang bergelar penyanyi atau pelakon, pastinya mereka akan teruja apabila dijemput membuat persembahan di negara luar.

Walaupun sudah bergelar bintang besar di negara sendiri, Stephen Rahman-Hughes, Ramin Karimloo dan Simon Bailey begitu teruja apabila mendapat jemputan untuk mempersembahkan bakat mereka dalam dunia teater di Malaysia.

Bakal beraksi menerusi konsert yang dinamakan West End Stars in Concert, ia merupakan buat julung-julung kalinya Stephen, Ramin dan Simon digabungkan dalam satu persembahan teater muzikal oleh produksi tempatan, Enfiniti Vision Media yang diterajui oleh Datin Seri Tiara Jacquelina.

Melihat senario industri teater muzikal tempatan yang kian popular dan digemari rakyat Malaysia, Tiara mengambil pendekatan untuk menyajikan pula sesuatu yang berbeza kepada masyarakat.

"Sesiapa yang meminati teater muzikal antarabangsa pasti mengenali mereka bertiga. Mereka adalah tiga nama besar di pentas teater West End di London. Pastinya peminat teruja untuk menyaksikan persembahan mereka di sini kelak.

"Kita bertuah kerana peminat teater muzikal kita adalah dari golongan muda yang mana berbeza di negara Barat kerana peminat teater di sana adalah dari golongan yang sedikit berumur.

"Justeru, konsert ini adalah untuk peminat di Malaysia yang tidak berkesempatan melihat mereka di sana, lalu kami bawakan ke sini," ujar Tiara semasa ditemui pada sidang akhbar yang berlangsung di Sky Lounge, The Ascott, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Antara ketiga-tiga bintang West End ini, seperti yang diketahui umum, nama Stephen Rahman-Hughes bukanlah nama asing bagi peminat dan penonton tempatan, memandangkan dia pernah tampil sebagai Hang Tuah di dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang dan yang terbaru menerusi filem terbitan KRU, Hikayat Merong Mahawangsa.

Pelancong asing


DARI kiri: Ramin, Stephen dan Simon berjanji akan menampilkan persembahan hebat dan indah buat penonton.


Walaupun ini bukan buat pertama kali dia tampil di hadapan penonton Malaysia membuat persembahan pentas, keterujaan Stephen bagaimanapun sangat terserlah apabila mendapat peluang untuk sama-sama menyanyi di atas pentas bersama dua rakan baiknya, Ramin dan Simon buat julung-julung kalinya itu.

"Selain teruja, ini merupakan peluang yang baik untuk saya kerana dapat bergabung bersama Ramin dan Simon buat pertama kalinya dan itu pun selepas beberapa tahun berbincang dan cuba menyesuaikan dengan jadual masing-masing.

"Di samping itu juga, saya turut gembira kerana dapat menyanyikan sebuah lagu berbahasa Melayu bersama salah seorang penyanyi hebat tempatan iaitu Jaclyn Victor dan saya juga tidak sabar untuk membuat persembahan di samping ketiga-tiga Simon, Ramin dan Jaclyn," tutur Stephen yang akan turut menyampaikan lagu Di Puncak Tertinggi, yang pernah dipopularkan dalam teater Puteri Gunung Ledang The Musical.

Idea penggabungan tiga nama besar West End itu telah dicetuskan oleh Stephen selepas berpeluang mengadakan konsert tertutup bersama Ramin di Kuala Lumpur beberapa bulan lepas.

Tambahnya, jika diamati industri teater muzikal telah berkembang dengan pesat di Malaysia, tetapi kebanyakannya adalah produk tempatan.

Justeru, kehadiran Stephen, Ramin dan Simon boleh dianggap sebagai satu lagi usaha mendedahkan penonton di sini untuk benar-benar memberi mereka peluang menyaksikan sendiri persembahan dari luar negara yang mereka minati dan mungkin tidak berpeluang menyaksikan di sana.

Justeru, adakah Stephen menjadi daya tarikan utama buat penonton menyaksikan konsert itu nanti?

"Perkara ini harus diberi peluang kerana ini adalah cubaan pertama dan jika ia diuar-uarkan dengan meluas, dan orang ramai benar-benar faham, tidak mustahil mereka akan hadir menonton kami."

