Adsense

Sabtu, 26 Mac 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Peraduan Dialog Paling Kelakar Tak Hingat Filem CUN!

Posted: 26 Mar 2011 09:25 AM PDT

Bertemakan komedi romantik, Cun! mengangkat konsep yang sering ditampilkan Hollywood namun disuntik semangat Melayu. Gandingan pelakon seperti Kartina Aziz bagi watak Tok Chah, Jehan Miskin (Ryan), Ning Baizura (Candy), Tom (Faizah Elai), Nadia Nisa (Manis), Mislina Mustaffa (Bedah Tonggek) dan Siti Nor Faridah (Eton Gebu) mengukuhkan lagi perjalanan cerita filem yang bakal ditayangkan pada 31 Mac ini, terutama apabila ia mengetengahkan isu cinta bukan saja antara kekasih tetapi juga ahli keluarga.

Tambahan pula keserasian antara Maya Karin dan Remy Ishak sebagai pasangan yang baru hendak bercinta sangat menyerlah. Hubungan kekeluargaan yang penuh dengan kasih sayang juga sangat indah digambarkan Osman. Selepas ini tidak mustahil andai penonton mengaitkan Cun! dengan filem Hindustan diminati ramai seperti Kuch Kuch Hota Hai mahupun Kabhi Kushie Khabie Gham.

Mahu menang wang tunai? Jom join peraduan nih. Senang je caranya.

PERADUAN DIALOG PALING KELAKAR TAK HINGAT!
JOM! CUBA TRY TEST KREATIVITI ANDA!

CUN

Remy sebagai Atan: "………………………………………"
Maya sebagai Luna: "………………………………………"

Hadiah-hadiah yang cun menanti anda!
Pemenang pertama wang tunai RM500 & 2 tiket wayang Filem Cun!
Pemenang kedua wang tunai RM300 & 2 tiket wayang Filem Cun!
Pemenang ketiga wang tunai RM200 & 2 tiket wayang Filem Cun!
10 pemenang saguhati akan mendapat 2 tiket wayang Filem Cun!

Pemenang akan dikira melalui jumlah undian 'LIKE' paling banyak dalam Facebook Cun Movie

Langkah 1
Muat turun gambar tersebut.

Langkah 2
Isikan dialog di dalam bubble yang disediakan.
Atau di bawah gambar.

Langkah 3
Kemudian pos kan pada wall facebook Cun!

Langkah 4
Warwar pada semua sahabat, saudara & kenalan anda yang mempunyai akaun FB untuk membantu undian anda dengan cara klik 'LIKE' hanya dalam facebook Cun! Anda dibenarkan membuat promosi dengan apa cara sekalipun.

Syarat-syaratnya:
Menjadikan facebook Cun! sebagai halaman kegemaran anda; dengan cara klik 'LIKE'

Tarikh tutup peraduan 31 MARCH 2011
Pemenang akan dihubungi melalui facebook.
www.facebok.com/cunmovie

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Video Adik Hadziq Tom Tom Bak Baca Skrip Filem Syurga Cinta
  • Keputusan Pemenang Peraduan Jom Menonton Filem Punisher War Zone
  • Keputusan Pemenang Peraduan Jom Menonton Filem Eden Lake
  • Peraduan Celebrating of The Legend is Born Ip Man
  • Keputusan Pemenang Peraduan Jom Menonton Filem Dragonball Evolution
  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem THE LOVE GURU
  • Poster Film Ah Long Ptd Ltd
  • Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem Kuntilanak 3
  • Peraduan Jom Menonton Filem HISTERIA
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Animasi BoBoiBoy 3D di TV3

    Posted: 26 Mar 2011 09:10 AM PDT

    SAKSIKAN AKSI HEBAT SUPERHERO & 3 SAHABAT MENENTANG SETERU!
    Siri Animasi 3D TV3 Bakal Menjadi Ikon Si Cilik

    Unik, membanggakan dan pastinya sangat menghiburkan! Satu pencapaian besar untuk industri animasi tempatan sepanjang dua dekad apabila diserikan dengan kehadiran pelbagai siri animasi yang telah mendapat tempat di hati penonton pelbagai usia. Kini, bersiap sedia pula dengan kemunculan siri animasi 3D terbaru, BoBoiBoy, yang bakal bersiaran di kaca TV3!

    Dibawakan dengan kerjasama Captain Munch dan dijana oleh pembabitan kreatif 30 orang juruanimasi professional, BoBoiBoy mempamerkan aksi menarik watak superhero memburu satu misi yang dijangkakan mampu meledakkan satu fenomena baru serta menjadi kegilaan kanak-kanak dan juga golongan dewasa. Dihasilkan dengan teknik animasi dan terperinci, siri animasi 3D ini bakal menyusul menggantikan siri aksi superhero "Kamen Rider Dragon Knight" bermula 13 Mac 2011, sebanyak 13 episod pada setiap hari Ahad jam 7.00malam.

