Adsense

Jumaat, 18 Mac 2011

Zon Artis

Zon Artis


Man Juara Raja Lawak 5

Posted: 18 Mar 2011 07:33 AM PDT

MAN JUARA RAJA LAWAK 5

Tahniah kami ucapkan kepada Man kerana telah dinobatkan sebagai Juara Raja Lawak musim ke-5. Berdasarkan persembahan anda tadi, anda memang layak bergelar juara walaupun ada suara sumbang yang kami 'dengar' kat Twitter mengenai persembahan pertama anda. Tapi ada apa hal? Yang penting anda dah dapat RM100k. Mereka ada? Takde kan. Huhu.. Tahniah sekali lagi.

Tempat kedua: R2

RAJA LAWAK 5

Kami kata: Persembahan R2 boleh tahan jugalah terutamanya pada persembahan pertama. Ada juga part yang buat kami tergelak. Tapi jujur kami cakap, lawak Pak Aim (Rahim) lebih hidup berbanding lawak Lopez (Ridhzuan). Kalau Pak Aim masuk Raja Lawak secara solo lagi bagus kot. Huhu..

Tempat ketiga: Balas

RAJA LAWAK 5

Kami kata: Setiap minggu, persembahan daripada Balas tidak mengecewakan walaupun tidaklah lawak mana. Tapi pada final ni, persembahan agak kurang menyerlah lagi-lagi bila lawak 'lucah' pada persembahan pertama turut diselitkan. Agak menyampah di situ. Persembahan kedua pula tak hafal lirik.

Psstt: Siapa punya kelamin la yang besar sangat ni? lol

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.