Adsense

Selasa, 5 April 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Hujan lebih rileks

Posted:

Hujan lebih rileks

Hujan lebih rileks



GELAK ketawa dan canda menjadi agenda tambahan selain sesi temuramah bersama Hujan yang dianggotai oleh tiga anak muda, Mohammad Noh Salleh (vokal), Hang Dimas Santoso (keyboard) dan Izzat Uzaini (bass) baru-baru ini.

Bicara dimulakan dengan bertanya khabar tentang perkembangan terkini album ketiga mereka berjudul Lonely Soldier Boy yang sudah menjengah pasaran sejak 25 November lalu.

Tampil menjawab persoalan, Dimas memberitahu, pihaknya masih belum dimaklumkan tentang status penjualan album yang diuruskan oleh Warner Music Malaysia (Warner) setakat ini.

"Kami belum lagi mendapat laporan tentang unit album yang telah dipasarkan di bawah naungan Warner. Apa yang saya tahu ialah ada lagi permintaan untuk album itu.

"Selain dipasarkan oleh Warner, kami turut menjual album itu secara sendiri menerusi atas talian dan boleh dikatakan mendapat sambutan yang menggalakkan," ujar Dimas sambil memberitahu album yang dipasarkan oleh mereka setakat ini lebih daripada 400 keping.

Mengakui tahun ini lebih rileks berbanding tahun lalu yang agak sibuk, masa senggang yang terhidang diisikan dengan penuh manfaat.

Menurut Dimas, mereka telah selesai menjalani penggambaran klip video single berjudul Inspektor Remos pada Februari lalu.

Inspektor Remos

Jika tiada aral melintang, klip video tersebut akan menemui penonton secara eksklusif menerusi saluran MTV yang bakal diuruskan oleh Warner.

"Tahun ini kami tidak sesibuk tahun lalu dan sempat untuk kami menunaikan apa yang masih belum selesai antaranya pembikinan klip video Inspektor Remos.

"Dengan adanya masa terluang, kami ada ruang untuk menguruskan hal sendiri. Saya dengan Morning Rocket dan Izzat dengan pengajian dia," tuturnya lanjut.

Meskipun begitu, Hujan masih lagi mempunyai hasrat yang tidak pasti entah bila akan terlaksana.

"Kami ada merancang untuk mengadakan jelajah bagi mempromosi album terbaru, namun sehingga kini belum ada rezeki ke arah itu.

"Kami masih belum mempunyai penaja, tetapi itu tidak bermakna kami akan lupakan saja hasrat itu. Kami akan tetap berusaha bagi merealitikan jelajah tersebut," luahnya sambil memberitahu Hujan kini bukan lagi duta produk perbankan dalam talian untuk Bank Simpanan Nasional (BSN) selepas tamat kontrak selama setahun.

Meneruskan bicara, Dimas dan anggota Hujan tidak keterlaluan meletakkan posisi mereka kini sebagai sebuah zon yang selesa.


BUKAN sekadar muzik. Bisnes kini dijadikan tapak yang menyokong kuat hayat keutuhan Hujan.


Perjalanan mereka lancar bak air sungai yang mengalir dan sepi daripada sebarang kekecohan sehinggakan terdetik di hati mereka untuk berkongsi selain daripada muzik menerusi Morning Rocket.

"Kami berada dalam ruang yang selesa dan sebab itulah kami mampu untuk berkongsi apa yang ada dengan tertubuhnya syarikat Morning Rocket.

"Kami tubuhkan Morning Rocket untuk berkongsi dengan mereka-mereka yang baru hendak memulakan langkah ke arah perniagaan sama ada yang baru mula hendak menjual album atau pakaian dalam konteks mencipta rekaan dan penjualan.

"Morning Rocket bagi kami sebagai satu platform untuk semua itu. Bukan hanya membantu dari segi pemasaran dan pengeluaran, tetapi ia saya anggap sebagai sebahagian daripada balasan kami kepada peminat di luar sana," jelasnya sambil memberitahu Morning Rocket baru sahaja mula beroperasi pada September lalu.

Perkahwinan Noh

Mengalihkan butir bicara kepada sang vokalis yang bakal bergelar raja sehari bersama Mizz Nina dalam masa beberapa bulan lagi, Noh menjadi subjek untuk topik yang seterusnya.

"Kami akan rehat sekejap sebab saya perlu fokus pada perkahwinan selepas tahun-tahun yang sibuk. Itupun tidak lama sebab dalam pertengahan antara resepsi di sini dan di Sarawak, kami ada persembahan.

"Itu akan jadi sejarah sebab ia adalah persembahan saya yang pertama bagi saya selepas bergelar suami," luah Noh sebelum tertawa besar.

Menyentuh tentang persediaan yang dikira sudah hampir selesai, Noh sejak awal lagi telah mendidik dirinya untuk mula menabung dan ia telah menjadi amalannya sejak sekian lama.

