Adsense

Rabu, 16 Mac 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Sara, pelakon gerila

Posted:

Sara, pelakon gerila

Sara, pelakon gerila



BARU-BARU ini Kosmo! diundang mengikuti penggambaran filem terbaru pengarah Ahmad Idham berjudul Jangan Pandang-Pandang di Tasik Kenyir, Terengganu.

BARU-BARU ini Kosmo! diundang mengikuti penggambaran filem terbaru pengarah Ahmad Idham berjudul Jangan Pandang-Pandang di Tasik Kenyir, Terengganu.

Di kesempatan itu, selain merakamkan perjalanan penggambaran produksi Excellent Pictures yang masuk hari ke-18 itu, Kosmo! sempat juga merakamkan wajah mulus pelakon baru Sara Ali, yang bakal menjadi ratu filem sepanjang tahun ini.

Sepanjang kerjayanya sebagai pelakon bermula Mac tahun lalu sehingga hari ini, Sara telah berlakon sebanyak enam buah filem iaitu Sesuatu Yang Tertinggal, Klip 3GP, Penunggu Istana, Nur Kasih The Movie, Songlap dan terbaru Jangan Pandang-Pandang.

Apa istimewanya Sara sehingga dia berjaya menawan hati ramai pengarah dan penerbit filem tempatan? Dia bukanlah orang yang bercita-cita besar dalam bidang seni, kerana dia terjebak dalam dunia lakonan disebabkan tuah di laman sosial Facebook.

Berbual dengan Sara Ali, gadis berusia 21 tahun yang berbadan kecil molek dan bermata galak itu nyata seorang yang agak menarik. Sekali pandang, karakternya tidak ubah seperti aktres terkenal Sharifah Amani, namun dia ada keistimewaannya yang tersendiri.

Katanya, dia merupakan seorang pelakon gerila kerana terjun dalam bidang lakonan secara tiba-tiba dan melakukan pekerjaan itu tanpa henti sejak ditawarkan menjadi pelakon di Facebook.


SARA berdebar menanti tayangan filem-filem lakonannya.


"Saya sendiri terkejut dengan apa yang berlaku dalam hidup saya hari ini. Dulu saya seorang penonton filem, sekarang saya pula yang ada dalam filem.

"Kemunculan saya secara tiba-tiba tanpa dirancang, saya sendiri tidak sangka akan jadi pelakon dan tidak pernah berhasrat untuk berlakon. Tetapi bila sudah berlakon, perasaan seronok itu mula hadir dan menyebabkan saya mula berlakon tanpa henti," jawabnya.

Walaupun telah bergelar selebriti dan profilnya lebih hebat daripada pelakon yang lebih senior, akui Sara dia belum dapat menikmati sepenuhnya status barunya itu.

Ini kerana, belum ada satu pun filemnya ditayangkan di pawagam. Paling hampir, filem Penunggu Istana yang akan ditayangkan pada April dan Nur Kasih The Movie pada Mei depan.

"Tiada perubahan drastik yang berlaku dalam hidup saya kerana filem lakonan saya masih belum ditayangkan. Jadi, saya masih menjalani kehidupan Sara Ali yang dulu cuma masa saya semakin tersekat dek kepadatan jadual penggambaran.

"Kiranya saya masih menjalani kehidupan yang normal, masih melepak dengan kawan-kawan kalau ada masa. Cuma, mungkin ada orang yang kenal saya menerusi tulisan di akhbar, mereka akan pandang saya semacam tetapi tidak ramai begitu," katanya.

Balas pelajar jurusan Seni Bina dari Universiti Lim Kok Wing itu lagi, mahu tidak mahu, dia harus sesuaikan diri dengan status selebriti yang dipikulnya.

"Saya akui yang saya gugup dan kekok untuk berdepan dengan peminat dan rutin selebriti yang lain seperti menghadiri majlis hiburan serta sesi fotografi kerana itu semua masih baru buat saya.


DARI belakang kiri: Nas-T, Mira, Zizan, Anith dan Sara bergabung dalam Jangan Pandang-Pandang.


"Memang saya rasa pelik kerana tidak tahu macam mana nak berkawan dengan artis pada mulanya sebab saya menganggap diri saya bukan artis. Tetapi selepas menjalani beberapa penggambaran filem, saya lebih mudah mesra dengan artis lain dan menjadikan mereka rakan saya.

"Kelebihan pengalaman yang mereka ada akan saya cungkil untuk dijadikan panduan buat saya pada masa depan selain mendapat nasihat daripada pelakon-pelakon senior," ucapnya.

Debaran Sara

Jika dilihat profilnya, dia antara pelapis ratu filem Malaysia yang sedang meningkat naik. Malahan, tawaran berlakon filem juga diterimanya tanpa henti.

Selepas filem Jangan Pandang-Pandang, Sara akan memberi fokus kepada sebuah filem epik yang masih dirahsiakan judulnya.

