Adsense

Isnin, 7 Mac 2011

Celebrity News

Celebrity News


Ayah Gitaris Kumpulan Bunkface Meninggal Dunia - AL-Fatihah

Posted: 07 Mar 2011 06:18 AM PST

Marilah kita sama-sama sedekahkan Surah AL-Fatihah kepada arwah gitaris Kumpulan Bunkface yakni Youk Jaafar.

AL-Fatihah

Akademi Fantasia 9 : Aznil Sah Pengacara AF9

Posted: 07 Mar 2011 06:04 AM PST

Akhirnya teka-teki yang menghantui peminat Akademi Fantasia  akhirnya terjawap dengan pengumuman pihak pengurusan astro kepada media.
Pemilihan Aznil dibuat berikutan pihak Astro ingin mengembalikan semula kenangan Akademi Fantasia musim pertama lalu. AF9 pada tahun ini merupakan program terakhir.
Menurut pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, kehangatan musim terakhir ini bakal menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan peminat.

Dan berikut luahan abang Aznil mengenai pemillihannya sebagai pengacara terakhir program Akademi Fantasia di saluran Astro.
"Saya menerima pelawaan untuk kembali semula adalah disebabkan ini merupakan musim kemuncak dan terakhir.
"Ramai yang akan merindui program ini selepas musim sembilan ini berakhir. Jadi saya mahu ia akan mengimbau kembali memori-memori lama," katanya.
Tambah Aznil, ia juga sebagai tanggung jawabnya yang bekerja di bawah stesen televisyen berbayar itu.
"Saya masih mengikat kontrak dengan Astro dan tiada sebarang isu tentang saya dibayar dengan harga yang tinggi untuk musim ini," katanya.
Akademi Fantasia musim kesembilan akan mula bersiaran pada setiap Sabtu, pukul 9 malam di saluran 104.
ZoOm : APa kata anda di ZoOmartis.Net @ Facebook