Adsense

Ahad, 3 April 2011

Blog Selebriti TV

Blog Selebriti TV


(Video) Akademi Fantasi Musim ke 9 – Konsert Tirai AF9

Posted: 02 Apr 2011 10:33 PM PDT

Malam semalam Akademi Fantasia Musim ke-9 telah membuka tirai dengan Konsert Tirai AF9 yang bersiaran secara langsung dari AEON AU2 Setia Wangsa.

Akademi Fanasia 9

Acara kemuncak AF9 ialah pengenalan Pelajar-pelajarnya dan juga pengumuman pengetuanya.
Seperti yang kita tahu pengacara AF9 ialah Aznil Hj Nawawi, pengacara yang cukup berpengalaman.

Senarai Nama pelajar AF9 ialah Afif, Amir, Azri, Erul, Khai, Raqib, Aida, Eka, Laika, Lena, Miza dan Niera.

Pengumuman Pengetua AF9 dibuat dalam pertengahan konsert.
Amy Search adalah nama yang diumumkan sebagai pengetua baru, orang yang diberi tanggungjawab mengelola tenaga pengajar dan pelajar-pelajar AF9.

Turut diperkenalkan ialah tenaga pengajar AF9 iaitu Adlin Aman Ramli sebagai guru seni persembahan, Ning Baizura (guru vokal persembahan), Fatimah Abu Bakar (kaunselor motivasi dan guru bahasa Inggeris), Syafizawati Sharif (guru vokal teknikal) dan A. Aris A. Kadir (guru tarian).

Pengkritik AF9 hanya akan diumumkan pada minggu hadapan.

Dalam Konsert Tirai AF9 semalam, Amir (bukan Amir raja lawak) dari Sarawak adalah pelajar lelaki yang paling mencuri tumpuan dengan vokal dan pengawalan suara yang baik.
Lena dari Sabah pulah adalah feberet pelajar perempuan.

Minggu depan bermula konsert sebenar AF9 dimana penyingkiran pertama akan dilakukan.

Video-video Konsert Tirai AF9 :-

Intro:

Pengumuman Pengetua :

Amir:

Lena:

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Video) Maharaja Lawak Minggu Pertama

Posted: 02 Apr 2011 09:53 PM PDT

Rancangan Realiti yang menghimpunkan Finalis setiap musim Raja Lawak iaitu Maharaja Lawak telah pun berlangsung Jumaat lepas.
Hampir semua Finalis Raja Lawak turut serta dalam pertandingan Maharaja Lawak.

maharaja lawak

Nama Peserta Maharaja Lawak :
Kumpulan Jambu (Yus & Tauke), Kumpulan Jozan (Johan & Zizan), Nabil, Kumpulan XN3, Kumpulan Sepah, Jihan, Amir, Kumpulan Wai (Kecik & Idlan), Alex, Kumpulan Balas, Man, Kumpulan R2

Pengacara kita semua dah tahu iaitu AC Mizal.

Juri-juri kali ini memang mantop, ketiga-tiga juri adalah orang kuat dalam industri filem lawak tanah air iaitu Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Apek Senario.

Secara keseluruhan persembahan Maharaja Lawak Minggu yang pertama Nabil nampaknya paling menonjol, kemudian kumpulan Balas pun dapat pujian juri, Jozan pulak kene sindir dengan Mamat, Sepah masih maintain macam dulu, Yus dan Tauke memang selamber, Alex katanya urban, Man masih mantop, Kumpulan R2, Jihan, XN3 pun Ok, cuma Amir dan Kumpulan Wai sahaja dilihat masih dibawah level yang diharapkan. Apa pun ini masih minggu yang pertama. Kita tunggu Next Week.

Video-video Maharaja Lawak Minggu 1 :-

Intro:

Jambu:

Man:

XN3:

Amir:

R2:

Alex:

Jozan:

Wai:

Jehan:

Sepah:

Balas:

Nabil:

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.