"Sekarang kami dalam proses latihan dan bacaan skrip. Apa filemnya dan dengan siapa saya berlakon, masih belum boleh diberitahu. Apa yang boleh saya beritahu kemungkinan besar filem itu akan menjalani penggambaran sekitar bulan Jun atau Julai nanti," katanya.

Sungguhpun jadual harian padat dengan penggambaran, hatinya tidak tenang kerana bimbang dengan reaksi yang bakal diterimanya selepas filem pertamanya Penunggu Istana akan ditayangkan pada 21 April depan.


SARA menerima lamaran berlakon menerusi Facebook.


"Memang saya berlakon banyak filem tetapi saya sangat risau dengan reaksi orang yang akan menonton filem pertama saya.

"Filem itu juga akan menentukan kredibiliti saya sebagai pelakon. Sebelum ini, pengarah dan penerbit mengambil saya berlakon menerusi uji bakat dan kepercayaan mereka terhadap saya.

"Jika penonton merasakan lakonan saya di dalam filem Penunggu Istana bagus, maka masa depan saya dalam dunia lakonan agak cerah, jika tidak saya harus lebih berusaha untuk memberi yang terbaik," luahnya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Paduan jazz Sheila, Glenn

Posted:

Paduan jazz Sheila, Glenn

Paduan jazz Sheila, Glenn

Oleh HARYATI KARIM


PERSEMBAHAN Live Bersama Sheila Majid & Glenn Fredly yang bakal berlangsung pada 7 April ini mendapat sambutan hangat. Hanya tinggal 40 peratus tiket yang belum terjual.


SELEPAS kejayaan konsert ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid di Indonesia baru-baru ini, penyanyi tersohor itu sekali lagi akan memukau peminatnya, kali ini di Kuala Lumpur sempena dengan Minggu Setiausaha yang akan berlangsung pada April depan.

Menariknya, pada konsert mini eksklusif yang diadakan pada 7 April itu, buat julung-julung kalinya, Sheila bakal berkongsi pentas dengan penyanyi terkenal Indonesia, Glenn Fredly.

Kedua-dua penghibur itu mengakui teruja kerana mereka saling meminati karya masing-masing.

Beritahu Glenn, dia membesar dengan lagu-lagu dendangan Sheila Majid dan amat meminati penyanyi itu. Justeru, tawaran yang dihulurkan oleh pihak penganjur Neo Magik Sdn. Bhd. itu tidak dipersiakan begitu sahaja.

"Sebenarnya, saya ditanya oleh penganjur saya berminat atau tidak jika bikin konsert bersama Sheila. Saya terus setuju kerana ini satu penghormatan buat saya dapat berkongsi pentas bersama idola yang saya minati selama ini.

"Lagi pula nama Sheila di Malaysia dan Indonesia sangat besar, dia menjadi legenda buat kebanyakan pemuzik di Indonesia. Saya sendiri pergi menonton konsert Sheila di Indonesia baru-baru ini dan dia memang sangat hebat," jelasnya.

Tambahnya lagi yang menyukai lagu Lagenda dendangan Sheila, muzik bawaan Sheila lebih jauh ke depan berbanding muzik lain.

"Jika kila lihat lagu-lagu Sheila yang dulu, ia masih tetap popular dan masih boleh diterima oleh anak muda zaman sekarang. Itu membuktikan lagu-lagunya maju jauh ke depan berbanding waktu lagu itu dikeluarkan.

"Saya tidak tahu bagaimana konsertnya nanti tetapi yang pasti saya akan menyanyi lagu saya dan akan berduet bersama Sheila," katanya.

Sheila yang berada di sebelah Glenn pula menambah, saat diberitahu bahawa dia bakal berduet bersama penyanyi yang popular dengan lagu Januari itu, dia terus bersetuju.


GLENN begitu teruja untuk berkongsi pentas dengan idolanya, Datuk Sheila Majid.


Jelas Sheila, dia sudah lama meminati lagu-lagu Glenn, bagaimanapun tidak pernah berpeluang untuk menyanyi bersama dan menyaksikan persembahan secara langsung daripada Glenn.

"Tahun lepas semasa di Festival Java Jazz, saya ingin saksikan persembahannya, tetapi disebabkan orang terlalu ramai saya tidak berpeluang menonton persembahannya.

"Kali ini, kami akan menyanyi di pentas yang sama dan diberi selama satu jam setiap seorang menyanyikan lagu-lagu sendiri, saya akan duduk dan menonton persembahannya," tuturnya.

Konsert mini Live Bersama Sheila Majid & Glenn Fredly, yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Damansara itu akan mendapat sentuhan pengarah muzik Acis dan Rayendra Sunito.

Bagi mereka yang berminat untuk menonton persembahan Sheila dan Glenn tiket berharga RM550 setiap seorang. Untuk membuat tempahan anda boleh layari laman sesawang, www.fatdeal.com.my atau hubungi talian 03-77314515.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.