Adsense

Rabu, 16 Mac 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Jennifer Lopez – On The Floor ft. Pitbull Sangat Catchy, Hangat!

Posted: 16 Mar 2011 11:22 PM PDT

Jennifer Lopez – On The Floor ft. Pitbull Sangat Catchy, Hangat!

JLO, kembali dengan single berentak dance pop setelah sekian lama menyepikan diri lengkap dengan music video berjudul On The Floor Ft Pitbull, kini menduduki carta top 100 Billboard di tangga ke-5. Namun, lagu ini kekurangan originality apabila kami mendapati produser menyelitkan unsur-unsur lagu Stereo Love – Edward Maya. Tidak salah, tapi sekali dengar, 'eh stereo love!'

Strategi JLO kali ini memang berjaya, hasil kolaborasi dengan Pitbull ini berjaya menarik sekitar 32 juta viewers, setakat hari ini. Kami lihat, trend-trend selebriti Hollywood hari ini sangat gemar menampilkan artis-artis featuring, seperti David Guetta & LMFAO. Berkemungkinan besar, produser lebih gemar menghasilkan single daripada album, jimat kos, untung pun lebih tinggi.

Enjoice video clip On The Floor selepas ini, sangat catchy & hangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiara Anggap Gosip Maya Karin & Suaminya Tidak Serius

Posted: 16 Mar 2011 07:59 PM PDT

Apa pula perasaan Tiara apabila suaminya, Dato' Seri Effendi Nawawi digosipkan mempunyai hubungan sulit dengan Maya Karin? Kalau orang lain, sudah tentu melenting. Tapi, Tiara maintain kool apabila memberikan jawapan ikhlas berbunyi, "Saya merasakan sayalah wanita paling bertuah kerana memilikinya yang saya anggap seorang suami yang terbaik. Saya rasa tak ada suami di dalam dunia ini yang mencintai isterinya sebaik suami saya." Sumber Gua.com.my.

Menurut Tiara, dia tidak memerlukan sebarang gosip untuk terus mengekalkan namanya dalam industri serta jauh sekali memasang impian untuk merangkul trofi anugerah berdasarkan populariti. Sebagai orang veteran dalam industri hiburan, Tiara menyatakan yang dia sudah lali dengan gosip-gosip liar seperti ini.

Bukanlah perkara yang luar biasa pun, mana-mana artis cuba mengunakan pelbagai taktik & teknik untuk mengekalkan nama mereka di mata peminat. Tanpa populariti, maknanya bayaran yang diterima pun sekadar cukup-cukup makan.

Satu cerita yang baru kami terima semalam, mengenai seorang pelakon yang mengegarkan dunia hiburan dengan aksi tepi pantainya baru-baru ini. Sumber kami mengesahkan bahawa pelakon wanita itu sudah pun kembali bersama semula dengan lelaki berstatus duda.

Bekas isteri pula dah malas ambil 'port', biarkan sahaja apa yang mereka nak buat, asal tak menggangu hidup dia.

Jadi, apa maknanya berita perpisahan pelakon wanita itu yang sampai berhari-hari menjadi muka depan sebuah akhbar? Promo kedai ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.