Selain menabung, pemuda berusia 27 tahun itu juga sudah mula mempraktikkan pengurusan masa sebaik sahaja dia dan tunangnya sudah menetapkan untuk bersama.

Mengulas tentang pergerakan karier seninya selepas berkahwin, Noh dengan ringkas menyahut semuanya masih akan kekal sama seperti sekarang.

"Berkahwin tidak bermakna saya akan perlahankan karier seni saya. Meskipun sudah berkahwin, karier kena teruskan. Dimas pun sudah berkahwin dan dia masih lagi kekal sehingga sekarang.

"Bila sudah beristeri, saya rasa lagi meriah dan bersemangat. Ada isteri yang akan menyokong karier saya pada setiap masa," ungkap Noh.

Selain sibuk menguruskan perihal perkahwinan, Noh juga tidak ketinggalan bertindak selaku mentor kepada Muhammad Faris Mohamed Razali (Ayish) melalui Mentor 5.

Ayish kawan Noh?



Noh memberitahu, untuk tidak mengelirukan keadaan, dia sudah membuat sebuah jadual antara aktivitinya bersama Hujan dan Ayish.

"Keutamaan saya tetap Hujan. Awal- awal lagi saya sudah bersiap dengan jadual. Katakan minggu ini saya membuat persembahan dengan Hujan, minggu yang berikutnya dengan Mentor.

"Sewaktu saya sibuk dengan Mentor, anggota yang lain pada masa yang sama boleh lakukan tugas masing-masing, jadi ia bukan satu masalah," akui Noh.

Sementara itu, terdapat desas-desus yang mengatakan Ayish itu adalah teman baik Noh.

"Saya tidak kenal dia pun sebelum ini, malah dia juga bukan kawan saya. Dia seperti yang lain-lain juga datang untuk uji bakat.

"Apa yang saya tahu pasal Ayish daripada ibunya, dia seorang anak yang manja. Apapun, saya hanya memberi tunjuk ajar kepadanya setakat yang saya mampu. Saya pun bukanlah hebat mana," ujar Noh.

Bertanyakan tentang progres yang telah dicipta Ayish, Noh pada awalnya melihat protegenya itu tidak begitu yakin dengan apa yang akan dilaluinya.

Melihat kepada aspek itu, Noh turut membayangkan bahawa itulah dirinya di awal pembabitan dalam industri hiburan satu ketika dulu.

"Pada peringkat awal, saya lihat dia sedikit kabur dengan apa yang bakal ditempuhinya. Namun setakat hari ini, Ayish semakin baik dan secara tidak langsung, kami mempelajari apa yang sepatutnya bersama-sama," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kahwin lagi? Nanti dululah – Nana

Posted:

Kahwin lagi? Nanti dululah – Nana

Kahwin lagi? Nanti dululah – Nana

Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah.mohamed@kosmo.com.my


NANA di samping permata hati tersayang, Muhammad Rayyan Nakhaie.


KEHILANGAN rakan baiknya, vokalis Spin, Achik dan bapa kepada cahaya matanya, pelakon Faizal Yusof dalam jurang tidak sampai setahun merupakan detik yang amat perit untuk ditelan oleh ibu tunggal ini.

Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari meninggal dunia dalam satu kemalangan di Kilometer 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) lebih kurang pukul 6 petang pada 18 April tahun lepas.

Faizal pula meninggal dunia kira-kira pukul 1.45 tengah hari di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 1 Januari tahun ini akibat serangan jantung.

Biarpun begitu, pemilik nama Siti Nordiana Alias atau Nana tidak pernah luntur semangat.

Sebaliknya, dia tahu hidup perlu diteruskan demi untuk membesarkan satu-satunya zuriat yang ditatang bagai minyak yang penuh, Muhammad Rayyan Nakhaie, tiga tahun.

Tempoh 12 tahun berkecimpung dalam dunia seni tidak akan disia-siakan begitu sahaja, justeru, Nana nekad untuk membuat kemunculan semula selepas sepi tanpa sebarang produk hampir dua tahun.

Dengan itu, demi memberitahu umum bahawa dia masih lagi relevan dalam bidang seni suara, Nana bakal muncul dengan sebuah album baru bertajuk Semakin Jelas yang telah berada di pasaran sejak 14 Mac lalu.

"Hampir dua tahun saya tidak mempunyai produk selepas album duet kedua saya dengan arwah Achik iaitu Benang Emas terbitan FMC Music Sdn. Bhd. pada tahun 2007.

"Kemunculan album baru saya adalah untuk memberitahu peminat tentang perkembangan suara saya selepas sekian lama tidak muncul dengan album baru," katanya yang ditemui semasa menghadiri sesi fotografi di Kosmo! baru-baru ini.