    Terbitan Animonsta Studios Sdn. Bhd., siri animasi 3D ini dijayakan hasil kerja keras sekumpulan tenaga mahir yang diterajui oleh Mohd Nizam b Abd Razak sebagai Pengarah Urusan, Mohd Safwan b Abd Karim, Pengarah Eksekutif, Muhammad Anas b Abd Aziz sebagai Pengarah Kreatif, dan Pengarah Penerbitan, Kee Yong Pin. Seperti yang telah di war-warkan, BoBoiBoy juga turut mendapat perhatian eksklusif dari Disney Channel yang akan turut menyiarkan siri ini di saluran mereka tidak lama lagi.

    Sokongan daripada Multimedia Development Corporation (MDeC) menerusi grant BCi2 dan MAC3, salah satu inisiatif MDeC dalam menyediakan lokasi, kemudahan perisian dan hardware untuk syarikat-syarikat baru juga banyak membantu Animonsta Sdn. Bhd. untuk merealisasikan musim pertama BoBoiBoy. Manakala nadi dan penggerak, watak-watak dalam BoBoiBoy ini direalisasikan oleh suara latar indicidu berbakat seperti Nur Fathiah sebagai BoBoiBoy, Nur Sarah Alisya (YaYa), Yap Ee Jean (Ying) dan Dzubir Mohammed Zakaria (Gopal).

    BoBoiBoy mengisahkan tentang kisah seorang kanak-kanak yang datang untuk bersama datuknya, Tok Aba, yang menyara hidup dengan menjual segala jenis produk coklat di gerai bergerak miliknya. Disebabkan gerai coklat Tok Aba sangat popular dan produknya digemari ramai, BoBoiBoy berpeluang untuk berkawan dengan Gopal, Ying dan YaYa. Perkenalan mereka kemudiannya berubah menjadi sebuah persahabatan akrab, dan akitiviti harian mereka dilakukan bersama dengan penuh ceria dan menyeronokkan.

    Namun, pada satu hari BoBoiBoy mendapat tahu bahawa satu makhluk asing bergelar Adu Du sedang cuba untuk mencuri hasil koko milik Tok Aba, dan percubaan Adu Du berjaya dipatahkan oleh BoBoiBoy. Rupa-rupanya, biji koko tersebut boleh digunakan sebagai satu sumber tenaga yang sangat kuat setelah diubah ke dalam bentuk cecair. Makhluk asing mendapati bahawa penemuan ini sangat penting bagi mereka yang sedang kehabisan punca tenaga, dan ini akan menyebabkan segala teknologi canggih ciptaan mereka tidak dapat berfungsi lagi.

    Lebih menarik, hanya minuman coklat panas istimewa milik Tok Aba sahaja yang cukup berkuasa berbanding biji cecair koko yang lain, hanya kerana terdapat satu resipi rahsia yang hanya diketahui oleh Tok Aba.

    Setelah mengetahui tentang perkara ini, sang Maharaja memerintahkan Adu Du untuk mencuri resipi rahsia Tok Aba. Akan tetapi, misinya menjadi lebih sukar dengan kehadiran BoBoiBoy dan rakan-rakannya yang sangat gemarkan coklat dan sering bersantai di gerai Tok Aba. Demi menjayakan misi ini, sang Maharaja telah menghantar pelbagai peralatan serba canggih kepada Adu Du, tetapi BoBoiBoy telah menjumpainya dengan secara tidak sengaja. Peralatan canggih tersebut telah mengubah BoBoiBoy dan rakannya menjadi sekumpulan adiwira!

    Kini, BoBoiBoy, Gopal, Ying dan YaYa menjalani aktiviti mereka dengan penuh keseronokkan dan hidup menjadi lebih menarik, seperti apa yang akan dilakukan oleh kanak-kanak yang mempunyai kuasa hebat, pada kebiasaannya. Semestinya, kuasa tersebut juga akan digunakan sepenuhnya untuk menentang Adu Du yang tidak pernah berputus asa untuk merampas kembali peralatan canggih miliknya, seterusnya mencuri resipi rahsia Tok Aba.

    Jangan ketinggalan untuk menyaksikan siri animasi 3D ini yang pastinya menjanjikan satu pengalaman baru kepada semua penonton di segenap lapisan umur. Saksikan dan alami sendiri segala keseronokkan dan keceriaan di dalam BoBoiBoy mulai 13 Mac 2011, setiap hari Ahad, jam 7.00 malam, hanya di TV3!

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Trailer Filem Geng: Pengembaraan Bermula Upin & Ipin
  • DRAMA KANAK-KANAK DAN FILEM ANIMASI SEMPENA MERDEKA
  • Filem Animasi di TV9
  • Filem Madagascar Dan Ice Age Meltdown Di TV2
  • KIKO'S SMILE ANIMASI PENGEMBARAAN KANAK-KANAK
  • Aizat Bakal Berlakon Filem Animasi Firefly
  • Shrek Ceriakan Cuti Sekolah di TV2
  • TIGA FILEM ANIMASI HEBAT DISIARKAN KHAS KRISMAS
  • Atlantis The Lost Empire
  • Alvin and The Chipmunks di TV2
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.