"Penjualan tiket berjalan dengan baik sekali jadi saya dapat rasakan penonton di Malaysia juga teruja menyaksikan persembahan kami.

"Tidak dinafikan juga, saya merupakan jambatan yang menyambungkan teater muzikal Malaysia dan West End kerana telah dikenali dari Puteri Gunung Ledang dan Merong Mahawangsa," jelas Stephen yang juga pernah menjadi seorang koreografer sebelum menceburkan diri dalam bidang nyanyian.

Sementara bagi jejaka yang berdarah kacukan Iran dan Kanada, Ramin Karimloo pula, ini bukanlah pertama kali bagi dirinya menjejakkan kaki di Malaysia.

"Saya pernah berada di sini 18 bulan yang lalu untuk mengadakan konsert tertutup bersama Stephen dan sebenarnya ia sangat seronok berada di sini.

"Sebelum ini saya pernah katakan kepada Stephen yang mana saya tidak mahu terikat dengan terlalu banyak konsert kerana kesibukan jadual saya di London.

"Namun, jika rakan baik saya mahu menjayakan konsert ini di Malaysia, saya akan cuba sedaya upaya mencari masa untuk penonton di sini," jawab Ramin yang turut menegaskan cuaca panas di Malaysia amat baik untuk kulit dan suara.

Sememangnya industri teater muzikal kini sedang berkembang, akan tetapi, negara kita jarang disajikan dengan persembahan teater dari luar negara.

"Ia sebenarnya agak mengejutkan saya. Kenapa bandar raya besar seperti Kuala Lumpur ini tidak mempunyai banyak konsert.

"Ini kerana di samping dapat berhibur, ia juga dapat meningkatkan ekonomi negara dengan kemasukan pelancong asing untuk menyaksikannya di sini," ujar Ramin yang juga berharap akan dapat kembali semula ke Malaysia untuk melakukan persembahan.

Pat Ibrahim


JACYLN (tiga dari kanan) meraih peluang keemasan bergandingan dengan tiga nama besar West End Theatre, London ini hasil usaha produksi Tiara (dua dari kiri), Enfiniti Vision Media.


Berbeza pula dengan Simon Bailey yang pertama kali menjejaki bumi Malaysia. Baginya, pengalaman berada di sini yang diceritakan oleh bapa dan kakaknya tidak lama dahulu membuat dirinya teruja sejurus selepas turun dari kapal terbang.

Setelah diajak oleh rakannya, Stephen untuk mengadakan persembahan di sini, Simon mengakui ia merupakan bonus bagi dirinya untuk sama-sama dapat menghiburkan penonton dan peminat teater di sini.

"Kami harap bintang West End akan dapat menghiburkan peminat di sini bukan hanya dua hari sahaja tetapi dalam jangka masa yang sedikit panjang.

Mungkin ini baru permulaan bagi kami dan kami akan pastikan penonton semua akan mendapat pengalaman yang indah," tutur jejaka kelahiran London yang sudah 20 tahun mempunyai pengalaman dalam bidang nyanyian.

Konsert yang berdurasi selama 90 minit ini akan menyaksikan hasil sentuhan tarian oleh koreografer terkenal Pat Ibrahim kembali bekerjasama dengan Enfiniti.

Alunan muzik pula akan diterajui oleh pemuzik berbakat, Lee Sze Wan yang mana pernah mempunyai pengalaman berada di beberapa produksi dalam pementasan Broadway.

Antara lagu yang bakal dipersembahkan termasuk lagu-lagu dari teater Wicked, Les Miserables,We Will Rock You, The Phantom of The Opera, West Side Story dan banyak lagi.

Tiket West Stars in Concert yang bakal berlangsung pada 15 dan 16 April ini boleh dibeli di kaunter tiket Istana Budaya dengan harga di antara RM80, RM130, RM200, RM300, RM350, RM400, dan RM480.

Pakej korporat dan pembelian tiket secara pukal boleh didapati melalui Enfiniti Vision Media di talian 03-6142 9877 atau menerusi e-mel production@ enfiniti.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kejutan daripada Francesca

Posted:

Kejutan daripada Francesca

Kejutan daripada Francesca

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com


GABUNGAN Fran dan Harith bakal menampilkan sesuatu yang mengejutkan.