Hadir ditemani putera tunggalnya itu, Nana memberitahu, album solo keenamnya memuatkan lapan buah lagu termasuk dua buah lagu baru iaitu Semakin Jelas dan Tak Tahan di samping enam buah lagu yang belum pernah diperdengarkan lagi.

Album yang memakan masa hampir tiga bulan untuk disiapkan itu turut dimuatkan dengan dua buah lagu berirama pop tradisional dan sebuah lagi lagu duet bersama penyanyi irama Malaysia, Syura.

Bercerita tentang album tersebut, kata Nana ia merupakan pertaruhan terkini kariernya sebagai seorang penyanyi dan pelbagai perubahan yang telah dilakukan.

Penyanyi yang sering tampil dengan muzik bergenre balada itu turut memberikan kelainan dalam Semakin Jelas menerusi genre pop alternatif melalui lagi Tak Tahan.

Pendekatan mencuba genre yang berlainan perlu dilakukan untuk mengikut perkembangan aliran muzik semasa dan sebagai petanda bahawa Nana mampu menjadi seorang penghibur yang versatil.

"Saya berharap agar pembaharuan yang dilakukan dapat menarik minat golongan generasi baru agar dapat menerima dan membantu menyokong karier saya," tuturnya.

Berbicara tentang kehidupan peribadi, penyanyi berusia 27 tahun itu memberitahu, sejak pemergian bekas suaminya, dia perlu terus berusaha gigih dalam kerjaya nyanyiannya agar masa depan anaknya terbela.

"Setakat ini, rezeki saya bertambah baik. Tawaran jemputan dan undangan nyanyian juga tidak menghampakan dan jadual saya juga agak padat sekarang.

"Keadaan sudah berbeza. Dulu arwah yang menanggung kos anak, tetapi kini saya yang perlu ambil alih. Saya mahu anak saya membesar dengan sempurna, cukup makan, cukup pakai dan segala-galanya," ujar Nana yang pernah berkhidmat sebagai kaunselor pendidikan di Unity College International, Petaling Jaya.

Puas berbicara soal karier, Nana diajukan pula persoalan jika dia sudah bersedia untuk mencari pengganti yang boleh membimbing diri dan juga anaknya.

Terdiam sejenak, Nana hanya tersenyum sebelum memberi reaksi.

"Nanti dululah. Jadual saya sedang padat. Selain itu, saya perlu fokus kepada anak saya terlebih dahulu," ujar penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu dengan ringkas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Salman komen kes Shiney

Posted:

Salman komen kes Shiney

Salman komen kes Shiney


SALMAN mengeluarkan kenyataan bagi memberi sokongan moral terhadap Shiney.


PELAKON terkenal Bollywood, Shiney Ahuja sudah dihukum penjara tujuh tahun atas dakwaaan kesalahan merogol pembantu rumahnya, namun 'mangsa'nya itu dikatakan sudah bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Satu sumber memberitahu agensi berita India, IANS: "Pertunangannya (mangsa rogol Shiney Ahuja) telah diaturkan oleh bapa saudaranya sendiri di Aulibaug, India tiga bulan lalu.

Namun kini, dia berada di rumah bapa saudaranya di Mumbai dan bakal berkahwin tidak lama lagi."

Sumber itu juga memberitahu keluarga gadis tersebut enggan mengeluarkan sebarang komen mengenai keputusan mahkamah terhadap Shiney itu.

"Mereka enggan komen tentang keputusan mahkamah. Tiada sebarang komen."

Shiney ditahan polis pada 15 Jun, 2009 selepas ujian perubatan yang dilakukan terhadap pembantu rumahnya itu mengesahkan berlaku kes serangan seksual.

Aktor kacak itu kemudian diikat jamin pada Oktober 2009, namun mahkamah melarangnya daripada meninggalkan Mumbai selepas tiga bulan ditahan atas kesalahan termasuk memeras ugut dan mengurung pembantunya yang kini berusia 20 tahun itu.

Pada September tahun lepas, gadis itu bagaimanapun menarik balik dakwaan Shiney telah merogolnya, namun mahkamah tetap menjatuhkan hukuman terhadap Shiney.

Aktor berusia 37 tahun itu bagaimanapun akan tampil membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Mumbai, menurut peguamnya, Srikant Shivade. Menurut Srinkant lagi, anak guamnya itu mendakwa tidak bersalah sepanjang perbicaraan berlangsung.

Dalam pada itu, aktor Salman Khan mengeluarkan kenyataan mengulas mengenai keputusan mahkamah terhadap Shiney itu. Katanya: "Tujuh tahun? Tujuh tahun itu melampau! Saya pernah dipenjarakan dan saya tahu bagaimana peritnya hidup dalam penjara.

Tambah Salman: "Saya harap Shiney tidak bersalah dan bagi sesiapa yang menfitnah dirinya, sila tampil ke depan. Hukuman tujuh tahun terlalu lama, khususnya bagi seseorang yang menjadi mangsa penipuan."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.