Adsense

Sabtu, 19 Mac 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


(Gambar) Majlis Nikah, Perkahwinan Kris Dayanti & Raul Lemos Di Jakarta

Posted: 19 Mar 2011 07:56 PM PDT

Kredit gambar : Twitter Dean_Musthafa

Baru sahaja selesai sudah majlis pernikahan penyanyi popular Kris Dayanti bersama ahli perniagaan Raul Lemos di Masjid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid, Jakarta. Tahniah!

Seorang koresponden daripada Utusan Malaysia sempat menghantar tweet foto hiasan dalaman untuk majlis akad nikah pasangan kontroversi ini. Menurut sumber yang lain, mereka hanya menumpukan dekorasi di bahagian dalam masjid ekoran angin kencang di luar, dikhuatiri akan mencacatkan hiasan luaran.

Mas kahwin daripada Raul Lemos bukan seperti yang kita jangkakan, sebaliknya Raul Lemos memberikan mas kahwin berupa set barangan solat secara tunai.

Akad dilafazkan oleh Raul Lemos dengan lancar kepada KD berbunyi, "Kepada isteriku tercinta, mas kawin ini berupa seperangkat alat solat, saya serahkan kepadamu tunai, semoga ada manfaatnya."

"Suamiku tercinta Raul Lemos, saya terima mahar ini, Insya Allah saya akan manfaatkan, semoga redha dan berkat Allah selalu menyertai kita," jawab KD sebagai balasan kepada akad Raul Lemos.

Selesai sahaja akad nikah, Raul Lemos sempat mencium bibir KD sebanyak 3 kali di hadapan para tetamu sebagai tanda cinta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Anith Sudah Bertudung, For Real?

Posted: 19 Mar 2011 12:15 PM PDT

Selama ini, Anith kerap digemparkan dengan penyebaran foto aksi-aksi daring'nya, tidak kira bersama kawan, teman lelaki, atau secara individu. Malah, kami pernah terbaca bahawa dia agak bengang apabila gambar peribadinya menjadi topik perbualan hangat di blog-blog hiburan seperti, ehem! Malah, kejadian tersebut membuatkan dia lebih berhati-hati setelah dinasihati sendiri oleh keluarganya.

Kali ini, Anith tampil ayu lengkap bertudung ala-ala mencapai tahap kemanisan iman. Entah dimana agaknya lokasi gambar ini diambil, tapi yang pasti suasananya amat tenang, sejuk mata memandang. Adakah gambar di atas ini merupakan satu babak dalam lakonan, photoshoot? Atau, sememangnya Anith kini lebih selesa muncul bertudung seperti aktres Irma Hasmie?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.