AURA Francesca Peter nyata masih belum pudar. Sinarnya masih terasa biarpun aktiviti nyanyiannya tidak serancak dahulu. Buktinya, pelantun lagu Sekadar Di Pinggiran itu telah menjadi pilihan Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur untuk membuat persembahan Minggu Setiausaha pada 28 dan 29 April ini.

Pastinya, bagi peminat setia penyanyi yang mesra disapa Fran itu tidak akan melepaskan peluang untuk melihat persembahan hebatnya nanti.

Semasa ditemui pada sidang akhbar baru-baru ini, Fran nampaknya begitu berahsia tentang pemilihan lagu-lagu untuk persembahannya nanti.

"Tiada tema untuk persembahan saya pada Minggu Setiausaha nanti, cuma apa yang pasti peminat akan benar-benar terhibur," katanya ketika ditemui pada sidang media di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, kata Fran, dia akan menyanyikan sepuluh hingga 12 buah lagu yang terdiri daripada lagu-lagu popular miliknya dan juga beberapa lagu Inggeris popular selama satu jam setengah.

Bagaimanpun, penyanyi berketurunan Serani kacukan Ceylon-Scotland dan Cina itu mengakui masa yang ditetapkan tidak akan menjadi alasan untuknya menolak permintaan peminat yang menginginkannya menyanyikan lagu-lagu popularnya.

"Persembahan saya nanti lebih spontan dan tidak dirancang. Saya juga akan turun ke pentas untuk bersama-sama menyanyi dengan peminat," katanya.

Lebih mengujakan, figura hebat itu turut digandingkan dengan pelakon komedi terkenal, Harith Iskander pada persembahan itu nanti.

Terkenal dengan tagline 'Halus...' untuk iklan Nescafe, Harith memberitahu, persembahannya juga akan memberi kejutan dan dia teruja untuk membuat persembahan nanti.

Dalam nada bergurau, Harith yang baru sahaja selesai berlakon Lat The Musical di Istana Budaya turut memberitahu supaya penonton nanti jangan terkejut jika dia menyanyi, manakala Fran pula akan membuat aksi komedi.

Bercerita tentang perkembangan terbarunya, Fran memberitahu, beliau masih lagi menjadi duta untuk Organisasi Kebajikan Antarabangsa World Vision di Malaysia untuk kali keenam berturut-turut iaitu dari tahun 2006 hingga 2011.

"Saya juga telah merakamkan lagu tema World Vision iaitu Tomorrow dan single terbaru Tiada Gementar Lagi," katanya.

Sementara itu, model dan juga pengacara terkenal Xandria Ooi akan bertindak sebagai pengacara majlis bagi Minggu Setiausaha bersama Francisca Peter.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Vanessa Hudgens takut tua

Posted:

Vanessa Hudgens takut tua

Vanessa Hudgens takut tua



AKTRES muda yang baru menginjak usia 22 tahun, Vanessa Hudgens, tanpa berselindung mengakui dia takut menjadi tua. Itulah sebabnya dia menggunakan produk kosmetik antipenuaan. Bagi Hudgens, lebih baik mencegah daripada awal sebelum terlambat.

Malah, aktres yang terkenal menerusi filem High School Musical itu juga berpendapat produk antipenuaan yang berada di pasaran begitu menakjubkan. Sebagai wanita yang prihatin terhadap kecantikan, dia berasa tidak salah memakai produk tersebut pada usia muda.

"Lelaki yang semakin tua, walaupun telah beruban, kadangkala masih digelar seksi. Tetapi apabila wanita semakin tua, terutama bagi kami golongan selebriti, kami harus berusaha keras untuk menjadi muda kembali dengan menegangkan kulit atau membuang lemak di badan," kata mantan kekasih Zac Efron ini kepada Femalefirst.

Saat ditanya adakah apabila tua nanti dia akan melakukan pembedahan plastik untuk kekal cantik, Hudgens ringkas menjawab: "Saya tidak pasti. Ia bergantung bagaimana keadaan saya apabila tua nanti."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.